Bab 28

Romance Series 114022

"Abang, dah siap ke? Kalau dah siap marilah makan, sayang dah siapkan nasi." panggil Yus sebaik sahaja pintu bilik Aniq dibuka.

Aik, baring? Takkan mengantuk lagi kot. Perlahan Yus naik ke atas katil. Diletakkan tangan pada dahi, mana lah tau kot-kot demam terkejut. Kih kih kih

Tak demam pun. Penat sangat agaknya. Tu la sapa suruh ganas sangat.

"Abang.. Abang.." panggil Yus sambil menepuk perlahan lengan Aniq.

"Abang, nasi dah siap. Mari makan". Ajak Yus sebaik nampak Aniq buka mata.

Aniq kemudian terus duduk apabila tersedar Yus sedang mengejutnya bangun.

"Sorry, abang terlelap tadi. Mula-mula nak baring-baring je sementara tunggu sayang siapkan makan, tak sedar pulak boleh terlena." ucap Aniq.

"Tak apa, jomlah" tangan Aniq ditarik.

"Kejap-kejap abang nak cuci muka"

Kemudian Aniq dan Yus berjalan seiring menuju ke meja makan.

"Hm.. Malam ni kalau abang penat, kita tak payah keluarlah. Biar sayang masak je lagipun sayang tengok bahan-bahan nak buat spaghetti cukup. Okey tak?" soal Yus.

"Boleh jugak. Tapi tak susahkan sayang ke? Kalau tidak abang boleh order grab food je" soal Aniq. Tidak mahu dia susahkan Yus, belum sampai seminggu jadi isterinya dah macam-macam kena buat.

"Tak. Lagi pun sayang memang suka masak" Yus tayang senyum.

"Esok ada plan tak?" soal Aniq.

"Rasa macam tak ke mana lagi pun sayang nak semak email dari Amy. Ada projek baru, dia nak minta sayang tengokkan" ucap Yus.

"Okey lah kalau dah sayang cakap macam tu"

+++

Selesai makan malam, Aniq dan Yus bersantai di ruang tamu sambil menonton tv. Aniq baring di paha Yus sambil Yus bermain-main dengan rambut Aniq.

"Sayang.." panggil Aniq.

"Hm.. Ada apa?" jawab Yus dengan mata masih tertumpu pada tv.

"Abang rasa, sayang kena pindah?" tutur Aniq.

"Ha! Kita kena pindah, kenapa pulak? Bank nak ambil rumah ni ke?" soal Yus cuak terus memandang Aniq.

"Bukan kita, sayang je" jawab Aniq selamba. Yus pulak buat muka tak faham.

"Cakap la betul-betul" marah Yus lalu dengan pantas mencubit perut Aniq yang berotot tu.

Tertawa Aniq.. Tapi pedih juga kulit dicubit jari halus ni.

"Maksud abang, sayang kena pindah... masuk bilik abang" ucap Aniq sambil senyum-senyum.

"Ee.. Abang ni. Main-main tau. Tak nak, sayang nak tidur bilik sayang." muncung mulutnya.

"Alolo.. Merajuk pulak. Meh sini abang cium sikit" Aniq memegang wajah Yus.

Mengelak Yus dari wajahnya dirapat Aniq. Mengadakan.

"Ye lah.. Ye lah.. Abang tidur sorang la malam ni. Kesian abang, dah la dah lama tidur tak ada teman" Aniq bangun duduk dan buat muka sedih.

"Tak payah la buat muka macam tu, buruk!" Yus tolak perlahan wajah Aniq.

"Hm.. Abang. Sayang tanya sikit boleh. Tapi kalau tak nak jawab tak apa, sayang tak paksa" ucap Yus serius.

"Serius je bunyinya. Tanyalah" ucap Aniq lalu menarik Yus duduk rapat padanya. Aniq menunduk rapat menghidu aroma syampu dari rambut Yus. Hm.. Wanginya..

"Abang dengar tak Yus tanya apa?" ish dia ni, aku cakap sorang-sorang rupanya.

"Sorry, sayang wangi sangat"

"Dah la, sayang nak masuk bilik" Yus terus bangun tapi belum sempat nak menjauh, Aniq menarik tangan Yus menyebabkan Yus terduduk di atas ribanya. Tangan Aniq melingkar pinggang Yus mengunci pergerakannya.

"Okey, okey. Sekarang ulang semula. Abang dengar" pujuk Aniq.

"Abang memang tidur dalam bilik tu ke?" soal Yus.

"Ye lah, dalam bilik tu" jawab Aniq pelik.

"Tidur situ dari rumah ni dibeli?" soal Yus lagi.

"Ye la. Kalau tak tidur situ abang nak tidur mana?" tambah pelik dengan soalan Yus.

"Hm.. Abang ada tukar tak perabot dalam bilik tu?" tambah Yus lagi. Aniq dah buat muka makin blur. Tak faham.

"Jap, jap, apa sebenarnya yang sayang nak tahu ni? Abang tak faham la" haih, pelik-pelik la soalannya.

"Hm.. Tak.. Abangkan dah pernah kahwin sebelum ni.. Jadi.. Er.. Lepas kawin tu kan, mesti abang dengan.." tak sempat Yus habiskan katanya. Aniq terus peluk Yus makin erat. Baru faham apa yang cuba disampaikan oleh isterinya ini.

"Okey.. Abang dah faham. Rumah ni abang beli selepas abang menjadi single and available. Rumah yang sebelum ini abang dah sewakan pada orang. Perabot dalam rumah ni abang beli baru selepas rumah ni siap. Jadi dalam kata lain. Tak ada orang lain yang tidur dalam bilik tu, hanya abang dan... Sayang!" hidung Yus dicuit.

"Kes jealous la ni.." soal Aniq.

"Bukanlah.. Cuma rasa macam.." tak tau ayat apa yang Yus nak cakap, tak ada ayat yang sesuai.

"Okey.. Abang faham".

"Tapi betul ni?" naik jari telunjuk Yus di depan muka Aniq dengan mata yang dikecilkan.

"Ye sayang.. Kalau tak percaya, boleh tanya Syam. Dia ada sekali masa abang beli rumah ni"

"Okey.."

"Hm.. Nak tanya lagi boleh" Yus buat muka comel dengan mata kelip-kelip

"Tanya apa lagi sayang.." hai la.. Ini la perempuan, selagi dia tak dapat jawapan yang dia nak, macam ni la. Tak habis-habis dengan soalannya.

"Ni last, no question any more. Hm.. Bekas isteri abang ada kat mana sekarang? Masih berhubung dengan dia ke?" soal Yus.

Berubah wajah Aniq. Pelukan Yus terus dilepaskan.

"Nanti, sampai masa abang ceritakan pada sayang. Sekarang ni, mari abang tolong sayang pindah masuk bilik kita, cepat. Abang dah mengantuk ni" ajak Aniq.

Aku salah soalan ke? Kenapa tiba-tiba muka abang macam sedih.

Selesai mengemas barang-barang milik Yus dalam bilik tidur mereka, Aniq minta Yus tidur dulu. Katanya ada perkara yang perlu dilakukan. Aniq kemudian keluar dari bilik tidur mereka dah menutup rapat pintu bilik.

"Aku ada salah tanya ke? Aku tanya pasal ex-wife dia je kot. Kenapa sedih sangat" penuh tanda tanya dalam kepala Yus.

Yus kemudian memanjat katil dan memejam mata. Kantuk sudah hadir menyebabkan mata sudah tidak dapat ditahan lagi.

+++

Aniq keluar dari bilik tidur menghala ke bilik kerjanya. Aniq melabuhkan duduk di kerusi lalu laci meja perlahan ditarik. Satu bingkai gambar dikeluarkan, digosok perlahan wajah pada gambar tersebut.

Berpisah hidup dan berpisah mati lain rasanya. Aniq menunduk dan meletakkan kepala di atas meja, tanpa sedar, setitis air mata jatuh menitik di atas meja.

+++

Yus tersedar dari tidur kerana mahu ke bilik air.

"Eh, dah pukul berapa ni. Kenapa tak masuk bilik lagi?"

Selepas keluar dari bilik air, Yus mencari Aniq.

Yus kemudian keluar dari bilik mengatur langkah ke bilik kerja Aniq. Dari ruang bawah pintu dapat dilihat lampu bilik yang masih terpasang.

Banyak sangat kerja agaknya.

"Abang.." panggil Yus lalu menolak daun pintu. Sebaik masuk ke dalam bilik dapati Aniq terlena dengan kepala terlungkup di atas meja.

"La.. Dah tertidur rupanya"

"Abang.. Abang.." kejut Yus sambil mengusap perlahan belakang Aniq.

Aniq tersedar lalu mengosok mata.

"Sayang, kenapa tak tidur lagi?" soal Aniq apabila nampak Yus berada dalam bilik kerjanya.

"Dah tidur tadi, nak bangun pergi tandas, sayang tengok abang tak ada dalam bilik. Tu sayang datang cari abang kat sini" terang Yus sambil mengusap perlahan bahu Aniq.

"Ye ke.. Abang terlelap. Marilah masuk bilik" ajak Aniq lalu bangun dan tiba-tiba satu bingkai gambar jatuh terlungkup ke bawah.

"Eh, gambar siapa tu?" soal Yus.

"Tak ada gambar siapa" balas Aniq lalu mengambil bingkai gambar tersebut tanpa memusingkannya terus disimpan di dalam laci.

Gambar siapa? Soal Yus sendiri.

Aniq kemudian perlahan menarik bahu Yus untuk keluar dari bilik kerja. Suis lampu dimatikan, pintu ditutup rapat.

Hm.. Abang tengok gambar siapa? Sebab tu ke muka abang sedih tadi.

Yus dan Aniq berjalan beriringan masuk ke bilik tidur. Yus melangkah naik ke atas katil manakala Aniq pula ke bilik air.

Tidak lama Aniq turut naik ke atas katil setelah membuka baju yang dipakai. Tubuh Yus ditarik ke dalam pelukannya, kemas. Terasa deruan nafas Aniq pada wajah Yus. Perlahan mata Aniq memejam dan labuh beradu.

Yus masih lagi tidak dapat melelapkan apa. Bingkai gambar tadi terbayang-bayang di mata.

Menjadi persoalan yang tiada jawapan. Dalam sibuk memikirkan mengenai perkara tersebut, tidak sedar Yus juga turut terlena dalam dakapan Aniq.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience