bab 35

Romance Series 423079

“Suka kau kan… semua menangkan kau. Mummy pun sibuk pujuk kau.” Ayriz yang sedang menikmati air yang dibelinya tadi mengeluh perlahan.

‘Ingat Ayriz… jangan mengamuk.”

“Suka… suka sangat. Rasa macam disayangi. Haizad tak ada cari kau ke?” tanya Ayriz saja ingin menukar topik. Sya menjelingnya lalu duduk disebelah adik sepupunya.

“Bukan kau yang cakap dengan aku tinggalkan dia.” beritahu Sya dengan hanya memandang ke hadapan. Ayriz mengerutkan dahinya tidak percaya perempuan itu mendengar nasihatnya.

“Kau dengar nasihat aku?” tanya Ayriz sedikit teruja.

“Siapa lagi aku nak percaya kalau bukan kau… walaupun kau menyakitkan hati tapi aku tahu kau tak nak aku terluka.” Ayriz tersenyum sebaris, lalu dia juga turut memandang ke hadapan.

“Kau rasa, kalau Fariz dengan Isac tahu aku pernah kemurungan dulu… diaorang akan dekat lagi ke dengan aku?” soalan itu terus membuatkan Sya memandang adik sepupunya.

“Kau ingat aku nak bagitahu diaorang betul betul ke? Aku tak kejam Ayriz…”

“Aku tahu tapi aku rasa diaorang patut tahu. Aku ni bukan sentiasa waras Sya… kau pun tahu aku boleh jadi berbeza beza. Kau rasa diaorang boleh ke terima aku?”

“Kalau diaorang sayang kau diaorang akan terima kau.”

“Sya… kau memang nak dekat diaorang ke?” Sya hanya tergelak kecil sambil menepuk bahu adik sepupunya perlahan.

“Kau gila ke? Tak akan aku nak dekat Fariz tu… dah la ex duda cousin aku… Isac tu pula, aku tengok dia pun seram, lagi aku nak dengan orang macam dia? Tak naklah aku… dia bukan taste aku. Yang kau ni, aku tak tahu macam mana kau boleh sangkut dengan orang macam dia.”

“Jadi kenapa kau cakap macam tu dengan aku hari tu?”

“Saja… dengki dengan kau. Tapi lepas aku kena warning dengan bf kau semalam tak jadilah aku nak kacau kau dah. Isac tu gengster ke? Apahal aku rasa dia tu menakutkan?” soalan itu membuatkan Ayriz tertawa besar dan membuatkan Sya juga turut ketawa.

“Dia cakap apa dengan kau?”

“Dia cakap dah dah la dengki dengan kau… dia kata lagi yang dia bukan Fariz… mula mula aku tak faham tapi aku faham apa dia nak sampaikan… yang dia bukannya Fariz tak berpihak dekat kau then dia cakap dia tak nak dekat aku sebab aku nak kan perhatian.” beritahu Sya dengan bengang… lagi teruk Ayriz tertawa.

“Kau jangan ambil hati sangat dengan dia. Dengan aku pun dia cakap selamba dia je.”

“Kau tu tak apa.. hati kering…”

“Kau pun bukan bukan nak kenakan aku. Ni kalau orang tengok kita macam ni, mesti orang campak kita dalam laut.” Sya tertawa apabila teringatkan situasi semalam.

“Diaorang tak kenal kita Riz… keluarga kita je dah masak dengan kita… eh kau ada jumpa dengan bekas tunang kau tu?”

“Apahal dengan dia? Ada haritu masa dekat mall… masa aku baru lepas cerai aku pergi mall nak cari aiskrim pastu kau tahu la aku serabai semacam kan… dia perlekehkan aku… lepastu Isac datang entah daripada mana.”

“Seriuslah? Aku pun ada terserempak dengan dia hari tu…patut dia tanya aku, kau dah ada sesiapa ke? Pastu aku jawab je ada yang lagi bagus daripada jantan macam kau… tapi part ni aku tak sengaja aku tertumpahkan air dekat baju dia tapi dah alang alang aku buat muka selamba aku terus blah je.” bersungguh Sya bercerita membuatkan mereka berdua ketawa seperti mereka saja ada disitu.

“Sekarang baru kau faham apa kitaorang rasa. Kitaorang pun tak tahu kenapa diaorang gaduh macam tak ada hari esok… tapi kalau baik macam tu lah.” terkebil kebil Fariz dan Isac memandang mereka berdua sedang bergelak ketawa.

“Kau tak pernah check ke bekas wife kau tu? Aku pula seram dengan dia.” tegur Isac disebelah Fariz. Fariz pula menggosok lehernya.

“Tak pula… betullah dia susah jangka.” jawapan itu membuatkan mereka di situ tertawa.

“Betul ke kita nak buat plan ni malam ni?” tanya lelaki itu menginginkan kepastian.

“Ya kita kena buat cepat. Aku benci bila aku cuba hapuskan tapi diaorang still elok macam ni. Aku kalau boleh jantan yang selamatkan dia tu pun aku nak hapuskan. Aku tak kira aku nak settlekan cepat.”

“Tapi…..”

“Arh kau jangan bagi alasan! Aku dah bayar kau… buat je keja kau.”

“Baik.”

“Ayriz… jom teman aku kejap. Aku nak beli sesuatu dekat kedai sana tu. Esok kita nak balik dah. Aku malaslah esok mesti semua banyak nak beli. Esok aku nak jalan je.”

“Kau ni banyak songehlah… ye la jom.” Sya tersenyum suka sambil menarik tangan adik sepupunya.

“Baby dengan Sya nak pergi mana?” tanya Ami apabila melihat mereka jalan berjalan bersama.

“Pergi beli barang kejap.”

“Nak abang Ami teman tak? Dah malam ni…”

“Tak apa depan tu je la… Ni Ayriz ada teman.”

“Hah okaylah kalau macam tu….hati hati.” mereka berdua hanya mengangguk dan kembali berjalan ke kedai yang mereka katakan tadi.

“Mana Ayriz?” soal Isac memandang sekeliling.

“Ceh tak bolehlah hilang sekejap… jangan risau tak lari adik sepupu aku tu.” saja Andy mengusik lelaki itu. Namun riaksi Isac tidak rasa ingin tersenyum dan dia hanya fikirkan Ayriz sahaja. Melihat wajah Isac membuatkan Andy kembali serius.

“Rileks bro… dia pergi kedai je tu dengan Sya. Kau janganlah risau. Dia tahu jaga diri.”

“Betul tu Isac… Dekat sana je tadi kedai yang aku tengok dorang pergi.” sambung Am pula. Isac mengeluh perlahan sambil terus beredar mengambil air. Mereka memadang sesama sendiri. Fariz yang diam daripada tadi berjalan ke arah Isac.

“Risau betul kau dekat ex wife aku.” tegur Fariz sambil tangannya dimasukkan ke dalam kocek. Isac sedikit pun tidak memandang ke arah Fariz dia hanya beriak bersahaja. Melihat Isac hanya diam membuatkan Fariz sedikit tercabar.

“Kau memang ada hati dekat Ayriz kan?”

“Kalau aku cakap ya? Kau nak buat apa?” soal Isac sambil memandang mengejek ke arah Fariz.

“Ayriz tu aku punya… kau tak akan dapat dia.”

“Kau yakin ke dia nak kau?” satu senyuman sinis diberikan kepada Fariz.

“Apa niat kau sebenarnya dengan Ayriz hah? Kenapa kau nak dekat dia?”

“Kau pun tahu keistimewaan dia… tapi tu la dapat laki macam kau. Kalau kau betul nak dekat dia balik, kau tak akan bazirkan masa kau sekarang dengan aku, baik kau cari dia. Kau tak serik apa yang jadi dengan dia? Macam mana kau nak jaga dia? Kau ingat dengan cara kau macam ni, aku serahkah dia balik dekat kau? Sebelah mata pun aku tak benarkan.” tiada nada namun kata kata itu sungguh makan dalam dan Isac terus beredar meninggalkan Fariz yang muka sudah merah menahan marah.

“Banyak lagi je kau nak beli? Aku dah lenguh pegang ni.” rungut Ayriz sudah penat memegang barang kakak sepupunya.

“Ye dah sudah. Kau ni baru teman aku sekejap dan merungut. Dah jom balik.” Mereka keluar daripada kedai dengan gelak tawa… entah apa yang mereka bualkan. Sedang mereka ingin menuju ke arah keluarganya tiba tiba ada orang tidak dikenali memakai topeng menarik Ayriz dan membuatkan Sya cuak dan melemparkan barangnya. Sya menarik tangan adik sepupunya namun seoarang lagi keluar daripada kenderaan itu lalu menolak Sya sehingga jatuh. Kudrat Ayriz ingin melawan tipis apabila lelaki itu mengacukan pistol ke leher Ayriz.. Ayriz tiada pilihan dan dibawa masuk ke dalam kereta. Sya juga turut dibawa bersama mereka.

‘Mana budak ni pergi… Aku rasa kedai dekat dekat sini je.’ bebel Isac seorang diri. Langkahnya terhenti apabila melihat ada beberapa barang bertaburan. Isac mula tidak sedap hati. Dia melihat satu per satu barang. Isac memandang ke arah kedai itu, pandangannya silih berganti dan dia merengus kasar.

“Tak guna punya perempuan!” Isac terus mencari telefonnya dan nombor Lim dicari.

“Aku nak kau cari perempuan gila tu sekarang!” tinggi suara Isac mengarah dan terus mematikan talian. Wajahnya kini tegang dan menakutkan dipandang. Lantas dengan itu dia terus mendapatkan keretanya dan beredar daripada tempat itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience