BAB 23

Romance Completed 43245

"Hana!" panggil Afiq Raihan. Dia mengoncang bahu isterinya. Pipi Anis Raihanna ditepuk lembut bagi mengejut gadis itu. Afiq sudah menggelabah apabila Anis masih tidak sedarkan diri.

Dia memandu kereta dengan laju ke klinik. Anis Raihanna disebelah dikerling sekilas. Tali pinggang isterinya telah dipakai olehnya sebentar tadi terlebih dahulu.

"Afiq..kita dekat mana ni?" panggil Anis Raihanna yang baru sedar. Dia menoleh ke arah suaminya. Terkejut dengan kelajuan yang dibawa oleh Afiq Raihan. Nak mati awal ke mamat ni?

Hampir saja Afiq Raihan mahu brek secara mengejut. Dia memberhentikan dahulu kereta di bahu jalan.

"Hana,kau dah sedar? Kenapa kau takutkan aku? Aku ingat kau dah pengsan ke apa tadi." soal Afiq Raihan. Dia meraup muka. Riak mukanya benar benar menunjukkan dia risau tentang keadaan isterinya.

"Aku ok. Kau jangan lah gelabah sangat. Aku tertidur tadi. Sejuk." balas Anis Raihanna. Dia berpeluk tubuh. Tak sangka kerana dia tertidur tadi membuatkan suaminya tak senang duduk.

"Wei tak lawak la. Aku betul betul risaukan kau tahu tak. Macam mana kau boleh tertidur? Kita dah on the way  pergi klinik dah ni." ucap Afiq Raihan tak puas hati. Geram pulak bila dia tahu isterinya cuma tertidur. Nak marah tapi tengah sakit tu. Sabar jelah.

"Aku tak nak pergi klinik. Aku tak suka. Aku nak balik. Nak balik. Bawa lah aku balik Afiq." rengek Anis Raihanna seperti budak kecil. Serius dia paling trauma kalau kena pergi klinik. Nanti kena ambil darah la apa la. Ah leceh dan sakit pulak tu!

"Kau ni degil la! Tak boleh. Kita pergi klinik jugak nanti makin melarat demam kau tu." tegas Afiq Raihan berkata. Dia mula memandu kereta.

"Tak nak! Tolonglah Afiq. Aku tak larat nak gaduh dengan kau sekarang ni. Jomlah balik. Aku janji akan makan ubat lepas tu sembuh dengan cepat. Serius." pujuk Anis Raihanna. Tangan kanannya diangkat separas bahu acah tengah berjanji.

Ya janji Melayu!

"Lagipun takkan aku nak pergi klinik dengan basah kuyup macam ni. Malu lah aku. Kau tak kesian ke kat aku yang tengah tahan sejuk ni hah? Hachum! Hachum!" kata Anis Raihanna lagi. Dia terbersin kerana terlalu sejuk.

Afiq Raihan memandang sekilas isterinya disebelah. Dia mula termakan dengan kata pujukan Anis Raihanna. Terbit rasa kasihan di dalam dirinya. Ada betulnya juga kata kata Anis Raihanna.

"Kalau macam tu aku pergi beli panadol kejap dekat farmasi. Kau tunggu dalam kereta diam diam. Kalau kau tak tunaikan janji kau,siap kau!" ugut Afiq Raihan. Dia menjeling Anis Raihanna.

Anis Raihanna mengangguk tanda faham. Aku tengah sakit pun main ugut ugut lagi. Kata tadi risau lah apa lah. Sekarang heh. Omel Anis Raihanna perlahan.

Sebaik saja tiba di farmasi, Afiq Raihan terus keluar dari kereta. Anis pula sedang menahan kesejukan. Bibirnya diketap rapat. Sudah beberapa kali dia bersin. Berhingus dah hidung dia.

Suhu badannya makin lama makin meningkat. Anis mula tidak selesa. Dia paling tak suka kalau demam.

Akhirnya,Afiq Raihan selesai membeli ubat ubatan yang diperlukan oleh isterinya. Lantas dia segera memandu ke rumah kerana risau keadaan Anis Raihanna semakin teruk.

???

Sebaik saja tiba dipekarangan rumah mereka, Afiq Raihan memapah Anis Raihanna masuk ke dalam rumah. Walaupun Anis Raihanna sudah melarang Afiq Raihan berbuat demikian tetapi dia tetap berdegil.

Biasalah Afiq Raihan memang degil kan?

"Aku hantar kau dekat bilik kau eh?" ucap Afiq Raihan lemah lembut. Sebelah tangannya memapah badan isterinya. Manakala tangan Anis diletakkan dibahu Afiq Raihan sebagai sokongan.

"Mestilah hantar dekat bilik aku. Takkan bilik kau pulak." omel Anis Raihanna. Dia mencebik. Soalan apa lah yang ditanya suaminya.

" Manalah tahu kau nak aku hantar kau pergi bilik aku. Terus kebah demam kau nanti kan." balas Afiq Raihan selamba. Dia menjeling isterinya sekilas. Jelingan tajam yang diberikan oleh Anis mencuit hatinya. Minah tu demam pun kau sempat cari gaduh lagi kan?

Kini baru dia faham sebab apa Haiqal Iskandar menyuruh dia berkahwin dengan Anis Raihanna. Sekelumit perasaan cinta pun tak ada pada diri masing-masing. Asyik bergaduh je kerjanya.

" Ha terima kasih sebab hantar aku sampai dalam bilik. Ubat yang kau beli tadi letak je atas meja tu nanti aku makan." arah Anis Raihanna. Dia mahu segera membersihkan diri.

"Nanti aku letak. Kau pergi la mandi. Takut makin melarat demam kau. Aku keluar dulu." balas Afiq Raihan. Dia berlalu pergi meninggalkan isterinya.

Setelah itu, Afiq membersihkan dirinya terlebih dahulu. Usai saja membersihkan diri, dia menuju ke dapur. Mahu masak bubur nasi untuk Anis Raihanna.

Bubur nasi yang telah siap dimasak disalin ke dalam mangkuk. Lalu diletakkan di atas dulang beserta dengan segelas air suam. Ubat ubatan yang dibeli tadi turut diletakkan bersama.

Afiq mengatur langkah ke bilik isterinya sambil menatang dulang tersebut. Nasib baik pintu bilik Anis yang terbuka sedikit memudahkan dia untuk masuk ke dalam. Afiq membuka pintu bilik tersebut dengan kakinya.

Anis Raihanna kelihatan sedang lena di atas katil. Afiq Raihan mengeluh lemah. Kasihan apabila melihat isterinya sebegitu. Kalau dia pergi satu kereta dengan Anis Raihanna pada hari ni mungkin isterinya takkan demam. Tapi siapalah dia nak ubah ketentuan Tuhan. Dia hanya menerima dengan rela hati.

Afiq mula mendekati isterinya. Dia mengambil tempat dibirai katil. Dulang makanan tadi diletakkan di meja kecil yang berdekatan dengan katil.

"Hana..Hana..bangun" panggil Afiq Raihan lemah lembut. Serba salah juga kerana terpaksa menganggu lena isterinya.

"Hmmm" gumam Anis Raihanna. Dia terpisat pisat membuka mata. Anis menyandarkan diri di kepala katil. Dia menghadap Afiq Raihan.

"Ni aku ada masak bubur. Makan lah. Lepastu boleh la kau makan ubat." kata Afiq Raihan. Bibirnya dimuncungkan ke arah sedulang makanan tadi.

"Hmm nanti aku makan. Aku tak larat. Kau keluarlah dulu. Aku tak nak susahkan kau." balas Anis Raihanna. Dia mahu menyambung kembali tidurnya.

"Aku takkan keluar dari bilik kau selagi kau tak makan ubat. Lagi satu kalau kau tak makan ubat nanti demam kau makin teruk. Itu baru menyusahkan aku. Lagipun kau dah janji kan?" kata Afiq Raihan ingin mengingatkan semula janji isterinya tadi. Dia berpeluk tubuh.

Anis Raihanna memasamkan muka. Bibir dah muncung sedepa. Buruk betul rupanya. Menyesal pulak berjanji dengan Afiq Raihan tadi.

Deringan telefon Afiq Raihan menghentikan niat Anis Raihanna untuk menyambung kata katanya. Anis Raihanna tersenyum sendiri. Nampaknya ada peluang dia lepaskan diri daripada suaminya.

"Aku tak habis lagi eh dengan kau. Makan cepat." arah Afiq Raihan. Macam dia tak tahu Anis nak mengelat daripadanya apabila ternampak senyuman gadis itu. Dia memeriksa nama pemanggil.

Ibu

Terkerut dahi Afiq Raihan apabila mengetahui ibu mertuanya tiba tiba menelefon dirinya. Ada apa apa berlaku lagi ke? Haiqal Iskandar tak beri apa apa maklumat lagi pun. Persoalan mula bermain di benak fikiran.

Afiq Raihan segera menjawab panggilan tersebut. Dia mengambil tidak jauh dari Anis Raihanna. Isterinya hanya mengukir senyuman kepada dirinya.

Afiq menjeling isterinya. Elehh macam tak tahu minah tu senyum sebab apa. Nak mengelat je tahu. Sempat lagi Afiq mengutuk Anis.

"Hello,assalamualaikum ibu. Ada apa ibu call Fiq ni?" soal Afiq Raihan terlebih dahulu. Dia mahukan kepastian. Keadaan isterinya dikerling sekilas. Elok je minah tu tidur balik. Aku dah agak dah. Afiq mengeleng kepala.

"Waalaikumusalam Fiq, ibu call ni nak tanya. Kenapa Anis tak angkat call ibu. Banyak kali ibu try call dia tapi tak berangkat. Dia ok ke Fiq? Dia ada dengan Fiq kan?" soal Puan Aimi bertalu talu. Dia risau akan keadaan anaknya. Lebih lebih lagi selepas kejadian menimpa mereka sekeluarga.

Afiq Raihan mendekati meja solek milik Anis Raihanna. Dia mengambil telefon isterinya lalu menghidupkannya namun tidak berjaya. Nampaknya telefon tu sudah kehabisan bateri.

"Ibu,jangan risau. Anis ada dengan Fiq sekarang. Telefon dia tak ada bateri ibu. Sebab tu kot dia tak angkat ibu call tu. Lagi satu dia tengah demam sekarang ni. Dia terkena hujan tadi." jawab Afiq Raihan tenang. Tak ada sebab untuk dia menyembunyikan keadaan isterinya daripada pengetahuan ibu mertuanya.

"Oh ye ke. Anis memang senang demam kalau terkena hujan. Dia tu pulak jenis susah makan ubat. Payah la sikit. Kena paksa jugak dia tu Fiq. Jangan lembut sangat." pesan Puan Aimi.

Lega sikit hatinya apabila mengetahui anaknya dalam keadaan selamat. Tentang kesihatan anaknya tak perlu dia risau lagi kerana dia percaya Afiq Raihan dapat menjaga Anis Raihanna dengan baik.

"Baik ibu. Ibu jangan risau Fiq akan jaga Hana elok elok sampai dia sembuh." balas Afiq Raihan yakin. Sekali lagi dia melihat keadaan isterinya. Anis Raihanna masih lena dibuai mimpi.

"Kalau macam tu,tak apalah. Ibu percaya Fiq akan jaga Anis sampai sembuh. Cuma satu jer ibu nak pesan lagi."

Afiq Raihan hanya menunggu tutur kata ibu mertuanya yang seterusnya.

"Betul ke ibu? Macam tak percaya pulak Fiq dengar perangai Hana macam tu." balas Afiq Raihan. Dia tergelak kecil. Tidak percaya dengan kata kata Puan Aimi.

"Yer betul Fiq. Ni ibu letak dulu ye. Assalamualaikum." kata Puan Aimi sebelum menamatkan panggilan.

Afiq Raihan menghampiri isterinya semula. Pesanan Puan Aimi sebentar tadi masih berlegar di fikiran. Dia cuba menahan ketawa.

"Hanaa..bangunlah. Makan cepat baru tidur" ucap Afiq Raihan. Dia cuba mengejutkan isterinya beberapa kali.

"Hmmm yer aku bangunlah ni. Janganlah kacau aku tidur dah" balas Anis dengan suara yang serak. Baru bangun tidur biasalah kan. Dia duduk lalu bersandar di kepala katil.

"Ni makan bubur yang aku masak ni. Sedap tau." pujuk Afiq Raihan. Dia menghulurkan semangkuk bubur kepada isterinya.

"Ye yer jer sedap. Kalau tak sedap siap kau eh." bidas Anis Raihanna. Dia menyambut huluran suaminya. Tangannya mengacau bubur tersebut beberapa kali. Entah kenapa seleranya mati apabila melihat bubur tersebut.

"Kenapa tak makan? Nak aku suapkan ke?" usik Afiq Raihan. Dia pelik melihat Anis yang mengacau bubur nasi yang dimasaknya beberapa kali. Bibirnya tersenyum sungging.

"Nak, nak kau suapkan. Cepatlah..Aaa" rengek Anis Raihanna. Mulutnya dibuka besar besar menunggu bubur  tersebut  disuap ke dalam mulutnya. Tangannya sudah memeluk lengan Afiq Raihan.

Gulp!

Afiq Raihan telan air liur. Mati terus senyumannya tadi. Nampaknya kata-kata Puan Aimi sememangnya benar. Afiq mula tak selesa dengan sikap isterinya kini.

Mana perginya sikap garang Anis Raihanna? Yang suka melawan cakap dia. Mana? Dia lebih rela disiku Anis Raihanna daripada melayan sikap manja gadis itu.

Afiq Raihan tersenyum kekok kepada isterinya. Dia mula menyuapkan bubur tadi kepada Anis Raihanna. Terketar ketar tangan dia. Nasib tak jatuh je. Takut lah tu. Hahaha.

"Ermmm..boleh tahan. Betul ke kau masak ni?" kata Anis Raihanna selepas menikmati bubur yang disuap oleh suaminya. Dia menyiku perlahan lengan Afiq Raihan. Jauh sangat mengelamun.

Boleh tahan konon. Cakap je lah sedap. Memang sedap pun kan. Lagi lagi bila kena suap dengan Afiq. Bertambah la sedap dia kan. Hahaha.

Afiq Raihan menghela nafas lega. Nampaknya sikap isterinya sudah kembali kepada asal.

"Mestilah aku yang masak. Sedap kan. Tengoklah orangnya" puji Afiq Raihan kepada dirinya. Dasar masuk bakul angkat sendiri. Terjongket sedikit keningnya. Acah hensem je lebih.

"Elehh. Cuba kau cerita macam mana kau masak?" soal Anis Raihanna dengan perasaan ingin tahu. Yelah bubur tu memang sedap gila kot.

"Mula-mula,ambik bubur segera Knorr lepastu letak air panas. Akhir sekali, letak la perasa dia. Then,siap!" cerita Afiq Raihan teruja.

Pakk!

Satu pukulan daripada Anis Raihanna hinggap di lengan Afiq Raihan. Anis sudah masam mencuka. Patutlah sedap! Guna bubur segera rupanya. Haihh.

"Hahahaha..kau gila ke aku nak masak. Mahu terbakar dapur tu." kata Afiq Raihan. Dia menggosok lengannya tadi. Pedih semacam. Berbisa betul setiap pukulan daripada isterinya. Entah kena pukul dengan besi ke tangan pun dia tak pasti. Yang dia pasti sikap manja Anis sudah hilang. Alhamdulilah dia bersyukur.

"Ish sudahlah. Aku nak tidur jangan kacau aku lagi. Pergi sana!" arah Anis Raihanna. Dia mula merebahkan diri semula ke katilnya. Baik tidur daripada layan Afiq Raihan tu.

"Eh eh. Makan ubat dulu. Baru tidur. Tu nampak cool fever  dengan koyok tu sekali. Pakai cepat bagi kebah terus demam kau tu." arah Afiq Raihan pula. Dia mencekak pinggang menunggu tindakan isterinya yang seterusnya.

"Hish. Kenapa kau beli benda benda tu. Antibodi aku kuat lah. Esok kebah
lah demam aku" rungut Anis Raihanna.

Sepapan panadol yang dibeli difarmasi tadi diambil oleh Anis Raihanna. Dia mengeluarkan dua biji panadol. Anis telan air liur.

Dia paling pantang kalau kena makan ubat. Tapi kalau dia tak makan nanti mamat tu bising lepastu dia jugak tak boleh tidur.

Akhirnya,dia menelan dua biji panadol tersebut sekali gus. Air suam diteguk dengan rakus. Mahu menghilangkan kepahitan yang dirasai kerana kesan daripada ubat tadi.

Anis membuka mulut kepada Afiq Raihan tanda dia sudah menelan ubat tersebut. Afiq Raihan hanya mengangguk tanda membenarkan.

Cool fever  ditempekkan di dahinya manakala koyok tadi diletakkan di pelipisnya. Setelah semua selesai, dia menyambung tidurnya semula.

"Dah,keluarlah cepat. Tutup pintu tu rapat-rapat. Then,kunci" arah Anis Raihanna sambil melelapkan mata.

"Oh menghalau nampak." perli Afiq Raihan. Macam dia tak tahu pulak nak buat semua tu bila dia keluar nanti.

Anis Raihanna menjulingkan bebola matanya ke atas tanda menyampah. Nak tidur pun tak senang lah kalau mamat tu tak habis habis nak cari gaduh. Dia memilih untuk sekadar mendiamkan diri.

Afiq Raihan tersenyum simpul. Dia mengatur langkah keluar daripada bilik isterinya. Segala arahan yang dikehendaki isterinya dituruti. Tiba-tiba pesanan Puan Aimi berlegar di fikiran. Sekali lagi,dia mengukir senyuman.

"Fiq, ibu nak pesan. Anis tu kalau demam dia mengada-ngada dengan manja tau. Jadi janganlah Fiq terkejut pulak ye. Layankan aje kerenah dia. Ibu doakan kebahagiaan rumah tangga kamu berdua. Amin.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience