BAB 7

Romance Completed 4267

“Tak, aku tak suka kau"

“Ya, kau suka aku"

“Ada bukti?"

“Ada, ni buktinya! Sekarang cuba cakap dengan aku apa maksud semua ni?" soal Ken dengan geram sambil tangan menunjukkan sebuah buku tebal yang berwarna merah itu. Helaian yang hendak dia tunjukkan dia buka. Di situ terdapat luahan hati Hanis terhadap Ken. Rupa- rupanya Hanis juga sukakan Ken.

“Ka.. Kau dapat dari mana?" soal Hanis dengan gagap. Buku itu buku milik kepunyaannya. Terdapat banyak khazanah hatinya di dalam buku itu. Tentang cintanya, perasaanya, dan tentang kesihatannya juga dia tulis di dalam buku itu. Nampak seperti keanak- anak gayanya tetapi baginya itu cara dia untuk meluahkan perasaan. Hanya dengan menulis.

“Syamira bagi aku... Dia tau pasal penyakit kau sebab dia terbaca buku ni. Sekarang ni kau tak boleh nafikan yang sebenarnya Nur AHanis binti Hashim suka dekat aku" Hanis menggelengkan kepalanya tanda tidak percaya. Kedua- dua telinga di tutup lalu dia terduduk. Esakan mula kedengaran di bibir mungilnya itu.

“Kenapa kau buat aku macam ni Ken? Aku nak jumpa mak ayah aku. Aku tak boleh terima kau. Kau jangan nak paksa aku" Ken ikut sama duduk bercangkung sambil melihat Hanis menangis teresak- esak.

“Aku tak paksa kau pun Hanis. Tapi kau tu yang paksa diri kau. Kau paksa dia supaya jangan terima aku padahal sudah terang tang- tang yang kau suka aku. Kenapa kau nafikannya?" soalnya pada Hanis. Hatinya berasa sakit saat melihat gadis kesayangannya itu menangis teresak- esak. Hendak di peluk tubuh itu hatinya melarang kerna mereka masih belum mempunyai sebarang ikatan yang sah di sisi agama pun. Cis, baru sekarang hendak fikir fasal hukum hakam agama? Padahal sebelum ini ikut suka hati sahaja jika hendak pegang Hanis. Seperti orang yang jahil tentang ilmu agama. Padahal perkara ini sudah belajar sejak kecil lagi. Hurm... Tidak mengapalah, semua orang pernah melakukan kesalahan. Yang penting bertaubat.

“Aku nak jumpa mak ayah aku... Aku tak nak bila aku pergi, aku rasa serbasalah... Aku rindu mak ayah aku sangat- sangat. Aku nak jumpa diorang, tolonglah Ken" luah Hanis. Tubuhnya itu sudah di peluk oleh Syamira. Sebak Syamira ketika ini apabila mendengar luahan hati si teman.

Dia mungkin tidak tahu apa yang di rasa oleh Hanis kerana dia masih mempunyai kedua ibu bapa. Minda mula terbayang wajah si ibu dengan ayah. Tiba- tiba dia terasa rindu. Takut juga andainya dia kehilangan ibu bapanya. Ternyata sungguh perit andai mereka tiada di sisi kita buat selama- lamanya.

“Kau jangan cakap macam ni Hanis. Aku rasa kalau mak ayah kau boleh bercakap, mesti diorang nak kau teruskan hidup. Lagipun kalau kau mati sekali, belum tentu kau boleh jumpa mak ayah kau. Amal kita bukannya banyak Hanis. Sepatutnya bila kita di timpa musibah macam ni kita ingat Tuhan. Entah kita tenang ke tak dekat kubur tu nanti. Lagipun mesti mak ayah kau masih perlu doa seorang anak untuk tampung diorang dekat sana" nasihat Syamira. Hanis tersentak apabila mendengar nasihat Syamira itu. Dia terdiam seribu bahasa. Ada benarnya segala apa yang diperkatakan oleh Syamira itu. Dia berfikir sejenak sebelum berkata. Nafas di tarik sedalam- dalamnya lalu di lepaskan.

“Baiklah... Aku akan pergi hospital dan terima rawatan." Berinya kata putus. Syamira dengan Ken mengucapkan kata- kata syukur. Senang hati mereka apabila mendengarnya.

“Maksudnya kau terima aku jugalahkan?" soal Ken dengan nada teruja. Wajah Hanis sudah memerah menahan malu apabila mendengar soalan itu.

“Tengoklah dulu"

“Ala..."

“Aku gurau je..."

“Yes! Yes! Yes!" jerit Ken kegirangan.

“Minggu depan kita nikah!" Hanis terkejut beruk di situ bersama Syamira.

“Kau ni agak- agaklah. Tak sabar- sabar" rungut Hanis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience