“Hah! Ada apa datang sini?”sergah abang Raina, Rizal. Raina berdiri di belakang suaminya sambil memegang sedikit baju Ashraff. Kecut perut dia tengok abang dia yang berwajah macam singa jantan tak makan sebulan!
“Apa khabar bang?” Ashraff menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Rizal. Rizal menyambut hujung jari.
“Eh! Ashraff, Raina.” Puan Faridah menerpa ke arah anak bongsunya. Sekelip mata Raina berada dalam pelukan Puan Faridah.
“Raina, anak mak.” Puan Faridah mencium pipi dan dahi anaknya. Raina yang berada dalam pelukan Puan Faridah sudah mengalirkan air mata. Ashraff dan Rizal hanya menjadi pemerhati.
“ Dah, dah. Jom masuk Ash, Ina.”ujar Puan Faridah. Puan Faridah dan Raina masuk ke dalam rumah diikuti Ashraff dan Rizal.
“Ada apa kamu berdua datang sini?” belum pun Raina dengan Ashraff duduk di atas sofa, Rizal bertanya dengan muka yang garang.
“Err…Ash dengan Ina datang sini nak bagitahu yang lusa kami dah nak bertolak ke France..”beritahu Ashraff.
“Haih! Orang kahwin ‘express’ pun pergi honeymoon jugak ke?”perli Rizal sambil mata tak lepas memandang tajam ke arah adiknya.
Memang Rizal masih marah lagi dengan Raina . Arang yang Raina conteng ke muka dia dengan emak belum hilang lagi. Dan dia juga tahu yang sepatutnya dia tak marah kat Ashraff. Sebalikya harus berterima kasih sebab Ashraff lah yang menyelamatkan keluarga dia dari dipandang hina oleh penduduk kampung. Cuma….Dia pelik. Kenapa Ashraff sanggup kahwin dengan Raina?
“Rizal…”Puan Farizah menggeleng. Rizal mendengus lalu berlalu ke biliknya. Pintu bilik dihempas kuat.
“Maafkan Rizal ya Ash.”
“Takpe mak. Ash faham.”
“Tadi kamu kata, lusa dah pergi honeymoon kan? Jadi sebelum kamu berdua pergi honeymoon tu tidur kat sini dulu ya?” pinta Puan Farizah.
“Kami memang nak bermalam kat sini pun mak.” Raina yang sedari tadi membisu mula bersuara.
“Haa!Baguslah kalau macam tu.Mama kamu apa khabar Ashraff?Dia…Boleh terima ke?” soal Puan Farizah berhati – hati . Takut Raina terasa hati dengannya .
“Alhamdullillah, Mama sihat.Mama dengan papa pun boleh terima. Oh ya! Mama kirim salam kat mak.”
“Waalaikummussalam…Syukurlah kalau mama dan papa kamu boleh terima. Senang hati mak.” Puan Farizah menarik nafas lega. Takut jugak dia kalau – kalau sahabat baiknya tidak boleh terima keadaan anaknya.
“Kamu berdua berehat lah dulu. Bilik adik tu pun mak kemaskan tiap-tiap hari. Mak nak pergi masak dulu.” Ujar Puan Farizah sambil bangun. Mahu berlalu ke dapur. Ashraff dan Raina turut bangun.
“Biar adik tolong mak . Awak pergilah rehat dulu.”
“Eh! Tak payah. Kamu pergi je berehat dengan suami kamu tu. Biar mak yang masak.” Puan Farizah berlalu ke dapur. Meninggalkan Raina dan Ashraff yang masih berdiri di tengah – tengah ruang tamu rumahnya.
“So?” tanya Ashraff. Raina menjungkit bahu .
“ Jomlah .”Ashraff mengambil beg pakaian yang sederhana besar itu lalu mengikut Raina dari belakang. Beg bagasi yang perlu dibawa ke France ditinggalkan di dalam kereta.
“Masuklah.Bilik saya kecil je kalau nak dibandingkan dengan bilik awak. Katil dalam bilik saya pun katil bersaiz queen je.”Ashraff yang mendangar kata – kata Raina terus menutup pintu bilik. Beg diletakkan di tepi almari pakaian . Raina yang memandang pelik ke arahnya didekati .
‘ Apahal ni ?’ desis Raina. Raina berundur ke belakang apabila Ashraff mendekatinya sehinggalah dia terperangkap. Tak boleh nak lari dah. Ashraff telah mengepung Raina dengan kedua-dua belah tangannya diletakkan di pintu bilik yang tertutup rapat.
“Kenapa dengan awak ni hah? Saya tak suka awak cakap macam tu! Saya suami awak, awak isteri saya. Semua milik saya,milik awak juga! Dan semua milik awak, milik saja jugak. Termasuklah .... Awak . Awak milik Allah s.w.t , milik keluarga awak dan awak milik saya!” tegas Ashraff.
“Tolonglah. Tolong jangan cakap seolah–olah saya ni orang asing, orang yang memandang harta...Tolong jangan cakap macam tu lagi. Kalau saya dengar awak cakap macam tu lagi, saya heret awak naik ke atas katil!” ugut nakal Ashraff. Dia senyum sembunyi. Dia saja je nak gertak Raina. Tapi kalau Raina sudi apa salahnya. Hehe
“Erk!” Raina terkedu dengan ugutan Ashraff. Berdiri bulu roma dia.
‘Hish! Seram!’ desis hati Raina sambil menggeleng kepala beberapa kali. Terus terlepas ketawa yang ditahan Ashraff, lucu apabila melihat Raina kalut macam tu.
“Haha…Saya gurau je ...Luculah awak ni.” ujar Ashraff sebelum merebahkan badan di atas katil. Raina mengetap bibir.
‘Apa yang lucunya cik abang oooi!!’
“ Benci lah awak ni!”
“Sayang awak.” balas Ashraff . Mata masih terpejam tapi bibir tersenyum lebar. Tak kisah lah kalau Raina anggap dia bergurau pun. Belum tiba masanya lagi untuk dia berterus terang. Kaki Raina mendekati Ashraff yang masih berbaring. Bantal yang elok tersusun di kepala katil dicapai.
“Benci! Benci! Benci!!!” Raina memukul badan Ashraff dengan bantal tadi. Geram betul dia dengan Ashraff ni. Ashraff bangkit tetapi tidak pula dia menahan Raina dari terus memukul badannya dengan bantal yang empuk itu. Malah, ketawa kecil yang keluar dari mulut lelaki kacak itu. Raina berhenti memukul Ashraff.
‘Kenapa dengan mamat ni? Bukan nak marah atau mengelak. Tapi boleh pulak dia ketawa! Ish!’
Raina memandang Ashraff. Ashraff membalas renungan isterinya sambil senyum menggoda.
“Apa senyum– enyum?” Sekali lagi Ashraff tertawa.
‘Mak aihh! Garangnya bini aku ni. Senyum pun tak boleh. ‘ desis Ashraff.
“Kenapa? Tergoda ke?” Ashraff mencuit hidung isterinya. Cepat – cepat Raina menepis.
‘Eeee…Nak je aku smack down dia ni! Tapi tak boleh buat ! Nanti tulang aku pulak yang patah! Tengok body suami aku ni pun tahu . Body tough gitu!’ Raina menjeling tajam ke arah Ashraff yang sedang tersengih . Dia bangun dari terus duduk di birai katil dan berlalu ke bilik mandi .
Share this novel