Bab 19

Romance Completed 78326

“Luq…kenapa ni nampak resah je? Hmmm? Ibu tak sukalah tengok Luq duduk termenung dengan muka monyok macam ni. Luq, kita kena anggap benda yang dah jadi ni semuanya dah ditentukan oleh Allah. Benda yang dah berlaku ni mungkin ada hikmah yang baik di sebalik yang benda terjadi ni,” Puan Aminah mengusap lembut bahu Luqman yang masih lagi membisu di kerusi hospital.

Jenazah Dariya akan diterbangkan ke Malaysia hari ini atas permintaan keluarga yang inginkan jenazah Dariya dikebumikan di Malaysia. Air mata Luqman masih tak ada tanda yang dia akan berhenti dari menangis. Sudah beberapa hari dia di Filipina dan sepanjang dia di Filipina juga dia tak senang duduk.

Sebab apa? Sebab sampai hari ini dia masih belum bertemu dengan insan yang bernama Gia Vatanika. Selama tempoh dia berada di hospital, dia berharap yang Gia Vatanika datang kepadanya dan memberi kata maaf kepada dia dan ibu tapi langsung kelibat Gia Vatanika tak dilihatnya langsung. Ini membuatkan hatinya bertambah sebal.

Kalau hari ini Gia Vatanika belum datang berjumpa
dengannya dan ibu dengan permohonan maaf, dia akan buat perhitungan dengan Gia Vatanika sendiri. Dah buat salah pandai ehhh kau larikan diri?! Tunggu! Aku takkan biarkan kau terlepas macam tu je! Aku akan pastikan yang dia takkan hidup senang macam tu je! Kau tak tahu yang kau dah buat hati seorang ibu tunggal dah terluka banyak dengan kehilangan anaknya!

“Luq tak boleh terima ibu si pelaku tu langsung tak datang jumpa kita dan mohon maaf! Kalau dia datang mintak maaf atas apa yang dia dah buat, Luq tak kisah ibu tapi ini batang hidung dia langsung Luq tak nampak!”
Panas hatinya bila teringatkan wajah Gia Vatanika yang baru saja digooglenya semalam. Buat apa cantik kalau attitude tanggungjawab langsung tak ada dalam diri dia?!

“Mungkin dia pun dalam rawatan lagi. Sebab tulah dia tak dapat nak datang sekarang ni,” Puan Aminah cuba bersangka baik. Manalah tahu orang yang langgar anaknya turut mendapatkan rawatan sekarang ini? Kita tak tahu keadaannya macam mana sekarang.

“Rawatan apa sangat ibu? Dia yang langgar Dariya! Rawatan apa yang dia perlukan? Nak bandingkan Dariya dengan dia, Dariya lagi parah, ibu!” Apa saja yang Puan Aminah katakan tentang Gia Vatanika, langsung sikit pun dia tak nak percaya! Aku takkan pernah anggap dia seorang perempuan yang baik selagi dia tak datang maaf pada aku dan ibu!

Telefon bimbit Luqman berdering. Telefonnya dibawa keluar dari kocek seluar jeans yang dipakainya dan memandang nama pemanggil. Idham. Harap berita baik yang dia dengar sekarang ni.

“Hello.”

“Hello Luq. Aku dah call kawan aku yang kerja lawyer dekat Filipina tu dan dia setuju untuk tolong kau dalam kes ni dengan bantuan kawan dia yang merupakan polis yang tengah siasat kes Dariya dan Gia Vatanika. Insya-Allah diorang akan siasat dan cuba cari bukti lebih lagi untuk kes ni. Oh ya, kau fly balik Malaysia dengan jenazah pukul berapa?”

“Diorang cakap paling cepat yang diorang boleh uruskan petang ni. Mungkin petang ni aku dengan ibu sekali jenazah akan fly ke Malaysia.”

“Ohh ok. By the way, aku harap kau bertabah Luq dengan pemergian Dariya.”

“Ya…thank you Idham. Oklah, aku end call dulu ya. Aku nak teman ibu pergi makan kejap.”

“Ok…” talian diputuskan. Luqman kembali menyimpan telefonnya ke dalam kocek seluar. Apa yang aku harapkan sekarang ni ialah polis dan lawyer dapat bantu aku dalam kes ni. Aku nak Gia Vatanika kena tangkap dan tak lepas dari hukuman!

Kuala Lumpur, Malaysia.

SUASANA di tanah perkuburan agak sunyi dan penuh dengan sayu dari tangisan si ibu, Puan Aminah. Walaupun hatinya menerima kepergian Dariya tapi hati ibu mana saja yang tak sedih bila anaknya sudah pun tiada lagi menemannya di atas muka bumi ini? Anak yang ditatang dari kecil sampailah dewasa dijaga dengan penuh kasih sayang yang tak pernah luak akhirnya pergi menghadap Ilahi.

“Ibu…dahlah tu. Jangan menangis macam ni. Nanti kesihatan ibu terjejas,” Luqman cuba memujuk Puan Aminah. Lagipula Puan Aminah ada masalah kesihatan darah tinggi dan sakit jantung. Kalau dalam keadaan begini takut Puan Aminah akan diserang penyakit.

“Betul tu ibu. Jangan menangis lagi ya?” Zahirah, adik bongsu kepada Luqman turut memujuk sama. Tak betah dia melihat Puan Aminah yang terus-terus menangis. Hatinya terus rasa sayu.

Puan Aminah hanya mampu mengangguk kecil sebelum menyeka pergi air matanya dengan jari. Tanpa mereka sedar, ada kelibat seseorang yang turut berdiri di luar tanah perkuburan dengan linangan air mata yang tak henti. Rasa bersalah kerana tidak berhadapan dengan keluarga itu.

Apa yang dia boleh buat? Hatinya tak kuat untuk berjumpa dengan si ibu yang baru kehilangan anaknya dan dalam masa yang sama jugak dia tersepit dengan arahan mummynya yang langsung tak membenarkan dia berjumpa dengan keluarga itu. Kalau ikutkan hati, dah lama dia bertemu dan memohon maaf atas kesalahannya tapi disebabkan mummy, dia tak mampu untuk berbuat demikian.

Telefon Vitalika berdering. Vitalika pantas menjawab panggilan dari daddy.

“Hello daddy.”

“Hello Vi. How’s everything?”

“Kami ada di luar tanah perkuburan. Tengok dari jauh…” sekilas Vitalika melihat kakaknya yang masih lagi di dalam dunianya sendiri.

“Kenapa tak jumpa je? Sekurang-kurangnya minta maaf.”

Vitalika tak menjawab. Masih lagi terbayang dalam kepala otaknya amaran yang diberikan oleh mummy. Jangan bagitahu dekat daddy pasal ugutan mummy!

“Kak Gia still tak kuat nak hadap family Dariya. Tak apa, nanti Vi try pujuk kak Gia ye?” Sengaja dia mencari alasan.

“Hmmm yelah…”

“Bye daddy.”

“Bye,” telefonnya kembali disimpan ke dalam beg tangannya.

“Are you sure Gia tak nak jumpa dengan keluarga Dariya? Kesian aku tengok mummy dia.” Kristine menyoal pula.

“Pilihan apa yang aku ada Kristine? Aku tersepit di tengah-tengah antara perasaan bersalah dan arahan dari mummy. Kalau aku tak jumpa dengan keluarga Dariya, aku seolah melarikan diri aku tapi kalau aku pergi jumpa keluarga dia dan endahkan arahan mummy, aku akan kehilangan mummy dan mummy takkan mengaku yang aku ni anak dia lagi. Sumpah tak seronok ada dalam situation sekarang ni.”

“Kau yakin ke mummy akan buat apa yang dia cakap?” Kristine seolah-olah agak ragu di situ. Mustahillah Madam Valona nak buang anak dia terus angkara ingkar satu arahannya saja.

“You don’t know well Madam Valona, Kristine,” jawapan yang diberikan agak simple tapi padat dengan maksud yang mendalam. Mummy kalau dia cakap dia akan buat, maka dia akan buat! Dia tak pernah main-main dengan apa yang dia dah cakap.

Tatay…pilihan apa yang Gia ada sekarang ni tatay? Gia tak tahu nak buat apa lagi tatay. Kalau tatay masih ada lagi sekarang, mesti tatay dah pujuk Gia kan? Gia dah buntu sangat ni tatay! Gia terperangkap di antara perasaan bersalah dan takut dengan arahan mummy.

“Gia…untuk event dekat Thailand esok kau boleh pergi ke? Kalau kau tak boleh nak pergi, kau bagitahu je aku. Aku akan call pihak event dekat sana dan bagitahu supaya postpone dulu,” soal Maya. Bukanlah dia selfish bertanyakan hal kerja dalam waktu gawat macam ni cuma dia perlukan kepastian untuk dia reschedule balik dengan pihak event dekat Thailand. So that nanti diorang tak adalah tertunggu-tunggu. Manalah tahu dalam keadaan macam ni Gia masih lagi tak mampu untuk masuk kerja.

“Tak apa…aku akan pergi esok. Flight kita petang ni kan?” jawab Gia. Sebenarnya dia berat hati untuk pergi modelling esok tapi nak buat macam mana. Kesian pulak dekat Maya nak kena reschedule balik jadual aku nanti. Bukan senang nak reschedule jadual.

“Kau sure ke Gia? Tak apa, kalau kau rasa kau tak boleh aku akan reschedule balik semuanya. Kau jangan risaukan aku tapi risaukan diri kau. Takut kau tak fokus je nanti.”

“Tak apa, aku boleh,” jawabnya ringkas. Maya mengangguk. Bila melihat wajah Gia yang tiada riak ragu-ragu, dia percaya yang Gia boleh untuk modelling esok.

“Cuma, aku ada satu benda je yang aku nak buat bila kita balik Filipina nanti,” mereka memandang Gia. Apa benda yang Gia nak buat?

“Aku nak pergi dekat tempat event malam tu balik dan aku nak jumpa dengan orang yang ‘baik hati’ sangat ikut cakap Danial untuk padam video CCTV.”

“Kau seriuslah Gia? Kau tak rasa benda ni berisiko ke kalau kau jumpa dia?” Jericho mula tak senang hati.

“Berisiko maksud kau?”

“Yelah kalau mummy kau dapat tahu yang kau jumpa dengan dia, kau tak rasa mummy kau akan naik hantu lagi?” Vitalika, Maya dan Kristine mengangguk setuju dengan apa yang dikatakan Jericho.

“Aku bukannya nak buat apa pun. Aku cuma nak jumpa je. That’s it,” jawabnya senang. Apa pun jua risiko yang dia bakal hadap, dia akan terima dan dalam masa yang sama aku nak tahu jugak berapa Danial bayar dia sampaikan dia sanggup hapuskan semua bukti.

LUQMAN kembali ke studio untuk menyiapkan sedikit kerjanya sebelum ke rumah Puan Aminah malam ini untuk majlis tahlil. Kerja yang sepatutnya siap dua hari lepas tergendala kerana dia ada di Filipina waktu itu.

“Eh bro? Kau dah masuk kerja ke? Bukan ke kau cakap nak ambil cuti seminggu ni? Dah kenapa kau masuk kerja hari ni?” soal Fahim yang agak hairan dengan kehadiran Luqman di studio hari ini.

“Aku teringat gambar yang aku edit hari tu. Sepatutnya dah siap tapi kan aku pergi Filipina. So, hari ni aku ada masa lebih sikit. Sebab tulah aku datang buat kerja sikit. Oh ya malam ni, kau jangan lupa eh datang majlis tahlil dekat rumah ibu,” ujarnya sambil tangannya mula tangkas menggerakan mouse membuka folder dan mula edit gambar.

“Hmmm kau ni pasal kerja edit ni aku dengan team lain kan ada lagi. Aku boleh je tolong kau. Yang pasal malam ni, pukul berapa mula?”

“Lepas Isyak. Datang eh?”

“Insya-Allah aku akan datang dan aku nak ucapkan takziah atas pemergian Dariya. Aku harap kau kuat dan tabah…”

“Thanks,” senyuman sekilas dihadiahkan kepada Fahim sebelum dia kembali fokus pada kerja edit gambar.

“Emmm…sorry kalau benda yang aku nak tanya buatkan kau tak selesa ke apa tapi aku nak tanya pasal orang yang dah langgar Dariya tu. Dia ada datang jumpa kau dengan ibu ataupun dah kena tangkap?”

Bila terkenangkan nama Gia Vatanika, terus darahnya didih mendadak. Perasaan marah dan sakit hati mula kembali beraja dalam hati.

“Dia langsung tak datang jumpa mintak maaf pada ibu! Aku tunggu dalam tiga hari tu manalah tahu dia datang jumpa ibu dan mintak maaf tapi langsung tak datang! Tak apa, dia ingat aku akan berdiam diri kot? Aku akan pastikan hidup dia tak tenang!”

“Ya Allah…tapi apa-apa pun kau jangan bertindak dalam keadaan kau yang still marah. Manalah tahu satu hari nanti dia dah serahkan diri ataupun datang berjumpa dengan kau secara personal, jangan pulak kau buat macam-macam ikut kepala kau. Lagipun aku nampak perubahan kau sekarang ni Luq. Kau mudah marah…
melenting.”

“Aku jadi macam ni sebab perempuan tulah!” Andai satu hari nanti aku ditakdirkan berjumpa dengan kau Gia Vatanika, aku akan pastikan hidup kau takkan senang dan aman lagi!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience