Chapter 16

Romance Completed 35261

Bunyi muzik di kelab malam itu sangat kuat. Boleh koyak tisu telinga agaknya. Lampu-lampu di kelab malam bertukar-tukar. Ada yang sibuk menari, ada yang sibuk minum, ada yang hanya berbual kosong di kelab malam yang terletak di area Selangor itu.

Adam dan kawan-kawan hanya memandang dan menikmati suasana kelab malam tersebut. Adam pula membelek telefon bimbit dan melayari akaun Instagramnya. Satu persatu story followers dibuka dan tengok sambil minum air coke.

Story Christina dibuka. Semua gambarnya lihat dengan teliti. Matanya membulat saat tengok gambar sambutan hari jadi Sofia Amelia.

“Hari ini birthday dia ke? Alamak. Dah pukul 9 malam. Tak akan lah aku nak wish dia sekarang. Apa lah aku ni. Nak kahwin dengan Sofi tapi tak tahu pun birthday dia tu.” bertutur perlahan. Tangannya diletak di dahinya.

“Kenapa ni cha?” muncul Khairil dari belakang.

“Kau ingat lagi tak?”

“Ingat apa ni cha? Cakap biar clear sikit?” Khairil menggaru kening. Air dalam gelasnya diminum perlahan.

“Sofia Amelia.”

“Owh. Minah sombong yang kau syok kat Uni kau tu ke?” Khairil bertanya kepada Adam.

Adam menjeling apabila kawannya labelkan buah hatinya dengan perkataan ‘SOMBONG’. Memang betul pun sombong.

“Yes.” Adam tetap mengangguk.

“Kenapa dengan dia? Accident ke?”

“Hish kau ni! Kumur mulut kau dengan Clorox.” balas geram Adam.

“Kau nak aku mati ke kumur Clorox ke Cha? Sampai hati kau.” ujar Kharil. Tangannya diletak kat bahagian luaran tekak.

Adam yang menyaksikan aksi kawannya berasa lucu. Ketawa tercetus jugak dari mulut Adam.

“Harini birthday dia. Aku tak tahu. Aku tak wish dia pun. Dah lah pukul 9 malam. Tak akan lah aku nak wish dia sekarang. Macam mana lah aku dapat pikat hati dia Cha? Dah lah dia tu bukan macam perempuan lain.”

“Memang betul pun. Boyfriend jenis apa kau ni?” menyoal Khairil.

“Sejak bila pulak aku jadi boyfriend?” pelik Adam. Setahu dirinya, dia belum couple dengan sesiapa lagi.

“I mean future boyfriend” tersenggih Khairil.

“Apa aku nak buat? I have to impress her cha.”

“Apa kata kau buat macam aku suruh? Mana tahu usaha itu membuahkan hasil?” Khairil mengangkat kedua-dua keningnya. Ideanya diberitahu kepada Adam.

“Akan success ke?” curiga Adam.

“Maybe yes, maybe not. We will know once you have approached her.” jawab Khairil.

“Lantak lah. Ikut je lah cadangan dia.” Adam mengambil keputusan untuk mengikuti cadangan Khairil. Harap-harap jadilah!


***************************

~ Day 1 ~

Hari ini hari pertama cabaran antara Rohani dan Sofia Amelia. Terdapat 47 hari lagi untuk buatkan Iskandar Faiz untuk cintakan dirinya.

“Iskandar. Faiz. Macam mana aku nak buatkan kau jatuh cinta dengan bidadari macam aku?” otaknya berfikir rancangan untuk menjatuhkan Iskandar Faiz. Tangannya menyisir rambut panjang paras bahu itu.

“Sebelum jadikan dia jatuh cinta dengan aku, I have to know about him. Dah lah nama penuh dia pun aku tak tahu. But how should I gather information about him? Dah lah aku tak pernah cakap dengan dia.” membebel Sofia Amelia.

Baru dia teringat yang dia pernah bertengkar dengan Iskandar Faiz di hospital hari itu. Semua kejadian di hospital Shah Alam dikenang kembali.

“Apa hubungan antara musuh aku dengan lelaki itu? Kenapa hari itu dia terhegeh-hegeh tolongkan adik betina itu? There must be a serious relationship between them.”

Laci meja belajarnya dibuka. Kertas kajang dikeluarkan. Pen warna-warni diambil.

ISKANDAR FAIZ @ Mamat boneka

“Boneka? Yes! Bagi Sofia Amelia Iskandar Faiz adalah boneka. Satu patung.”

Nama Penuh- Iskandar Faiz bin ???
Umur- ???
Kelulusan- ???
Asal- ???
Kesukaan dia- ???

“Aku tak tahu apa-apa pun pasal dia ni, macam mana aku nak plan? Tapi, I’m sure he will fall for me if he knows that I’m rich.” senyuman sinis diukir di bibir Sofia Amelia.

“Dari segi pemakaian dia, cara cakap dia, nampak sangat dia tu bukan orang kaya. Alah, orang miskin ni senang je. Kalau dah nampak duit, terus tumbang ke arah orang kaya. Senang lah kerja aku. Rohani kau akan tewas dengan aku nanti.” hatinya berbunga apabila mengutuk Iskandar Faiz.

Ting!

Whatsapp dibuka. Mesej Christina dibaca.

“Sofi, harini ada kelas tau! Pukul 2. Jangan lupa. Kita jumpa kat cafe. Nak makan dulu. Bye.”

“Alright. Korang tunggu kat rumah sewa je. I will come and pick you girls. Tak payah tempah grab.” mesej Christina dibalas.

“Nanti-nanti je lah fikir plan for my challenge. Now, get ready for class.”


*********************

“Kat mana lah aku nak cari Sofi? Semua tengok aku semacam je.”

Mana tak nya orang tak nampak semacam kalau tangannya dipenuh dengan barang-barang? Satu tangan memegang jambangan bunga yang dibuat daripada bunga ros dan 50 keping not RM 100, tangan kirinya pula memegang beg yang diisi dengan hadiah.

“Itu pun dia.”

“Assalamualaikum. Maaf ganggu masa awak makan.” Adam memberi salam kepada Sofia Amelia. Rakan-rakan di sebelahnya tidak dilayan. Mana mahu layan? Matanya tidak beralih dari menatap muka Sofi.

“Nak apa?” menyoal Sofia Amelia acuh tak acuh.

“This is for you. Belated happy birthday Sofia Amelia.” Jambangan bunga dan hadiah dihulurkan kepada Sofia Amelia.

Hati Christina remuk apabila memandang kesungguhan Adam untuk menyambut hari jadi Sofia Amelia.

“Christina, kau tengok sekarang. Dah dapat jawapan untuk soalan kau yang ditanya hari itu?” Rohani bisik di telinga Christina.

“That’s why aku dah warn kau haritu, jangan menaruhkan harapan terhadap seseorang. Tengok sekarang. Kau yang hadap sakit tu.” Rohani bertambah lagi.

“No! Adam is mine! Aku tak akan biarkan orang lain rampas dia dari aku!” kedua-dua tangan Christina mengepal.

Sofia Amelia menyambut huluran Adam. Lalu, tanpa sesiapa sangka, hadiah dan jambangan bunga dilemparkan ke muka Adam. Adam dan Rohani terkejut. Malahan, Christina pula seronok dalam hati.

“Kau ingat kau dapat impress aku dengan kau buat macam ni?” sindir Sofia Amelia.

“Sofi… saya…”

“Shut up! Listen here! Kau bukan taste aku faham! Pergi cari lah perempuan lain! Kau apa kelas! Nak aku pulak!” Sofia Amelia terus sindir Adam. Mereka diperhatikan oleh orang ramai. Perasaan malu tidak dapat ditahan oleh Adam. Tak sangka Sofia Amelia tergamak buat macam itu. Tak suka tak apa! Tapi jangan lah hina kesungguhan orang.

Tanpa membuang masa, Sofia Amelia meninggalkan ruang itu. Rohani dan Christina hanya mengikuti Sofia Amelia. Rohani dan Christina berasa kasihan pada Adam. Tapi apakan daya? Mereka tidak mampu buat apa-apa.

“Tak apa. Nanti aku pujuk kau ye Adam.” mengumam gembira Christina.

Wahidah Tiara dan Iskandar Faiz hanya memerhati peristiwa itu dari jauh.

“Dia tu tak akan berubah kan Is. Kasihan lelaki tu.” Wahidah Tiara turut rasa kasihan dekat Adam.

“Dah lah Tia. No point in talking about her.” Iskandar Faiz tidak berminat untuk bercakap pasal Sofia Amelia. Dalam hatinya berasa syukur sebab Wahidah Tiara bukan seperti Sofia Amelia.

“Kalau lah aku dapat perempuan macam dia, sudah pasti abi akan kerjakan aku cukup-cukup. Nasib baik Tia bukan macam dia.”


*********************

“Hi Adam. Awak okay?” - Christina.

“Hi awak. I’m okay.” - Adam.

“I’m sorry bagi pihak Sofi.” - Christina.

“No. It’s okay. Dia tak suka saya.” - Adam.

“Cha, apa macam? Jadi tak plan aku?” Khairil terus mendekati Adam yang duduk di atas kerusi di kelab malam. Nampak sangat Adam serabut.

Adam yang sibuk layan Christina berhenti. Dah lama dia menunggu untuk kawannya. Baru dia muncul.

“Layan siapa tu? Sofia ke?” usik Khairil tanpa tahu kebenarannya.

“Kepala otak kau!” jerkah Adam.

Khairil yang tengah memesan airnya berhenti. Terkedu dengan jerkahan Adam.

“Kenapa ni?” menyoal Khairil.

Adam ceritakan semuanya. Mukanya merah menahan amarah.

“Relax cha. Aku tak sangka minah tu sombong gila!” menyesal Khairil sebab memberi cadangan.

“Nanti kita plan lagi, okay? Ni kau tengah layan siapa tadi?”

“Christina.”

“Siapa tu?”

“Kawan Sofi.”

“Okay apa? Tak dapat Sofi, tak apa lah. Ushar lah kawan dia tu.”

“Tak nak lah aku. Aku layan dia sebab dah lama aku tunggu kau. Dah nak sejam aku tunggu kau sini. Kalah kan perempuan. Untuk release boring, aku layan dia.” jawab Adam.

“Sofia Amelia aku akan membuatkan kau menyesal sebab malukan aku harini.” tekad Adam sambil minum air baki di gelasnya.


************************

“Kenapa happy semacam?” soal Rohani. Matanya tertumpu pada movienya.

“Aku mesej Adam.”

Terus mata Rohani menghala ke arah Christina.

“Aku dah warn kau awal-awal. Kau sedar lah Christina. Jangan sesal nanti. Sediakan payung sebelum hujan, sesal kemudian tiada gunanya.” sempat Rohani memberi amaran kepada Christina dengan menggunakan peribahasa.

“Kau ni kan Rohani. Tak baik tahu buruk sangka kat orang.” Christina pertahankan dirinya. Percayakan Adam tidak akan menipu dirinya.

“Apa-apa je lah.” malas Rohani untuk melayan Christina.

“Ni, aku nak tanya. Kenapa kau challenge macam tu dengan Sofi?” dari semalam Christina memikirkan hal itu.

“Kenapa?”

“Aku tanya kau, kau tanya balik kat aku ni dah kenapa?”

“Saja je.”

“Kau tak takut ke kalah nanti?”

“Aku tak akan kalah Christina.” yakin Rohani.

“Confident?” perli Christina.

“Yes.”

“Cakap dengan aku, kenapa kau buat macam ni? How do you know Sofi will lose with you?”

“Iskandar Faiz bukan macam kita fikirkan. Dia tu orang baik. Peramah. Bukan senang untuk buatkan Iskandar untuk jatuh cinta dengan Sofi. Lain lah kalau Sofi pun sama perangai dengan Iskandar. Tapi kan. Aku still rasa Sofi tak dapat buatkan Iskandar tu suka kat dia walaupun Sofi menjadi baik. Ubah perangai.” terang panjang Rohani.

“Kenapa kau cakap macam tu?”

“Iskandar Faiz tu dah ada teman wanita. Kau tahu tak siapa girlfriend Iskandar Faiz?”

“Tak.” jawab Christina bersama dengan gelengan.

“Wahidah Tiara.”

Mata Christina membulat saat dengar berita itu. Wahidah Tiara dan Sofia Amelia jauh berbeza.

“Kau gila ke Rohani? Kau tahu kan. Wahidah Tiara dan Sofi tak boleh jumpa? Pantang. Yang kau heret Iskandar tu dah kenapa?” marah Christina. Seram untuk membayangkan apa yang berlaku selepas ini.

“We just wait and see.” Rohani jawab selamba. Tidak berfikir langsung bahana yang akan ditimpa dengan cabaran ini. Siapa yang akan menang? Adakah Sofia Amelia? Adakah Rohani? Yang pastinya mangsanya adalah Iskandar Faiz.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience