14.

Romance Completed 46657

Aura menapak masuk kedalam kaunter mahkamah syariah. Dia meminta agar kes penceraiannya dipercepatkan.

"Puan ada saksi suami Puan menceraikan Puan semalam.?" Tanya ustazah itu.

"Ada. 4 orang saksi." Kata Aura.

"Baiklah. Puan isi borang ni lepas tu Puan hantar semula pada saya." Kata Ustazah itu lagi.

Aura mengisi borang yang diberikan. Selesai mengisi kesemuanya, dia kembali menyerahkan borang itu pada ustazah tadi.

"Baiklah kami akan memproses penceraian ini secepat mungkin dan tidak dapat Ruju' Disini sebab talak yang dilepaskan adalah talak 3 ye Puan." Kata Ustazah itu lagi.

"Ye saya faham." Kata Aura.

Untazah itu memberitahu tempoh Iddah yang harus dilakukan selepas lafaz cerai.

"Terima kasih ustazah." Kata Aura dan berlalu pergi.

Semasa dia keluar dari lift dia bertemu dengan Mateen dibawah depan pintu Lift.

"Aura." Mateen terkejut.

Aura berlalu meninggalkan Mateen bersama Mama dan Papanya dan juga Auni disisinya.

"Aura kejap!!" Panggil Mateen.

Uthman datang disisi Aura lalu membawa Aura pergi dari sana masuk dalam Honda Jazz milik Aura.

"Thanks Uth." Kata Aura.

"Anytime,.Anywhere." Kata Uthman lalu berlalu dengan Honda Accordnya. mengejar Kereta milik Aura.

Mateen terkejut melihat lelaki semalam muncul disisi Aura lagi. Cemburu mula menguasai dirinya.

Dia berlalu naik kemahkamah Syariah untuk memuaskan hati Auni dan memfailkan tuntutan Cerai yang dilafazkan semalam.

Uthman berhenti disisi kereta Aura. Aura keluar dari kereta dan mula menanti Uthman keluar dari keretanya.

"Buat Apa kat sini?" Tanya Uthman pelik.

Mereka berhwnti disebuah supermarket ditangah Bandar.

"Aura nak beli barang sikit nak hantar dekat rumah anak yatim dan orang orang tua. Dengan apa yang Aura buat ni boleh membantu Aura menenangkan hati dan ceria semula lepas kepergian Nenda." Kata Aura.

"Takpe Uth teman Aura." Kata Uthman.

"Uth tak kerja ke?" Tanya Aura.

"Uth Offday. harini. Tu yang takde kerja jalan jalan nampak kereta Aura dekat mahkamah tadi. Jadi Uth tunggu Aura kat dalam kereta. Nasib Uth sempat selamatkan Aura tadi." Kata Uthman membantu menolak troli.

Aura mengambil beberapa jenis barangan dapur dalam kuantiti banyak. Pampers sabun mandi unat gigi dan banyak lagi.

Sebuah kereta tak mampu memasukkan semua belian Aura hingga Uthman menawarkan diri untk bersamanya kerumah anak yatim dan orang orang tua.

Sampai dirumah anak yatim, Aura disambut oleh anak anak yatim disana.

"Kakak Aura kenapa dah lama tak datang sini?" Tanya budak lelaki itu.

"Akak sibuk sayang." Kata Aura mencuit hidung sikecik.

"Umie mana?" Tanya Aura.

"Biar Myra panggil Umie." Kata remaja perempuan itu.

Uthman melihat cara Aura melayan budak budak didepan sama dengan cara Umie. Kerana Tengku Irma aktif dalam bantuan derma pada anak yatim dan rumah orang orang tua. Tak terkecuali rumah anak yatim Umie Qaseh.

"Aura.." Sapa Umie Qaseh melihat Aura didepannya.

"Umie." Tangis Aura kembali berlagu dipendengaran Uthman. Sayu didengarnya.

"Aura kena sabar. Ni semua ujian Allah bagi untuk melihat HambaNya." Kata Umie Qaseh.

"Aura tak mampu nak hadap sendirian Umie." Kata Aura.

"Aura tak sendiri, Aura ada Umie, Adik-adik kat sini dan Aura ada kawan kawan disisi Aura." Kata Umie Qaseh melirik kearah Uthman. Namun Uthman memberi isyarat.

Umie Qaseh faham isyarat yang diberikan Uthman dan Umie mengiyakan.

Aura berada disana dalam masa setengah jam kerana dia harus pergi kerumah orang orang tua yang tak jauh dari Rumah anak yatim itu.

"Aura pergi dulu Umie. Tiap bulan nanti Aura tambah duit belanja adik adik." Kata Aura.

"Allahuakhbar. Terima Kasih Aura. Allah hantarkan Aura disaat Kami memerlukan bantuan satu tika dulu dan hingga sekarang Aura tetap aktif dan memasukkan duit belanja untuk adik adik setiap bulan." Kata Umie Qaseh.

"Dalam rezeki Aura terselit untuk rezeki adik adik." Kata Aura.

Akhirnya dia dan Uthman pergi kerumah Orang-orang tua Sentuhan Manja yang berada tak jauh dari rumah anak yatim Umie Qasieh.

Aura dengan dibantu Uthman memunggah barang bantuan dan meletakkan didepan pintu utama dan dia menghulurkan bantuan pada Pegawai yang menjaga disana.

"Ni ada sedikit duit." Kata Aura.

"Dah banyak dah Aura bantu kami. Kata perempuan itu.

"Takpe Anggap rezeki yang Allah bagi melalui pengantarnya saya." Kata Aura.

"Terima kasih banyak Aura. Allah je yang dapat balas budi kau dari dulu hingga kini." Kata perempuan itu.

Aura dan Uthman meminta diri dan menapak keluar rumah itu.

"Awak memang aktif ke?" Tanya Uthman.

"Tak seaktif dulu sebelum saya bekerja." Kata Aura.

Mereka berbual seketika hingga phone Uthman berdering meminta diangkat.

"Ye Umie." Tanya Uthman selepas menjawab salam Umienya.

"Uth kat mana tu?" Tanya Irma.

"Dekat rumah orang orang tua Sentuhan Manja Mie. Kenapa?" Tanya Uthman.

"La kenapa tak ajak Umie?" Soal Irma mula merajuk.

"La Uth teman Aura je Mie." Kata Uthman.

"Aura ada kat sana?" Tanya Irma.

"Ada Mie." Kata Uthman.

"Umie nak cakap sekejap dengan Aura." Kata Irma.

"Nah." Uthman menyerahkan phonenya pada Aura.

"Hah?" Aura terkejut tak faham.

"Umie nak cakap dengan Awak." Kata Uthman.

Aura menyambut huluran Uthman lalu meletakkan phone pada telinganya.

"Assalammualaikum Eee Aunty." Sapa Aura.

"Waalaikumsalam. Panggil Umie je." Kata Irma.

"Oo ok Uu umiee." Kata Aura Gagap didepan Uthman yang senyum memandangnya.

"Ada masa jumpa Umie dan Baba. Nati Umie suruh Uth bawa Aura datang sini." Kata Irma.

"Oo ok Umie. Assalammualaikum." Kata Ayra memutus panggilan.

mereka meninggalkan tempat itu oada jam 1 petang. Aura oulang semula kerumah sewa melissa dan Uthman pulang ke kondonya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience