BR 12

Romance Series 4386

Tik Tik Tik

Humaira sesekali melihat ke arah jam tangannya. Jenuh dia menanti jarum jam menunjukkan pukul empat petang kerana dia tidak sabar untuk menamatkan kuliah terakhir hari ini dan juga merupakan untuk minggu ini. Ya. Hari Khamis sentiasa dinantikan oleh mereka untuk lari dari kesibukan hari kuliah.

Tambahan pula sebagai pelajar tahun dua yang berada di semester ketiga, jadual mereka amat padat setiap hari kerana dipenuhi dengan sesi kuliah dan makmal. Hanya hari Khamis sahaja jadual mereka agak longgar.

Humaira menoleh pula ke arah rakan-rakannya pula, rata-rata sudah kekurangan tenaga dan fikiran entah melayang ke mana. Hanya beberapa ketul sahaja yang masih segar dan menunjukkan minat dengan apa yang Dr. Safura curahkan di hadapan sana. Mia disisinya sudah pun terlelap.

Dalam geng mereka berlima, hanya dia dan Mia yang kerap tertidur ketika kuliah berlangsung. Sementara, Bella, Syahira dan Kaira pula tekun mendengar dan sesekali mencatit apa-apa yang mereka dapat ke dalam buku nota atau nota kuliah yang disediakan.

Insan yang rajin, getus Humaira yang hanya memerhatikan gerak-geri rakannya sambil kepalanya diletakkan diatas meja.

Melihat Humaira yang seakan terawangan, Kaira menyiku lengan Humaira.

"Dah.. Dah bangunn. Kejut Mia tu. Dokter nak bincang pasal tugasan kumpulan ni." geram betul Kaira dengan dua orang ini. Kuat tidur betul. Nak-nak yang duduk paling hujung dan tersorok itu. Nasib baik mereka duduk di barisan yang paling belakang. Kalau tidak memalukan sahaja. Haishh...

"Ummmm."

"Ish! Cepat la."

Mahu tak mahu, Humaira turutkan jua perintah Kaira.

"Mia. Oooooo..... Mia.. Bangun. Mak tiri suruh bangun. Dia cakap dokter nak cakap pasal kerja kumpulan tugasan kumpulan ni. Penting ni. Bangun laa.." bahu Mia digoncang-goncang. Mia hanya respon panggilan Humaira dengan geliat malas sahaja. Tiada tanda-tanda Mia mahu bangun.

"Memandangkan saya tengok ramai daripada kamu ni dah semakin menunduk ke meja. Jadi saya nak panggil beberapa daripada kamu supaya share sikit idea apa yang kamu nak buat untuk projek kumpulan ni." kata Dr. Safura yang mula ligat mencari mangsa untuk dipanggil ke hadapan kelas.

Mendengar kata-kata Dr. Safura, pelajar kelasnya mula ibarat cacing kepanasan. Masing-masing mula duduk dengan tegak untuk mengelak daripada dipanggil untuk berkongsi idea.

"Yang duduk kat hujung....sana tu. Awak mari sini. Cuba kongsi sikit idea awak dari mimpi indah awak tadi." Jari dan mata Dr. Safura lurus menunjuk ke arah Mia berada.

Mia yang masih mamai itu terkulat-kulat apabila disuruh ke hadapan.

Habis.

Mata rakan-rakan kelasnya yang lain tercacap ke arah Mia. Mereka menanti tindak-tanduk Mia yang seterusnya.

"Mia, dokter suruh kau pergi depan share idea. Cepatlah bangun. Orang tengok kita ni giler." desak Humaira apabila dia merasakan pergerakkan Mia seakan sloth.

Sempat lagi Mia meneguk air mineralnya untuk menyegarkan mata dan membasahkan tekaknya sebelum berlalu untuk ke hadapan kelas. Tangannya turut mencapai kertas A4 dari atas mejanya.

"Cepat!" jerkahan lembut Dr. Safura mendapat sambutan ketawa daripada seisi kelas itu apabila melihat gelagat Mia yang terkedek-kedek itu. Mia menutup separuh wajahnya dengan kertas A4 yang dilipat dua itu.

"Eh, saya lupa! Ahli kumpulan kamu sekali ke hadapan. Hah siapa ahli kumpulan kamu? Ke depan cepat." Mendengar arahan Dr. Safura, mahu atau tidak, Bella, Syahira, Humaira, Kaira dan Syukri terpaksa ke hadapan. Bersusun mereka berbaris di belakang Mia.

Mikrofon bertukar tangan. Seluruh kelas memberi fokus kepada Mia yang berada di hadapan.

Ya Allah kau selamatkanlah Mia. Amin! Doa Humaira dari belakang.

Fuh!

"Assalamualaikum dan selamat petang. Untuk tugasan kumpulan kali ini, kumpulan saya bercadang untuk membuat tong sampah yang boleh menghasilkan baja semula jadi. Di mana idea ini berdasarkan course kami iaitu, Biodiversiti yang mengutamakan pemuliharaan dan pemulihan. Tong sampah ni kami fokus untuk sisa makanan harian yang dibuang dan ditukarkan menjadi baja organik. Jadi bagi orang yang suka berkebun di rumah boleh menggunakan baja ini dengan percuma." Idea dicurah senafas dan tanpa perasaan.

Setelah selesai memberi penerangannya Mia menoleh kembali ke arah Dr. Safura memberi isyarat bahawa yang dia telah selesai membentang idea kumpulannya.

"Okey. Nampaknya kumpulan kamu nak hasilkan tong sampah yang boleh menghasilkan baja. Bagus ada idea yang menarik. Saya buka kepada kawan kelas kamu untuk tanya soalan kepada kamu dulu. Baiklah sesiapa boleh tanya kawan kamu ni apa-apa tentang produk yang kumpulan dia nak hasilkan. Bayangkan kamu semua ni seorang usahawan yang nak hasilkan sesuatu yang berguna untuk masyarakat. Macam mana kamu nak manfaatkan ilmu yang kamu dapat berdasarkan course kamu itu boleh berguna dan menjana pendapatan kamu sekiranya kamu nak menceburi bidang perniagaan."

Mampus. Doktor cakap kongsi idea je. Kenapa ada sesi tanya soalan pulak ni, gumam Mia. Janganlah soalan yang pelik-pelik.

"Tadi Mia cakap yang tong sampah ni untuk buang sisa makanankan? Jadi maksudnya kita tak boleh buang barang macam plastik atau kaca ke?" Amboi soalan Mei Jun.

"Kalau ikut logik tak. Sebab plastik dengan kaca tak boleh decompose dengan mudah. Jadi leceh kalau kita nak asingkan pula barang yang tak boleh decompose tu bila kita nak ambil dan guna baja."

"Dah tu macam mana nak buang sampah lain? Kene standby tong sampah lain pula ke? Banyaklah pula tong sampahnya." Huzir pertikai.

"Tak salah pun kalau sediakan tong sampah lain. Lagipun kerajaan memang ada mengajar supaya kita asingkan sampah kita untuk memudahkan proses kitar semula. Lagi satu, bukan setiap hari kita akan buang barangan plastik dan kaca. Betul tak?" balas Mia. Tolonglah masa habis cepat. Malas jawab dah.

"Baja tu pula macam mana kalau kita tak nak guna. Bukan semua orang berkebun?" soal Farihin.

"Bagi orang lain pula jawab." pintas Dr. Safura sebelum sempat Mia menjawab. Mikrofon bertukar tangan.

"Baja tu kalau tak nak guna buang je la. Takde masalah pun." Hah ambik nak. Aku main jawab je ni, getus Syukri.

Belum sempat pelajar lain membuka mulut, Dr. Safura menghentikan kelasnya.

"Baiklah, masa dah nak tamat. Kita sambung lagi perbincangan tugasan projek ni dengan idea kumpulan lain pula. Terima kasih untuk idea kumpulan kamu. Kita bersurai." kata Dr. Safura setelah menilik jam tangannya.

Lega rasa bila kuliah Asas Keusahawanan ini tamat. Mia dan ahli kumpulan kembali ke tempat masing-masing untuk berkemas pulang.

"Weh Mia nasib kau dapat jawab. Kalau tak mati group kita." tertawa Syahira mengenangkan bila Mia di suruh berkongsi idea kumpulan mereka. Sudahlah tiada perbincangan serius antara mereka berenam untuk projek kumpulan itu. Dengan Mia yang mamai lagi.

Namun tidak hairan bagi Bella tentang perihal Mia kerana Mia memang sebegitu lagi sejak mereka kenal dari kecil. Jadi tiada apa yang merisaukan pun.

"Tah aku pun jawab tadi main tibai je. Nasib masa habis." celah Syukri yang turut menuju ke pintu keluar.

"Nanti kita bincang balik eh."

"Okey. Pape korang roger aku kalau nak bincang." balas Syukri kepada Kaira.

"Mia." Laungan itu cukup membuatkan mereka yang sedang bergerak keluar dari bilik kuliah itu untuk menoleh ke arah suara yang bergema. Mia memandang dengan hairan.

"Kau buat apa kat sini?"

"Hehehe.. Jumpa kaulah. Apa lagi."

"Ish dia ni. Memanglah kau jumpa aku tapi nak cakap pasal apa. Takkan nak tengok aku pastu bla kan?" Mia bersandar bersebelahan Zafril pada tembok koridor tingkat empat itu. Empat lagi rakannya pula berkumpul berdekatan Mia. Menanti.

Haah memang saja nak jumpa kau, kata Zafril dalam hati sahaja. Bibirnya menguntum senyuman.

"Aku ingat nak ajak kau keluar esok. Free tak?" Membulat mata Mia mendengar ajakkan Zafril. Melihat reaksi Mia, Zafril menyambung lagi "Aku nak ajak kau pergi library je lah. Kata aritu nak belajar Adobe Photoshop ngan aku. Besok aku free."

"Tak boleh." celah Syukri yang muncul tah dari mana. Tak sempat Mia nak menjawab.

"Kenapa?" soal Zafril kebengangan. Siapa mamat ni tetiba mencelah. Dengan tak bagi salam. Kang mendapat.

"Sebab kita orang ada group discussion esok petang." jawab Syukri lagi.

Pandai-pandai dia sahaja. Mia pula hanya mengangguk. Ya mereka perlu bincang pasal projek tong sampah tadi. Hukkk.

"Pagi Mia?" Zafril masih mencuba.

"Nope." balas satu suara dari arah belakang Zafril. Seorang lagi yang pandai-pandai menjawab untuk Mia. Mata mereka tercacap pula pada si dia.

"And what now?" Apahal ada sahaja yang menyibuk ni. Zafril masih mengawal hatinya yang sedikit menggelegak. Aku nak borak dengan Mia tak boleh.

"Cause we have lab discussion tomorrow morning." jawab Emir bersahaja.

Bila Mia memandangnya pelik, Emir hanya menggongcangkan telefon bimbitnya sebagai isyarat meminta Mia membaca WhatsApp group mereka. Melihatkan Mia seakan memahami apa yang dia cuba sampaikan, Emir berlalu pergi.

"Haahlah Ril. Esok aku macam tak free la. Sabtu boleh tak?" kata Mia yang baru memeriksa perbualan WhatsApp group 'Lab KA' yang masuk beberapa minit lepas.

"Boleh je untuk kau." balas Zafril sambil tersenyum. Yes! Dapat juga.

"Hurmm terdesak. Dasar pemurah." kata Raisya secara rambang tetapi memandang ke arah Mia sebelum beredar bersama Azura dan Melissa. Sinis sahaja pandangan mereka.

"Kenapa tu?" soal Zafril bila merasa kata-kata yang jelas ditujukan kepada Mia. Jealous?

"Biasalah perempuan tu memang dengki ngan kita orang ni. Pula-pula dengan Mia dan Syahira. Almaklumlah orang rasa geng dia hot stuff. Acah-acah cantik. Popular dan mesra dengan budak laki dan perempuan. Siapa ajalah yang tak kenal geng perempuan tu. Berbanding ngan geng kita orang ni yang sendu. Takde orang pandang tapi ramai ja budak-budak laki tegur kita orang. Atau lebih tepat usyar dua ketul ni." kata Bella sambil memeluk Mia dari belakang. Zafril dan Syukri terus berpaling ke arah lain bila mendengar kata-kata Bella. Mengelak pandangan. Ops! Terasa ke?

Sedari empat rakan Mia tadi sudah pun mendekati Mia sebaik sahaja melihat beberapa orang rakan kuliah mereka yang masih berada di situ kelihatan galak bergosip mengenai Mia.

"Eh mana ada. Pandai-pandai je kata aku ngan Mia. Korang pon ramai je yang usyar tapi jual mahal."

"Ril, kau ada apa lagi ke nak cakap ngan Mia? Kita orang nak balik ni."

"Aaaa takde dah. Okeylah Mia kita jumpa Sabtu tau. Nanti roger-roger okey."

"Kau Syuk? Tak nak balik ke? Nak terconggok kat sini?" sergah Bella lagi bila Syukri hanya mematungkan diri di sebelah Mia. Kaira, Syahira dan Humaira hanya tertawa melihat gelagat Syukri. Tau suka tapi jangan tunjuk sangat.

"Bye korang jumpa esok. Assalamualaikum." Matanya tidak lepas memandang wajah Mia walaupun hanya dengan ekoran mata.

Mereka bersurai ke kenderaan masing-masing untuk bergerak ke destinasi mereka sendiri.

Tbc

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience