Bab 12

Romance Completed 12519

“SEBAB aku cintakan dia!”

Kata-kata Izzah asyik terngiang-ngiang di telinga Harraz.
Dia tersentuh dengan pengakuan itu. Kepalanya terbayang kembali gelagat
Izzah yang cuba mendekatinya. Dia tersenyum seorang diri. Telefon
pintarnya berbunyi. Dia mencapai telefon pintar yang diletakkan di meja
lampu. Tanpa melihat nama pemanggil dia terus menyentuh ikon hijau.

“Helo...” Harraz bersuara.

“Helo, angah... kak long ni. Petang ni ambil kak long kat
rumah eh? Temankan kak long shopping barang baby.” Julia, kakak
sulung Harraz bersuara di hujung talian.

“Abang long mana?” tanya Harraz pelik.

“Angah tak tahu ke abang long dengan papa pergi seminar?”

“Lupa pulak.” Harraz mengetuk dahinya.

“Malam ni kak long tidur rumah mama. Temankan kak long eh?”
pinta Julia.

“Okey. I'll pick you up around 3 pm.” Usai mematikan
talian, Harraz bangkit dari pembaringan lalu melangkah ke bilik mandi.

*****
“AMBOI, semua warna pink! Dah tahu ke jantina baby?” Harraz
membelek-belek pakaian bayi di dalam bakul yang dipegang kakaknya.

“Sebab dah tahulah kak long ambil. Jom kita pergi kat
bahagian botol susu.” Julia mengepit lengan Harraz. Ketika dia sedang
membelek botol susu, Harraz mendekatkan telinganya pada perut Julia yang
sudah membulat. Terkejut Julia dibuatnya. “Isy, budak ni! Kat sini
jugak dia nak buat perangai. Bangunlah, orang pandang tu.” Dia menolak
sedikit bahu Harraz.

“Kejaplah, kak long. Angah nak dengar bunyi baby ni.”
Harraz mengusap perut Julia yang sudah memboyot ke depan. Kemudian dia
mengangkat kepalanya.

“Jom pergi bayar? Bawak bakul ni.” Julia menyerahkan bakul
yang dipenuhi dengan barangan bayi kepada Harraz, kemudian dia mengepit
lengan Harraz kembali. Perutnya yang sudah membesar itu menyukarkan
pergerakkannya.

*****
SUDAHhampir seminggu Harraz tak berjumpa dengan Izzah. Dia sendiri
berasa pelik. Selalunya Izzah pasti akan tercari-cari dia. Tak kira dia
ada di perpustakaan, di bawah pokok atau di kafe mesti gadis itu akan
terpacak di depannya. Dalam diam dia mula merindui gelagat Izzah yang
suka memaksanya. Hatinya pula sudah jatuh suka pada gadis itu semenjak
gadis itu membuat pengakuan di depan Aiman.

Harraz bangkit dari duduk. Belakang seluarnya dikibas-kibas.
Dia merenung ukiran nama pada batang pokok. Perlahan-lahan dia mengusap
ukiran nama itu. Kemudian dia menyeluk poket seluar jean lantas
mengeluarkan telefon pintar. Dan dia menangkap gambar ukiran nama itu
untuk disimpan sebagai kenangan. Selesai menangkap, dia menjadikan
gambar itu sebagai wallpaper di telefon pintar.
“Id,” panggil Harraz ketika Idham dan Syamira lalu di depannya.

“Ya?” Idham dan Syamira menghentikan langkah.

“Kau nampak Reen tak?”

“Aku nampak Izzah kat library tadi,” beritahu Idham

“Thanks.” Harraz mencapai begnya lantas meninggalkan
kawasan taman.

“Kenapa tiba-tiba je dia cari Izzah?” tanya Syamira pelik.

“Entah...” Idham menjungkitkan bahu. “Mungkin dia dah
bersedia nak bukak pintu hati dia kot?”

“Kalau betullah apa yang awak agak tu, baguslah. Tak adalah
kawan kita yang sorang tu muram lagi.” Syamira dan Idham melabuhkan
duduk di bangku.

“Izzah muram? Kenapa?” Idham tak jadi mahu mengeluarkan buku
dari beg sandang.

“Entahlah. Bila saya tanya dia tak nak cakap. Dia cuma cakap
yang dia takkan kacau Harraz lagi. Muka dia pun saya tengok macam nak
menangis je bila sebut nama Harraz,” terang Syamira.

“Mungkin dia dah tak kuat kot nak kejar Harraz lagi. Yalah,
setiap kali dia cuba rapat dengan Harraz, Harraz mengelak. Mesti dia dah
mula rasa malu sebab dia sorang je yang syok sendiri.” Idham pula
membuat andaian.

“Tapi sekarang dia dah tak payah nak muram-muram lagi sebab
Harraz dah boleh terima cinta dia, kan?” Syamira menongkat dagu. “Mesti
sweet, kan kalau dia orang couple? Harraz cute, Izzah pulak
cantik. Bagai pinang dibelah dua. Sama cantik, sama padan.” Syamira
memejamkan mata membayangkan Harraz dan Izzah bersanding di atas pelamin.

“Sudah-sudahlah tu berangan!” potong Idham. Dia menilik jam
di pergelangan tangan. “Mana Li dengan Dhia ni? Dia orang ni pergi makan
ke buat makanan?” sungut Idham.

“Sabarlah. Sekejap lagi sampailah tu,” pujuk Syamira.

*****

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience