BAB 53

Romance Completed 42886

Adi Ashraf melepaskan keluhan panjang. Matanya memerhatikan pemandangan indah di hadapannya. Cuaca yang mendung mula menurunkan gerimis hujan yang membasahi bumi. Angin sejuk meniup lembut ke arahnya membuatkan dia meremang.

Tangannya mengambil secawan kopi panas sebelum disisip sedikit demi sedikit. Deria rasanya yang menerima rasa pahit air minuman tersebut ditelan. Sunyi dirasakan pada ketika itu. Hanya sepi yang menemani dia  di kala paginya setiap hari.

Tiada lagi kehadiran Ariana yang mewarnai dan melengkapinya harinya seperti dahulu.
Tiada lagi kata-kata manis yang dilontarkan oleh sang isteri untuk dia memulakan hari. Membuatkan dia merasa rindu untuk merasakan semua itu sekali lagi.

Dia rindu di saat dia membuka mata, Ariana pasti akan berada di sebelahnya bersama senyuman manis yang didambakan oleh dirinya pada tika ini. Cincin perkahwinan mereka berdua masih digenggam kemas pada tangannya. Tindakan itu dilakukan olehnya setiap kali dia merindui Ariana.

Fikirannya mengimbas kembali pergaduhannya bersama Izz Faris membuatkan dia mengeluh dengan rasa kesal. Sejak dari hari itu, Izz Faris tidak lagi berjumpa mahupun menghubungi dirinya lagi seperti selalu. Dia meraup muka.

Tahu dirinya yang bersalah untuk segalanya. Dia terlalu ikutkan perasaan. Dirinya yang terlalu tertekan dengan perpisahannya dengan Ariana membuatkan dia melampiaskan amarahnya kepada Izz Faris. Sedangkan sahabatnya sekadar mahu menasihatinya.

Dia tahu dirinya yang bersalah tetapi tak mahu mengakui perkara itu. Oleh kerana itu, dia cuba menyalahkan orang lain untuk mengurangkan rasa bersalahnya. Namun akhirnya perkara itu semakin menyukarkan keadaan kerana pada akhirnya dia tetap bersalah.

Benarlah kata Izz Faris yang dia merupakan pengecut. Dia terlalu takut sekiranya cinta isterinya selama ini tidak benar dan hanya berdasarkan perasaan bersalah sehingga dia membuat keputusan untuk meminta isterinya sendiri yang meninggalkan dirinya.

Tetapi pada akhirnya ketakutannya itu hanya semakin bertambah dari hari demi hari sekiranya Ariana benar-benar mahu meninggalkannya untuk selamanya. Dia cuba lari dari masalahnya kerana perasaan takut. Yang pada akhirnya tidak menyelesaikan apa-apa pun.

Pada saat itu, dia tahu dia akan kehilangan orang yang dicintainya untuk kali kedua. Sekiranya dia masih tidak berusaha untuk melakukan sesuatu, dia tahu dia benar-benar kehilangan Ariana selamanya.

Sudah beberapa kali dia cuba menghubungi isterinya namun tidak pernah berjaya. Membuatkan dia terfikir sekiranya isterinya sudah berputus asa untuk mereka berdua. Dia takut sudah terlambat untuk dia mengejar Ariana semula.

Matanya merenung lama pada cincin perkahwinan mereka berdua. Mahu menyarungkan kembali cincin itu pada jari isterinya. Tiada apa yang dimahukan selain Ariana pada saat ini.

Dia mahukan Ariana semula berada disisinya. Mahu wanita itu menjadi teman hidup untuk seumur hidupnya. Matanya dipejamkan memikirkan saat saat bahgia mereka berdua bersama.

Sungguh dia rindu pada senyuman manis yang menghiasi wajah Ariana. Gelak tawa isterinya yang membuatkan hatinya terasa bahagia. Perasaannya ketika Ariana berada dalam dakapannya. Segala perkara itu membuatkan dia semakin rindu kepada Ariana.

"Abang..."

Masih kedengaran suara Ariana pada telinganya di saat hari perpisahan mereka berdua. Hari yang takkan pernah dia dapat lupakan walau bagaimanapun cara yang dia lakukan. Wajah Ariana yang menangis masih segar di dalam ingatan.

Memori itu membuatkan hatinya bagai dihiris sehingga dia tidak lagi dapat melupakan perasaan itu. Namun apabila dia teringat pada pelukan erat Ariana pada tubuhnya, dia mengalirkan air mata.

Dia memeluk tubuh cuba membayangkan pelukan hangat Ariana pada badannya.
Matanya dipejamkan mengingati perasaannya apabila berada di dalam pelukan isterinya. Tiada apa yang dapat mengungkap rasa kesal dirinya apabila tidak dapat membalas kembali pelukan isterinya itu.

Dia menundukkan wajah. Rasa sebak memenuhi dada. Terasa sunyi dirasakan tanpa Ariana di sisi. Dia kini sedar betapa pentingnya Ariana kepada dirinya.

Matanya dibuka untuk melihat di satu sudut di rumahnya. Membayangkan Ariana masih berada di situ bersamanya bersama senyuman manis. Nafasnya terhenti untuk seketika apabila matanya melihat figura isterinya berada disebelahnya.

"Sayang..." ucap Adi Ashraf perlahan dengan nada yang tidak percaya. Ariana masih tersenyum manis pada suaminya. Adi Ashraf semakin sebak melihat senyuman itu.

Dia cuba mencapai tangan isterinya namun sekelip mata Ariana hilang daripada pandangan. Adi Ashraf meliarkan pandangan ke sekeliling mahu mencari kelibat isterinya. Namun tiada siapa disitu melainkan dirinya.

Dia menyembamkan wajah pada tangannya apabila menyedari itu hanya sekadar bayangan isterinya sahaja. Dia masih berharap bahawa Ariana masih setia menunggunya. Rasa rindu yang ditanggung olehnya selama ini akhirnya dilepaskan dengan menangisi perpisahan mereka.

"Abang, rindukan Riana."

???????????????????

"Assalamualaikum, Adi." ucap Alif Zafran dari corong telefon sebaik talian disambungkan. Dia menghela nafas lega kerana pada akhirnya dia berjaya menghubungi Adi Ashraf.

"Waalaikumusalam, Alif. Ada apa kau call aku ni?" tanya Adi Ashraf dengan suara yang serak. Dia terkena demam panas selepas seharian menangis semalaman. Telefonnya baru sahaja dihidupkan.

Beberapa panggilan yang tidak berjawab daripada adiknya dan Alif Zafran dia baru sedari pada hari ini. Kepalanya yang masih pening dibiarkan. Rasa seperti dia boleh pengsan pada bila-bila masa sahaja. Dua biji panadol telah ditelan untuk melegakan rasa sakit kepalanya.

"Adi, kau okay tak ni? Aku ada benda nak cakap dengan kau. Penting." ucap Alif Zafran bersungguh-sungguh. Dia menyelak beberapa dokumen yang dia mahu tunjukkan kepada Adi Ashraf buat seketika.

"Aku okay. Cuma rasa tak sihat sikit. Apa kata kau datang rumah aku. Kita bincang sama-sama. Nanti aku hantar alamat dekat kau." balas Adi Ashraf mengurut pelipisnya. Mahu rasa sakit kepalanya pergi dengan segera.

"Ha boleh jugak. Dalam 15 minit, aku datang. Kau nak kirim apa-apa ke? Ubat ke apa ke?" tanya Alif Zafran prihatin memikirkan kesihatan Adi Ashraf yang sudah dianggap seperti sahabatnya sendiri. Dia tahu lelaki itu dalam kesusahan. Dia hanya menolong sekadar yang mampu.

"Tak ada apalah, Alif. Aku okay. Jangan risau." balas Adi Ashraf tak mahu Alif Zafran merisaukan keadaannya. Dia melepaskan batuk sesekali. Badannya mula berpeluh. Suhu badannya mula menurun.

"Kalau macam tu tak apalah. Aku dalam perjalanan. Aku letak dulu." balas Alif Zafran menamatkan panggilan telefon. Adi Ashraf melepaskan keluhan panjang.

Dia melihat jam di dinding yang menunjukkan masuk waktu Zohor. Dia segera mengagahkan diri untuk bangun membersihkan diri sebelum menunaikan solat.

Mahu memohon ketenangan dan petunjuk dari Yang Maha Esa. Tahu itu sahaja tempat untuk dia mengadu dan memohon pertolongan. Mengharapkan hikmah disebalik ujian yang diberikan.

Usai itu, syukur kepada Tuhan rasa loya dan peningnya hilang. Hatinya turut merasa tenang akhirnya. Bingkai gambar perkahwinan dirinya bersama Ariana dipandang dengan rasa sayu. Dia menghadiahkan ciuman hangat pada gambar tersebut seolah itu adalah isterinya. Hatinya mendoakan mereka berdua dapat kembali bersama.

Bunyi loceng rumahnya dibunyikan menarik perhatiannya serta-merta. Menandakan Alif Zafran telah sampai. Bingkai gambar tersebut diletakkan semula pada tempatnya.

Dia segera mengorak langkah untuk mendapatkan Alif. Tak mahu membiarkan Alif Zafran menunggu lama. Tangannya membuka pintu rumah menyerlahkan figura Alif Zafran disebalik pintu.

"Alif, masuklah." pelawa Adi Ashraf mesra. Dia sedaya upaya mengukir senyuman walaupun sukar untuk dia melakukan perkara itu. Alif Zafran segera masuk ke dalam rumah menerima pelawaan Adi Ashraf.

Mereka berdua duduk di ruang tamu. Adi Ashraf mahu menyediakan makanan untuk Alif Zafran namun lelaki itu menolak dengan sopan. Tak mahu menyusahkan Adi Ashraf.

"Jadi, kenapa kau nak jumpa aku sebenarnya?" tanya Adi Ashraf ingin tahu hajat Alif Zafran bertemu dengannya. Kedengaran terlalu penting sehingga membuatkan dia tertanya-tanya.

"Aku nak cakap pasal kemalangan arwah Naufal." terus terang Alif Zafran tanpa membuang masa. Kata-kata itu membuatkan Adi Ashraf melepaskan keluhan kecil. Sudah tahu apa yang bakal dikatakan oleh Alif Zafran.

"Alif, kalau kau nak cakap Ariana yang langgar Mawar, aku tahu. Kenapa-"

Kata-kata Adi Ashraf terhenti apabila Alif Zafran mengeleng kepala tanda menafikan kata-katanya. Dia mengerutkan dahi tanda tak faham dengan apa yang cuba dimaksudkan oleh Alif Zafran.

"Adi, kemalangan itu memang tak disengajakan tapi sebenarnya dirancang. Ada orang sabotaj isteri kau." terang Alif Zafran cuba menerangkan apa yang ditemuinya sepanjang minggu ini. Sebuah dokumen yang disertakan dengan bukti kemalangan itu diserahkan pada Adi Ashraf.

Adi Ashraf tidak berkata apa-apa. Dia menerima huluran Alif Zafran. Dokumen itu dibuka dan diteliti dengan berhati-hati. Tak mahu ada satu pun yang terlepas daripada pandangan.

"Ada orang potong brek kereta Ariana masa hari kejadian. Berkemungkinan besar untuk menyebabkan Naufal mati dalam kemalangan tu tapi sebaliknya secara tak sengaja melibatkan Mawar sekali. Malangnya, Ariana dipersalahkan. Aku rasa ini kerja orang yang sama yang nakkan isteri kau, Adi. Mungkin sebab tu dia nak bunuh Naufal, untuk dapatkan Ariana." terang Alif Zafran dengan lebih lanjut. Menyuarakan teori yang dia selesaikan sepanjang dia menyelesaikan kes ini.

Adi Ashraf terkedu. Tak sangka sampai sebegitu sekali isterinya dianiaya. Perasaan bersalahnya terhadap Ariana semakin menebal. Menyesal kerana membiarkan isterinya meninggalkan dirinya sedangkan isterinya merupakan mangsa keadaan seperti dirinya juga.

"Adi, Aku tahu siapa yang dalang untuk semua ni. Cuma tinggal untuk buat laporan polis untuk membawa dia kepada muka pengadilan. " sambung Alif Zafran lagi.

"Siapa? Siapa yang buat semua ni?" tanya Adi Ashraf menggesa Alif Zafran untuk menjelaskan segala-galanya. Dia mengenggam penumbuk dengan menahan rasa amarah kepada dalang yang membuatkan dia dan Ariana berpisah.

"Sebelum tu, Adi. Mana Ariana? Kenapa aku tak nampak dia?" tanya Alif Zafran apabila menyedari langsung tiada kelibat Ariana di rumah Adi Ashraf. Dirinya langsung tidak tahu apa yang telah terjadi kepada Adi Ashraf dan Ariana.

"Dia tak ada, Alif. Aku dengan dia berpisah untuk sementara." jawab Adi Ashraf perlahan dengan nada sedih. Terasa berat mulutnya mengatakan perkara itu. Alif Zafran menepuk bahu Adi Ashraf memberikan semangat.

"Aku tahu kau kuat, Adi. Tapi kita kena cari Ariana sekarang ni. Aku takut dalang tu guna peluang ni untuk ambil Ariana daripada kau. Kau faham kan maksud aku?" ucap Alif Zafran serba salah menerangkan perkara itu. Tahu dia akan menambahkan kerisauan Adi Ashraf.

Adi Ashraf melepaskan keluhan berat. Dia memandang Alif Zafran dengan penuh pengharapan. Hanya lelaki itu sahaja yang mampu menolongnya pada ketika ini. Dia terfikir untuk meminta pertolongan Akid Ahnaf tetapi dia tahu adiknya sedang sibuk dengan majlis perkahwinannya yang semakin dekat. Dia menghela nafas panjang.

"Alif, tolong aku cari Riana."

???????????????????

Kelihatan Ariana Atilia sedang hanyut dalam lamunannya sendiri. Masih sibuk memikirkan perkahwinannya yang masih tidak pasti sama ada akan kekal akhirnya ataupun tidak. Matanya yang sudah bengkak langsung tidak dihiraukan.

Telefonnya sudah lama dimatikan tidak dicas. Tak sanggup mahu menyedari bahwa tiada panggilan dan khabar daripada Adi Ashraf. Tidak pernah sekali dia tidak rindukan lelaki itu sepanjang harinya. Air matanya yang sentiasa mengalir kerana rindukan suaminya sudah kering. Tak mampu untuk menangis lagi.

Dia sudah penat dengan segalanya. Dirinya terasa lemah tidak berdaya. Sumber kekuatannya sudah hilang bersama Adi Ashraf. Hanya lelaki itu sahaja yang dapat mengembalikan dirinya yang dahulu.

Namun sejak kebelakangan ini, dia mula menjaga kesihatannya selepas pengsan sehingga dimasukkan ke hospital. Mujurlah Haris Irfan menemuinya dengan segera. Jika tidak, sudah pasti dia tak berada di situ lagi.

Haris Irfan sudah penat menasihati Ariana. Namun gadis itu tidak pernah mendengar kata-kata lelaki itu. Tetapi apabila Haris mengatakan bahwa dia perlu sihat untuk Adi Ashraf, laju sahaja Ariana menurut kata. Haris Irfan mengeleng perlahan.

"Riana..." panggil Haris Irfan cuba menarik perhatian Ariana Atilia. Ariana menoleh.

"Ya. Kenapa, Haris?" jawab Ariana dengan nada mahu tidak mahu. Dia hanya mahu bersendirian sekarang ini. Emosinya yang tidak stabil membuatkan dia berkelakuan tidak seperti dirinya yang dahulu.

"Aku nak tunjukkan kau something." jawab Haris Irfan berkira-kira untuk meneruskan kata-katanya. Ariana mengeluh. Menyangka Haris ingin menunjukkan dia sesuatu yang akan membuatkan dia gembira.

"Haris, please... Aku tak larat. Aku nak tidur-"

Belum sempat Ariana menghabiskan kata-katanya, balasan Haris Irfan menarik perhatiannya. Hatinya terasa terusik apabila mendengar nama suaminya meniti di bibir Haris Irfan.

"Pasal Adi Ashraf, suami kau." kata Haris Irfan serius. Langsung tak suka apabila riak muka Ariana berubah di saat dia menyebut nama itu. Padahal pada pandangan Haris, Adi Ashraf langsung tidak kisah tentang Ariana.

"Kenapa dengan Ash, Haris? Kenapa?" tanya Ariana tak sabar. Rasa ingin tahunya membuak-buak. Haris Irfan mengeluh kecil. Sudah tahu apa akan jadi seterusnya.

"Tengoklah. Tapi janji dengan aku kau takkan sedih lagi untuk suami tak guna kau tu." ucap Haris Irfan memberi amaran sebelum memberikan telefonnya yang mempunyai klip video Adi Ashraf.

Ariana mengerutkan dahi tanda tak suka dengan kata-kata Haris terhadap suaminya. Dia segera membuka klip video itu pada telefon Haris. Kelihatan Adi Ashraf dan Izz Faris sedang berbual di dalam pejabat suaminya. Namun perbualan mereka membuatkan Ariana terkedu.

"Kau nakkan Riana kan fine, ambik dia! Aku akan ceraikan dia kalau kau nak!"

Kata-kata Adi Ashraf berulang kali bermain di dalam fikirannya. Dia memegang dadanya yang terasa sakit sebaik kata-kata itu meniti di bibir suaminya sendiri. Tak sangka Adi Ashraf sanggup mengatakan perkara itu.

"Haris, video ni palsu kan? Ash takkan cakap macam tu. Tak! Takkan. Haris, please... Mama kau dapat video ni?" tanya Ariana dengan nada tidak percaya. Tak mahu mempercayai perkara itu walaupun kelihatan benar di matanya.

"Ariana... Aku minta maaf. Tolonglah jangan buang masa kau sedih tentang Adi. Dia dah lupakan kau. Izz sendiri yang bagi video ni dekat aku. Mulanya dia tak nak bagi tapi dia tahu kau berhak tahu Riana. Aku sendiri tak percaya Adi buat macam tu. Riana tolonglah." ucap Haris Irfan dengan nada sedih. Dia juga tak sangka Adi tergamak mahu menceraikan sahabatnya.

Ariana terduduk. Tak mampu mengeluarkan kata-kata apa-apa. Harapannya punah serta-merta. Penantiannya hanya sia-sia. Tangan memegang rantai pemberian Adi Ashraf dengan rasa yang kecewa. Baru dia faham mengapa suaminya langsung tidak cyba menghubunginya selama ini. Dia tak mampu menangis. Hatinya terlalu sakit untuk menelan kenyataan itu.

"Sampai hati, abang..."

Updated!
Next update tomorrow!
Stay tune?
Don't forget to vote
And leave a comment ??

Author akan cuba update awal okay?
Thanks for those yg comment and vote??
Tak lupa juga silent reader, hi! Goodnight semua??
Lots of love ??

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience