BAB 3

Romance Series 2713

kini tiba hujung minggu,aku sudah berjanji dengan Hawa untuk menemaninya mengikuti camp .katanya ,kami akan bermalam untuk beberapa hari di hutan,bukan itu sahaja aku juga dapat lihat keindahan air terjun yang terletak di dalam hutan tersebut.Tak sabar rasanya,nanti sampai sana aku nak ambil gambar banyak-banyak .itu minatku tiada sesiapa yang boleh menghalang.

''Aryana ...Hawa dah sampai ,''laung Puan Maznah.Aku segera menggapai beg sandang dan beberapa buah beg lagi.Langkahku semakin laju ,''mama ,Aryana pergi dulu..,''kataku .Tangan wanita itu aku salami dan kucup .''baiklah jaga diri tu baik-baik bila ada di sana sana dan ingat jangan cakap dengan orang yang Aryana tak kenali,''pesan Datin Maznah.

''baiklah ,Aryana akan ingat pesan mama,''aku menjongketkan sedikit kaki agar pipi milik Datin Maznah dapat aku cium.tiba-tiba hatiku berat untuk meninggalkan Mama,''assalamualaikum''.''Waalaikummusalam ,ingat pesan mama,''.

Aku melambaikan tangan sebelum kereta yang dipandu Hawa memecut laju meniggalkan perkarangan rumah.

''Hawa kita sampai dekat sana pukul berapa?,''tanyaku.''emm .....mungkin dalam pukul 2 petang kita akan sampai ,''jawab Hawa.Aku memandang tenang ke luar tingkap kereta .rasa kantuk mula aku rasakan.telefon bimbit aku buka .emm...awal lagi ni sempat aku tidur ni.

**************************************************

Aku terbangun dari tidur ,terkejut aku.nyaris bibir aku mencium dada bidang seseorang.sikit lagi tinggal hanya beberapa inci sahaja.''tolong encik...jangan apa-apakan saya,''dada lelaki itu aku tolak sehingga dia duduk di tempat pemandu.Lelaki itu tercengang melihat reaksi Aryana.

''Hawa ..tolong..tolong..tolong ,''jeritku berharap Hawa akan datang membantu .Tanpa melengahkan masa seat bealt aku lepaskan lalu tangan meraba-raba mencari sesuatu di dalam handbag.Aku kerling sebelah,lelaki itu sudah melepaskan tawanya.tak pe ,kau gelak lagi.ha,jumpa akhirnya.aku segera menyembur perfume ke wajah lelaki itu.

terus diam .''aduh...mata aku ..aduh,gila punya perempuan,''adunya.apa kau kata aku gila?ni ubat untuk sembuhkan pesakit gila macam kau,satu tumbukan aku berikan kepada lelaki itu. sakit ?tu belum cukup lagi ,kau ambik ni.''eh ,kenapa ni?,''suara Hawa memberhentikan aku daripada menumbuk lelaki itu untuk kali kedua.

Aku segera membuka pintu kereta dan berlari ke arah Hawa.Tangannya aku genggam dan aku memeluknya dari belakang .Hanya perasaan takut yang kini aku rasakan .kau bernasib baik kalau Hawa lambat datang dah lunyai aku kerjakan,silap -silap boleh lupa ingatan terus,tak guna punya jantan.

''Hawa,lelaki ini cuba nak lakukan sesuatu dekat aku,''aku menunding jari ke arah lelaki itu.Kasihan ,merah pipinya disebabkan ditumbuk oleh aku ,eh kenap pulak nak simpati?dia yang salah dan sepatutnya dia harus mendapat balasan ,tak sia-sia aku belajar taekwando semasa di sekolah dulu.

''abang,apa yang abang cuba buat dekat Aryana?,''marah Hawa.Dia seperti tidak percaya dengan perlakuan yang cuba abangnya lakukan.lelaki itu masih mengusap pipi yang masih terasa sakit.''air..air,abang nak air,'' pinta lelaki itu.Hawa yang mendengar mengambil air mineral yang terdapat di tempat duduk di bahagian belakang.Lelaki itu segera merampas botol mineral dari tangan Hawa,sambil mata yang masih terpejam menahan sakit ,penutup botol mineral di buka dan mula menuangkan air ke wajah.Di dalam hati ,dia sudah menyumpah memarahi Aryana.

Mata mula dibuka sedikit demi sedikit apabila kepedihan yang di rasa mula kurang .Sebaik sahaja mata dibuka luas,renungan tajam diberikan kepada perempuan yang berdiri di belakang adiknya.Gila punya perempuan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience