BAB 2

Humor Completed 6307

‘alamak dia senyum la pulak. Dia senyum dekat aku ke ?’ bicara hati Asyraf.

Begitulah Asyraf setiap kali dia melihat Nurul Hanna. Dia sudah mula jatuh cinta dari saat pertama kali dia dan Hanna bertemu di pusat tuisyen itu.

“Asyraf, 2(3)² ?” soal Puan Ain.

Asyraf segera bangun, dengan penuh yakin dia menjawab .

“9 cikgu.”

“Hanna, betul tak jawapan Asyraf tu ?” Puan Ain menyoal Hanna pula.

“Betul cikgu”

“Nasib baik betul. Awak berdua ni dari tadi lagi saya tengok asyik berangan saje. Badan awak dekat sini tapi fikiran dekat lain ”

******

“Bie buat apa tu ?” soal Hanna.

“Sayang, terkejut Bie. Bie tengok gambar kahwin kita. Sayang, nampak tembam la.”

“Yela, kita ni tembam. Tak macam orang tu, kurus je. Kita tahu kita ni tak layak untuk dia. Kita ni tak sesuai dengan dia.” Ujar Hanna dalam nada merajuk.

Hanna ingin naik ke kamar mereka, dia begitu cepat terasa akhir-akhir ini. Asyraf menarik tangan isteri tersayang lalu berkata ” Ala, manja Bie ni. Bie main-main je. Sayang sekarang ni cepat sangat merajuk dengan Bie. Bie usik sayang je, sayang tau kan yang Bie sayangkan sayang sejak kita form 4 lagi. Bie tak kesah pun luaran sayang, yang penting tutup aurat, jaga kehormatan diri, solat tak tinggal, tudung tak lepas dari kepala tu. Itu yang penting, kalau muka lawa tapi freehair baik tak payah buat dosa Bie bertambah je.” Hanna di peluk Asyraf.

Segala rasa marah yang tadinya menguasai hati, Hanna kini lebih tenang berada didalam pelukan suaminya.

*********

‘biar betul ni. Takkan aku dengan dia je kot yang datang tuisyen hari ni.’ Hanna tertanya-tanya

‘Thanks semua sebab korang tak datang hari ni. Korang memang terbaik la, korang bagi peluang dekat aku dengan my sweetheart. Eh ! Asyraf lebih pulak kau.’ Asyraf merungkai senyuman.

“Kamu berdua je yang datang petang ni ? Asyraf mana yang lain ?”

“Saya tak tau la cikgu. Dorang ada game kot petang ni.”

“game lagi penting. Apa nak jadi saya pun dah pening dengan pelajar-pelajar sekarang. Kadang-kadang saya jadi kesian pun ada. Saya tak marah nak main tapi kalau tiap-tiap minggu datang dua kali je tuisyen buat rugi duit mak ayah awak saja.”

“Cuba jadi macam sayakan cikgu, tak datang tu dia dua bulan sebab latihan balapan saya tu. Saya ni lah pelajar harapan cikgukan ?”

“Ada-ada je awak ni Asyraf. Okay Hanna awak duduk meja depan ni. Duduk sebelah Asyraf, senang sikit saya nak ajar.”

‘cikgu, i lap you la. Cikgu memang memahami betul. Tapi kenapa hati aku berdegup kencang ni ?’

“Asyraf kamu senyum apa tu ? mentang-mentang anak dara nak duduk sebelah senyum sampai telinga.”

‘nampak benor cikgu nipu. Ada ke orang senyum sampai telinga ?’

Asyraf menghadiahkan sebuah senyuman yang termanis buat Hanna.

“hari ni kita buat latihan je la, saya nak ajar pun tak ada semangat. ”

‘cikgu tak nak ajar pon tak pe. Boleh aku tengok muka Hanna.’

********

‘Macam kenal je moto tu? Tapi di mana ya ? Moto makwe aku tu. Nak tolang la dia. Terima kasih ya Allah.’

” Kenapa ni ? nak saya tolong ke ? ” soal Asyraf.

“Entah. Tak susahkan ke? “

“ Tak makna susah la. Saya memang suka tolong orang ni.”

” Awak tau tak mana-mana bengkel ? saya ingat nak hantar bengkel je, “

“Bengkel ada kat depan sana tu. Awak bawak moto saya pergi bengkel Ah Hoon tu, moto awak biar saya tolak pergi sana.”

“Eh! Tak payah la. Saya tolak moto saya awak just tunjuk je dekat mana?”

“Tak pe. Saya ni lelaki takkan saya nak biar awak tolak moto yang berat ni pulak. Kunci moto ada dekat moto tu. Awak start pastu bawak macam biasa.”

‘ alahai, kenapa la aku ikut sangat cakap mamat ni. Kesian dekat dia kena tolak moto aku. Tapi dia nampak hensem sangat. Hanna, kau jangan nak mengada-ngada.’

“awak terima kasih tau. Kalau awak tak de tadi alamatnya saya tak balik la.”

“It’s okay la. Saya teman awak sampai moto awak siap tak pe kan?”

“Tak yah la. Awak ni baik sangat la. Nanti saya tak tau nak balas balik budi awak. Saya dah cukup segan awak tolak moto saya tadi.”

‘Hanna sayang, saya sanggup buat ape pon untuk awak. Cewahhhh. ‘

Asyraf tetap juga menemani Hanna petang itu. Walaupun keadaan bengkel itu bising, Asyraf dan Hanna sedikit pon tidak merasa terganggu. Asyraf senang sekali kerana dia dapat mengenali dengan lebih lagi tentang Hanna.

Namun tanpa Asyraf dan Hanna sedar, ada orang sedang menahan rasa marah melihat kemesraan mereka. Madiha Zulaikha itulah orangnya. Madiha berkawan dengan Asyraf sejak tadika lagi, madiha menyimpan perasaannya terhadap Asyraf. Sebelum ni ada sahaja yang cuba menawan hatinya akan tetapi hanya ada Asyraf di hatinya yang satu itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience