BAB 24: SAHAM

Drama Series 28608

Mata Fatin terbuka perlahan-lahan. Cuba untuk memproses apa yang dilihatnya. Setelah beberapa saat baru dia sedar Shahir ada di sebelahnya. Tidur. Fatin tersentak. Selimutnya diintai untuk memastikan situasi itu. Fatin menghembus nafas lega. Fatin mencemek sendiri sambil memikirkan tentang rancangan Nairah yang sangat mengarut. Tak boleh pakai. Fatin mendengus perlahan. Jam di dinding biliknya ditilik menunjukkan pukul 6.30 pagi. Subuh. Kakinya diturunkan perlahan ke atas lantai. Sesekali dia menggigil kerana lantai sejuk. Kakinya melangkah laju ke arah bilik air dengan pantas.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

" Shahir"

Suara yang lembut dan syahdu didengar itu memanggil-manggil nama Shahir. Shahir tersentak. Perasaan ini seperti dia pernah rasakan dahulu. Ibu..

Shahir sebak. Ibunya dahulu selalu mengejutkannya untuk bangun subuh bersama. Perasaan sedih mula meresap ke dalam hatinya. Tiba-tiba..

" Shahir."
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Shahir dengan pantas membuka matanya. Tangannya pantas merentap tangan yang menggoncang tubuhnya.

Fatin terkejut. Matanya terarah kepada tangannya yang sedang digenggam rapi oleh Shahir. Dia menghembus nafas lega. Nasib baik tangan Shahir memegang di tempat yang betul kalau tidak habis batal air wudhuknya.

Shahir memandang muka Fatin yang sedang tercengang dek terkejut. Tangannya pantas ditarik semula. Peluh di dahinya dilap sebelum kembali memandang Fatin yang masih berdiri tegak di situ.

" Kau nak apa?" tanya Shahir dengan kening yang berkerut.

Fatin menelan air liur. Muka Shahir ketika itu tak ubah seperti seekor singa yang sedang kelaparan.

" J-jom solat subuh sekali.." kata Fatin. Gagap.

Shahir terkedu. Maknanya suara Fatinlah yang memanggil-manggil namanya tadi. Matanya terarah ke bawah pula seperti ada yang tak kena. Solat? Dia sudah lama tidak solat. Kali terakhir dia menjejakkan dahinya ke atas bentangan sejadah ialah sebelum dia bernikah dengan Fatin. Shahir mengeluh sendiri. Dahulu waktu solat ialah waktu yang sangat bermakna bagi Shahir. Ibunya akan selalu ada untuknya pada waktu itu. Selamat. Itulah perasaan yang paling dikehendakinya selepas bapanya meninggal ketika itu. Dia takut dengan pakcik dan makciknya sendiri yang sangat gilakan harta. Namun nasib menjadi semakin malang apabila ibunya pula meninggal dunia dek kemalangan. Kasihan Shahir. Mindanya terlalu muda untuk menerima semua itu. Jadi jawapannya ialah lari. Kakinya terus berlari, lari dan lari.

Parut daripada larian itu masih ada di kakinya. Redup matanya termenung sendiri.

Fatin hanya memandang gelagat suaminya itu. Dia ni mamai ke apa?? Fatin mengerutkan keningnya. Pelik.

"Shahir?"

" Jom. " jawab Shahir sambil berdiri sebelum melangkah ke arah bilik air.

Mata Fatin membulat. Terus hilang rasa mengantuknya pagi itu. Dia melabuhkan punggungnya ke atas katil sambil menunggu Shahir.

Shahir menghulurkan tangan melalui air yang sederhana derasnya itu. Sejuk. Air pada waktu subuh lain nikmatnya. Shahir hampir terlupa tentang itu.

Fatin berdiri selepas melihat Shahir sedang berjalan ke arahnya dengan rambut yang berjurai ke bawah akibat basah. Rambut Shahir panjang sehingga menyentuh hidung mancungnya itu. Kacak. Jejaka itu membuatkan hati Fatin berdebar. Ini kali pertama dia akan solat berjemaah dengan Shahir jadi perasaannya lain macam.

Tiba-tiba Shahir berdiri di sebelahnya. Terkejut beruk dia. Hampir ternganga dia melihat Shahir berkelakuan begitu.

" A-awak buat apa ni?" tanya Fatin.

Mata Shahir membulat tersentak mendengar pertanyaan itu. Dia memandang Fatin.

" Solatlah." jawab Shahir dengan selamba.

Fatin tersenyum kelat. Aduhai..

" Awak jadi imamlah.." kata Fatin ambil menunjuk ke sejadah yang telah dibentangkannya tadi untuk Shahir.

Shahir terkedu. Imam? Solat pun sekali-sekala bolehkah dia jadi Imam?

Fatin merenung sebentar rambut Shahir yang terjuntai itu.

" Tunggu sekejap, eh." kata Fatin sebelum berlari ke bilik bapanya.

Fatin kembali dengan sebuah songkok. Songkok bapanya.

Dia mendekatkan dirinya dengan Shahir dan mengangkat tangan untuk memakaikan songkok itu kepada Shahir. Shahir terkebelakang. Songkok itu diletak penuh lemah lembut oleh Shahir. Shahir hanya menatap wajah Fatin ketika dia sedang membetulkan songkok itu. Haruman Fatin membuatkan Shahir berasa selesa.

Fatin menjarakkan dirinya selepas songkok itu diletakkan. Fatin tersenyum sendiri. Bagai hendak jatuh jantung melihat Shahir memakai songkok. Ala-ala lelaki melayu terakhir gituu.

" Dah siap." ucap Fatin.

Shahir tersenyum melihat gelagat Fatin. Fatin kembali berdiri di tempat nya tadi sambil menghalakan ibu jarinya menunjuk kepada sejadah di hadapan. Shahir bekalan perlahan ke hadapan.

Dengan bismillah takbir pun diangkat. Pada mulanya memang Shahir gementar tetapi beberapa lama kemudian Shahir semakin berani. Semuanya berjalan lancar.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Selepas selesai membaca doa Fatin menghulurkan tangannya kepada Shahir. Shahir tersentak. Shahir menyambut tangan Fatin dengan penuh ikhlas. Fatin menunduk sambil mencium tangan Shahir. Shahir hanya melihatnya.

Fatin mengangkat mukanya perlahan sambil tersenyum kecil. Mukanya kelihatan sangat berseri pada malam ini. Mungkin disebabkan kesan air wudhuk. Shahir terkaku seketika.

Tiba-tiba kepalanya bergerak mendekati Fatin. Fatin terdiam. Bibir Shahir yang nipis itu hinggap ke dahinya. Hembusan nafas Shahir yang panas menghangatkan dahi Fatin. Fatin menutup matanya perlahan.

Shahir tersedar. Badannya terus terkebelakang. Pipinya mula kemerah-merahan akibat malu. Kakinya terus berdiri dan kembali ke katil.

Fatin memerhatikan gelagat Shahir. Bibirnya tersenyum nipis mengenangkan kejadian tadi. Sedikit sahaja lagi. Fatin terus tersenyum sambil memandang Shahir.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Beg tangannya direntap pantas sebelum berlari anak ke arah pintu keluar. Jam menunjukkan pukul 8.30 pagi. Fatin sudah terlambat untuk pergi ke tempat kerjanya.

Kasutnya disarung rapi sebelum menghulurkan tangan kepada Shahir. Shahir membiarkannya tergentung.

Fatin mencemek. Apalah orang nak salam ni..

" Biar aku hantar kau. Aku nak ikut kau pergi pejabat kau." kata Shahir.

Fatin tercengang. Dia ni buat lawak ke apa? Patutlah dia takanak aku Salam dia.

" Kenapa?" tanya Fatin sambil memandang Shahir.

" Saja.." jawab Shahir sambil tersenyum nipis.

Fatin mengerutkan keningnya sambil mengetap bibirnya.

" Yalah, yalah. Jom." kata Fatin sambil berjalan ke arah kereta.

Shahir berjalan ke arah kereta Fatin dengan senyuman yang sinis.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Fatin dan Shahir melangkah masuk ke dalam pejabat Fatin. Kesemua mata yang ada di situ tertumpu kepada Shahir. Well, siapa yang tak tertarik kalau lelaki sekacak Shahir yang bermuka ala Korea itu masuk ke dalam pejabat. Fatin menahan malu dan terus membawa Shahir ke pejabatnya. Shahir berselisih Idlan semasa dalam perjalanan ke pejabat Fatin. Matanya merenung Idlan dengan mata yang tajam sebelum ditarik masuk ke dalam pejabat Fatin.

Pintu pejabatnya ditutup rapat sebelum kembali memandang Shahir yang sedang melihat keseluruhan pejabat itu. Mewah. Namun matanya hanya tertumpu kepada satu rak yang penuh dengan fail-fail tentang syarikat itu.

Tiba-tiba telefon pejabatnya berbunyi. Fatin Jibergegas dan mengangkat telefon itu dengan pantas.

" Puan Fatin. Ada beberapa dokumen yang perlu Puan tandatangan." kata PAnya.

Fatin memandang ke arah Shahir. Shahir menggerakkan kepalanya menunjukkan ke arah pintu. Fatin tersenyum kelat.

" Aah, Ok,Ok Nanti sy datang." kata Fatin sebelum meletakkan panggilan.

" Sya keluar dulu eh.. Kejap je. Bye." kata Fatin sebelum hilang daripada pandangan Shahir.

Shahir terus menuju ke arah rak fail itu sejurus selepas Fatin pergi. Matanya memerhati satu persatu fail. Tangannya mengeluarkan sebuah fail. Tertera nama di fail itu ialah 'SAHAM'. Shahir tersenyum sinis.

BERASAMBUNG..

LAGU: I WANT YOU TO LOVE ME..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience