Bab 77

Romance Completed 207871

Sebaik melangkah masuk, terpaku seketika Intan dengan dekorasi rumah agam tersebut yang berkonsepkan moden dan klasik Inggeris. Di tengah-tengah ruang terdapat sebuah meja bulat besar yang di atasnya terdapat sebuah pasu warna kuning keemasan diisi dengan bunga-bunga hidup. Cantik gubahannya.

Kepala didongak pada tangga yang melingkar di hadapan, boleh naik dari kanan dan kiri. Pemegangnya berukir cantik dengan dihiasi corak abstak. Di dinding pula dihiasi dengan gambar-gambar permandangan yang cantik dan memukau. Sungguh Intan jatuh cinta dengan hiasan rumah agam ini.

Tadi, sebelum masuk sempat Intan lihat ada taman bunga mini di sebelah kiri rumah, siap ada gazebo dan air terjun lagi. Cantik, nak pula dapat berehat sambil minum petang, sesuai sangat.

Rick yang berada di tengah-tengah tangga tersenyum memandang Intan.

"Intan, come here" panggil Rick.

Fahmi yang sedari tadi setia di sisi Intan mengikut sahaja langkah Intan menuju ke tingkat satu. Kalau ikutkan ada tiga tingkat rumah ni. Siapa la yang tinggal sini agaknya. Sedang asyik memandang sekitar rumah tiba-tiba

"Bang!"

Terkejut Intan dengan bunyi tembakan itu. Laju langkah kaki diatur mendaki tangga menuju ke tingkat satu atau lebih tepat lagi berlari ke bilik hujung. Fahmi turut mengikut Intan dari belakang cuma Rick sahaja yang dilihat masih tercegat di tempat dia berdiri tadi. Intan pelik, ah.. pedulikanlah.

Termengah Intan berlari, lengan yang masih sakit diabaikan sahaja. Sebaik tiba di bilik yang datangnya bunyi tembakan, terkaku Intan di ambang pintu. Bulat matanya memandang.

Caden yang waktu itu masih lagi memegang pistol di tangan turut terkejut dengan kehadiran Intan. Berubah wajahnya.

"Sayang!" tegur Caden.

"Abang! Apa dah jadi?" soal Intan.

Fahmi yang baru tiba, terjengul di sisi Intan dengan wajah berpeluh-peluh sambil tangan naik mengelap dahi.

Apabila menyedari Fahmi turut ada sama, tajam mata Caden memanah wajah Fahmi. Kecut perut Fahmi, matilah.. Tuan Caden marah. Baru Fahmi mahu membuka mulut, ada seseorang bersuara dari belakangnya. Tertoleh seketika. Fuh! nasib baik ada penyelamat.

"Don't blame him, I'm bring Intan here" kata Rick yang baru tiba di belakang Intan. Fahmi bergerak memberi ruang pada Rick untuk masuk.

Alice yang sedari tadi menunduk ke lantai sambil menutup muka pantas tegak duduknya apabila mendengar suara Rick. Lalu terus bingkas bangun dan meluru ke arah Rick. Tubuh abangnya dipeluk erat, menggeletar tubuh itu dengan tangis yang berlagu. Belakang Alice digosok perlahan.

Hm.. biar tahu sikit. Ikut kepala dia saja, kena buku dengan ruas baru tahu takut. Mujur Caden tidak hilang pertimbangan, jika tidak, tak tahu apa nasib Alice. Jangan dibuat main dengan Caden terutama jika melibatkan orang kesayangan. Memang nahaslah jawabnya.

Sebaik melihat Alice bangun menuju ke arah Rick, Caden bersuara kuat.

"Next time, I won't miss it!" keras suara Caden pada Alice sambil pistol diacukan ke kepala sendiri.

Laju Alice menggangguk. Tak mungkin dia akan ulangi lagi selepas ini. Tadi pun, nyawanya sudah nyaris-nyaris melayang.

Intan yang melihat perkara itu hanya terkebil-kebil mata memandang seakan tidak percaya bahawa Caden suaminya yang berada di hadapannya itu. Mengapa lain benar tingkahnya. Gerun pula rasa.

"Go, clean yourself" arah Rick pada Alice. Menonong Alice beredar dari bilik itu tanpa menoleh ke belakang lagi.

Mendengar Rick bersuara, Intan terus menoleh pada Carlos yang waktu itu masih pegun di dalam sana seakan dia juga tidak pernah melihat sisi Caden yang satu ini. Fahmi yang berdiri di belakang Intan, meloloskan diri masuk ke dalam.

Carlos yang dari tadi terkejut seakan baru tersedar apabila Fahmi datang ke sisinya dan menepuk bahu. Pantas Carlos menghampiri Caden dan pistol di tangan Caden diambil.

Intan masih kaku di ambang pintu. Abis tu tadi bunyi tembakankan, tapi siapa pula yang kena tembak. Kelongsong peluru di atas lantai berhampiran kakinya dikutip. Masih terasa suamnya. Tegak Intan memandang Caden. Caden pula sudah serba salah.

"Caden, go. You have a lot story to told her" kata Rick pada Caden sambil menjeling sekilas pada Intan.

Kasihan pula pada Caden yang dilihat dalam keadaan serba salah dan terkebil-kebil memandang Intan di hadapannya. Pasti banyak yang ingin ditanya nanti.

Kelongsong peluru yang ada di tangan Intan diambil Caden lalu diserahkan pada Carlos.

"Carl, clean this" kata Caden lalu jemari tangan kiri Intan dipaut dan ditarik keluar dari bilik itu. Intan hanya mengikut jejak langkah Caden. Wajahnya penuh dengan tanda tanya. Sesekali ditoleh pada Caden yang berada di sisinya, beku sahaja wajah itu. Tiada beriak.

Apa yang berlalu sebenarnya. Kalau dilihat pada Alice tadi, macam tiada luka teruk cuma ada kesan darah pada wajah dan pakaiannya sahaja dan rasanya, darah pada pakaian tu adalah darah dirinya yang luka semasa kejadian di tandas tadi. Ah.. keliru. Serabut kepala.

"Kita nak ke mana?" soal Intan apabila Caden menarik tangannya menuju ke bahagian kiri tingkat dua rumah agam itu.

"Just follow me. Don't worry, I'm not gonna harm you" kata Caden di sisi Intan. Hanya suara yang keluar, tetapi wajah masih tetap memandang ke hadapan dan tidak beriak.

Abang, kenapa lain sangat awak malam ni.. takkan kena sampuk pula. Pelik benar tingkah Caden.

Sebaik sampai di hadapan sebuah bilik, Caden memulas tombol dan daun pintu ditolak.

Cantiknya bilik tidur ni, luas dan mewah dengan susunan perabotnya. Caden melangkah masuk dan jemari Intan ditarik supaya mengikutnya.

Pouch bag Intan di letakkan di meja sisi dan kemudian Intan ditarik ke arah katil dan didudukkan di situ. Caden menunduk sedikit dan wajahnya rapat dengan wajah Intan.

"You just stay here, wait for me and never open the door until I come back. Okay sayang" pesan Caden lalu bibir merah Intan dipaut seketika dan kemudian kaki melangkah menuju ke pintu keluar tetapi apabila sampai di ambang pintu, kaki Caden berhenti melangkah dan berpatah balik ke arah Intan.

Intan sudah pelik, Caden nak buat apa pulak ni. Tiba-tiba kedua tangan Caden naik ke pipi Intan lalu bibir itu dikucup lama, seakan tidak tidak puas. Mulanya Intan terkejut dengan tindakan tanpa duga Caden tetapi akhirnya Intan turut sama membalas hinggalah Caden sendiri yang menjarakkan bibir mereka.

"Love you sayang" ucap Caden dan dahi Intan dikucup sekilas lalu kaki terus melangkah keluar dari bilik dan pintu ditutup rapat.

Intan yang masih lagi terkejut, pantas tangan naik memegang dada. Kuat degupannya. Tidak pasti punca degupan yang kuat itu. Samada rasa cinta atau rasa gerun pada Caden.

Setelah diri agak tenang, Intan bangun dari birai katil lalu melangkah menuju ke arah balkoni bilik. Pandangan di hala ke hadapan dan kemudian terdengar suara orang berbual.

Intan menoleh ke bawah, dapati Caden sedang berbual sesuatu dengan Carlos. Serius sahaja gayanya. Intan tidak mahu saratkan fikirannya lalu kaki melangkah masuk dan menuju ke satu ruang di bahagian kanan bilik.

"Oh..wardrobe. Besarnya.. tapi siapa punya, banyak baju pulak tu. Aik, baju perempuan ada, baju lelaki pun ada. Eh, ni macam baju Caden tapi yang perempuan ni baju siapa pula?" Intan sudah bersoal jawab.

Di selongkar lagi. Ada perhiasan wanita, bag tangan dan kasut. Pakaian kerja Caden juga ada di sini. Biar betul, takkan Caden ada perempuan lain.

Kaki menuju ke tandas pula. Wow, besarnya bilik air dia, boleh main kejar-kejar kalau dah gini. Intan melangkah masuk dan dilihat di atas rak ada toiletries wanita. Ah sudah.. Caden ni jangan buat pasal, nanti kepala Alice tak meletup, kepala dia pula yang berkecai.

Kuat Intan mendengus. Laju kaki melangkah keluar dari bilik air. Asalnya nak melepaskan hajat tapi sakit hati dan tidak sedap hati punya pasal, cancel!

Kaki diatur ke meja sisi katil. Pouch bag diambil lalu zip beg dibuka. Telefon bimbit dicapai, butang tepi ditekan. Kenapa tak menyala pulak ni, aduh.. jangan cakap bateri habis pulak. Ah.. time ni la bateri nak habis pun. Telefon dicampak ke katil.

Apa nak buat ni, nak cari siapa, bukan dia kenal pun orang-orang dalam rumah ni tapi kalau kenal pun mana nak cari, besar kot rumah ni.. serabutnya..

Ah, tak sabar pulak nak tunggu Caden balik. Kalau betul dia ada perempuan lain, tau la apa Intan nak buat. Silap haribulan ada juga yang makan guna straw! Cuba la kalau nak rasa!

Intan sudah tidak senang duduk, kaki melangkah ke hulu ke hilir di dalam bilik tu menanti Caden. Merah-merah wajah menahan rasa. Apa yang Caden nak tunjukkan sebenarnya ni. Jam di pergelangan tangan ditilik, mak oi, dekat pukul dua belas dah. Huh!

Sedang Intan ke sana ke sini melangkah tidak senang duduk, terdengar pintu bilik dibuka. Laju kepala menoleh dengan pandangan mata yang tajam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience