Chapter 20

Romance Completed 35261

Bau hidangan di atas meja makan menusuk ke dalam hidung mungil Sofia Amelia. Kakinya tertarik seperti magnet ke arah meja makan yang dibuat dari marble itu. Kebetulan Sofia Amelia memang lapar. Mak Ziah yang sedar akan kedatangan Sofia Amelia ke meja makan itu. Serta-merta Mak Ziah menghentikan kerjanya di dapur. Mak Ziah keluar dari dapur untuk melayan anak majikan yang cantik itu.

“Cik Sofi, duduk lah. Mak Ziah akan menghidangkan makanan untuk cik ye.” Mak Ziah mempelawa Sofia Amelia untuk menjamah makanan tengah hari. Jarang Sofia Amelia makan makanan tengah hari di rumah. Kerusi ditarik untuk Sofia Amelia. Pinggannya dibalikkan oleh Mak Ziah.

Sofia Amelia duduk tanpa memberi sebarang respons kepada Mak Ziah. Segala perhatian ditumpu kepada makanan. Mak Ziah pula sibuk menghidangkan makanan kepada Sofia Amelia.

“Kau dah makan?” soal Sofia Amelia setelah Mak Ziah selesai menghidangkan makanan kepada anak majikan.

“A… apa dia cik Sofi?” Mak Ziah terkejut mendengar apa yang diperkatakan oleh Sofia Amelia. Selama Mak Ziah berkhidmat di rumah Dato’Johari, rasanya inilah pertama kali Sofia Amelia bertanya adakah Mak Ziah sudah makan ke belum.

“Kau ni pekak ke? Tak korek telinga ke? Dah berapa lama tak bersihkan telinga kau tu?” balas geram Sofia Amelia. Walaupun dia geram, makanan tetap disuap ke dalam mulut.

“Maaf cik Sofi. Saya makan nanti cik. Cik makan lah dulu.” menjawab Mak Ziah. Jus tembikai dituang ke dalam gelas untuk Sofia Amelia.

“Kenapa belum makan lagi? Tak tengok jam ke? Nanti kau gastrik ke apa ke siapa yang susah?”

“Selalu saya makan lewat sikit cik.” Mak Ziah jawab tenang.

“Dia ambil berat pasal aku ke?” Mak Ziah tidak dapat mempercayai apa yang berlaku sekarang. Namun, dalam hati berasa sedikit gembira kerana dilayan dengan baik oleh anak majikan.

“Makan sekali dengan aku. Aku tak biasa makan seorang-seorang.” arah Sofia Amelia.

“Eh. Tak apa cik Sofi.” tolak Mak Ziah.

“Kau patut kena bersyukur tau. Aku layan kau harini baik.”

Mak Ziah tunduk muka di bawah. Fikir perlu ke dia makan bersama dengan Sofia Amelia.

“Assalamualaikum.” dengar Dato’Johari memberi salam.

“Waalaikumsalam Dato’” Mak Ziah membalas salam.

“Waalaikumsalam daddy. Come we eat together. Leceh lah pembantu rumah kita ni daddy. Sofi ajak makan sama, dia tak nak. Diri statik je.” mengadu Sofia Amelia. Dato’Johari yang dengar aduan anak tunggal itu berasa hairan. Tiba-tiba sahaja Sofia Amelia layan Mak Ziah lain macam. Dato’Johari dan Mak Ziah pandang satu sama lain. Pandangan yang membawa sama maksud iaitu ADAKAH INI SOFIA AMELIA YANG MEREKA KENAL SEJAK DULU LAGI?

“Makan lah Dato’” pelawa Mak Ziah.

“Duduk sekali Ziah. Kita makan bersama. Cik Sofi awak pun nak kita makan bersama kan.” gurau Dato’Johari. Kerusi sebelah Sofia Amelia ditarik dan diduduk oleh Dato’Johari.

Dato’Johari membaca doa setelah Mak Ziah siap hidangkan semua makanan.

Di sudut hatinya Dato’Johari berasa gembira akan perubahan anak tunggalnya. Walaupun perubahan itu tidak seperti diingini, adalah sedikit perubahan dalam perangai anaknya.


**************************

“Hi awak.”- Adam

“Hi. awak sihat?” - Christina

“Sihat. Busy ke?” - Adam

“Tak la. Nak keluar kejap lagi.” - Christina

“Pergi mana? Seorang ke?” - Adam

“Pergi karaoke. Tak lah. Dengan Rohani dan Sofi.” - Christina

“Wow. Karaoke. Karaoke area mana?” - Adam

“Karaoke Manekineko. Kat I-City.” - Christina

“Christina! Christina!” Rohani memanggil nama di luar pintu bilik Christina.

“Ye. Kejap lah!” laung Christina dari dalam bilik. Tidak lagi membalas mesej Adamnya.

“Sofi dah sampai lah. Cepatlah keluar. Berapa lama nak tunggu untuk kau? Kau ingat kita ni pergi kenduri kahwin ke?”

Christina membuka pintunya. Jaket kulit dipakai ke atas tubuhnya yang langsing itu.

“Nampak rock!” ketawa Rohani. Penampilan Christina malam itu memang kelakar.

“Apa ketawa-ketawa? Sekali-sekala berubah fesyen.” balas Christina. Mulutnya dimuncungkan.

Sofia Amelia yang masuk ke dalam rumah sewa itu turut gelak tengok pemakaian rakan itu.

“Kenapa dengan kau ni? Makeup tebal dengan pakaian selekeh kau ni.” gelak tawa Sofia Amelia semakin kuat. Rohani turut ketawakan Christina. Singlet kuning, jaket kulit berwarna hitam, seluar jeans warna kuning,makeup seinci tebal dengan aksesori yang dipakainya oleh Christina memang menyumbang kepada gelak ketawa kawan-kawannya.

“Dah lah! Tak payah lah gelakkan aku! Aku tahu lah aku ni tak cantik macam korang!” mata Christina bergenang. Tunggu beberapa saat untuk air matanya menitis. Rohani dan Sofia Amelia menghentikan gelak apabila tengok muka sedih kawan yang seorang itu.

“Sorry lah. Tapi memang pakaian awak tu kelakar. I can't control myself from laughing at you. Sorry once again okay. I swear I won’t laugh at you again.” tangan kanan Sofia Amelia diangkat sebagai sumpah kepada kawannya itu.

“Dah lah Christina. Pergi tukar pakaian awak. Wash your face. Pakai macam biasa. Kami tunggu untuk kau.” pujuk Rohani. Air mata Christina disapu dengan tisu.

“Ke kami nak tolong tukarkan baju kau?” mencelah Sofia Amelia.

“Tak payah! Ingat aku ni budak-budak ke?” Christina balas geram dan masuk ke dalam bilik. Pintu biliknya dihempas kuat sampai bahu Rohani dan Sofia Amelia terhinjut.


******************

“Along.”

“Ye umi. Masuk lah.” Iskandar yang sibuk dengan kerjanya terpaksa dihentikan sekejap kerana ibunya.

“Along, maaf kalau umi ganggu.” Fatima serba-salah sebab menganggu anak bujang itu.

“Tak apa umi. Along tak lah sibuk sangat pun. Tengah semak final projek along. Rabu ni kena submit dah.”

“Semua okay? Ada apa-apa masalah ke?” menyoal Fatima. Kepala anaknya diusap dengan penuh kasih sayang.

“Alhamdulilah semua okay umi. Jangan risau ye.”

“Bulan depan dah boleh langsungkan majlis pertunangan. Tadi umi dan abi berbincang dengan mak Wahidah. Mak Wahidah pun setuju.” Fatima memberitahu berita itu kepada Iskandar Faiz.

“Baik umi. Syukur alhamdulilah. Ni umi. Duit untuk perbelanjaan.” Iskandar Faiz mengeluarkan RM 2300 dari dompetnya.

“Along, ada duit ke? Simpan duit tu along. Umi ada duit untuk belanja. Tak lama lagi along dah nak kahwin.”

“Tak apa umi. Lagipun ni tanggungjawab along. Along ada simpanan sikit. Sekarang pun persiapan untuk buka office baru tengah berjalan lancar. Ambil lah umi.” duitnya diletak di atas tangan Fatima.

“Terima kasih along.”

“Apa pulak umi. Terima kasih semua? Along cukup dengan kasih sayang umi, abi dan Tasha. Itu lah harta buat along.”

Air mata seorang ibu gugur. Bukan sebab sakit hati. Sebab hatinya gembira. Bangga dengan diri sendiri kerana membesarkan anak yang bertanggungjawab dan sopan.


*********************

“Nak nyanyi lagu apa?” soal Rohani. Tangannya membelek semua koleksi lagu.

“I’m okay with any language. Cik Christina, masih marah ke?” Sofia Amelia perhatikan Christina.

Dari kereta lagi Christina monyok. Tidak layan seperti selalu. Ambil hati ke Christina dengan apa yang berlaku tadi?

“Tak ada lah.”

Tiba-tiba pintu bilik mereka diketuk. Rohani membuka pintunya.

“Adam?” terkejut Rohani dengan kehadiran Adam di situ.

“Macam mana mamat ni tahu kami kat sini?” fikir Rohani. Matanya dialih ke arah Christina.

Christina pula gembira dengan kedatangan Adam di situ. Muka yang monyok tadi terus berubah ke wajah gembira.

“May I come in?” Adam bertanya apabila tengok tiada reaksi di muka Rohani.

“Masuk je lah Adam.” Christina berbunyi kuat. Sofia Amelia pula menyampah tengok muka Adam. Mana taknya, Adam perhatikan Sofia Amelia seperti nak terkam je.

“Kau yang bagitahu dia ke?” Rohani berbisik kepada Christina.

“Yes.”

“Kenapa kau bagitahu dia? Kau tahu kan ni ladies night!”

“Apa salahnya Adam join kita?”

“Baru je aku cakap, ni ladies night! Adam tu perempuan ke? Dah tukar jantina?” tanya Rohani. Rasa marah membuak-buak.

“Alah! Chill lah! Kau tengok dia tu. Segak je. Sedap mata memandang.”

“Aku rasa macam nak muntah! Uwekkkk!” Rohani siap membuat gaya muntah.

“So girls, jom lah nyanyi.” Adam memulakan sesi nyanyi.

“Kau ni pandai nyanyi ke?” soal Sofia Amelia. Sejujurnya, Sofia Amelia kurang senang dengan kehadiran Adam di situ.

“Am I look like not good at singing?”

“Of course! Dengar suara pun macam orang sakit.” sindir Sofia Amelia. Rohani tidak mampu menahan tawanya. Christina pula geram dengan sindiran Sofia Amelia.

“Don’t judge me before you listen to my voice when I am singing.”

Jawapan selamba Adam itu membuatkan Sofia Amelia naik geram.

“Nyanyi lah. Nanti aku komen. Suara kau macam mana.” cabar Sofia Amelia.

“Alright.” lagu Jampi menjadi pilihan Adam untuk nyanyi malam itu. Lagu yang mengandungi maksud tersirat.

Bermula pandang pertama
Terlihat kamu di depan mata
Terasa debar di dada
Menahan rasa bila kau ada
Kau buat ku terpaku
Sepertinya diri ku yang mau diri kamu
Dan bila kau hadir bagai satu misteri
Ternyata diriku bagai sudah di jampi
Dan bila kau hambakan hatiku kembali
Ternyata hanya kau harus aku cintai

Mata Adam tertumpu pada Sofia Amelia. Rohani memperhatikan semua gaya Adam. Ianya seperti Adam menyukai Sofia Amelia. Christina yang tidak perasaankan itu, menganggap lagu itu Adam nyanyikan untuk dirinya.

“So, how was my voice Miss Sofi?” menyoal Adam setelah selesai bernyanyi.

“Suara Hael Husaini lagi best lah. Sedap dengar!” membalas Sofia Amelia dengan selamba.

Adam yang mendengar komen itu terus berubah wajah.

“Dia tak erti ke aku nyanyi lagu ni untuk dia? Aku sudah jatuh hati dengan dia?” gumam Adam dalam hati.

“Adam, you sang very well. I love your voice.” komen Christina bagi menghargai Adam.

“Thank you Christina.”

“Ingatkan Sofi akan puji aku. Tapi apa yang jadi terbalik. Betul ke suara aku tak sedap? Aku dapat hadiah tau masa sekolah dulu. Tak apa. Kau lagak lah macam kau tak suka dengan aku. Lama-lama aku akan pastikan kau jatuh ke tangan aku. Kau hak aku! Hak aku seorang sahaja Sofia Amelia!” Adam gumam dalam hati. Rasa hendak memiliki Sofia Amelia kian bertambah.


********************

“Mak Ziah mana Sofi?” tanya Dato’Johari. Puas Dato’Johari mencari kelibat Sofia Amelia di rumahnya.

“Cik Sofi keluar Dato’.”

“Keluar? Dengan siapa?”

“Tak tahu Dato’. Tapi biasanya cik Sofi kan keluar dengan cik Rohani dan cik Christina kalau malam.”

Dato’Johari hanya mengangguk. Betul apa yang dikata oleh Mak Ziah. Sofia Amelia selalu keluar dengan kedua-dua rakan perempuannya kalau waktu malam. Kalau dia keluar dengan orang lain selain Rohani dan Christina, mesti Sofia Amelia memberitahu awal.

“Ziah, awak happy tak?” menyoal Dato’Johari.

“Maksud Dato’?” Mak Ziah kerutkan dahinya. Tidak faham apa yang ditanya oleh majikannya.

“Happy sebab Sofi layan baik harini?”

“Memang gembira lah Dato’.” Mak Ziah menjawab dengan senyuman.

“Saya harap sangat Sofi tak ubah lagi. Saya akan lega kalau sedikit demi sedikit perangai dia berubah.”

“Inshallah Dato’. Dato’ doa untuk cik Sofi ye. Mesti Allah akan makbulkan doa Dato’ satu hari nanti.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience