Bab 1

Romance Series 628

Maria...
Lamunan Maria terhenti bila terdengar
ada suara yang memanggil namanya.Maria berpaling melihat gerangan yang memanggil nya, Marsha yang lebih di kenali lagi Mar adalah ibu kepada Maria itu berjalan menuju kearah Maria sambil tersenyum.

Kenapa ni ibu panggil-panggil tak menjawab?..kata Marsha sambil duduk dan memegang tangan Maria.

Tiada apa ibu...Maria cuma penat sikit ,baru habis kemas bilik...jawab Maria sambil mengemas meja belajar.

Ya lah...ni surat untuk kamu,kata Marsha sambil menghulurkan surat kepada Maria.
Apabila surat sudah bertukar tangan Maria rasa sangat terkejut apabila surat itu memaklumkan bahawa dia diterima kerja,walaupun itu hanyalah kerja sementara sahaja.

Marsha hanya melihat kegembiraan anaknya,namun dia tahu hati Maria sedang bertarung dengan perasaan sedih.

Ibu dan ayah benarkan kamu pergi,kata Marsha tanpa menunggu Maria meminta izin padanya dan suaminya Khalid.Maria menatap ibunya sayu,tanpa dapat dikawal airmata mula membasahi pipi kuning langsat milik Maria begitu juga dengan ibunya.Maria memeluk ibunya untuk mendapatkan sedikit kekuatan.

Ibu tau anak ibu ni kuat,kata Marsha

Kalau arwah Fikri masih ada,mesti dia yang hantar dan ambik Maria kerja kan ibu?bicara Maria pada ibunya.

Dah lah tu Maria...awak kena ingat setiap yang berlaku itu ada hikmah nya...dan awak kena ingat setiap yang ada pada kita itu Allah pinjamkan buat kita,apa yang kita ada di dunia ni...takkan kekal sampai ke akhirat...nasihat Marsha pada Maria yang sukar menerima takdir atas pemergian bakal tunangnya...

Tapi kenapa begitu cepat Allah ambik Fikri balik ibu...semakin sebak Marsha bila Maria berkata begitu...Marsha mengeratkan pelukannya pada Maria.

3 minggu lalu
Sayang duduk kat mana...abg tak nampak pun?..kata Fikri melalui telefon mencari kelibat sang kekasih yang dekenali selama 7 tahun melalui media sosial,dan setahun selepas perkenalan itu hubungan mereka mnjadi lebih dari seorang kawan.6 tahun bercinta dan berhubung hanya dengan telefon sahaja tanpa pernah bertemu.Dan hari ini adalah hari pertama mereka bertemu.

Sayang adalah dekat belakang abang,abang je tu tak kenal sayang...siap dilimpas aje sayang ni...rajuk Maria apabila Fikri hanya memandangnya sekilas dan berlalu begitu sahaja...

Fikri melihat kebelakang,di amati nya wanita yang berada di hadapannya,
Ya Allah...dia ke ni...bukan main lawak lagi...kat telefon biasa-biasa je saya tengok...ni kat depan mata aku sekarang ni lawak gila...kata Fikri dalam hati...

Abang...
Abang...
Abang!
Kali ketiga baru lah Fikri sedar dari lamunan nya akibat sergahan dari Maria yang agak kuat sehingga orang yang melintasi mereka ada yang terkejut....

Maria juga ke ni?kata Fikri menginginkan kepastian.
Ye lah...sape lagi,?kenapa tak cantik macam dalam gambar?terasa dengan soalan Fikri tadi.

Eh mana ada...Maria depan abang sekarang ni jauh lebih Cantik dari yang abang kenal dekat telefon...kata Fikri sambil senyum

Ada- ada je lah abang ni...jom lah kita pergi makan dulu sebelum balik.

*Sampai sini dulu yaa...
Bila dah ada suport baru sambunggg...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience