Bab 30

Romance Completed 15358

(Ryoga POV)
Aku berlari dengan laju untuk berjumpa Kai dan Koichi.
"Ochitsuke yo, Ryoga. (Tenang, Ryoga.)" Kata Kai setibanya aku dihadapan mereka berdua. Aku termengah-mengah.
"Do you two know that they will going back to Malaysia next week?!" Soalku masih tidak dapat menerima kenyataan itu.
"We know that." Kata mereka sedih.
"So..we have to run our plan now." Ujar Kai.
"Do you have buy the dress?" Soal Koichi.
"Here, I want you to give it to her. Tell her I want her to wear it on her birthday." Ujarku memberi beg itu pada Koichi. Tinggal satu beg di tanganku.
"No problem." Kata Koichi mengambil beg itu dari aku. Tak, aku sedang panik sekarang ni sebenarnya.
"Sore wa nani? (Apa tu?)" Soal Kai menunjuk ke arah beg yang Sakinah beri tadi.
"Kore(ini)...Sakina-chan yori. (Daripada Sakinah.) She said that she wants me to remember her always." Ujarku sayu. Sedih. Takkan tak sedih. Patutlah perangai dia lain macam sahaja sepanjang minggu ni. Dia cepat sangat merajuk dan buat aku risau takpun dia yang risau lebih.
"Okay, now, we have to start our plan! That way!" Ujar Kai. Kami terus pergi ke arah tempat yang Kai tunjuk itu. Kami masuk ke dalam sebuah kedai.
"Konnichiwa." Ucap pekedai itu.
"Konnichiwa." Balas kami.
"Which one is perfect?" Tanyaku kepada Kai dan Koichi. Kami melihat ke arah pameran kaca di situ.
"I think this one is nice." Kai memberi cadangan menunjuk ke arah benda itu.
Koichi mengangguk, "She will like it." Ujarnya. Aku pun menurut sahaja. Tak ada masa nak pilih lama-lama.
"Hai'. Kore wo onegaishimasu. (Saya nak yang ni.)" Ujarku pada pekedai itu. Aku pun lebih berkenan dengan corak yang itu berbanding yang lain. Ukiran bunga keliling sahaja.
"When it will be ready?" Aku menyoal pekedai itu.
"It will be ready in 30 minutes." Pekedai itu menjawab.
"Okay, please be faster." Pintaku dengan sopan.
"Hai', I will." Pekedai itu terus membuat kerjanya.
*******
(Sakinah POV)
Malam itu, aku mendail nombor Takashi. Aku mendapat maklumat daripada Takuya yang Takashi cuti esok.
"Moshi moshi, Takashi-kun." Ujarku sebaik sahaja panggilan itu dijawab.
"Ah, Sakina-chan. Doushite? Why suddenly you call me?" Balasnya.
"Oh, nothing, but..you free tomorrow, right?" Soalku.
"Oh, ha, I am free tomorrow. Why?" Soalnya.
"Erm, I have a favor." Ujarku.
"What is it?" Soalnya.
"Can you accompany me to guide Dini and her family around Tokyo tomorrow morning? Takuya is busy tomorrow." Pintaku.
"Hmm...." Dia berfikir.
"Onegai~ (Please~)" Pintaku lagi.
"Hai'. I have nothing to do tomorrow." Ujarnya. Aku terdengar dia ketawa kecil.
"Okay? Okay, tomorrow, meet me at 7 a.m. I will send the hotel's location." Balasku.
"Hai', mata ashita. (Okey, jumpa esok.)" Balasnya.
"Hai', arigatou gozaimasu, Takashi-kun." Balasku gembira. Aku mematikan talian.
"Haha!! Langkah pertama berjaya! Sekarang, Takuya." Ujarku sendiri teruja di dalam bilik itu. Alyn, Hannah dan Eca sudah lena tidur.
Aku menghantar mesej kepada Takuya pula.
'He will come with me tomorrow.' Aku menekan butang hantar. Aku menunggu dia membalas. Sekelip mata sahaja dia sudah membalas.
'He will? That's good. Be nice to him.' Balasnya.
'Haha, so funny. I am not like you that did such naughty things to Mira.' Balasku pula lalu ketawa.
'I have said sorry to her.' Katanya.
'Your apology was fake. That was a part of our plan.' Ujarku.
'Boku dake janai. Naoya mo. (Bukan aku je. Naoya pun.)' Balasnya lalu menghantar emoji ketawa. Aku ketawa kerana nama Naoya pun dijual sekali. Haha!
'Tell me, what did you do to her actually?' Soalku.
'I will tell you when we meet.' Balasnya.
"Hm, bila pula kau nak jumpa aku, kan? Hari tu, orang tanya dah, tak nak jawab." Soalku sendiri.
'Okay. I want to go to sleep. Tomorrow I have an important mission. Oyasumi.' Ujarku.
'Haha, oyasumi.' Balasnya. Aku menutup telefonku.
"Dini, kau tunggu aku datang." Ujarku lalu menarik selimut dan tidur.
*******
__Keesokan paginya__
"Ma, baa-san. I want to go out to meet my friend and I will go back home late I think." Ujarku.
"Mada hayai, Sakina-chan. (Awal lagi, Sakinah.)" Kata obaa-san. Aku melihat jam di dinding. 6.35 pagi.
"I have promised to her that I will meet her at 7 a.m." Ujarku lagi.
"Okay, elok-elok jalan dengan Dini tu." Pesan mama. Aku mengangguk.
"Sakina-chan..? Awak nak ke mana awal pagi macam ni?" Soal Ryoga.
"Saya nak pergi jumpa kawan. Sekejap lagi, awak dah nak pergi kerja, kan?" Soalku tersenyum.
"Yes, but, it's still early, right? You don't want to have breakfast with us first?" Soalnya lagi.
"Daijoubu, I will late. Jaa ne, I'll see you tonight I guess." Aku berdiri setelah selesai mengikat tali kasut sambil tersenyum palsu.
"Okey. Jangan lupa makan." Pesannya. Aku hanya mengangguk sambil tersenyum. Aku memusing tombol pintu.
"Awak free tak hari Rabu ni?" Soalnya.
Aku mengangguk, "Ha, ha, kenapa?" Soalku pula.
"Saya..nak ajak awak pergi Ueno Park." Ujarnya.
"Hm? Ueno Park? Pukul berapa? Eh, tapi kan, Selasa malam kan kami balik Malaysia...?" Soalku.
Dia seperti tersentak, "Ha, Selasa petang la kalau macam tu. Tunggu saya kat sana." Katanya.
"Hai', hai'. Itte kimasu! (Saya pergi dulu!)" Ucapku sambil kakiku melangkah keluar.
"Itte rasshai. (Selamat jalan.)" Balasnya. Aku menutup pintu. Kemudian, pintu dibuka semula oleh aku.
"Awak pun jangan lupa makan. Elok-elok pergi kerja tu. Hati-hati kalau tengah menari." Pesanku. Dia tersenyum.
Aku menuju ke hotel Dini. Mereka sudah bersiap sedia tunggu di lobi.
"Assalamualaikum. Wah, bersemangat sungguh semua!" Ujarku.
"Waalaikumussalam. Okey, jom, abah dah tak sabar dah ni." Kata pakcik.
"Pakcik, sabar dulu. Kita tunggu seseorang sekejap, ya pakcik." Ujarku. Mereka semua hanya mengangguk.
"Weh, tunggu siapa?" Soal Dini.
"Tour guide." Balasku ringkas. Mereka semua pelik. Aku ternampak Takashi baru melangkah masuk ke dalam lobi hotel itu.
"Takashi-kun! Kochi! (Sini!)" Panggilku. Aku sendiri terkejut lalu menekup mulutku. Aku memandang sekeliling. Kuat ke aku jerit? Tak, tak ramai orang di lobi hotel itu. Aku menghela nafas lega. Nanti, kalau ada peminat Choutokkyuu pula di situ, diserbu pula kami.
"Sumimasen. Am I late?" Soalnya menunduk hormat. Semua terpaku melihat ketinggian serta ketampanan Takashi. Maklumlah paling tinggi dalam kumpulan. Ryoga pun lagi rendah daripada Takashi yang tingginya 180 cm itu.
"Ii-ya, mada hayai. (Tak, awal lagi.)" Ujarku melihat ke arah jam pada tangan.
"Weh, apa pasal kau bawa dia, bukan Takuya?" Soal Dini.
"Kan aku dah kata semalam, hari ni dia sibuk. Petang nanti pula dia kata dia ada football match dengan Naoya. Jadi, dia cadangkan aku untuk bawa Takashi. Lagipun, Takashi cuti hari ini. Dia ambil off day. Takuya tak percayakan aku untuk bawa kau dan family kau seorang diri. Dia kata nanti sesat kalau aku sahaja yang bawa." Balasku panjang. Dini hanya mengangguk.
"Sakinah, siapa ni?" Soal ibu Dini.
"Ha, ni bukan sekadar tour guide kita sahaja, dia kawan Takuya juga. Penyanyi. Tapi, seperti yang Sakinah katakan tadi, dia cuti hari ni. Jadi, dialah yang akan temankan kita semua hari ni." Jawabku. Mereka mengangguk faham.
"Aa, hajimemashite. My name is Matsuo Takashi." Kata Takashi lalu menunduk hormat.
"Sekejap. Matsuo nama dia?" Soal Danish kemudian memandang Dini.
"Apa?" Tanya Dini.
"Ini ke Matsuo yang selama ni akak panggil saya tu?" Soal Danish lagi.
Dini hanya mengangguk lalu kami berdua ketawa. Dini memang suka bercerita pada aku. Jadi, aku banyak tahu apa-apa yang terjadi pada dia. Aku pun banyak bercerita pada dia.
"Okeylah. Semua dah ada, jom kita pergi makan. Acik dan pak cik cakap sahaja nak makan di mana atau nak ke mana, kami bawakan." Ujarku tersenyum.
"Okey, jom, pakcik tak sabar nak makan ni. Sakinah dan Takashi bawa kitorang pergi restoran halal yang sedap kat sini, pakcik belanja kamu berdua sekali untuk sarapan." Kata pakcik lagi memandang aku dan Takashi. Takashi buntu lalu memandang aku.
Aku pandang dia, aku pula yang buntu. Rupanya dia minta terjemahkan apa yang pakcik cakap.
"Ojii-san said that we have to bring them to a halal resutoran (sebutan bagi restoran dalam Jepun) and he will treat us for breakfast . Do you have breakfast, Takashi-kun?" Soalku.
"Amm, mada mada. (Belum lagi.) Da-daijoubu desu ka, ojii-san? (Tak apa ke, pak cik?)" Soal Takashi. Takashi ni, memang nak aku jadi 'translator' ke kat tengah-tengah ni? Cakaplah dalam bahasa Inggeris. Aduhaii.
Pakcik memandang aku.
"Apa dia cakap?" Soal pakcik sedikit berbisik. Aku hanya redha sambil tersenyum.
"Dia cakap, dia belum breakfast lagi, tak apa ke pakcik belanja dia? Dia segan tu." Balasku.
"Ohh, tak apa. Apa salahnya?" Kata pakcik pula. Aku hanya menurut menjadi penterjemah tak berbayar.
Aku senyum memandang Takashi, "Ojii-san daijoubu." Kataku.
"Aa, hai', a-arigatou gozaimasu, ojii-san." Ujar Takashi lalu menunduk hormat.
Pakcik hanya mengangguk sambil tersenyum.
"Sopan betul budak ni." Puji ibu Dini. Kami memulakan perjalanan ke restoran.
"Sakinah, ojii..apa yang dia cakap tu, apa maksudnya?" Soal pakcik.
"Ojii-san, maksudnya pakcik." Balasku.
"Oo~ kalau ayah?" Soal Dini.
"Otou-san." Jawabku ringkas.
"Haha, otou-san." Dini mengusik abahnya. Mereka ketawa.
"Kalau mak pula?" Soal pakcik.
"Oka-san." Jawabku. Mereka mengusik makcik pula. Aku hanya ketawa melihat telatah sekeluarga ini.
Setelah selesai memesan makanan, kami hanya mampu untuk tunggu makanan itu tiba sahajalah.
"Sakinah, mana dua orang budak semalam tu?" Soal ibu Dini.
"Ha? Yang semalam tu..? Oh! Yang semalam tu. Kerja." Jawabku.
"Oh, kerja. Diorang berdua tu kerja apa? Artis apa? Pelakon ke penyanyi ke?" Soal ibu Dini lagi.
"Dua-dua pelakon dan penari. Yang abang punya kumpulan itu, sebut sahaja, satu Jepun tahu. Cuma yang si adiknya itu baru lagi dalam industri seni ni. Abangnya, dari kecil lagi dah berlakon." Ujarku.
"Bu, abang dia tu Tomoya dalam cerita Ultraman Ginga dekat Astro Ceria, bu." Kata Danish.
"Manalah ibu nak tahu. Tak apa, lepas ni kita tengok sama-sama." Kata ibu Dini. Aku hanya ketawa.
"Diorang tu siapa sebenarnya? Kawan ke keluarga angkat?" Soal ibu Dini lagi.
"Ha, diorang tu kawan je." Jawabku.
"Amboi, kau. Kawan dengan artis sekarang." Usik Dini. Kami ketawa.
Makanan kami pun sudah tiba. Sambil makan, kami masih bersembang.
"Dengar cerita daripada Dini, Sakinah dah duduk sini lebih kurang 2 bulan. Duduk sini, duduk kat mana?" Soal abah Dini pula.
"Oh, Sakinah duduk dekat rumah kawan mama di Kanagawa. Tapi, minggu depan, Selasa malam, kami nak balik Malaysia dah." Jawabku.
"Oo, ya ke? Boleh balik sekali macam tu." Kata ibu Dini.
"Ha, boleh juga, lagipun, kami tak beli tiket flight balik Malaysia lagi. Mana tahu dapat satu flight." Balasku.
"Ha, seronoklah macam ni. Aku nak duduk sebelah kau, tau?" Kata Dini.
"Haha, okey! Janji, eh? Kau jangan tinggal aku pula. Duduk sebelah aku diam-diam." Balasku.
"Okey, okey. Janji." Balasnya pula lalu menyambung makan. Aku tersenyum. Aku memang suka melayan kerenah dia.
Selesai kami makan, aku dan Takashi membawa mereka ke Ueno. Kami berjalan-jalan di sekitar Ueno itu.
"Hm, sekejap lagi dah nak Zohor. Nak solat kat mana ni, Sakinah?" Soal Dini sambil menarik tangan aku untuk melihat masa pada jam aku.
"Kita pergi Masjid Uenolah. Jom." Ajakku. Mereka hanya mengekori aku.
Kami menunaikan solat Zohor di Masjid Ueno itu.
"Sakinah, aku tunggu kat luar masjid dengan Disya. Bagitahu mak aku." Kata Dini yang baru sahaja selesai solat. Ibunya pula aku nampak di tempat wudhu' tadi. Aku mengangguk lalu dia pun keluar. Aku baru sahaja nak pakai telekung.
Aku selesai sahaja solat aku pergi ke arah ibu Dini yang sedang membetulkan tudungnya. Aku turut membetulkan tudung bersama.
"Ha, Sakinah, Dini mana? Disya ada nampak tak?" Soal makcik.
"Dini kata tadi dia tunggu kat luar dengan Disya sekali." Jawabku. Ibu Dini hanya mengangguk. Kami keluar bersama-sama. Kami melangkah keluar sahaja masjid itu, aku dan ibu Dini mencari Dini dan Disya.
"Mana mereka ni?" Soalku. Langsung tak nampak batang hidung tiga orang itu. Tak lama selepas itu, abah Dini dan Danish memunculkan diri.
"Eh, mana Dini dan Disya?" Soal abah Dini memandang kami.
"Entahlah, Dini kata tadi, dia nak tunggu kat luar dengan Disya sekali." Jawabku sambil mencari mereka.
"Hm, telefon Dini kat aciklah pula. Dia tak bawa sekali." Kata ibu Dini sambil mengeluarkan telefon Dini daripada beg tangannya.
Aku mula risau. Langsung tidak nampak kelibat dua orang itu.
"Eh, risau pula acik, jomlah cari diorang." Kata makcik. Kami bersetuju. Kami berlegar di sekitar Ueno itu untuk mencari Dini dan Disya.
Aku memberhentikan langkahku secara tiba-tiba, "Eh, sekejap. Mana Takashi, ya?" Soalku. Baru teringat tentang dia.
"Haah, Takashi. Tadi pun tak nampak dia. Cuba Sakinah telefon Takashi. Mana tahu dia tahu Dini dan Disya ke mana." Kata pakcik.
Aku mendail nombor Takashi. Dengan dua deringan panggilan itu dijawab.
"Ha! Takashi-kun. Kimi wa doko? (Kau kat mana?) Dini to Disya mo wa doko? (Dini dan Disya pun kat mana?)" Soalku laju.
"Ochitsuite. Dini-chan to Disya-chan wa boku to issho. (Sabar. Dini dan Disya dengan aku ni.)" Jawab Takashi. Aku menghela nafas lega yang tersangatlah lega.
"Ah! Yokatta! (Lega aku!) Doko ni? (Kat mana?)" Soalku.
"Tokyo Tower." Jawab Takashi selamba. Pergh, sampai ke sana dah mereka?
"Okay, we'll be there right away." Balasku. Aku mematikan talian.
"Mana Disya dan Dini?" Soal abah Dini. Mestilah risau, kedua-duanya anak perempuan.
"Diorang berdua dengan Takashi di Tokyo Tower." Balasku. Mereka bertiga menghela nafas lega.
"Ha, jomlah kita ke sana sekarang." Kata makcik. Aku mengangguk lalu kami menuju ke Tokyo Tower.
(Dini POV)
Takashi baru sahaja menyimpan telefonnya setelah seseorang menelefon dia tadi.
"Who is it?" Soalku.
"Your best friend, Sakina-chan." Jawabnya. Aku hanya mengangguk.
"She's so worried of you." Ujarnya.
"She always like that. She always worried about all of her friends. She is a caring person." Balasku. Kami menunggu di hadapan Menara Tokyo itu sahaja.
"Oh, urm, by the way, until when you will stay here?" Soalnya tiba-tiba.
"Hm, our flight is on Tuesday night." Jawabku. Dia mengangguk.
"It's too early." Katanya. Aku memandang dia.
"Haha, is it? If that so, I can stay little longer here if someone accompany me to stay here." Balasku bergurau.
"Ask Sakinah. She will agree with it." Balasnya pula.
"Maybe..if she don't want to left Ryoga alone here." Kataku lalu ketawa. Dia tersenyum. Oh, aku memang kuat menyakat orang.
"Dini!" Panggil seseorang. Kami menoleh.
"Kau pergi mana? Puas aku, ibu kau, abah kau dan Danish cari tahu tak? Kau ni! Buat orang risau sahaja." Ujar Sakinah kemarahan.
"Haha, tak adalah. Sementara tunggu tadi, daripada aku melangut tengok langit dengan Disya baik aku jalan sekejap ambil angin. Takashi pun ada. Relax lah. Kau ni, risau sangat." Balasku pula.
"Risaulah! Takkan tak risau. Nanti siapa nak duduk sebelah aku dalam flight." Kata Sakinah. Aku dan Takashi hanya ketawa.
"Dahlah, jom, naik ni. Berdrama pula di tengah jalan." Ujar Danish menghentikan drama ini. Kami mengekori langkah Danish.
*******
"Terima kasih banyak-banyak, Sakinah. Sebab dah teman kitorang sekeluarga ni seharian hari ni." Kata ibu Dini.
"Takashi, thank you." Kata abah Dini. Takashi hanya mengangguk.
"Tak ada apalah, cik. Sakinah pun tak ada buat apa kat rumah." Balas Sakinah. Takashi hanya mengiyakan sahaja apa yang Sakinah kata.
"Kitorang naik dulu." Kata abah Dini. Mereka meninggalkan aku, Sakinah dan Takashi.
"Ha, so, I have to go to studio now. I have to dinner with someone. Bye, Dini. Mata ne, Takashi-kun. (See you later, Takashi.) Kyo wa arigatou. (Thanks for today.)" Ujar Sakinah lalu melangkah.
"Who still at studio at this time?" Soal Takashi pelik. Sakinah berhenti lalu menoleh ke arah kami berdua.
"Ryoga-kun to nii-chan. (Ryoga dan abang.)" Jawab Sakinah.
"Kau nak ke studio, nak buat apa?" Soalku pula. Nak juga tahu. Kau nak buat apa ke sana malam-malam buta begini?
"Aku nak..dinner. Dengan Ryoga dan Koichi. Lepas tu, nak balik rumah sekali dengan Ryoga." Jawab Sakinah.
"Kau balik rumah sekali dengan dia?!" Soalku terkejut. Kenapa balik rumah sekali dengan Ryoga pula?
"Am, sebenarnya.. hehe, sebenarnya, kawan mama aku yang di Kanagawa itu adalah mak Ryoga. Hehe." Ujar Sakinah sambil terdengih seperti kerang busuk.
"Mak Ryoga?! Seriuslah kau?" Soalku mendapatkan kepastian. Amboi, semakin rumit cerita ini.
"Ya, weh. Mula-mula pun aku tak percaya. Sampai pengsan dibuatnya. Tapi, bila aku sedar dari pengsan aku ingatkan semua itu mimpi, rupanya betul-betul." Ujar Sakinah.
"Hm, okeylah. Elok-elok jalan. Jangan lupa duduk sebelah aku dalam flight nanti." Ujarku sambil bersalaman Sakinah.
"Bye. Jangan lama sangat sembang tu. Nanti ada yang jatuh hati, ada yang tak nak balik Malaysia pula." Sakat Sakinah. Nasib baik Takashi tak faham. Aku dan Takashi memerhatikan Sakinah hingga dia hilang daripada pandangan kami.
Takashi memandang aku.
"Ha, so..I think it's already late now. Let's go, I will accompany you to your room." Ujarnya.
"Eh, it's okay. I can go by myself." Jawabku menolak pelawaannya.
"It's dangerous if you go alone. It is okay. I can accompany you." Balasnya.
"Hm..okay." Balasku. Akhirnya, aku mengalah.
Dia menemani aku naik ke bilik.
"Thank you." Ucapku sepatah.
"You are welcome. I hope this is not the last time we meet." Katanya.
"I hope the same thing. Bye. Be careful go home." Ujarku. Dia hanya tersenyum mengangguk.
Aku memusing tombol pintu sambil melambai ke arah dia. Dia tungggu sehingga aku tutup pintu rapat dan pintu itu sudah dikunci rapi baru dia pergi dari situ. Aku tersenyum. Baik sangatlah dia ni.
*******
(Ryoga POV)
Koichi tiba-tiba menyergah aku.
"Oi, kau apa pasal semacam hari ni?" Soal Koichi.
"Ah, aku tak tahu lah." Jawabku.
"Kau fikir dia ke?" Soal Koichi lagi. Aku diam.
"Kau ni, tak perlu nak nervous sangat. Adik aku tu bukannya makan orang. Apa kau fikir dia Godzilla?" Ujar Koichi cuba menenangkan aku.
Aku terdiam sambil mengeluarkan sebuah kotak cincin berbaldu ungu daripada poketku. Aku mengeluarkan cincin itu daripada kotak itu. Ada terukir sesuatu. R love S. Itulah benda yang aku, Kai dan Koichi pergi beli semalam.
"Yang penting, niat kau baik. Kau buat dia nangis, jagalah kau." Kata Koichi menepuk bahuku.
"Hm, disebabkan tinggal kita berdua sahaja di studio, kejap lagi, dia kata dia nak datang bawa makanan." Ujar Koichi lagi.
"Ha? Dia nak datang sini?" Soalku terkejut. Aku terus menyimpan cincin itu dengan rapi di dalam poket.
"Ya, dia kata nak tebus balik pasal pagi tadi. Pagi tadi patutnya dia sarapan dengan kau, kan?" Soal Koichi. Aku hanya mengangguk.
"Hm, kau tunggulah kat sini. Aku nak pergi cari air kat luar. Apalah studio ni kehabisan air pula." Koichi menggeleng-geleng lalu keluar.
"Okey! Kali ni aku fokus!" Ujarku bersemangat. Aku menari sekali lagi sambil mengingat satu persatu koreografi untuk muzik video terbaru kami.
Tiba-tiba sahaja kakiku kejang.
"Argh!" Aku terduduk di situ.
Aku membuka stokingku. Lah, sudah membiru kakiku bengkak. Aku hanya menahan sakit di situ.
(Sakinah POV)
"Konbanwa. (Selamat petang.) Onii? Ryoga-kun?" Aku memanggil mereka. Aku membuka kasut lalu masuk sahaja ke dalam. Abang yang suruh. Abang kata sampai sahaja di studio, tolak sahaja pintu itu.
"Nii-chan? Ryoga-kun?" Aku memanggil mereka lagi.
"Sakina-chan, sini!" Jerit seseorang. Sepertinya suara Ryoga. Aku cepat-cepat ke arah suara itu yang berada di dalam satu bilik. Wah! Ini ke tempat mereka praktis menari selama ini.
Aku mencari Ryoga. Dia duduk di lantai sambil melunjurkan kakinya. Aku cepat-cepat meletakkan makanan yang aku bawa itu di atas meja yang memang ada di situ.
"Ryoga-kun? Daijoubu ka?" Soalku.
Dia menunjuk ke arah kakinya.
Aku terkejut, "Macam mana boleh jadi macam ni?" Soalku panik.
"Tak tahu. Tadi, kaki saya tiba-tiba kejang waktu tengah menari." Jawabnya.
"Ais. Ais, mana ais?" Soalku lagi.
"Dekat bilik sebelah." Katanya. Aku cepat-cepat berlari ke bilik sebelah. Aku masuk sahaja bilik sebelah itu lalu membuka suis lampu. Aku mendapati peti sejuk di situ. Aku cepat-cepat mengambil ais pek yang sudah tersedia di dalam itu.
Aku menuju ke arah dia semula. Aku meletakkan ais itu pada kakinya.
"Haih, kan saya dah pesan pagi tadi, hati-hati kalau menari." Ujarku.
"Ya, saya dah hati-hati." Balasnya.
"Kalau dah hati-hati macam mana boleh jadi macam ni?" Soalku.
"Benda nak jadi. Nak buat macam mana?" Balasnya pula.
"Haih, awak ni." Keluhku merisaukan dia. Kami terdiam seketika.
Aku memandang dia, "Eh, kejap. Cuba tolak rambut awak ke belakang." Ujarku. Dia hanya akur. Dia menolak rambut depan yang menutupi dahinya kebelakang. Aku melihat ke arah dahinya.
"Ni kenapa?" Soalku.
"Ni? Oh, terlanggar meja pagi tadi." Jawabnya selamba.
"Tak letak ais lagi, ya?" Soalku.
"Belum." Jawabnya lebih selamba dari tadi.
Aku menggeleng-geleng lalu mengambil ais pek yang lain. Aku meletakkan satu lagi ais pek itu pada dahinya. Takkan nak letak ais pek yang sama yang sudah diletakkan pada kakinya tadi.
"Kenapa tak letak ais lagi? Kalau dibiarkan lama makin teruk jadinya nanti." Tanyaku.
"Sebab saya nak awak yang buat." Katanya sambil menahan ais pek satu lagi pada kakinya yamg
"Eleh, kalau bukan saya yang jumpa awak kat sini, ada awak nak beritahu saya?" Soalku lagi.
"Kalau macam tu saya buat-buat lah jatuh ke, sakit ke depan awak. Baru awak tahu tanpa diberitahu." Ujarnya.
"Eihh, mengadalah." Ujarku. Ugh, mengada gila.
"Ahh, sakit la. Awak ni, cuba buat lembut-lembut." Katanya.
"Nak buat lembut-lembut macam mana? Benjol awak dah teruk sangat. Tahanlah, saya tekan sikit." Ujarku. Dia tersenyum sambil memandang aku.
"Kenapa senyum? Kenapa pandang saya macam tu?" Soalku masih mengekalkan nada marah.
"Sebab bila saya pandang awak semua sakit ni terus hilang." Ujarnya.
"Awak ni, merepek je kerja, kan? Tak ada kerja lain?" Balasku. Dia ketawa.
"Dah, jom makan dulu." Aku mengambil makanan yang aku letak di atas meja tadi.
"Awak bawa apa?" Soalnya.
"Bento dengan hot chocolate." Jawabku.
"Mana abang?" Soalku.
"Abang kesayangan awak tu, tadi dia kata nak pergi cari air di luar. Entah kemanalah dia." Katanya.
"Hm, tak apalah, kejap lagi saya call dia. Jomlah makan dulu. Laparlah." Ujarku mengusap perutku.
"Nah, ni awak punya." Aku meletakkan bento itu dihadapan matanya.
Aku membaca doa lalu mula makan.
"Itadakimasu. (Saya makan dulu.)" Katanya perlahan lalu mengeluh.
"Awakla suap saya." Katanya tiba-tiba. Tersedak aku dibuatnya.
"Suap? Makanlah sendiri. Tangan tak sakit pun, kan? Yang sakit dahi dan kaki. Bukan tangan." Ujarku sedang mulutku masih penuh dengan makanan.
"Ahh!" Tiba-tiba sahaja dia mengerang kesakitan sambil memegang tangannya.
Aku memandang dia, "Haih, apalah nasib. Okey, okey, saya suap. Just this time." Aku mengalah.
Dia tersenyum, "Terima kasih."
Betullah apa orang kata, lelaki ni, kalau sakit, lagi mengada dan manja daripada perempuan.
Aku menyuap dia.
"Em, sedapnya." Ujarnya. Eleh, nak bodek lah tu. Padahal aku beli bento itu, bukan buat pun. Aku ketawa.
"Awak..betul ke nak balik Malaysia?" Soalnya.
"Ha? Soalan apalah awak tanya ni? Ni dah kali kedua awak tanya. Mestilah saya nak... balik Malaysia." Ujarku makin perlahan. Makin lama makin aku terfikir, aku nak balik Malaysia macam ini sahaja ke? Rasa kosong.
Aku menunduk.
"Sakina-chan?" Panggilnya.
"Hei, kenapa ni?" Soalnya cuba memandang wajahku yang menunduk.
"Kenapa nangis ni? Ada yang tak kena ke?" Soalnya lembut.
Aku cepat-cepat mengesat air mataku, "Ha? Mana ada saya nangislah. Nah, makan lagi. Makan banyak-banyak. Biar gemuk sikit. Kurus sahaja saya tengok awak." Aku menyambung menyuap dia sambil tersenyum palsu. Heh, palsu semata-mata.
"Awak tahu tak sebenarnya kita berdua ni banyak persamaan." Ujarku.
"Ha? Maksud awak?" Soalnya pelik.
"Actually..I am only child too." Kataku.
"Ehh? Only child? Maksudnya...awak tipu saya?" Soalnya terkejut.
Aku menggeleng, "Tak juga."
"Then?" Soalnya lagi.
"Adik-beradik saya yang 8 orang lagi tu, setengahnya ada yang daripada ayah berbeza tapi, mak sama. Ada pula, yang mak berbeza tapi, ayah sama. Tapi, saya hanya seorang." Ceritaku.
"Saya ada dua mak. Tapi, mak yang ada kat rumah awak sekarang ni, mak saya. Kami 9 beradik, ada yang tinggal di rumah saya dan ada yang tinggal di rumah mak saya yang satu lagi. Ayah saya berulang-alik balik. Sekejap rumah sana dan sekejap rumah sini. Tapi, saya bersyukur sangat sebab keluarga kitorang baik-baik je. Ayah seorang yang adil. Saya pula rapat dengan ayah dan abang-abang saya. Rumah kami pun tak jauh. Belakang rumah je. Jadi, sebab saya paling muda dalam semua, saya dianggap paling bongsu. That's why they called me Baby or Aby." Tambahku lagi. Perancangan Allah itu indah. Walaupun aku sebegini, tapi aku mahram semua orang dalam keluarga. Tak kiralah abang sekalipun, aku tetap mahram mereka.
"Oh. Kenapa awak tak bagitahu saya dari awal?" Soalnya.
"Sebab saya dah anggap kakak-kakak saya dan abang-abang saya itu adik-beradik kandung saya sendiri. Saya membesar dengan diorang. Memang kalau orang luar tanya, memang saya akan cakap saya ada 9 adik-beradik. Disebabkan saya tak kenal awak sangat dulu, jadi saya cakaplah macam tu. Sekarang, saya rasa awak patut tahu. Lagi lambat awak tahu, nanti awak kata saya penipu pula." Ujarku sedikit ketawa. Dia mengangguk faham.
"Lepas tu, apa persamaannya?" Soalnya.
"Persamaannya, kalau diikutkan, kita berdua ni only child. No siblings." Jawabku.
"Itu je?" Soalnya lagi.
Aku menggeleng, "Ada lagi."
"Apa dia?"
Aku memandang dia, "Walaupun saya suka kucing tapi, saya alergik dengan bulu kucing. Hehe." Aku menyengih.
"Awak alergik dengan kucing?" Soalnya sedikit terkejut.
"Tak semua kucing. Beberapa jenis je. Samalah dengan awak. Awak kan alergik dengan bulu kucing. Tapi, saya suka sangat dengan kucing. Saya ada seekor kucing kat rumah. Itulah kucing yang paling saya sayang dan dengan dia jugalah saya alergik. Dialah yang paling setia. Tapi, musuh nombor satu dia ialah Rygo. Haih, hari-hari bergaduh." Balasku.
"Saya pun suka kucing juga. Kejap, mana awak tahu saya alergik dengan kucing?" Soalnya.
"Haha, ada lah." Jawabku.
"Banyak lagi yang awak tak tahu tentang saya, dan banyak benda yang saya tahu tentang awak. Tapi, mungkin banyak juga yang saya tak tahu tentang awak." Ujarku.
Kami mendiam. Aku memandang dia yang sedang memikirkan sesuatu. Aku tahu apa yang dia sedang fikirkan.
Aku menarik nafas panjang, "Di mana ada pertemuan, di situ ada perpisahan. Pertemuan, ada yang pahit dan ada yang manis." Ha, mula aku nak berpuisi ni. Haha.
"Tapi, perpisahan, semuanya pahit sekalipun suatu pertemuan itu dimulai dengan kepahitan. Pasti akan ada juga satu kemanisan yang muncul pada setiap pertemuan." Ujarku lagi. Tak sangka, mendalam juga ayat aku ni.
"Kesimpulannya, saya kena terima yang saya akan berpisah dengan awak minggu depan." Ujarku dengan nada ceria. Aku senyum.
"Kenapa awak cakap macam tu? Awak tak suka ke berpisah dengan saya?" Soalnya.
"Hm, siapa sahaja kat dunia ni yang sukakan perpisahan?" Ujarku. Mestilah aku tak suka berpisah dengan dia. Macam-macam berlaku sepanjang 2 bulan lebih duduk dengan dia di sini.
"Boleh tak saya tanya sesuatu?" Pintanya.
"Hm? Tanya je lah." Balasku sedikit ketawa. Sejak bila minta izin pula nak tanya ni?
"Kalau, kita berdua ni ditakdirkan bersama..adakah awak akan terima saya?" Soalnya. Aku tersentak. Soalan apa pula dia tanya ni?
Dup dap, dup dap, dup dap, dup dap. Jantungku berdegup laju. Aku berfikir.
"Kalau saya kata tak, awak nak buat apa?" Soalku pula. Mari kita uji dia.
"Tak? Maji ka? (Seriuslah?)" Soalnya kembali.
"Saya kata KALAU saya jawab tak, awak nak buat apa?" Soalku lagi sekali.
"Hm, saya cari orang lainlah. Haruka ke?" Katanya sambil berfikir memandang siling.
"Nak sangat ke si Haruka tu? Eiih!" Marahku.
"Haha, dah awak tak nak kat saya. Saya cari la orang lain." Katanya.
"Ada pula macam tu. Saya kata 'kalau', kan?" Aku memarahi dia.
"Haha, ala, merajuk pula dia. Senyumlah sikit." Pujuknya.
"Kalau saya tak nak kat awak, saya tak tolong lah awak rawat kaki awak dengan dahi awak yang sakit ni dan saya takkan risaukan awak pun." Ujarku dengan nada tegas. Dia tersentak.
"Ehh? Oh, nak juga awak kat saya, ya?" Soalnya.
"Siapa kata? Saya tak cakap pun." Ujarku.
"Tengok tu, tak nak mengaku juga tu." Katanya. Kami mendiam seketika.
"Saya takut nak balik Malaysia. Saya takut kalau saya balik Malaysia nanti, semuanya dah berubah kat sini." Ujarku.
"Maksud awak?" Soalnya.
"Semuanya..tak ada apalah." Jawabku teragak-agak. Takkan aku mahu cakap yang berubah itu status dia pula. Daripada bujang kepada dah berkahwin. Masin nanti. Er, tak boleh, tak boleh.
Aku melihat ke arah jam tanganku.
"Dah lewat ni. Jom, balik." Ujarku mengemas bekas makanan itu.
Aku membuka telefon pintarku. Eh, ada mesej dari abang.
'Aby, abang balik dulu. Ada hal sikit.' Kata abang. Oh, telefon aku mod senyap rupanya. Patutlah tak perasan. Aku berdiri.
"Hm, abang dah balik awallah. Jom lah balik. Awak boleh bangun tak?" Soalku. Dia menghulurkan tangan.
"Apa?" Soalku.
"Macam mana saya nak bangun dan jalan? Kena la ada sokongan. Dan hanya awak je yang ada kat sini sekarang." Ujarnya memandang sekeliling sambil menahan kesakitan.
Aku menelan air liur, aish, adakah maknanya aku kena papah dia sampai ke rumah?
Aku menyambut hulurannya lalu membantu dia berdiri. Ada sesuatu jatuh daripada poketnya. Kotak kecil berbaldu ungu? Kotak itu jatuh secara terbuka dan terbalik. Aku baru sahaja tunduk nak ambil, dia terus menunduk mengambilnya. Dia terus menutup kotak itu lalu menyimpan di dalam poketnya semula. Kemudian, dia mengerang kesakitan.
"Hish, biarlah saya ambilkan. Kaki awak kan sakit." Ujarku kerisauan.
"Daijoubu." Katanya sambil menahan kesakitan lalu menghulurkan tangannya semula.
"Eii, garigari (kurus keding) pun berat juga awak ni, kan?" Ujarku memapah dia. Dia ketawa. Gelaran dia ialah 'garigari riidaa'. Maksudnya ketua yang kurus keding.
"Awak pun garigari juga. Skeleton." Katanya. Aku terkejut.
"Ma-macam mana awak boleh tahu nama gelaran saya?" Soalku.
"Heh, adalah. Itu salah satu daripada persamaan kita." Katanya lagi memandangku sambil tersenyum. Skeleton, nama yang tak asing lagi bagi aku. Di sekolah, memang orang kalau tak panggil aku, Sakinah, Kinah, Kinot atau Kenot, Skeleton lah yang keluar.
'Mungkin daripada Alyn.' Desis hatiku.
"Taklah. Saya kan ada baca diari awak. Satu mukasurat pun saya tak tinggal." Ujarnya. Aku mengangguk. Cis, Pak Nujum ni.
Kami keluar daripada studio setelah studio ditutup lampunya dan dikunci pintunya. Aku meneruskan memapah dia berjalan pulang ke stesen keretapi. Kami menaiki tren sehingga tiba di Kanagawa.
Kami duduk di kerusi di dalam tren itu. Aku memandang ke arah dia. Dia kepenatan.
"Awak okey?" Soalku memandang dia yang duduk di sebelahku.
Dia mengangguk perlahan.
"Awak tak payah pergi kerjalah esok. Ambil cuti. Esok saya teman awak pergi hospital." Ujarku kerisauan.
"Alaa, tapi, esok saya ada meeting penting." Balasnya mengeluh.
"Tak boleh. Nanti saya bagitahu abang. Kaki bengkak sampai tak boleh jalan macam ni, macam mana nak pergi kerja?" Soalku padanya. Dia berfikir.
"Okay, after pergi hospital, kita pergi office sekejap je, boleh?" Pintanya. Aku hanya mengangguk.
Setibanya kami di rumah, semua orang menunggu kepulangan kami.
"Tadaima." Ucap kami berdua.
"Okaeri." Balas mereka semua.
"Ryoga! Sakina-chan! Doushite no? Are you injured?" Obaa-san adalah orang pertama yang menyambut kami.
"Chotto dake." Jawab Ryoga sambil menyengih.
"Weh, kenapa ni?" Soal Alyn.
"Dia ni ha, menari tak hati-hati. Bengkak kaki tu ha." Ujarku. Aku mendudukkan dia di sofa. Aku duduk di sofa satu lagi. Haih, penat.
"Excuse me. I want to go in first." Ujarku. Obaa-san dan Ryoga hanya mengangguk. Aku masuk ke dalam bilik lalu duduk di tilam aku sambil memeluk Ryki. Aku teringat kata-katanya tadi.
'Kalau, kita berdua ditakdirkan bersama..adakah awak akan terima saya?'
"Hish! Apa punya soalan lah dia ni! Mestilah aku terima! Tapi, disebabkan ada perkataan 'kalau' tu, taklah aku nak jawab serius." Ujarku.
"Apa yang kau bebel tu? Soalan apa?" Soal Alyn yang baru sahaja masuk.
"Eh, kau duduk." Alyn duduk dihadapanku.
"Kau tahu tak apa yang dia tanya pada aku tadi?" Soalku.
"Apa dia?" Soal Alyn pula.
"Dia tanya macam ni, kalau kita ditakdirkan bersama, adakah awak akan terima saya?" Ujarku.
Alyn terkejut, "Dia tanya macam tu?" Soal Alyn. Aku mengangguk.
"Bijaklah dia itu. Mestilah aku terima. Tu yang aku bebel." Balasku kemarahan.
"Haha, lawaklah korang berdua ni. Mesti kau pergi jawab kalau tak, awak nak buat apa, kan?" Teka Alyn. Aku hanya diam.
"Heh, aku boleh agak lah kau ni. Tak ada maknanya kau nak jawab serius." Kata Alyn lagi.
"Dia tanya pun dia ada sebut kalau. Perkataan kalau tu menentukan segalanya. Memanglah aku tak jawab serius." Jawabku.
"Sudahlah kau, aku tahu sangat kau. Tadi, Takashi dengan Dini apa hal? Dah kenapa boleh hilang?" Soal Alyn. Aku menceritakan segala-galanya pada Alyn. Kami asyik bergelak ketawa. Dia sahaja yang tahu aku berpakat dengan Takuya. Tapi, dia tidak tahu Takashi sukakan dia.
"Weh, nanti kan, kita balik Selasa malam, kan? Sama dengan Dini. Dini dan aku nak duduk sebelah-sebelah. Hoho, mesti seronok kalau kita berlima duduk dekat-dekat. Happening flight tu nanti. Haha." Ujarku setelah aku habis bercerita.
"Haha, pening pramugari tu nak layan penumpang macam kita berlima." Kata Alyn. Aku mengangguk.
"Dah, kau dah habis cerita untuk hari ni, kan? Ha, pergi mandi. Busuk bilik ni." Ujar Alyn menutup hidungnya sambil menghulurkan tuala unguku.
Aku ketawa, "Cis, tak baik." Aku mencapai tuala itu dan bajuku lalu menuju ke bilik air.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience