"Zayhar.. Zayhar, awak ke? Awak.. " tergagap Anya melihat lelaki yang menjadi kawan baiknya di universiti dahulu kini di hadapan matanya.
"Terkejut ke? " soal Zayhar. "Awak ke mana? Macam mana awak.. " masih tergagap Anya menuturkan ayatnya. "I miss you, Anya.. very much. " kata Zayhar semakin mendekat. "Macam mana awak tahu saya kerja.. aihh, saya masih terkejut.. saya dah lama tak jumpa awak.. dan.. "
Zayhar hanya tersenyum, "kita ada banyak masa Anya. Anya semkain cantik.. and I miss you since I leave you long time ago. " kata Zayhar. Baru sahaja Zayhar ingin memegang tangan Anya. "Puan Anya.. " kata Pak Mahmud. Zayhar dan Anya sama-sama terkejut dengan suara Anya.
"Pak Mahmud.. kenapa? " soal Anya. "Ibu Encik Bahr suruh Puan Anya ke rumah, boleh kan? " soal Pak Mahmud. Tidak lama selepas itu, telefonnya berbunyi.. Kelihatan nama Bahr di telefonnya, Anya menarik nafas dan menyambut panggilan Bahr. "Hello.. ye, Pak Mahmud ada dekat sini, okay.. nanti saya akan ke sana. " kata Anya.
"I'm sorry Zay.. saya terpaksa ke suatu tempat sekijap. Sorry.." kata Anya. "It's okay, boleh tak saya nak minta nombor telefon awak..? " soal Zayhar.
***
"Hello, ya Tuan. Ada lelaki jumpa dengan Puan Anya waktu saya nak jumpa dia. Nama dia Zayhar tak silap Puan Anya panggil. " kata Pak Mahmud menyampaikan laporan kepada Bahr. Bahr sudah terdiam. "Siapa Zayhar? " bisik hatinya. Dia harus mencari tahu dan orang yang perlu dia tanya.. tak lain dan tak bukan sepupunya, Becky..
Nasib juga Ibunya menyuruh Anya menemaninya di rumah. "Kalau Pak Mahmud terlambat sikit, entah-entah lelaki tu nak buat tak baik dengan Anya.. Aihh, cepatlah selesai persidangan ni. " bisik hati Bahr. Dia tidak sabar bertemu dengan isterinya.
***
Zayhar menghentakkan stereng keretanya, namun apa yang dia boleh dapat ialah nombir telefon Anya sahaja. "Takpe, banyak masa lagi. Selagi Anya dan Bahr tak syak apa-apa. Yang tahu permainan aku hanya Sherry, Misha, dan Idlan. Aku kena teruskan lakonan aku. " kata Zayhar.
***
"Terima kasih Anya temankan Mama malam ni. Malam ni Anya tidur dekat bilik Bahr tau. Sekali-sekala bermalam lah dekat sini. Mama bosan tau. " kata ibu mertuanya. "Boleh je Mama. Nanti Anya ajak Bahr. " senyum Anya.
"Bahr? Lahh.. takde panggilan special ke untuk anak Mama tu. Panggil Hubby ke, Abang ke, Husbaby ke? " soal Mamanya. Termalu Anya.. "Takpe. Mama faham.. tapi, elok rasanya Anya cuba panggil Bahr dengan panggilan yang selayaknya kan? " soal Mama dan terus menguap panjang.
"Okaylah.. Mama nak tidur. Anya pun tidur lah ye. Selamat malam. " kata Mamanya. Anya termangu sendiri di ruang tamu sedikit sebanyak menyentak tangkai hatinya. "Dahlah.. baik tidur. esok nak ke butik lagi. " kata Anya.
Dia masuk ke bilik Bahr yang sangat kemas. Kelihatan gambar Bahr semua ketika berada di universiti Paris dan tidak dilupai gambar keluarga dia dan Becky. "Alamak.. aku lupa pula, aku mana ada bawa baju. Aishh! " bentak Anya. Anya membuka almari dan melihat banyak baju kemeja kerja milik Bahr. "Pakai jelah. Bukannya orangnya ada dekat sini pun. " kata Anya lantas membersihkan dirinya di kamar mandi.
***
Zayhar hanya melihat Sherry tidur di katil, sesekali matanya melihat video aksi dia dan Sherry yang sudah diedit wajahnya menggantikkan wajah Bahr dan Sherry.
"Tak sabar nak bagi Anya.. Aku kena rancang betul-betul. " kata Zayhar.
Idlan hanya diam merenung kepekatan malam, macam mana dia ingin bertemu dengan Zahin lagi. Becky sekarang semakin lama semakin cantik dan matang. "Syukurlah kalau kehidupan kau baik-baik je Becky, aku selalu mendoakan kau. " kata Idlan. Telefonnya tiba-tiba berbunyi nyaring.
"Hello." kata Idlan. "Hello.. Idlan ke? Saya ni Zahin. " kata Zahin. Idlan terkejut. "Zahin?" kata Idlan. "Maafkan saya kerana hubungi awak. Tapi, saya yakin.. kita perlu berjumpa kan? Maafkan saya kerana perjumpaan kita saya bawa Becky. Tapi, saya yakin.. awak ada sesuatu nak bagitahu kan? " soal Zahin.
"Zahin.. aku tak tahu macam mana nak mula. Tapi, kalau betul kau sayangkan Anya dan Becky. Bolehke kalau kita berjumpa.." kata Idlan. Zahin terdiam di sebalik panggilan. "Kalau kita tak jumpa, apa yang akan terjadi dengan Anya dan Becky? " soal Zahin. Dua-dua wanita penting dalam hidupnya sekarang. Anya sebagai sahabat dan Becky sebagai orang yang dia sayang.
"kebarangkalian yang kita pun tak jangka. Selagi kita boleh elak.. kita elak. " kata Idlan. Zahin terdiam sambil berfikir...
sorry late update..
Share this novel