"Miss biar betul ? Miss saja-saja ke nak buat cerita kat pasal wife I nih ? I nih husband dia tau" kata Fadzil dengan resah.
"Ya. Sabar Fadzil. Itu lah yang miss nak bagitau you Fadzil. Takut I buat cerita pulak. Tiap hari ada lelaki yang sama selalu ambik Lina kalau time break untuk buka puasa" kata Miss Rachel.
"Aduh Ya Allah...habis dia kat mana sekarang ?" tanya Fadzil.
"Kalau you cakap kereta dia ada lagi kat bawah tuh,maknanya dia tak balik lagi. Kalau dah settle,Lina akan call I sebelum dia balik" kata Miss Rachel.
"Boleh miss bagi alamat office kat Seremban tu kat saya ?" kata Fadzil.
"Sekejap ya." kata Miss Rachel lalu membuka handphonenya.
Miss Rachel menulis sesuatu di atas note pad dan menyerahkan kepada Fadzil.
"Okay here Fadzil. Ni alamat tempat dia meeting dengn client tuh. Dekat Seremban 2" kata Miss Rachel.
Fadzil menatap tulisan pada note pad itu.
"Uptown Avenue Seremban 2. Okay thanks sangat-sangat miss. Saya pergi dulu ya" kata Fadzil lalu bingkas bangun dari tempat duduknya.
"Fadzil. Apa-apa jadi kat you dengan wife you,you settle la baik-baik dengan dia okay ?" kata Miss Rachel. Fadzil tidak menjawab apa-apa lalu keuar dari bilik pejabatnya.
Fadzil menuruni tangga ke tingkat aras bawah dan melihat sekeliling bangunan pejabat. Tiba-tiba Fadzil ternampak kereta milik Azralina,isterinya. Benarlah apa yang disebut oleh Syaa tadi. Syaa keluar dari keretanya
"Macam mana Fadzil ? Apa dia cakap ? Tapi kereta dia tu memang ada kan ?" tanya Syaa.
"Ya I baru tengok tadi. Dia cakap ada lelaki yang amik Lina tuh tadi. Bukan tadi je,hari-hari dia ambik bawak dia pergi berbuka la apa la" kata Fadzil.
"Hm Lina Lina. Perangai tak berubah. Habis you macam mana sekarang nih ?" tanya Syaa.
Fadzil menyerahkan nota kecil kepada Syaa.
"Nih alamat tempat Lina jumpa client tuh. I nak pergi jumpa dia. I rasa dia tak balik lagi nih sebab Miss Rachel tak dapat call dari dia lagi. Jom lah" kata Fadzil
"Uptown Avenue Seremban 2 ? Seremban tuh. Jauhnya. But lebih baik you selesaikan antara you dengan dia. Lina tu dah melampau sangat. You tahu tak nak keluar dari KL nih" kata Syaa.
"I tahu sikit-sikit je. I try pakai waze. You follow I jer. You jangan risau I bawak slow je. Jangan you terlepas sudah" kata Fadzil.
Syaa masuk ke dalam kereta dan mengambil walkie talkie lalu menyerahkan kepada Fadzil.
"Walkie talkie ? Untuk apa ni Syaa ?" tanya Fadzil.
"Hahahaha you ni pun. Kalau sesat ke terlepas ke,you boleh je cakap pakai nih je. Ataupun nak berbual pun boleh. Tapi radiusnya dalam 2 km jela" kata Syaa.
"Okay takper. You follow I jer" kata Fadzil lalu masuk ke dalam kereta. Syaa menghidupkan walkie talkie itu
Fadzil menghidupkan walkie talkie itu dan cuba menguji suaranya.
"Hello hello bola bola test test satu dua tiga" kata Fadzil kepada walkie talkie itu.
"Okay dengar dengar. Cakap biasa sudah la" terdengar suara Syaa menerusi walkie talkie.
"Yela yelah. You ikut je I. Jangan melencong tempat lain lak" kata Fadzil.
"Yaaa. You pun takyah la bawak laju sangat macam nak datang sini tadi" kata Syaa.
"Yelah I tahu. Dah gerak" kata Fadzil lalu meletakkan walkie talkie di atas ribanya dan membuka aplikasi waze di dalam handphonenya.
"Uptown Avenue Seremban 2...okay dapat. Keluar masuk dalam highway Sprint" kata Fadzil seorang diri lalu memulakan perjalanannya ke Seremban. Dia memandu keretanya dengan kelajuan yang sederhana kerana bimbang kereta Syaa akan tertinggal jauh dan berkemungkinan sesat.
Dengan bantuan aplikasi waze,Fadzil mengikut jalan yang ditetapkan. Jam di tangannya menunjukkan pukul 8.30 malam. Sepanjang perjalanan keluar dari Kuala Lumpur banyak kesesakan yang berlaku di lebuh raya.
Pukul 9.15 barulah kereta Fadzil keluar dari Kuala Lumpur dan memasuki Lebuh Raya Utara Selatan.
"Syaa ! Dengar tak ? Dapat keluar tak ikut Tol Sungai Besi ?" kata Fadzil kepad Syaa di walkie talkie.
"Done !! Nasib baik you bawak slow je. Jammed pun nasib la nampak kereta you. Nak masuk exit mana nanti ?" kata Syaa di walkie talkie.
"Masuk Seremban jelah. I tahu masuk dia cuma tempat tuh I kena pakai waze" kata Fadzil.
"Okay takperlah. You okay tak Fadzil ?" tanya Syaa kepada Fadzil. Fadzil terdiam sahaja tidak berkata apa-apa di walkie talkie
"Sikit lah. Haih pasal Lina tuh. Betul cakap you tuh. I rasa diorang tak balik KL lagi tuh. Maybe diorang ada lagi kat Seremban. Patutlah balik lewat" kata Fadzil.
"You sabar je okay ? Jangan ikut emosi sangat kang you accident nanti. Now you drive sampai Seremban nanti. Lepas tol nanti kita berhenti jap" kata Syaa.
"Okay roger that" kata Fadzil.
Fadzil meneruskan pemanduan sambil befikir banyak tentang isterinya,Azralina yang sanggup curang di belakang Fadzil. Tetapi apa puncanya sehingga Azralina berkelakuan sebegitu.
"Patutlah Lina dah lain dengan aku. Kaki playgirl rupanya perempuan tuh. Siap lah dia kalau aku tahu laki mana yang keluar dengan bini aku nih" kata Fadzil seorang diri.
Fadzil meneruskan perjalanan ke Seremban. Sesekali dia melihat ke belakang menerusi cermin keretanya untuk memastikan kereta Syaa berada di belakang keretanya.
25 minit Fadzil dan Syaa memandu barulah mereka tiba di Plaza Tol Seremban. Setelah membayar tol barulah mereka berhenti di tepi jalan sebelum memasuki bandar Seremban.
"I rasa dia tak balik lagi nih. Maybe diorang ada berjalan-jalan kat sini" kata Fadzil.
"Habis you nak pergi tak Seremban 2 tuh" kata Syaa.
"Ya. Belok kanan nak ke Seremban 2. Jom lah" kata Fadzil lalu masuk ke dalam kereta. Syaa mengikut sahaja kereta Fadzil itu.
Fadzil membelok kanan dan terus menuju ke tempat yang disebutkan oleh Miss Rachel.
Sebaik sahaja tiba di kawasan yang berdekatan dengan McDonalds,Fadzil tiba-tiba berhenti berdekatan dengan McDonalds itu. Fadzil ternampak seseorang yang sangat dikenali bersama dengan seorang lelaki.
Perempuan itu seperti isterinya,Azralina. Cuma sosok lelaki itu Fadzil tidak nampak secara jelas. Handphone Fadzil berbunyi. Panggilan dari Syaa. Dia menjawab panggilan tersebut.
"Hello. Asal you berhenti nih. Nak makan ke ?" kata Syaa.
"You ni ada masa ke I nak makan McD ke. You cuba tengok kat sana tuh. Lina kan ?" kata Fadzil.
"Kejap kejap. Eh haah lah. Diorang tengah keluar nak pergi mana tuh" kata Syaa.
Fadzil ternampak isterinya,Azralina dengan seorang lelaki sedang menaiki kereta lalu keluar dari McDonalds itu. Fadzil memandu mengikut kereta lelaki itu.
"Syaa. Kita ikut kereta mamat tuh. I nak tahu diorang pergi mana. Cepat lah" kata Fadzil lalu mematikan panggilan itu. Syaa juga mengikuti kereta Fadzil.
"Mana kau nak lari jantan. Kurang ajar kebas bini aku pulak" kata Fadzil seorang diri. Fadzil berasa dirinya teraniaya oleh isterinya sendiri. Sanggup isterinya berlaku curang di belakang Fadzil. Fadzil ingin marah dan menangis,tetapi ditahannya juga.
Fadzil terus mengikuti kereta lelaki itu sehinggalah tiba di kawasan perumahan. Fadzil memberhentikan keretanya jauh dari kereta lelaki itu. Fadzil memerhatikan apabila lelaki itu keluar dan membuka pintu keretanya untuk Azralina.
Fadzil terkejut kerana lelaki itu memegang tangan Azralina,memasuki pagar rumah. Mungkin itu rumah lelaki tersebut. Fadzil betul-betul berasa hilang sabar.
Handphone Fadzil berbunyi dan dia menjawap panggilan itu.
"Fadzil. Macam mana sekarang nih ? You nak jumpa diorang ke" kata Syaa.
"You tunggu dalam kereta. I nak ajar diorang tuh. Dah melampau sangat sampai masuk dalam rumah pulak" kata Fadzil sambil mematikan panggilan tersebut.
"Hello ? Hello ? You ?" kata Syaa. Malangnya Fadzil telah meletakkan panggilannya itu. Syaa duduk di dalam kereta sambil melihat Fadzil menuju ke rumah lelaki itu.
"Haih jangan pulak kau pergi bertumbuk dengan mamat tuh" kata Syaa seorang diri.
Fadzil berjalan ke rumah dan memanjat pintu pagar rumah itu. Fadzil berjalan secara menghendap seperti pencuri. Kemudian dia mengintai di sebalik tingkap rumahnya dan terkejut apabila isterinya,Azralina duduk di ruang tamu, bersama dengan seorang lelaki yang sangat dikenalinya !
Fadzil semakin marah lalu mengetuk pintunya dengan kuat.
BAMM ! BAMMM !! BAMMMMM !!!
"Aduh siapa pulak nih. Ketuk pintu kuat nak mampus. Kang kalau roboh macam mana" kata lelaki itu lalu membuka pintunya.
Sebaik sahaja pintu rumahnya dibuka,Fadzil terus menumbuk muka lelaki itu dan terbaring di hadapan Azralina.
"Kau memang kurang ajar Reza ! Aku ingat kau kawan baik aku selama nih. Kau buat apa dengan bini aku hahh ?!" kata Fadzil lalu menumbuk muka Reza sekali lagi.
"Eh eh eh apa nih. Kau siapa nih sampai nak umbuk boyfriend aku nih" kata Azralina seolah-olah tidak mengenali suaminya sendiri. Fadzil terkejut dengan gelagat isterinya.
Fadzil melepaskan genggamannya di kolar Reza lalu pergi ke arah Azralina.
"Sayang. Apa nih sayang ? Awak kata pergi kerja. Apa semua nih ? Bos awak cakap awak selalu ada dengan dia. Awak ni selalu balik lambat sebab kerja ke sebab teman dengan jantan tak guna nih ?" kata Fadzil.
"Eh kau tak payah nak panggil aku sayang sayang lah. Kau tuh tak boleh bagi apa-apa kat aku. Harap anak CEO tapi tak boleh bagi apa-apa kat aku. Kau punya kawan baik kau tu la yang bagi aku macam-macam tau tak ?" kata Azralina.
"Apa yang tak cukup awak nih. Macam-macam saya dah bagi kat awak nih. Apa guna kita kahwin macam nih kalau awak kahwin dengan saya sebab nak kebas duit saya ?" kata Fadzil.
"Oi Fadzil. Setakat kau tumbuk muka aku nih bukannya aku boleh bagi perempuan ni kat kau balik. Dia pun bukan sayangkan kau pun hahahaha" kata Reza sambil tergelak.
"Kau memang dasar kawan paling tak gunaaa !!!" jerit Fadzil lalu mengayunkan penumbuknya ke muka Fadzil tetapi ditepis oleh Reza.
Reza menumbuk perutnya berulang kali. Fadzil menahan kesakitan. Fadzil semakin marah lalu menendang Reza dan menumbuk mukanya berulang kali sehingga bibir dan hidungnya berdarah.
Azralina terus menghalang Fadzil dari menumbuk muka Reza secara bertubi-tubi.
"Fadzil ! Fadzil stop it !!" jerit Azralina lalu menarik Fadzil dan terus menampar Fadzil. Fadzil terkejut dengan perbuatan isterinya. Dia mengusap pipinya yang merah.
"Kau dah gila ke ? Kalau dia mati macam mana ? Aku dah bencikan kau tahu tak ? Kau tuh tak boleh bagi aku apa-apa. Kau dah boleh berambus dari sini !!!" kata Azralina. Fadzil terdiam sahaja.
Syaa masuk ke dalam rumah dan terkejut kerana Reza terbaring di atas lantai sambil menahan kesakitan kerana pukulan dari Fadzil.
"Ya Allah...you apa nih. Sampai nak bertumbuk pulak nih" kata Syaa. Azralina terkejut apabila rakan baiknya,Syaa mengikut Fadzil bersama.
"Habis Fadzil ? Perempuan tu siapa ? Kau cakap aku ni curang tapi kau pun dua kali lima jugak kan ?" kata Azralina.
"Lina !! Dia tak salah ! Dia bukannya curang macam kau ! Aku yang nak tolong dia tahu tak ? Perangai kau ni tak pernah berubah dari zaman belajar kau lagi. Makin menjadi-menjadi perangai kau nih. Sekarang ni kau dah jadi bini orang,tapi kau masih lagi main kayu tiga belakang laki kau. Kau bukan kawan aku lagi Lina ! Buat la apa yang kau suka. Jom Fadzil" kata Syaa.
"Eh kalau kau tak suka kawan dengan aku takper. Kau nak bela dia sebab kau suka dia kan. Hmph kau kan ex dia. Kau nak kahwin dengan dia pun boleh kan ?" kata Azralina. Syaa menggeleng-gelengkan kepalanya.
"Takper Syaa. Dia memang bencikan aku kan. Apa guna dia suka aku sayang aku sebab nak duit aku je kan" kata Fadzil.
"Dah dah Fadzil. Jom balik. I dah benci dengan orang yang suka sakitkan hati orang. Dah jom" kata Syaa.
"Nur Azralina binti Ahmad. Aku ceraikan kau dengan talak satu. Puas hati kau kan" kata Fadzil dengan beraninya melafazkan cerai di hadapan isterinya.
Azralina tidak berasa terkejut mahupun sedih. Dia seolah-olah berpuas hati dan boleh meninggalkan Fadzil dengan bebas. Fadzil keluar dari rumah tersebut.
"Hahahahaha padan muka kau. Orang macam Fadzil tuh patutnya aku suruh dia ceraikan aku lama dah. Aku saja je bagi dia nampak aku dengan Reza kat rumah ni kan ?" kata Azralina sambil tergelak. Gelakkan Azralina bagaikan dia dirasuk oleh syaitan.
"Astaghfirullah Fadzil. Ya Allah kau nih puas hati kau kan. Apa jenis manusia kau ni hah. Takde perasaan langsung. Aku dah semak berkawan dengan kau nih. Menyusahkan orang" kata Syaa lalu keluar dari rumah.
"Haaa baguslah keluar ikut jantan tuh. Ikutlah dia tuhh. Puas hati aku dapat jugak cerai. Ingatkan dengan aku tak berani" kata Azralina.
Reza mula bangun sambil menyentuh bibirnya yang luka itu.
"Aduh aduh sakitnya. Kurang ajar betul mamat tuh. Aku nak ajar dia" kata Reza.
"You. Dah dah lah. Mamat tu dah ceraikan I. Kita boleh la kahwin nanti kann. Hahahaha" kata Azralina.
"Eh ya ke. Hahahaha padan muka dia tuh. Kawan tak kawan lah. Bini pun aku boleh kebas. You nak balik tak nih" kata Reza.
"Ish you ni tunggu lah diorang berambus dulu. I amikkan ubat jap rawat muka you tuh. Teruk kena belasah tuh" kata Azralina.
Sementara itu Fadzil duduk di dalam kereta sambil memegang perutnya yang sakit akibat penangan dari tangan Reza. Keretanya belum bergerak lagi. Syaa masih lagi memikirkan tindakan Fadzil yang sanggup menceraikan isterinya. Setahu Syaa,Azralina memang sayangkan Fadzil tetapi entah kenapa,dia berkahwin hanya kerana harta Fadzil sahaja.
Syaa keluar dari keretanya dan masuk ke dalam kereta Fadzil.
"Eh kau buat apa masuk dalam kereta aku nih. Asal kau tak balik lagi nih ?" kata Fadzil.
"You nih kenapa ? Sanggup you ceraikan Lina ? Kenapa you terburu-buru sangat nih ? You nih fikir lah dulu sebelum nak buat keputusan. Bukannya you sengaja nak pisahkan Lina tuh" kata Syaa. Fadzil terdiam sahaja.
"Habis tuh aku nak buat apa ? Baik aku ceraikan dia dari dia setia dengan aku sebab duit. Aduh aku pening la nak fikir. Baik kau balik la dulu. Aku dah kusut dah nih. Berambus sana lahhh !!" pekik Fadzil. Syaa terdiam lalu keluar dari kereta Fadzil.
Syaa memandu meninggalkan Fadzil yang masih bersedih lagi. Fadzil mencapai handphonenya dan membuat satu panggilan.
"Haishh tak angkat lak mak bapak si Lina nih. Buzy sangat ke kat luar negara sampai lupa anak sendiri nih. Apa punya mak bapak macam nih" kata Fadzil seorang diri. Fadzil menghubungi ibu dan ayah Azralina yang masih berada di Australia atas urusan kerja.
Fadzil menghubungi sekali lagu namun tidak dijawab juga. Fadzil menghentakkan tangannya ke stereng kereta.
"Aduhh tak guna. Haihh pening kepala aku. Apa yang aku nak buat nihh" kata Fadzil seorang diri sambil memicit kepalanya.
5 minit kemdian barulah Fadzil menghidupkan enjin keretanya dan mula memandu meninggalkan kawasan perumahan itu.
Sambil memandu,Fadzil tidak semena-mena menangis dan meraung sendirian dalam kereta.
"Tak guna kau perempuan !!!" begitulah ayat yang diucapkan oleh Fadzil. Marah dengan Azralina kerana perangainya yang sudah berani menghayunkan tangan ke Fadzil. Belum pernah satu pun tangan Fadzil diayunkan ke Azralina. Malah dia masih bersabar dengan kerenah isterinya. Tetapi kesabaran itu sudah tiada lagi.
Fadzil keluar melalui Tol Seremban dan memasuki lebuh raya.
"Nak balik rumah aku ke ? Aduh kang jumpa pulak perempuan tu pulak. Aduh pening la kepala aku" kata Fadzil sendirian.
Fadzil meningkatkan kelajuan dan kemudian memasuki Kawasan Rehat dan Rawat Seremban. Dia meletakkan betul-betul di hadapan surau.
"Ya Allah. Lapangkanlah hati aku ni dari segala penderitaan yang aku hadapi" doa Fadzil dalam hati.
Fadzil keluar dari kereta dan menaiki tangga ke surau yang berdekatan untuk menunaikan solat Isyak. Selesai bersolat,dia masuk ke dalam kereta dan duduk sebentar di atas kerusi kereta. Dia memicit kepalanya.
Otak Fadzil ligat memikirkan di manakah dia ingin tidur pada malam ini. Fikirannya menjadi buntu dan celaru. Dia mula mengenangkan kembali hubungan cinta da sayang antara Fadzil dan Azralina sejak perkenalannya pada setahun yang lepas sehinggalah mereka berkahwin dan akhirnya bercerai.
"Hancur dah hati aku sekarang. Sakitnya hati aku Ya Allah aku ingat balik pasal perempuan tuh. Sampai hati kau curang dengan aku Lina. Tuhan akan balas kau nanti tunggulah kau" kata Fadzil seorang diri.
Fadzil mengambil handphone dan membuat satu panggilan.
"Assalamualaikum mama...." Fadzil memberi salam. Serta merta Fadzil menangis.
"Waalaikumussalam. Ya Fadzil. Eh ya Rabbi. Yang kau menangis ni kenapa ?" tanya Puan Yusnita.
Fadzil terdiam sebentar. Keliru. Adakah dia mahu menceritakan hal yang sebenar antara Fadzil dan Azralina ? Fadzil menjadi kusut tidak tentu arah. Dia akhirnya nekad memberitahu ibunya Puan Yusnita.
Share this novel