SUDAH satu bulan dia berkhidmat di MR Holdings dan tidak di nafikan kecekapannya dalam mengambil alih tugas Megat Rusydi. Megat Haider seorang yang cepat belajar walaupun berlainan profession sebelum ini.
Ketukan di pintu kedengaran. Muncul Kamil yang kini menjadi setiausaha kepada Megat Haider dan seorang arkitek bernama Ruslan yang mula menapak masuk ke dalam bilik Megat Haider.
"Encik Haider, kami ada benda penting nak bincang." Tegur Kamil.
"Have a seat." Pelawa Megat Haider kepada mereka berdua.
Kelihatan wajah Ruslan yang beriak tidak tenang menggamit perhatian Megat Haider.
"Kenapa Ruslan? awak okay ke?".
Kertas pelan lukisan projek yang ada di tangannya di ketuk-ketuk perlahan pada tangan sebelah lagi. Jiwanya gusar untuk bersuara. Takut dengan kemungkinan yang bertindak balas dan tidak baik di terima olehnya jika dia menyuarakan perkara tersebut.
"Err macam ni Encik Haider...ermmm saya minta maaf sebab proposal projek kita di tolak oleh client."
Ruslan berkata tenang namun dalam hatinya ketakutan. Dia membayangkan jika di hadapannya ialah Megat Rusydi, mahu di pecatnya dia serta merta. Tapi kini yang di hadapannya ini anak kepada Megat Rusydi, apakah sama corak sikap yang di bawa?
"Macam mana boleh kena rejected ? kita yang pertama deal dengan mereka, takkan senang-senang je kena reject ? How come ?"
"Memang kita yang pertama, tetapi kita belum sign agreement dengan mereka untuk comfirm dengan kita. Client tu dia bagitahu, dia menjalankan pemilihan untuk pilih antara 3 syarikat pembinaan terbaik untuk bekerjasama.. Too bad design kita di reject awal-awal lagi dengan alasan design yang sama seperti proposal company lain. tetapi ada beberapa faktor yang berlainan. Itu pun beza sikit aje. Jadi Client lebih tertarik dengan design mereka."
Megat Haider melonggarkan tali lehernya, terasa ketat di bahagian lehernya bila mendengarkan khabar itu.
"Client tu dari company mana yang awak cakapkan ni?" Megat Haider musykil.
"Samudera Biru Holdings, Encik Haider."
"What??! Samudera Biru is the top company yang kita tak patut terlepas peluang. Macam mana boleh sama ni? Nonsense. Awak sebagai arkitek yang in charge dalam projek ni kena pastikan design awak secure".
Meja itu di tepuk sekali lantas mengejutkan Kamil dan Ruslan yang sedang menikus di hambat dengan kekecewaan dari Megat Haider.
"Saya pun tak pasti Encik Haider. Pelik juga sebab design dari company kita selalu menjadi top choice untuk semua client."
"Rasanya ada tali barut dalam syarikat kita." Kamil mencelah setelah lama mendiamkan diri.
Terpanggung kepala mereka ke arah Kamil.
"Saya pun rasa macam tu". Jawab Ruslan.
"Okay, tak apa. Tolong siasat dari mana punca semua ni berlalu dan cari tahu company mana yang awak maksud design mereka tu sama macam kita. Kalau awak berdua syak sesiapa yang mencurigakan, let me know." Kepalanya di picit-picit. Baru je nak dia nak menarik nafas lega dah timbul masalah pula.
"Baiklah Encik Haider".
Jawab kedua-dua mereka serentak.
ACEH 5.30 PM
PERMANDANGAN bukit bukau yang menghijau dari pondok atas bukit itu kelihatan cantik dan menyegarkan matanya. Aroma teh panas melengkapkan lagi suasana.
"Kamu yakin mau ke Malaysia?" Tanya seorang lelaki di sebelah kanannya yang turut melemparkan pandangan ke arah yang sama.
Lelaki itu bernama Reno. Reno yang menyelamatkan Bellinda pada malam kejadian tersebut. Bellinda bersembunyi di sebuah rumah kecil di atas bukit yang di gunakan Reno selama ini untuk bermastautin di situ ketika dia ingin memburu haiwan liar di hutan.
Kebaikannya untuk membantu Bellinda yang dalam kesusahan itu membawa mereka ke sini. Reno seikhlas hati membantu wanita yang di rundung nasib malang itu.
"Yakin banget(sangat). Aku tuh mau nyari(cari) beberapa orang yang aku pengen(ingin) ketemu. Ngak bisa lama-lama di sini. Adit itu gila. Apa pun cara dia akan lalukan untuk mencari ku."
Bellinda merasa gigil bila nama Aditya di sebut. Menggambarkan kejamnya layanan yang di terima semasa menjadi tahanan lelaki itu. Hidupnya setiap hari di siksa.
"Kenapa sih adit itu tega nyiksa(seksa) kamu? Apa maunya dia ?"
Bellinda melepaskan nafas berat. Di ulang siar peristiwa pahit yang berlalu di ingatan saat ini.
MERCEDES BENZ A-CLASS berwarna kelabu itu di berhentikan di bahu jalan.
Aditya melepas kasar tangannya dari di peluk Bellinda.
"Minggir(ketepi) ah". Kata Aditya jelas wajahnya beriak tidak selesa.
"Apaan sih ? ngak(tak) suka ?" Tanya Bellinda sambil berkerut dahi.
"lemas tau dari tadi kamu asyik peluk-pelukkan terus..Jadi susah aku mau nyetir(pandu)". Balas Aditya.
Bellinda berasa hairan. Kenapa Aditya seperti ini. Ia bukan seperti Aditya yang mula-mula mereka kenal. Dahulu lelaki ini seorang yang berbicara lembut. Setiap ayatnya percakapannya penuh dengan nada romatis. Begitu juga yang tak pernah jemu di peluk, di cium dan selalu merenungnya penuh cinta. Kenapa tiba-tiba dia berubah ? tidak makan masa terlalu lama. Hanya beberapa bulan selepas dia putus dengan Syed Iqwal.
Bellinda tidak peduli, terus di peluk lagi Aditya.
Auch !! Bellinda mengadu sakit bila dia di tolak kasar sekali lagi sehingga tersandar kuat ke arah pintu kereta.
Pipinya di cengkaman kuat oleh Aditya.
"Heii dengar ya. Gue(aku) tu ngak(tidak) benar-benar suka sama lo(kau). Lu aja ge-er(perasan). Gue(aku) cuma manfaatin(mempergunakan) lo(kau). jelas ?."
Matanya tajam memanah kedua-dua mata Bellinda.
Tercengang Bellinda mendengarkan. Apa yang lelaki itu maksudkan?
"Maksud kamu apa Adit ? kamu bo-ong(tipu) kan ?"
Tergagap-gagap Bellinda mengeluarkan pertanyaannya melihatkan wajah lelaki itu bersama senyuman sinis yang tidak menyenangkan.
"Gue(aku) tuh cuma mau harta lo(kau), duit-duit lo(kau). Siapa sih ngak(tidak) kenal sama Pak Dimas? Juragan terkaya di Indonesia. Aku tuh betek(penat) hidup sederhana. Lo(kau) ini cucunya. Satu-satunya !. Masa sih aku lepaskan peluang sehebat itu untuk dapatin(dapatkan) lo(kau)."
Jatuh air mata di sebalik pandangan kebencian pada Aditya itu. Tidak dia menyangka Aditya hanya mahukan hartanya semata-mata. Apa yang dia lakukan ? Dia tersilap langkah dengan mengkhianati Syed Iqwal dan memilih Aditya.
"Brengset ! (Tak guna). Aku nyesal udah percaya sama kamu. Aku pikir kamu tu tulus cinta sama aku." Suara kemarahan Bellinda naik berberapa desibel.
Aditya ketawa ketawa begitu kuat. Dia membelai wajah Bellinda dan menepuk-nepuk pipi Bellinda.
"Kasihan deh lo(kau). Cinta ? apa-an cinta ? ngak ada. Cinta ngak(ngak) bisa(boleh) kasi lo(kau) makan ! Bodoh amat !."
Bellinda tidak tahan lagi. Dia segera ingin membuka pintu namun tidak berjaya. Pintu sudah di kunci oleh Aditya secara automatik.
"Buka !" Arah Bellinda tegas.
"Ngak ! lo(kau) harus ikut gue(aku)."
Bellinda cemas. Dia memukul Aditya sekuat hati. Namun kudrat wanita tidak setanding lelaki. Aditya melawan dan dengan pantas mulut dan hidung Bellinda di tutup dengan kain kecil yang sudah di semburkan bersama ubat tidur.
Hanya mengambil masa beberapa saat sahaja Bellinda terkulai pengsan tersandar di kerusi itu. Aditya tersenyum sinis dan dia meneruskan perjalanan ke tempat yang di tuju.
"Dasar maling (pencuri) ? Rakus(tamak) banget itu orang."
Bellinda tersenyum.
Tidak mahu berkata apa-apa. Cukup boleh menghirup udara tenang bila dia berjaya lari dari cengkaman Aditya.
Kenapa Aditya menyiksanya tidak memberi kebebasan walaupun Bellinda sudah muflis? Ia adalah kerana harta pusaka datuk Bellinda belum di serahkan padanya sebelum dia mencapai umur 35 tahun dan berkahwin. Itu adalah syarat untuk penyerahan harta yang di pegang kemas oleh peguam yang mewakili datuknya. Aditya menunggu saat itu. Dia bertindak sebelum Bellinda berkahwin dengan Syed Iqwal.
Ting ! ting !
bunyi notifikasi dari Instagram masuk ke telefon pintarnya.
Senorita r : Can't wait to see you White Jasmine :) !
Bellinda tersenyum. semakin berkobar-kobar rasanya ingin terbang ke bumi Malaysia.
TERKOCOH-KOCOH Nurjihan belari bila mengenangkan dirinya sudah terlambat. Dia berjanji untuk berjumpa dengan Puan Nora di pesta bunga antarabangsa di Putrajaya.
Nurjihan terjinjit-jinjit kakinya untuk mencari kelibat yang di maksudkan di sebalik keramaian pengunjung yang hadir di pesta bunga itu.
Mak aih...pokok bunga dengan orang lebih kurang sama tinggi je. Ah ! jalan-jalan je la dulu.
"Berapa ye harga bunga ni?"
Tiba-tiba ada satu suara yang menegur Nurjihan di situ. Dia kehairanan.
"Eh, saya bukan peniaga..bukan..bukan" Nurjihan menggaru-garu kepalanya hairan.
"Err.. sorry-sorry." Kata wanita bertudung itu dan berlalu pergi.
Ewah, muka aku ni ada rupa tauke jual bunga ke ?
Akhirnya dia menjumpai figura yang di kenali berada di sebalik kawasan bunga orked. Perlahan-lahan langkahnya mendekati dan di tutup sepasang mata empunya tuan badan dengan kedua-dua telapak tangannya dari arah belakang.
"Guess who ?" Kata Nurjihan.
Puan Nora tersenyum. Si gadis manis yang di tunggu telah tiba.
"Jihan?" Jawab Puan Nora.
"Iyes !" Laju setapak langkah kakinya berada di hadapan Puan Nora.
" Oh my God, Aunty rindu dekat you".
Nurjihan di peluknya erat.
"Saya pun rindu dekat Aunty." Nurjihan melebarkan senyuman.
"Hei, come tengok bunga orked ni. Aunty suka bunga-bunga ni. Every time ada event besar macam ni comfirm aunty akan datang. i don't care kat mana pun event macam ni di adakan." Kata Puan Nora.
"Huh ? walaupun ada dekat London ? Paris ?". Sengaja di tembak menyebut nama negara untuk menjadi tekaan pada kenyataan Puan Nora itu. Biar betul ?
"Yes !" Jawab Puan Nora dengan Yakin.
Mak aih. Betul-betul fanatik ni minat.
"How are you ? hari tu kata nak datang duduk dengan Aunty kan? dah settle masalah you ?"
Nurjihan terkejut bila di tanya soalan itu. Teringatkan pada hari dia di bawa lari oleh Tuan Syed Iqwal semasa di KLIA dahulu.
Aduh ! Jem kepala otak aku . Nak bagi alasan apa ni...
"Ermmm, dah settle Aunty tapi tulah tak jadi pula. Tapi next time boleh kan kalau nak pergi sana ?". Nurjihan tersengih gatal.
"Why not..of course boleh darling.. Datang je okay?" Puan Nora tersenyum sambil matanya ralit memerhati warna warni keindahan bunga-bunga di situ.
"Kalau Iq datang Ami bagi tak ?"
Tersentak mereka bila di sapa oleh satu suara asing di situ.
Nurjihan kelu. Bagai tertelan biji rambutan di kerongkongnya. Nafas juga bagai tidak mahu menghembus dengan lancar bila melihat gerangan yang hadir.
"Iq !! "
Puan Nora terlompat suka lantas memeluk Tuan Syed Iqwal. Begitu rindu dia dengan lelaki di hadapannya itu. Berpuluh-puluh tahun dia terpisah dan berhubung jarak jauh dengan anak lelaki yang satu-satunya yang dia ada. Matanya berkaca mengusap wajah kacak lelaki itu. Terlalu rindu yang tak dapat di gambarkan.
Nurjihan lagi la tak boleh brain drama apa yang di tayangkan di hadapannya ini.
"Iq..mari ami kenalkan, ni Nurjihan. Dia kawan ami". Puan Nora menggenggam tangan Nurjihan dan menariknya dekat dan mengambil tempat di hadapan Tuan Syed Iqwal berdiri.
Gadis di hadapannya itu memaku renungannya. Tajam sekali.
"Cantik nama, macam tuan dia." Kata Tuan Syed Iqwal memuji.
"And Jihan, ni anak Aunty. Iqwal." Sambung Puan Nora lagi.
Anak ?!
Nurjihan masih tidak berkedip matanya melihat kedua-dua orang di hadapan kini yang mesra teramat sangat. Pujian Tuan Syed Iqwal juga di abaikan.
"Ami ?" Terkeluar satu perkataan yang agak janggal pada pendengarannya Nurjihan.
Puan Nora tersenyum.
"Yes, Ami adalah short form untuk mummy."
Nurjihan tersenyum sumbing. Masih memujuk denyutan jantung untuk memperlahankan rentak.
Macam mana hidupnya boleh terkait rapat dengan lelaki ini ?
"Err..saya ke sana kejap ye. Aunty sembang la dulu dengan anak aunty. Geram je tengok bunga dekat sana hihi."
Nurjihan memberi ruang untuk mereka berbual.
"Iq.. kenapa datang jumpa ami dekat sini ? kalau ada orang-orang Megat Rusydi macam mana?" Puan Nora cemas bertanya.
"Ami jangan risau. Iq dan pasang bodyguard untuk pantau orang-orang dia." Jawab Tuan Syed Iqwal memerhati ke arah sekeliling pesta bunga itu.
"Sejak bila Ami kawan dengan budak-budak ?"
Tergelak Puan Nora bila Nurjihan itu di katanya budak-budak oleh Tuan Syed Iqwal.
"Ish, bukan budak la. Umur tak halang kita kan untuk nak berkawan ? asyik kawan dengan orang-orang tua je. Bagi chance la ami nak rasa jadi muda balik." ketawa kecil Puan Nora menutup mulutnya dengan tangan.
Tergeleng-geleng kepala Tuan Syed Iqwal menerima respond dari ibunya itu.
Bunga mawar putih menarik perhatian Nurjihan. Di pegang lembut kepulan kelopak bunga itu. Cantik warnanya dan cantik bentuk bunganya. Teringatkan White Jasmine. Warna sama tapi jenis bunga berlainan. Tanpa sedar dia tersenyum.
"Those roses were beautiful just like you."
Alamak !
Nurjihan perlahan-lahan mengalihkan wajahnya ke arah tepi melihatkan Tuan Syed Iqwal yang sudah memetik setangkai bunga mawar putih itu dan di hidu dalam-dalam.
Eh, suka hati petik-petik.. beli dulu lah...
"Awak keluar lagi tanpa bagitahu saya. Nak kena denda ni..."
Nurjihan menelan air liur yang terasa pahit. Matilah !!
"Maaf saya nak cepat tadi."
Pandangan mata mereka bertemu. Terasa ada keindahan yang bertandang pada wajah kedua-duanya melebihi keindahan bunga-bunga tersebut walaupun mereka di kelilingi oleh beribu-ribu jenis bunga di situ.
Share this novel