25

Romance Series 10716

"Apa tujuan Abang Drake kesini? Adakah kerana mahu melihat sendiri penderitaan yang ditanggung Fiona saat ini? Atau mungkin juga abang Drake berdiri dibelakang semua tanda tanya ini?"

Raut wajah Drake berubah. Adakah adiknya tahu tentang perancangan awalnya yang mahu menculik Fiona? Parah ni! Fea tidak boleh tahu tentang semua ini. Bukan dia yang menculik Fiona, bukan! Semua itu baru perancangannya, belum dia laksanakan lagi.

Kes penculikkan Fiona ini tiada kaitannya dengan dia walaupun sebesar zarah sekali pun.

"Fea tuduh abang yang culik Fiona?" soal Drake dengan suara mendatar.

Fea menjungkit bahu.
"Mmm, siapa tahu. Abang je yang tak sukakan Fiona sejak Fea diculik dulu. Dah lama Fiona tinggal disini. Tapi kenapa baru sekarang dia diculik, kerana apa, sebab semuanya kerana Abang Drake yang tak suka dan terlalu bencikan dia" bentak Fea geram lantas menumbuk kuat dada bidang Drake.

Drake terpukul. Dia dituduh penculik oleh adiknya sendiri. Sakit bila adik tunggalnya menuduh dia sebagai penculik. Padahal semua itu hanyalah fitnah! Dia tidak lakukan itu semua.

"Taylor, call polis" arah Fea sambil menatap tajam ke arah Drake. Dia tahu Drake dulu begitu bencikan dirinya dan mungkin juga lelaki yang sedang berdiri dihadapannya ini juga mahu orang yang dekat dengan Fea turut merasai tempiasnya.

Taylor sendiri terkejut dengan arahan Fea.
Dia sendiri berat untuk menghubungi polis.

"Taylor!" Taylor tersentak. Ini kali pertama Fea meninggikan suara kepadanya.

"Ikut apa yang Fea katakan" suara Drake perlahan sambil tersenyum smirk. Wajahnya langsung tidak takut dan gentar. Dia nampak begitu tenang.

Taylor serba salah. Dia memandang kearah Rey. Lelaki itu sekadar mengangguk perlahan.

Sebaik polis tiba, Drake terus dibawa ke balai polis untuk disoal siasat.

.

Derapan langkah diatur dengan begitu berhati-hati. Jika salah langkah, sudah pasti nyawa mangsa tahanan bakal melayang hanya dalam beberapa saat sahaja.

Pihak polis sudah terima maklum tentang lokasi penculikkan Fiona. Drake sendiri yang memberi keterangan kepada pihak polis sewaktu di bilik soal siasat petang tadi. Rekodnya kini bersih. Cuma dia mahu, segalanya dirahsiakan dahulu dari pengetahuan semua. Biar pihak polis yang menjalankan tugas menyerbu tempat persembunyian tersebut.

.

Tubuh Fiona tergeletak di atas lantai bangunan lama. Kaki dan tangannya masih terikat kemas.

"Air.." suaranya lemah. Matanya terbuka perlahan. Gelap. Hanya suara unggas yang kedengaran berlagu riang di kawasan rimba. Sang mentari sudah berlabuh, kini sang purnama memain peranan dikala malam menjelma. Gelapnya malam, bermakna genaplah 4 hari dia diculik oleh lelaki durjana ini.

Seorang lelaki menghampiri. Dia menyondorkan botol air ke mulut Fiona.

"Hm!" arahnya dengan berdehem.

Fiona yang begitu dahaga, lantas bangun dan meneguk air dengan lahap sehingga baju yang dipakainya ikut basah dek tumpahnya saki baki air pada baju yang dipakai.

Fiona kembali memiliki tenaga walau hanya dengan meminum air putih. Dia menatap risih ke arah lelaki tersebut walaupun hanya dalam kesamaran malam.

"Apa kau nak dari aku, hah? Sudah 4 hari aku diikat seperti ini. Kalau kau mahu lenyapkan aku dari muka bumi ini, dipersilakan. Lakukan sekarang! Aku sudah tidak kisah." seru Fiona geram.

Lelaki tadi mencerlung tajam.

Hujung bibir Fiona terangkat, melengkung menjadi sebuah senyuman sinis.
"Huh! Ternyata kau hanya berani disebalik mask yang melekat diwajah kau sahaja. Tanggalkan dan perlihatkan wajah kau. Hanya aku sendirian disini. Aku janji, tidak akan ada sesiapa yang akan tahu jika aku ketahuan siapa yang menculik aku" pujuk Fiona dengan kata-kata manisnya.

Sebenarnya, Fiona sendiri penasaran mahu tahu siapa lelaki disebalik mask hitam itu.

Lelaki bertubuh tinggi lampai dan bertubuh agak atletis ditatap Fiona lama. Dia dapat meneka berapa ketinggian lelaki ini hanya melalui pandangan sahaja.

Seketika dahinya berkerut. Dia mula teringatkan seseorang. Fiona memandang Snikers yang dipakai lelaki itu. Ukuran kakinya agak besar. Rasanya... Fiona menganga.

Fikirannya mula melayang ke 10 tahun lalu.

.

"Fi.. lihat tu" April menjuih dagunya sekilas ke arah taman yang berada tidak jauh dengan padang sekolah.

Fi menoleh ke arah yang dimaksudkan oleh April.

Ed dan Boe yang baru keluar, lantas berjalan beriringan menghampiri Fiona dan April.

"Korang tak nak balik lagi ke?" soal Boe sambil mencuit tocang April dari belakang.

"Ish! Tak ganggu orang sehari tak boleh ke?" Marah April sambil menjeling sekilas ke arah Boe.

Lelaki itu malah memasang wajah mengejek terhadap April.

"Korang tengok apa?" soal Ed yang perasan sejak tadi.

Ed memandang ke arah pandangan Fiona yang jauh ke taman.

"Itu bukan ke budak nerd yang sering perhatikan kau tu, Fi?" aju Ed yang perasan akan hal ini sudah lama.

"Apa salahnya dia perhatikan aku. Bukan haus pun tubuh aku ni kalau dia pandang."

"Ihhh.. Aku bukan maksudkan itu. Yang aku cakap sekarang ni, dia tu macam suka dekat kau. Dah lama aku tengok dia macam admire gila dekat kau" Suara Ed berterus terang.

Fiona memasang wajah geli.
"Kau sendiri pun tahu, dia bukan taste aku. Kau ingat, aku akan bercinta dengan lelaki nerd macam dia ke?" lancang sekali Fiona bersuara.

"Weh, weh, weh!" Boe menyiku mereka bertiga bersamaan.

Lelaki nerd yang mereka perbualkan itu sekarang sedang berjalan ke arah mereka berempat.

"Kan aku dah kata" Ed mengeluarkan suara dari dalam kerongkongnya. Bibirnya hanya terbuka sedikit saat dia bersuara. Dia tidak mahu lelaki nerd itu mendengarinya.

Fiona berlagak selamba sedangkan jantungnya sudah tidak berada ditempatnya lagi. Dia rasakan, jantungnya itu sudah lari meninggalkan tubuhnya yang sekarang sedang kaku membeku.

Ahhh! Dia mahu kejar jantungnya itu sebagai alasan mahu melarikan diri dari lelaki itu. Tapi alangkah malangnya, kakinya ini seolah-olah diikat kemas oleh tatapan budak nerd yang berjalan menghala kearahnya.

"Hai korang" lambai lelaki itu yang berhenti tepat di hadapan mereka berempat.
Matanya teralih ke arah Fiona.

"Hai Fi" nada suaranya berubah lembut dan sopan.

"Sepertinya, kau ada sesuatu yang hendak dikatakan kepada Fiona" sela Ed menyakat.

Lelaki itu hanya tersengih sehingga menampakkan barisan giginya yang dipenuhi dengan besi.

"Mana kau tahu" ujarnya sambil tersengih malu. Kedua tangannya lurus ke bawah sambil bertaut didepan.

"Kita kan lelaki" bidas Ed sinis.

"Owh.. betul juga kan." ujarnya sambil tersipu malu tapi dalam masa yang sama, dia sempat menjeling ke arah Fiona.

Sebenarnya dia sudah lama menaruh hati pada Fiona. Hanya saja dia tahu, mungkin dia sedang bertepuk sebelah tangan. Mana mungkin Fiona akan menerimanya dengan keadaan dan sifatnya yang begini.

Tapi, dari awal lagi dia menanam perinsip, 'Selama masih ada kesempatan, jangan pernah matikan semangat untuk raih kemenangan (cinta).'

April, Boe dan Ed beranjak sedikit menjauh dari Fiona dan..

"Frank" suara Fiona perlahan.

Lelaki itu tertegun.

Fiona mula mengingat siapa lelaki dihadapannya sekarang ini.

"Jika masa lalu itu membuat hatimu patah gara-gara mulut puaka ku ini, maafkan aku. Tapi, tergamak sungguh kau memperlakukan aku seperti ini"

Frank kelihatan salah tingkah. Dia berpaling membelakangkan Fiona. Dia menggeleng pantas.

"Bukan aku. Aku hanya menurut perintah" balasnya lantas menoleh.

"Perintah siapa?" soal Fiona pantas tapi masih berjaya mengawal emosinya.

Frank terdiam. Dia duduk mencangkung berhadapan dengan Fiona. Perlahan tangannya terangkat lalu membuka mask yang menutup wajahnya.

Mata Fiona terbuka luas. Mulutnya separa menganga. Benarkah Frank yang sedang berada dihadapannya sekarang ini? Wajahnya masih sama seperti dulu, tetapi wajahnya lebih terawat dan licin. Kumis yang tumbuh diwajah menaikkan lagi ketampanan di wajah Frank yang putih bersih. Dan lagi, besi pendakap gigi itu sudah tiada.

Dia sekarang ini seolah-olah berhadapan dengan seorang putera raja yang datang untuk menyelamatkan kekasih hatinya yang diculik penjahat. Malangnya sekarang ini, situasinya berbeza. Putera raja itu pula yang menculiknya dan mengurungnya disini.

Ah! Fi.. kenapa kau fikir sampai ke situ? Dia sudah culik kau, dan sekarang kau boleh terpesona dengan ketampanan dia? Luaran saja yang nampak suci tapi dalamannya ibarat iblis! Perang Fiona dalam hati.

Fiona mengerjipkan matanya berkali-kali, cuba membuang perasaan kagum dan terujanya itu.

Walaupun samar malam yang gelap, namun cahaya bulan yang terpancar dari jauh masih mampu membantu netra mata Fiona untuk menilai rupa paras Frank saat ini.

Fiona menggigit bibir dibahagian dalamnya. Lelaki ini sudah tidak 'buruk' seperti dulu.

Fiona tersedar.

"Kau sudah jauh berubah. Maafkan aku diwaktu 10 tahun lalunya. Aku masih budak pada waktu itu dan masih nakal. Aku langsung tak fikir untuk ada apa-apa hubungan dengan mana-mana lelaki waktu itu. Pada aku, waktu itu adalah masa untuk aku belajar. Aku belum bersedia untuk jalinkan apa-apa hubungan dengan sesiapa." luah Fiona seperti memujuk.

Frank menatap lekat ke wajah Fiona. Ternyata, Fiona lebih cantik jika dibandingkan dengan dahulu.

Alis matanya yang terbentuk indah, matanya yang lebar dan jernih, hidung kecil dan tinggi dan memiliki bibir berbentuk busur, sangat indah dan menawan bagi pandangan mata Frank.

"Kamu lebih menawan sekarang, sayangku" bisik Frank menggoda.

Fiona seketika terbuai dengan bisikan Frank. Tapi dia cepat tersedar.

"Jangan panggil aku sayang. Kau tak layak mendampingi aku. Kau telah menculik aku, adakah layak untuk kau panggil aku sayang, huh!?"
Fiona berpaling ke samping seraya bersuara lagi,
"Jikalau kau masih punya perasaan padaku walaupun sebesar zarah sekalipun, kau takkan perlakukan aku begini." luah Fiona dengan tone suara yang perlahan dan sayu tapi masih boleh ditangkap dengan jelas oleh Frank.

"Sayang.." seru Frank dengan penuh rasa bersalah.

Fiona memandang tepat ke wajah Frank.
"Katakan, siapa yang perintahkan kau untuk menculik aku?" suara Fiona lembut dan perlahan. Jauh bezanya dari tadi.

"Betul kau nak tahu?"

Fiona mengangguk pantas.

"Tuan Drake"

Bersambung....

Maaf ya lambat update. Saya sibuk dengan kerja sejak kebelakangan ini. Tapi saya akan cuba juga untuk update walaupun satu episod. Terima kasih buat pembaca yang menyokong penulisan saya ????

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience