"Harriz, aku nak beritahu kau sesuatu," kataku.
"Apa dia?" tanya Harriz sambil mengunyah sebiji epal.
"Mikayla masih hidup," kata-kata aku menghentikan tindakan Harriz.
"Kau jangan nak main-main. Mustahil Mikayla nak hidup balik," kata Harriz dengan tegas.
Aku menggeleng kepala.
"Dia masih hidup. Mikayla masih hidup, Riz. Aku tahu kau tak akan percaya tapi Mikayla ialah Nabilla," aku berterus terang.
Harriz menuju ke aku dan mencengkam baju aku. Matanya merah.
"Kau jangan tipulah! Mikayla dah tak ada! Dia dah meninggal dalam kemalangan! Mayat dia pun sampai sekarang tak jumpa macam mana nak hidup balik!" marah Harriz.
"Aku minta maaf sebab terpaksa tipu korang. Masa kemalangan itu, aku ada bersama Mikayla. Ada orang yang selamatkan aku dan Mikayla masa itu. Aku tak cedera parah sangat tapi Mikayla koma 5 bulan. Lepas dia bangun, dia amnesia. Aku yang rahsiakan identiti dia," kata aku.
Harriz terduduk. Dia meraup wajah.
"Kenapa? Kenapa kau rahsiakan daripada kami? Kau tahu tak kami menderita bila dengar Mikayla dah tak ada!" kata Harriz.
Aku hanya diam. Suasana menjadi kekok dan sunyi. Rasa bersalah mula menjalar di dalam hati.
"Miqael tahu tak pasal tu?" tanya Harriz. Aku menggeleng kepala.
"Mikayla dalam bahaya. Selamatkan Mikayla secepat mungkin. Miqael tak tahu lagi identiti Mikayla jadi dia akan melakukan apa-apa sahaja terhadap Mikayla. Dan jangan lupa beritahu Miqael tentang Mikayla. Ingat! Jangan apa-apakan Miqael," nasihat Harriz.
Aku mengangguk kepala dan segera mengambil peralatan aku. Saya akan selamatkan awak Mikayla.
___________________
"Jusqu'à ce que vous vouliez le caler. Au moins pour qu'il sorte de cette pièce," kata Hans.
(Sampai bila kau nak kurung dia. At least bagi la dia keluar dari bilik itu).
"Vous ne voulez pas vous mêler de mes affaires! Vous faites juste votre travail," balas aku.
(Kau jangan nak masuk campur dalam hal aku! Kau buat kerja kau jer).
Hans membuat muka tidak puas hati. Aku tidak melayan dia. Membazir masa sahaja. Aku pergi ke balkoni bilik aku. Fikiran aku melayang kepada Mikayla.
Miq rindu Mikay. Maaf kan Miq sebab tak dapat nak jaga Mikay dengan baik. Tak dapat nak ada bersama Mikay semasa nafas terakhir Mikay. Maafkan Miq.
Air mata aku turun jua. Sejak kematian Mikayla, Miqael tukar menjadi seorang yang berbeza. 100% tak sama dengan sikapnya yang dahulu. Dia mula berdendam, panas baran dan suka menyendiri.
TOK! TOK! TOK!
Bunyi ketukan pintu menyendarkan aku. Aku segera mengelap sisa air mata pada pipi. Terlihat Amelya berdiri berdekatan pintu sambil manis.
"Tuan, Cik Nabilla kurang sihat. Dia demam. Tuan nak saya bagi dia ubat tak," tanya Amelya sopan.
Aku merenung Amelya lama. Amelya gadis yang sopan. Dia menyimpan hati terhadap aku tapi aku tak ada perasaan kat dia. Aku hanya anggap dia sebagai perkerja dan juga sebagai adik aku.
"Tuan oh tuan. Tuan ok tak?" tanya Amelya risau.
"Hah? Ye bagi dia ubat. Kalau itu je, kau boleh pergi," kata aku lepas tersedar dari lamunan.
Amelya mengangguk kepala dan beredar.
Aku mengeluh panjang. Kalau boleh, aku tak nak orang yang tak ada kaitan terlibat. Tapi disebabkan dendam, aku sanggup gunakan Nabilla. Maafkan aku.
Aku berjalan menuju ke bilik Nabilla. Pintu bilikku buka. Aku merenung tubuh yang sedang termenung itu.
"Hoi. Betul ke kau demam? Ke kau nak perhatian?" kataku sinis. Sengaja nak sakitkan hati dia.
"Kau nak apa!? Boleh tak jangan kacau!" marah Nabilla. Aku tersenyum sinis.
"Kau patut bersyukur sebab ada orang tegur kau. Nak harapkan si Rayy tuh, sampai bulan depan tak akan tegur. Rayy bukan bodoh nak cari kau sampai sebulan lebih. Dia sengaja tangguhkan. Percayalah aku. Rayy tak cintakan kau pun," kata aku.
Nabilla hanya mendiamkan diri. Aku mengeluh pelahan.
"Aku akan lepaskan kau lepas saja Rayy datang,"
"Betul ni!?"
"Ya. Kau tak ada kaitan pun dalam masalah ni. Maafkan aku sebab terpaksa libatkan kau sekali," kata aku.
"Thank you!" kata Nabilla ceria.
Aku tersenyum kecil. Sama macam Mikayla. Aku baru perasan muka Nabilla dengan Mikayla hampir sama. Cuma Nabilla ada parut kecil di kening sebelah kiri. Tetap cantik mukanya.
"Muka kau sama macam adik kembar aku," kata aku spontan.
"Kau ada adik kembar?!" tanya Nabilla. Aku tersenyum.
"Kenapa? Tak percaya ke aku ada adik kembar? Aku pernah ada adik kembar. Sekarang aku dah tak ada," balas aku.
Nabilla mengerutkan dahi. Tak faham lah tu.
"Pernah ada? Maksud kau?" tanya Nabilla.
Kan dah kata. Dia tak faham. Aku tergelak kecil.
"Asal kau gelak? Orang tanya soalan, jawablah! Bukan tetiba gelak macam orang gila!" marah Nabilla.
Aku tersenyum. Perangai pun sama. Kalaulah Mikayla masih hidup... Kalau...
"Pernah ada tu maksudnya dulu dia ada. Sekarang dah tak ada. Dia dah meninggal dalam kemalangan," terang aku.
Mata Nabilla terbuntang. Terkejut lah tu.
"Sorry. Aku tak tau yang dia.. dah tak... ada," kata Nabilla bersalah.
"Bukan salah kau pun. Kau mana tau tentang adik aku tu. Jangan sedih," kata aku.
"Aku nak tau nama adik kau boleh?" tanya Nabilla secara tiba-tiba.
"Nama dia... Mikayla Henderson," jawab aku.
"Tuan!" jerit Amelya.
Terlihat Amelya kelam-kabut menuju ke arah aku.
"Kenapa ni? Asal kelam-kabut?!" tanya aku risau.
Amelya tercungap-cungap mencari oksigen.
"Rayy Alexandr...Muhammad.... datang," jawab Amelya putus-putus.
Raut wajah aku segara bertukar menjadi serius.
Share this novel