Bab 2

Conspiracy Completed 41106

Nadine membantu Neneknya membuat ramuan untuk mandian orang lepas bersalin. Beberapa akar kayu yang dicarinya tadi didalam hutan dimasukkan kedalam air rebusan yang menggelegak diatas dapur kayu api.

" Nek, nenek pergi duduk kat sana. Biar Nadine yang buat semua ni. " Kata Nadine.

" Yelah Cu. " Balas Nenek Ayu lalu duduk diatas katun pangkin yang tak jauh dari Nadine dan dapur kayu api.

" Cu, andai nanti Nek dah takde, Nek harap sangat Cucu dapat mewarisi semua yang nenek ajarkan ni. " Kata Nenek Ayu.

" Nek, Nadine tahu, umur kita ni takkan menongkat langit. Tapi, Nadine selalu berdoa agar Nenek diberikan kesihatan. " Kata Nadine.

" Sampai bila Cu. Sampai masa Nenek kena balik kesana jugak. " Kata Nenek Ayu.

Selesai memasukkan kayu api dan menutup semula periuk Rebusan, Nadine menghpiri Neneknya dan duduk disisi perempuan tua itu.

Tangannya mula bekerja mengurut kaki neneknya.

" Nadine akan ingat semua yang Nenek ajarkan pada Nadine. Dan Nadine akan usaha agar Nadine mampu membantu orang-orang yang tak mampu membeli ubat-ubatan ataupun penyakit yang susah nak sembuh. " Kata Nadine.

" Nenek tahu, walaupun kamu bukan darah daging nenek. Tapi nenek bersyukur sangat ada yang nak mewarisi semua ni. " Kata Nenek Ayu.

Siapa tak kenal Ayuni, Gadis kampung yang diberi gelarang Ayu si gadis manis pandai dalam bidang bidan kampung. Hinggalah dia diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan sebagai seorang ahli perubatan tradisional dan Perubatan Cina.

Dia lebih selesa duduk di kampung halamannya berbanding duduk di bandar.

Ramai yang sudah dibantu. Dan siapa sangka kali terakhir dia menyambut bayi perempuan yang cukup sifat. Namun kerana silap Si Ibu yang mempunyai simpanan, bayi itu diserahkan padanya untuk dijaga.

" Dia adalah satu kesilapan. Lahir dirinya akan menjadi beban pada saya. " Kata Sang Ibu.

" Saya taknak bayi ni. Kalau Kamu nak, kamu ambil dan jaga. Jika taknak, kamu boleh jual atau campak ke laut. " Kata Sang Ibu.

Dan Ayu mengambil keputusan untuk menjaga bayi perempuan itu dan memberi nama Nadine Ez Zahra Binti Abdul Haleem.

Dan kini dia tumbuh menjadi seorang gadis cantik dan penuh dengan didikan agama dan cukup dengan pelajaran.

" Nadine taknak sambung sekolah ke? " Tanya Ayu.

" Nek, dah 3 tahun kan. Nadine pu dah umur 20 tahun. Nadine taknak sambung belajar. Nadine nak tolong nenek. " Kata Nadine.

" Assalamualaikum!!!! Nek!! Nek Ayu!!! " Teriak seseorang dari Halaman rumahnya.

" Waalaikumsalam. Kat belakang. " Kata Nenek Ayu.

Lelaki itu terus berlari ke belakang dan melihat Nenek Ayu dan Nadine berada di sana.

" Nek. Tolong nek, Mak jatuh kat rumah. " Kata Ucop.

" Teruk ke Ucop? " Tanya Nenek Ayu.

" Teruk juga. Kami tak tahu sebab dia, tapi wajah Mak tiba6 herot. " Kata Ucop.

" Astaghfirullah. Tu kena angin melintas tu. " Kata Nenek Ayu.

" Cepatlah nek. Kesian Mak kat rumah tu. " Kata Ucop lagi.

" Nadine tunggu kat rumah ye. Nenek pergi sana dulu. " Kata Nenek Ayu.

" Baiklah Nek. " Balas Nadine.

" Tengok-tengok rebusan tu. Jangan lebih masak. " Kata Nenek Ayu berpesan.

Nadine menganggukkan kepalanya tanda memahami maksud neneknya.

Melihat Ucop dan Neneknya menghilang dari laman, Nadine mengambil telefon yang dibeli kan oleh Eliana sepupunya lalu membuka pesanan whatsapp dari gadis itu.

(Kau buat apa tu?) - Eliana.

Nadine membalasnya cepat. Dia tersenyum membayangkan wajah cemberut sepupunya menanti balasan darinya.

(Aku bantu nenek buat air rebusan untuk anak MakCik Peah.) - Nadine.

Dia meletakkan phone diatas pangkin dan melangkah kearah dapur kayu lalu mengangkat belanga besar itu dan meletakkan ke sisi.

Dia mengeluarkan Ampas-ampas yang ada didalam air rebusan lalu dimasukkan kedalam nyiru untuk dijemur dan dikeringkan.

Ting!!

Phone nya berbunyi menandakan pesanan masuk. Namun dia membiarkan dan menyambung tugasnya tadi.

Selesai membuat semuanya, dia membawa naik air rebusan yang sudah dimasukkan kedalam botol naik kerumah dan diletakkan diatas meja.

Beberapa minit lepas itu, terdengar deruan enjin kereta di halaman.

" Assalamualaikum. Nadine, ooo Nadine. " Panggil Ucop.

" Waalaikumsalam. Kejap. " Sapa Nadine berlari kecil ke pintu depan.

" Ooo Abang Ucop, ingat Nadine Menantu Makcik Peah tadi. Kenapa Bang? " Tanya Nadine.

" Nek Ayu mintak kau datang rumah bantu dia. Bawak Jarum Akupuntur Nek Ayu pesan. " Kata Ucop.

" Ooo. Okey, kejap lagi Nadine sampai. Abang Ucop pergilah dulu. Nadine naik basikal je. " Kata Nadine.

" Abang Ucop tunggu. " Kata Ucop.

" Takpe. Nadine naik basikal. Lepas dari rumah Abang Ucop, Nadine hantar air rebusan untuk Anak Makcik Peah pulak. " Kata Nadine memberi alasan.

Dia tahu perangai cemburu buta isteri Ucop. Jadi dia taknak mencari masalah dengan mereka.

" Baiklah kalau macam tu. Jangan lambat tau. " Kata Ucop.

" Iya. " Balas Nadine.

Nadine kembali masuk dan mula menyediakan alatan perubatan Akupuntur untuk Mak Ucop.

15 minit kemudian, dia dengan menaiki basikal terus pergi kerumah Ucop untuk membantu Neneknya disana.

Manakala dirumah besar milik Nuh, Nash dan Ianya menanti Nuh untuk pergi ke kampung Sebelah. Nash nak sangat menemui sahabatnya dibangku sekolah.

" Dada!!! Tepatyah. " Panggil Inayya.

" Kejap. Dada dah siap ni. " Kata Nuh menuruni tangga ke ruang tamu.

" Haihhh sabar lah sikit. " Kata Nuh pada anak tunggalnya.

Inayya tersengih-sengih sambil memeluk kaki Nash kerana takut dimarahi oleh Nuh.

" Toyi Dada. " Kata Inayya dengan wajah comelnya.

" Dahlah. Jom kita gerak. Dada bak ambik Uncle Hairy lagi. " Kata Nuh.

" Hairy ikut? " Tanya Nash.

" Ye. Kalau Nuh penat, dia akan ganti tempat Nuh memandu. " Kata Nuh.

" Yelah. Jadi tak bosanlah nanti. " Kata Nash lagi.

" Jom Dada. Tite temput Yayah Haiy. " Kata Inayya pelat.

" Jom. " Balas Nuh sambil mengendong Inayya keluar rumah.

Selesai memasukkan luggage pakaian kedalam bonet, Kereta BMW milik Nash meluncur laju diatas jalan raya menuju kerumah Hairy.

" Kita singgah 7e kejap Tok. Nak beli makanan ringan untuk Inayya. " Kata Nuh.

" Baiklah. " Balas Nash.

" Naya nak topok, yoyipop. Cikem. " Kata Inayya.

" No kopok, No lolipop and No aiskrim. Understand. Dada akan belikan roti dan minuman je. " Kata Nuh.

" Boyeyah. Dada beyi catu coyat titat. Boyeh? " Pinta Inayya.

" Naya, please. Jangan makan makanan manis, Naya hyperaktif. Susah Dada nanti. Kita beli bun, waffle. Okey sayang. " Pujuk Nuh.

" Hmmm otey yah. " Balas Inayya.

Nuh tersenyum. Tak susah memujuk anak kecil itu. Akhirnya dia menyinggah di 7e dan lepas 25 minit didalam, dia keluar semula dengan membawa se plastik makanan didalamnya.

" One only. " Kata Nuh menyerahkan lolipop pada Inayya.

" Yeaayyyyy. Tayang Dada. " Kata Inayya lalu mengucup pipi Nuh lama.

" Sayang juga Baby girl Dada ni. " Kata Nuh.

Nuh meneruskan perjalanan ke rumah Hairy untuk menjemput kawannya itu. Hanya Hairy yang rapat dengan keluarganya.

Hairy sepertinya anak tunggal dan dia duduk bersama Ibunya. Ibunya bercerai dengan Papanya selepas Ibunya didapati menjalinkan hubungan dengan lelaki lain hingga melahirkan seorang bayi 20 tahun lalu. Namun siapa sangka bayi itu meninggal sewaktu Ibunya melahirkan.

Bayi yang disangka anak atas perselingkuhan Ibunya dan lelaki itu ternyata adalah adik kandung sebapa dengan Hairy. Hairy sudah menyelidiki semuanya. Dia juga sudah menemui kekasih Ibunya dan meminta lelaki itu menceritakan perkara sebenar.

Dari situlah dia mengetahui dia mempunyai seorang Adik perempuan. Namun adiknya dilahirkan di kampung dan ditinggalkan pada bidan yang membantu Ibunya melahirkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience