Bab 12

Short Story Series 55082

Tan Sri Mansur melihat keadaan rumah yang serba kekurangan itu dengan penuh prihatin. Sejak daripada tadi dia memberi salam tetapi tiada seorang pun yang menjawab salamnya itu. Menurut perisik yang diupah oleh dirinya sudah hampir sebulan lamanya, ada seorang wanita muda yang duduk tinggal disitu tetapi mengapa sejak daripada tadi tiada seorang pun yang kelihatan. Tan Sri Mansur mengeluarkan telefon bimbitnya dan menelefon seseorang.

"Hei, kau kata dia tinggal disini. Kenapa sejak daripada tadi aku tak nampak orang?" Tan Sri Mansur bertanya agak tidak sabar dengan perisiknya yang diberikan tanggungjawab untuk mencari tahu perihal orang yang tinggal disitu.

"Tapi tan sri..." Belum sempat perisiknya itu menjawab pertanyaannya talian telefon diputuskan.

"Pakcik? Pakcik cari siapa?" Tiba-tiba suara seorang perempuan menyapanya daripada belakang. Terkejut Tan Sri Mansur dibuatnya apabila melihat wanita berpurdah berada tidak jauh dibelakangnya. Di tangan wanita itu ada beberapa plastik yang berisi barangan runcit. Mungkin wanita itu daripada kedai.

"Rina Altafunisa?" Lambat-lambat Tan Sri Mansur bertanya.

"Ya, pakcik cari saya ke?" Rina bertanya sekali lagi kepada lelaki itu. Dia tidak pernah mengenali lelaki itu dan dia yakin lelaki itu juga bukan daripada kampungnya. Siapakah lelaki yang sudah berusia berpakaian segak itu?

"Saya sebenarnya..." Belum sempat Tan Sri Mansur bercakap Rina terlebih dahulu mempelawa dirinya duduk di ampin di depan rumah itu sementara gadis itu masuk ke dalam rumah. Tidak lama kemudian, gadis itu datang dengan mendulang air.

"Jemput minum, ini saja yang ada di rumah." Rina tersenyum malu kerana hanya mempelawa air teh 'o' memandangkan dia tidak masak lagi. Kata nabi kita harus memuliakan tetamu walaupun di rumah hanya mempunyai air kosong.

"Tak apa, ini pun sudah memadai. Terima kasih." Tan Sri Mansur menyisip air yang dibuat Rina itu sehingga tinggal separuh. Sebenarnya dia berasa gementar kerana tidak tahu harus dimulakan daripada mana. Melihat mata wanita itu membuatkan dia yang terkenal dengan sifat keyakinan diri yang tinggi hilang kata-kata. Sungguh kuat aura wanita muda di hadapannya itu.

"Pakcik kenal saya ke?" Rina bertanya sebaik lelaki itu habis meneguk air di dalam cawan.

"Sebenarnya pakcik tinggal bercuti dan duduk di villa atas bukit sana. Sewaktu pakcik berjalan ke mari, pakcik nampak rumah kamu ini. Pakcik tanya orang sekeliling dia kata ini rumah Rina Altafunisa." Tan Sri Mansur berbohong kepada Rina kerana kata-kata yang sudah disusun sejak daripada rumahnya tadi sudah hilang.

"Oh, begitu. Kenapa pakcik tanya tentang rumah saya?" Rina bertanya lagi tidak mencurigai kehadiran lelaki separuh baya itu.

"Kalau pakcik mahu beli tanah ini, mahukah kamu menjualnya?" Tan Sri Mansur berpura-pura tanya walaupun dia tidak berniat pun mahu membeli tanah kepunyaan Rina itu. Mahu dibuat apa tanah yang tidak begitu besar itu? Mahu menjadikan kebun juga perlu tanah yang lebih luas.

"Tanah yang sekangkang kera ni adalah satu-satunya harta yang saya punya. Maaf, saya tak berniat mahu menjualnya kepada pakcik." Rina menolak sopan. Dia memang tidak mahu menjual harta pusaka Nek Jah yang diberikan kepadanya.

"Pakcik faham. Kamu tinggal disini sendirian ke?" Tan Sri Mansur bertanya walaupun dia sudah mengetahuinya daripada perisik persendirian yang diupah. Tetapi tidak pula perisiknya itu memberitahu sebabnya mengapa tiada sesiapa yang tinggal bersama dengan Rina.

"Saya tinggal sendirian. Ahli keluarga saya semuanya sudah meninggal dunia." Rina menjawab jujur.

Tan Sri Mansur diam seketika. "Tidak takut?" dia menyambung.

"Allah sentiasa bersama saya, pakcik." Rina menjawab dengan yakin.

"Betullah apa yang kamu katakan itu, tapi disetiap rumah harus ada sekurang-kurangnya satu lelaki untuk menjaga ahli keluarga." Tan Sri Mansur mula berasa cemas mengingatkan wanita muda itu tinggal bersendirian di dalam rumah yang agak jauh dari penduduk kampung itu.

"Tiada yang mustahil bagi Allah. Saya berlindung dengan kebesaran-Nya." Rina tersenyum lagi apabila memproses kata-kata pakcik di hadapannya itu. Walau ada sekalipun lelaki di dalam rumah jika tidak berguna tidak dapat juga menjaga keluarganya. Lebih baik meminta perlindungan kepada yang Maha Esa.

"Kenapa anak tidak berkahwin saja sekurang-kurangnya ada orang yang boleh temankan." Tan Sri Mansur sengaja membangkitkan perkataan suami untuk melihat reaksi anak muda itu.

"Saya sudah berkahwin." Rina menjawab tenang dengan senyuman matanya.

"Oh, tapi mengapa tidak tinggal disini?" Tan Sri Mansur berpura-pura terkejut dan bertanya lagi mahu melihat kejujuran wanita yang bernama Rina Altafunisa.

Rina diam seketika cuba menyusun ayat. Walau jahat macam mana sekalipun suaminya itu tetapi aib lelaki itu harus dijaga. Dia juga tidak membuka ruang fitnah dengan melakukan hal itu.

"Dia di Kuala Lumpur." Rina menjawab lagi.

"Bekerja?"

Kali ini Rina hanya menganggukkan kepalanya sahaja. Dia yakin lelaki itu pasti sudah berkerja kerana daripada faktor usianya yang sudah lewat dua puluhan dan daripada gaya hidupnya. Dia masih ingat dengan jelas hotel yang menjadi tempat sejarah hitamnya itu bukanlah calang-calang hotel melainkan hotel lima bintang. Rina melihat pakcik itu semula apabila dia tersedar daripada lamunannya.

"Sebenarnya pakcik ada seorang anak tetapi dia tidak tinggal bersama pakcik. Dia duduk di luar negara sekarang ini dan pakcik di rumah dengan anak angkat pakcik. Bila nampak Rina pasti pakcik akan teringatkan dia. Rindu pakcik padanya walaupun dia bukan anak yang menurut kata orang tua. Semuanya salah pakcik, pakcik terlalu manjakan dia sebab pakcik tak mahu dia merasa kehilangan." Tan Sri Mansur bersandar di tiang ampin itu mengenang nasibnya.

Rina hanya menjadi pendengar setia. Dia tidak tahu mengapa pakcik itu bercerita tentang perihal kehidupan peribadi pakcik itu kepada dirinya tetapi apa yang dapat dia lihat pakcik itu benar-benar kesunyian.

"Isteri pakcik meninggal saat melahirkan anak kami satu-satunya. Sejak dari hari itu pakcik habiskan kasih sayang pakcik hanya pada dia dan anak angkat pakcik sahaja. Tapi sayangnya, kasih sayang pakcik merosakkan dirinya dan menjadikan dia seorang yang tidak berakhlak mulia. Nasi sudah menjadi bubur, pakcik mendapat balasan atas apa yang pakcik berikan kepadanya. Tapi dalam hati pakcik yang paling dalam, pakcik mahu dia berubah menjadi anak yang soleh. Beruntung orang tua kamu mendapat anak perempuan yang soleha seperti kamu." Tan Sri Mansur memandang Rina yang hanya menunduk mendengar ceritanya.

"Hidayah milik Allah, pakcik jangan putus asa untuk berdoa. InsyaAllah, jika Allah berkehendak pasti anak pakcik berubah. Saya tidaklah seperti yang pakcik sangkakan. Saya penuh dengan kekurangan, hanya saja Allah menutup keaiban saya itu." Rina menolak untuk dipuji. Dia tidak mahu dipuji dan tidak memerlukan pujian. Pujilah hanya kepada Allah s.w.t.

"Ini kad pakcik. Ada nombor telefon dan alamat syarikat pakcik di situ. Jika kamu perlukan bantuan, jangan segan telefon pakcik." Tan Sri Mansur berdiri seraya memberikan kad perniagaannya kepada Rina sebelum meminta diri untuk pulang.

Rina menghantar pakcik itu dengan pandangan mata sahaja apabila kelihatannya pakcik itu mahu segera berlalu pergi. Dia melihat kad yang diberikan oleh pakcik itu dan dibacanya. Bagai diketuk dengan kuat, mata Rina membulat. Derau darahnya menyerbu ke muka sehingga mukanya terasa panas. Tangannya menggeletar menahan amarah yang mula bermukim di dadanya.

"Nanti dulu, Tan Sri Mansur!" Rina memberhentikan langkah Tan Sri Mansur yang baru saja masuk memasuki kereta Mercedes Benz hitamnya. Rina berjalan mendekati lelaki separuh baya itu yang mungkin baru tersedar kesilapannya dengan memberikan dia kad perniagaan lelaki itu.

Mata Rina jelas menunjukkan wanita muda itu sedang dalam keadaan marah apabila mata bening itu sedang mencerlung memandang dirinya. Mengapa dia memberikan kad perniagaan yang sah-sah tertera namanya? Habis terbongkar semua identiti yang cuba dia sembunyikan kepada wanita itu. Tan Sri Mansur mengutuk kesalahannya di dalam hati.

"Adakah encik bapa kepada lelaki itu?" Rina bertanya dengan nada tegas. Tiada lagi kedengaran kelembutan daripada suaranya.

Diam.

"Amirul Haikal bin Tan Sri Mansur, adakah dia anak encik?" Rina bertanya lagi apabila Tan Sri Mansur mendiamkan diri tidak menjawab soalan pertamnya.

"Ya, nak." Perlahan-lahan Tan Sri Mansur menganggukkan kepalanya.

"Jadi tujuan encik ke sini bukan mahu membeli tanah saya melainkan encik memang mahu berjumpa saya?" Rina mengepal kedua penumbuknya. Mengenangkan bahawa lelaki dihadapannya itu adalah bapa kepada lelaki yang telah menghancurkan hidupnya dia tidak boleh mengawal diri daripada membenci bapa lelaki itu sekali. Semua yang ada kaitan dengan suaminya seperti musuh bagi dirinya walaupun dia tahu Tan Sri Mansur tiada kaitan langsung dengan apa yang menimpa dirinya.

"Sebenarnya pakcik sudah lama mencari kamu. Pakcik juga baru dapat tahu bahawa kamu adalah menantu pakcik yang Haikal nikahi hampir lapan bulan yang lalu." Tan Sri Mansur cuba mendekati Rina tetapi wanita muda itu berundur ke belakang tidak membenarkan dirinya mendekat.

"Pakcik minta maaf atas yang berlaku. Maafkan Haikal kerana merpersia-siakan perempuan baik seperti kamu." Tan Sri Mansur meminta maaf dengan bersungguh-sungguh bagi pihak anak lelakinya itu.

"Permohonan maaf encik tidak mampu memadamkan api kemarahan yang masih marak dalam diri saya. Pergi dari sini dan jangan kembali lagi. Anggap saja hari ini kita tidak pernah berjumpa. Saya tidak mahu berurusan dengan orang yang mempunyai kaitan dengan lelaki itu." Rina berpaling menuju masuk ke dalam rumahnya. Dia menutup pintu dan tidak langsung memandang Tan Sri Mansur yang berwajah sedih.

Tan Sri Mansur merenung pintu yang tertutup rapat itu sebelum mengeluh. Hampa hatinya, menantunya itu masih marah dan menyimpan dendam terhadap Haikal, anaknya. Perlahan-lahan dia masuk ke dalam kereta sebelum memandu pergi meninggalkan kawasan rumah Rina.


Di dalam rumah, Rina bersandar di depan pintu rumahnya. Dia tidak menangis seperti selalu, dia sudah berjanji untuk tidak lagi menangisi dirinya lagi. Dadanya yang berombak menahan marah cuba diredakan dengan zikrullah. Apabila marahnya sudah mulai reda, dia baru dapat berfikiran dengan waras. Adakah dia melampaui batas terhadap Tan Sri Mansur? Lelaki itu tetap bapa mertuanya yang harus dia hormati seperti ayahnya sendiri. Inilah akibatnya kalau mendengar bisikan syaitan. Terlajak perahu boleh diundur terlajak kata badan binasa. Rina mulai kesal dengan dirinya sendiri.


Tepat pukul lapan malam Aqil baru sampai di hadapan rumah banglo tiga tingkat yang mewah tetapi sunyi kerana hanya seorang lelaki separuh baya iaitu bapanya, Mak Sofi dan Pak Razak sahaja yang tinggal di dalam rumah itu. Aqil masuk ke dalam rumah dan melihat keadaan ruang tamu yang gelap. Mungkin bapanya sudah masuk tidur walaupun jarang sekali bapanya itu tidur awal kerana merupakan seorang yang kuat bekerja. Ketika Aqil mahu memanjat anak tangga, Aqil melihat ada cahaya lampu daripada bilik bacaan bapanya itu segera dia memutarkan badannya dan menuju ke situ.

"Papa, kenpa tak tidur lagi? Aqil mendekati Tan Sri Mansur yang sedang duduk di sofa malasnya yang bewarna coklat pekat.

"Aqil, bila kamu balik?" Soalan dijawab dengan soalan oleh Tan Sri Mansur.

"Baru saja ni. Aqil ingat papa dah tidur sebab ruang tamu gelap saja tak seperti selalu." Aqil duduk di samping bapanya itu sambil melihat wajah kusut Tan Sri Mansur. Ada sesuatu yang telah terjadi kepada bapanya itu ke kerana wajah Tan Sri Mansur hanya seperti itu apabila mempunyai masalah.

"Papa tak boleh tidur." Tan Sri Mansur memandang wajah Aqil dan tersenyum melihat anak saudaranya itu. Anak saudara yang boleh diharapkan berbanding anaknya sendiri. Aqil adalah anak kepada arwah adiknya, Murtadho. Adik dan adik iparnya terlibat dalam kemalangan jalan raya yang dasyat sehingga meragut nyawa mereka. Setelah kejadian itu, dia mengambil Aqil sebagai anak angkatnya dan dibesarkan bersama Haikal.

Haikal dan Aqil seperti adik beradik kandung dan sangat menyayangi satu sama lain. Haikal sudah menganggap Aqil seperti adik kandungnya sendiri. Mereka menjadi anak kebanggaan Tan Sri Mansur di dalam aspek pelajaran walaupun Aqil lebih memilih untuk melanjutkan pelajarannya di tanah air saja tidak seperti Haikal yang mempunyai lulusan luar negara di United Kingdom. Sayangnya, Haikal mula terjerumus dengan cara hidup kebaratan sehingga lupa agama dan akhlak. Hanya Aqil kini satu-satunya yang menjadi harapannya selepas Haikal pergi ke luar negara meninggalkan dirinya.

"Are you okay? Is anything happening in company?" Aqil bertanya sambil menggenggam tangan bapanya itu. Tan Sri Mansur lelaki yang paling dia hormati di dalam hidupnya bahkan dia sanggup melakukan apa sahaja untuk lelaki itu walaupun lelaki itu meminta nyawanya. Jika bukan kerana ihsan lelaki itu pasti dia tidak akan berjaya seperti sekarang. Sejak kematian orang tuanya yang merupakan adik kandung Tan Sri Mansur, lelaki itu mengambilnya sebagai anak angkat dan membesarkan dirinya dengan penuh kasih sayang. Tidak hanya mendapat bapa angkat dia juga mendapat seornag abang yang sangat mencintai dan menyayangi dirinya.

"Semuanya baik-baik saja. You don't need to worry. Kenapa tiba-tiba balik ke rumah ini? Selalunya kalau belum hujung bulan tidak balik." Tan Sri Mansur menepuk tangan Aqil yang menggenggam tangannya. Sejak habis belajar empat bulan yang lalu, Aqil meminta izin untuk duduk di rumah orang tuanya di kampung untuk sementara kerana katanya mahu menenangkan diri sebelum bersedia mahu bekerja di syarikatnya.

"You must be forgetting papa. Qil dah cakapkan hari tu yang Qil sudah bersedia mahu masuk ke dalam syarikat papa dan balik hari ini." Aqil menggelengkan kepala. Pasti Tan Sri Mansur lupa walaupun jarang sekali lelaki itu menjadi seorang yang pelupa.

"I'm sorry. Papa banyak sangat yang difikirkan sampai lupa yang kamu balik hari ini. Baguslah, duduk di sini dengan papa tidaklah papa kesunyian. Nak harapkan Haikal tu, entah apa khabarnya di luar negara sana. Langsung tidak telefon." Tan Sri Mansur merungut mengingatkan anak kandungnya itu yang sudah tiga bulan tidak menelefonnya kerana sibuk berkerja.

"Don't worry papa, he will be okay. I know him very well." Aqil cuba memujuk walaupun dia juga sedikit kesal dengan perangai Haikal. Kali terakhir dia berjumpa dengan abangnya itu pada cuti semester beberapa bulan yang lalu.

"Hmm... dia lebih terbuka dengan kamu kerana kamu adiknya. Papa harap dia baik-baik saja dan pulang dengan segera. Dia ada tanggungjawab di sini yang harus dipikulnya. Kamu ni, bila nak bagi papa menantu?" Tan Sri Mansur menjongketnya kening kanannya memandang Aqil.

Aqil diam tidak berkutik seketika. Teringat dia kepada Rina Altafunisa, perempuan pertama yang sangat dia cintai. Dia tidak tahu mengapa susah baginya untuk melupakan perempuan itu. Rina seakan-akan telah memberikan dia sesuatu mantera sehingga dia tidak mampu pergi dari bayangan perempuan itu walaupun perempuan itu sudah menyakiti hatinya. Dia pulang ke hampung halamannya juga kerana mahu menenangkan fikirannya yang kusut dengan harapan dia mampu melupakan Rina.

"Belum jumpa yang sesuailah, papa." Aqil tersengih malu dengan jawapannya sendiri cuba menafikan hatinya yang sedang terluka.

"Belum jumpa ke atau kamu tu memilih sangat. Ingat usia kamu tu bukan semakin muda tapi semakin tua. Jangan nanti sudah berusia macam papa baru nak hantar anak ke sekolah tadika." Tan Sri Mansur ketawa sendiri dengan kata-katanya itu.

"Bagaimana kalau Aqil suka pada seorang perempuan tetapi perempuan itu sudah mempunyai seorang anak? Adakah papa merestui hubungan kami?" Aqil tiba-tiba mahu mengetahui pendapat Tan Sri Mansur.

"Maksud kamu dia seorang janda?" Tan Sri Mansur mengerutkan kening sambil memandang Aqil. Perlahan-lahan Aqil menganggukkan kepala walaupun kenyataannya dia tidak mengetahui apakah sebenarnya status Rina itu.

"Kalau dia orang yang kamu cintai papa akan merestuinya." Tan Sri Mansur tersenyum memandang Aqil.

"Tidaklah, papa. Aqil cuma bertanya saja. Papa carikanlah jodoh untuk Aqil. Aqil terima saja perempuan itu kalau papa sukakannya." Aqil cuba membuang angan-angan untuk terus mengharapkan wanita yang tidak sudi kepada dirinya. Dia harus berusaha melupakan Rina.

"Anak Dato' Bahrin tu nampaknya macam suka dengan kamu sejak dari sekolah menengah dulu. Kalau kamu mahu, papa boleh tanya-tanyakan." Tan Sri Mansur teringat akan gadis anak kawan baiknya itu.

"Kalau bagi papa baik, baik juga bagi Aqil. Baiklah, Aqil naik dulu nak berehat. Papa pun masuklah tidur jangan tidur lewat sangat. Kesihatan kena dijaga juga lagi-lagi yang seusia macam papa ni." Aqil bangun dari duduknya ingin berlalu pergi.

"Papa rasa Aqil lebih sesuai jadi doktor berbanding jadi ahli perniagaan." Tan Sri Mansur menggelengkan kepalanya mendengar anak lelakinya itu membebel. Sebaik saja Aqil hilang dari padangannya, Tan Sri Mansur kembali memikirkan Rina Altafunisa yang dijumpainya tadi siang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience