BAB 4

Romance Completed 19731

”Mahu tapi malu!” Ameera yang mengekor aku ke dapur bersuara.Aku buat tak peduli.

” Iza!!,.nasi goreng cina satu!” Mak Teh melaung dari depan kedai.Kalau tengahari macam ni kebanyakan pelanggan akan order nasi campur atau nasi goreng.Harris?,.kadang-kadang ja makan di kedai.Selalunya time rehat dia akan balik makan di rumah.Bukan aku sengaja usha pun,cuma aku ter’nampak’ dia secara tak sengaja.

”Berselera benor abang Harris tu makan.Mesti licin pinggan tu nanti.Sesekali makan hasil air tangan Nur Zaizaliza binti Saari seminggu tak makan nasi pun tak apa,.” sambil tangan buat kerja aku menjeling Ameera yang sedang berceloteh entah hapa-hapa tu.

”Yalah tu!,.tadi aku dah masukkan perencah specel dalam tu.Bukan takat seminggu,rasanya setahun tak makan pun dok kenyang lagi tu,.” aku membalas kata-kata Ameera sambil tersenyum.Ameera cucuk pinggangku sambil mendengus marah.Menyenget tubuh aku mengelak sambil tergelak kecil.

”Kau hantar nasi goreng tu nanti.Orang tu duduk semeja dengan abang Harris.Aku sempat tengok tadi.Ensem giler.Kalah abang Harris.Cer kau test abang Harris sesekali!,.” Ameera mengenyit matanya padaku.Dia ni biar betul.Nak test apa kebendanya.

Seperti tadi Ameera tidak mahu menghantar nasi goreng pelanggan.Aku juga yang terpaksa melawan arus perasaan meredah depan kedai yang rata-ratanya terdiri dari pelanggan lelaki.Aku control hati aku yang sudah mula membuat hal sekali lagi.Kalau tak ada Harris dalam kedai ni tak ada maknanya aku nak rasa berdebar bagai ni.Aku tahu aku tak harus menyimpan perasaan pada lelaki yang bukan menjadi suamiku lagi tapi aku tak mampu untuk menghalang hati aku ni untuk terus menyukai dia.

”Eh awak! Awak ni Zaizalizakan?” sebaik aku meletakkan nasi goreng di atas meja.Lelaki yang meng’order’nya menegur aku.Aku memandangnya sambil berfikir.Cuba mengimbas kembali wajah di hadapan aku ni.Seperti kata Ameera lelaki ni memang handsome.Berkulit cerah dan tinggi.Memang pakej lengkaplah juga.

”Zai tak ingat saya lagi? Ni Izzuanlah! Mohd Izzuan Iqbal,.” dia bersuara lagi.Baru aku tersenyum dan mengangguk.Sempat aku menjeling Harris yang baru menghabiskan suapan terakhirnya.Wajahnya dah berubah mendung namun langsung tak memandang wajahku seperti selalu.

”Zai kerja di sini ke? Kalau macam tu bolehlah datang selalu,.” Izzuan masih ramah menyoal walau aku langsung tak membalas.Harris sudah bangun dari kerusi.Dia memandang aku sekilas.Senyuman yang selalu dipamerkan untuk aku sudah tiada.Ke mana menghilangnya senyuman itu? Aku hanya memandang Harris keluar dari kedai tanpa kata.

…………………………………………

Selepas kehadiran Izzuan,Harris mula menjauhkan diri dari aku.Kalau kami berselisih di tengah jalan dia sudah tak menoleh ke arah aku lagi.Jauh sekali nak melemparkan senyuman.Tak tahulah kenapa dengan Harris ni? Walau aku sedih,aku tetap berfikiran positif.Mungkin ada hikmahnya juga semua ini.Allah sayangkan aku jadi DIA mungkin tak nak aku terus-terusan bermain dengan perasaan.Lagi pun Harris bukan suami aku pun.Biarlah dia!,.ku pujuk hatiku sendiri.

Aku bekerja seperti biasa di kedai Mak Teh.Ameera sudah mula perasan dengan perubahan Harris.Katanya Harris tidak bertanya apa-apa lagi yang berkaitan dengan aku padanya.Izzuan pula hari-hari bertandang di kedai Mak Teh.Rupanya Izzuan baru bekerja di Pejabat Agama berdekatan.Kerja sebagai apa aku malas pula nak ambil tahu.Setiap kali dia datang ke kedai mesti dia kelihatan kemas dengan seluar slack dan kemeja lengan panjang.

Sebenarnya Izzuan ni satu kelas dengan aku dulu sejak tingkatan satu.Tingkatan dua dia pernah cuba tackle aku hinggalah kami naik ke tingkatan tiga.Aku ni pulak payah sangat untuk diajak bercintan cintun ni.Cinta bagiku terlalu mahal untuk dijaja lebih-lebih lagi di zaman persekolahan.Nak ajak berdating lagilah aku tak suka.

Masuk ke tingkatan empat Izzuan berpindah sekolah.Dengar kata dia mendapat tempat disebuah sekolah agama dan tinggal di asrama.Izzuan pelajar pintar sedangkan aku result PMR cukup-cukup makan ja.Lepas SPM aku dah tak melanjutkan pelajaran sebab keluarga aku tak mampu.Ayah aku kerja kampung ja pun.Mak aku pula surirumah sepenuh masa dan aku ada lima beradik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience