Chapter 51

Romance Completed 35261

“Goda Is?” bulat mata Sofia Amelia apabila mendengar cadangan kawan baik, Christina.

“I think this is a good idea Sofi.” setuju Rohani.

“Korang rasa goda ini senang ke? Aku tak biasa goda orang lah.” Sofia Amelia menafi keras.

“Sofi, tiada lelaki yang tahan lama apabila tergoda. Tak kisah sekeras mana hati dia, mesti lelaki akan jatuh dalam genggaman perempuan apabila digoda. Goda ada power tau! Jangan ambil mudah tindakan menggoda.” ujar Christina seperti ada pengalaman.

“Kau ni boleh tak bagi idea yang berguna?” bersuara Sofia Amelia. Bagi dia menggoda tidak mudah untuk dia melakukannya.

“No, ni je idea yang aku ada setakat ni.” kata Christina sambil mencebik.

“Sofi, aku rasa idea ni dapat mencairkan hati Is. Why not kau try? Kalau gagal, kita cuba fikir cara lain.” Rohani memujuk Sofia Amelia untuk bersetuju dengan cadangan Christina.

“Jangan fikir banyak Sofi. Ikut aku. Kita pergi Aeon Mall. Lepas ni tak ada kelas kan.” ajak Christina. Sudah ada plannya!

“Aeon Mall? Untuk apa?” blur Sofia Amelia.

“Untuk beli barang keperluan untuk malam harini.” kata Christina dan menarik tangan Sofia Amelia. Rohani hanya mengikut tanpa bersuara.


***************************

Wahidah Tiara tiba pejabat Iskandar Faiz. Bibirnya tidak lekang dari senyuman. Bukan senyuman manis, tetapi senyuman sinis. Dengan muka sombong Wahidah Tiara masuk ke dalam pejabat Iskandar Faiz.

“Sayang.” Wahidah Tiara masuk ke dalam bilik Iskandar Faiz tanpa mengetuk pintu bilik.

Iskandar Faiz yang memikirkan hal rumahtangga terkejut melihat kedatangan Wahidah Tiara di pejabatnya. Sudahlah fikiran berkecamuk, perasaan pun tidak stabil, apa tujuan Wahidah Tiara datang ke situ?

“Apa lagi Tia?” tanya Iskandar Faiz acuh tak acuh. Muka Wahidah Tiara tidak dipandang langsung.

“So, how was yesterday? Mesti betina tu kata tak kan. Buat drama bagai kan. Mesti dia merayu pada awak supaya tak tinggalkan dia. Betina tak guna! Tak ada maruah, tak ada harga diri.” Wahidah Tiara masih lagi mengutuk Sofia Amelia.

“Shut up Wahidah Tiara! Kalau kau nak kutuk isteri aku, kau keluar dari pejabat aku sekarang. Aku tak suka orang lain hina isteri aku. Sofia Amelia isteri aku. Aku cintakan dia walau apa pun terjadi! Faham?” tegas Iskandar Faiz.

“Kenapa awak masih bodoh lagi Is? Dia tipu awak. But you still want her in your life. Dengar cakap saya Is, Sofi is not a right girl for you. Dia bukan isteri baik untuk awak.”

“Kau akan jadi isteri baik untuk aku lah?” tanya Iskandar Faiz sambil senyum sinis.

“Of course. Only me can be a perfect wife to you, sayang.” balas Wahidah Tiara yakin.

“Kau tak payah nak yakin sangat lah Tia. Kau dah lupa ke siapa putus tunang dulu. Kau sendiri yang putus tunang haritu. Tak bagi aku masa untuk terang pada kau. Sekarang kau kata hanya kau yang mampu jadi isteri yang solehah untuk aku. Haritu beria sangat nak putus tunang, sekarang nak beria untuk jadi isteri aku. Sekarang ni aku tak faham. Kau buat ni sebab cinta atau kau balas dendam?” Iskandar Faiz sudah hilang kesabaran. Wanita yang pernah dicintai dulu menguji kesabarannya.

Wahidah Tiara menelan air liurnya. Muka marah Iskandar Faiz meruntuhkan benteng keberanian.
Tidak pernah Iskandar Faiz marah sehingga mukanya merah bagai nak menelan Wahidah Tiara hidup-hidup.

“Is, saya memang cintakan awak.”

“Tia, aku tahu apa tujuan sebenar kau datang sini, cerita benda yang sudah lepas dengan aku. Kau nak aku dengan Sofi berpisah. So that it will be an opportunity for you to get back with me, betul tak?” menyoal Iskandar Faiz seolah-olah dia sudah tangkap niat sebenar Wahidah Tiara.

“Is, bukan macam tu.” menolak Wahidah Tiara. Mukanya kalut.

“Better get lost from here!” arah Iskandar Faiz.

“Is, saya…”

“I said get lost! Kau pekak ke Wahidah Tiara!” jerkah Iskandar Faiz. Fail yang bertimbun di atas mejanya dilempar ke arah pintu bilik.

Terkedu Wahidah Tiara mendengar jeritan Iskandar Faiz. Tarshan yang dari tadi berkira-kira untuk masuk ke dalam bilik terus masuk ke dalam bilik Iskandar Faiz apabila mendengar jeritan kuat Iskandar Faiz.

“Bro, kau okay ke?” tanya Tarshan cemas. Matanya sempat mengerling Wahidah Tiara yang sedang berdiri di hujung bilik dengan perasaan takut.

“Suruh dia keluar dari sini, Tar.”

“Tia, please.” Tarshan suruh Wahidah Tiara untuk bertindak sepertimana Iskandar Faiz suruh.

Dengan terpaksa Wahidah Tiara ke luar dari bilik Iskandar Faiz. Kakinya hentak geram.

“Is, kau kenapa? Ada masalah?” tanya Tarshan setelah kelibat Wahidah Tiara hilang dari situ.

Iskandar Faiz hanya berdiam. Kepalanya dipicit perlahan. Neck tienya dilonggarkan. Tarshan yang perhatikan reaksi kawannya, duduk berhadapan.

“Cha, aku tahu lah. Kau tak payah duduk diam macam ni. Better you share with me. Mana tahu aku dapat tolong kau.” pujuk Tarshan.

Iskandar Faiz menghembus nafas perlahan. Dirinya kembali stabil.

“Tar, apa reaksi kau bila dapat tahu orang yang kau cinta menipu kau?” soalan itu keluar dari mulut Iskandar Faiz.

“Kenapa tanya tiba-tiba Is? Kau ada masalah dengan Sofi ke?”

“Jawab aku dulu.”

“Mestilah sakit hati. Tapi aku akan siasat dulu. Akan bincang dengan orang tu. Kalau alasan dia munasabah, maybe aku akan bagi dia second chance dan memaafkan dia.” jawab Tarshan jujur.

“Tapi kebenaran itu sakit sangat Tar.” suara Iskandar Faiz bertukar sedih.

“Is, cerita kat aku what has happened?” Tarshan tidak senang duduk.

Iskandar Faiz menceritakan masalah antara dia dan Sofia Amelia. Apabila bercerita, hatinya terasa sakit. Sakit apabila mendapat tahu dirinya telah diperbodohkan oleh isterinya.

“Is, there is no relationship without any misunderstandings and fights. Kau tahu kan.” Tarshan mula pembicaraannya selepas Iskandar Faiz menghabiskan ceritanya.

Iskandar Faiz hanya mengangguk lemah. Dia setuju tiada hubungan tanpa sebarang masalah.

“Is, aku bukan nak sokong sesiapa dalam hal ini. At the same time, aku faham perasaan kau sekarang. Tapi, apa yang Sofi telah buat sebelum korang berdua kahwin tu salah. But it was past. Sekarang kau dan Sofi dah kahwin. Past does not do anything with your present and your future. Please cha. Fikir betul-betul. Jangan kemarahan kau butakan mata dan hati kau. I guess you know why Tia is doing this. Dia nakkan kau. She is obsessed dengan kau. Aku rasa bukan mudah untuk Tia lepaskan kau. She might do anything to get back to you. Kau kena hati-hati Is.” nasihat Tarshan panjang lebar.

Apa yang dinasihati oleh Tarshan dapat menyedarkan Iskandar Faiz. Iskandar Faiz dapat berfikir secara rasional.

“Aku terasa hati dengan Sofi, Tar. Aku rasa tertipu apabila Tia ceritakan semuanya. Apatah lagi Sofi sendiri mengaku. I was frustrated that time. Sampaikan aku tak dapat fikir betul-betul.” luah Iskandar Faiz.

“Is, kau balik rumah. Spend time with your wife. Aku tahu hubungan you guys pun not that good. Jangan jadikan lebih teruk keadaannya. Listen, there is no one left behind from making mistakes. Kesalahan akan menjadi pengajaran dalam hidup. Jadi, everyone deserves a second chance. Sofi pun layak untuk dapatkan peluang kedua. You as a husband, think wisely. Fikir betul-betul sebelum bertindak.”

“Thank cha. You made me clear. I owe you a lunch treat.” balas Iskandar Faiz dengan rasa tenang.


********************************

Baju tidur satin berwarna merah dikeluarkan dari beg Victoria Secret. Hati berdebar-debar. Adakah perlu Sofia Amelia pakai baju itu? Adakah misinya dapat dijalankan? Dengan kekuatan yang ada, Sofia Amelia masuk ke dalam kamar mandi untuk bertukar pakaian.

Sofia Amelia memandang dirinya yang dikenakan baju tidur satin yang jarang itu. Minyak angin disembur di bahagian leher.

“Seksinya. Dulu aku pakai seksi. Tapi lepas kahwin, aku dah tak nak pakai seksi-seksi. Tapi baju ni bukan seksi tahap normal, ni seksi teruk. Macam tak pakai baju langsung. Jarangnya.” gumam Sofia Amelia perlahan.

Bunyi buka pintu bilik didengar. Itu bermaksud Iskandar Faiz sudahpun balik dari kerja.

“Dia dah balik. Kenapa aku nervous ni? Relax Sofi. You can do it. Aku bukan goda laki orang, aku goda laki aku sendiri. Bukannya berdosa. Dapat pahala kalau layan suami. Dapat pahala free, siapa tak nak kan.” dengan hati yang berdebar-debar, Sofia Amelia melangkah keluar.

Iskandar Faiz terkedu melihat pakaian isterinya. Nafsunya mula meninggi. Sofia Amelia menghampiri Iskandar Faiz. Tangannya membuka butang kemeja Iskandar Faiz.

“Abang, I miss you. I miss your touch.” bisik Sofia Amelia di telinga Iskandar Faiz romantik. Tangan milik Iskandar Faiz diraih dan letak di pinggang. Bibirnya mencium bibir suaminya. Iskandar Faiz mula membalas ciuman isterinya. Tubuh isterinya ditarik rapat. Nafas mereka menjadi tidak teratur. Masing-masing hanyut dalam nafsu. Setelah beberapa minit, bibir mereka terlepas. Kedua-duanya mencari nafas.

“Sofi…apa ni?” soal Iskandar Faiz selepas nafasnya kembali teratur.

“Abang tak suka ke? Takut tergoda?” tanya Sofia Amelia.

“Sofi, kalau awak ingat dengan cara ini dapat menarik perhatian saya, awak salah. Saya tahu saya orang biasa. Saya pun ada nafsu. Saya pun ada perasaan. But I don’t think this is a way to make me cool down.” balas Iskandar Faiz dan masuk ke dalam wardrobenya.

Muka Sofia Amelia membahang. Tahap rasa malunya setinggi gunung everest. Tidak sangka suaminya akan berbalas sebegitu. Marah sangat ke suaminya?

Sofia Amelia baring di atas katil sambil memejam matanya rapat. Kecil hati dengan layanan Iskandar Faiz. Tidak sampai 15 minit, Iskandar Faiz menghampiri Sofia Amelia. Dahi isterinya dicium lembut. Lama-lama ciuman singgah di bibir mungil Sofia Amelia.

“Apa dia buat ni?” fikir Iskandar Faiz apabila melihat mulut isterinya muncung seperti mencium. Malah matanya dipejam.

“Ni mesti dia mengkhayal.” bisik Iskandar Faiz. Peha putih isteri yang terdedah itu meningkatkan nafsu Iskandar Faiz. Namun, dia pandai kawal nafsunya. Nasib baik imannya kuat!

“Sofi… Sofi… bangun.” peha isterinya ditepuk perlahan. Dahi Sofia Amelia berkerut. Tetapi bibirnya masih muncung ke depan.

“Eh abang, why do you stop kissing?” terus Sofia Amelia menyoal setelah sedar.

“Bila masa pula abang kiss?”

Soalan yang ditanya oleh Iskandar Faiz menambah perasaan malu. Sofia Amelia sudah pun gagal dalam rancangan menggoda suaminya. Menyesal pula bersetuju untuk mengikut rancangan Christina.

“Itulah berkhayal. Dah pergi bawah. Kita makan bersama. Abang ada belikan pizza.” arah Iskandar Faiz.

Tanpa membantah Sofia Amelia keluar dari biliknya laju.

“Padan muka kau Sofi.” gumam Sofia Amelia dalam hati.

Iskandar Faiz yang melihat gelagat isterinya tersenyum. Hatinya berasa lega apabila melihat isterinya. Walaupun marah, rasa rindunya tidak boleh disingkirkan dari hati.

“Abang seronok kenakan sayang tadi. Saja abang nak usik sayang. Kalau hari-hari sayang goda abang macam ni, abang memang tak tahan. Abang dah maafkan sayang.”

Here is an update after some days :) Kikki busy sangat lately. Enjoy reading semua ;) Jangan lupa untuk follow ig Kikki :) miz.kikki_novelplus

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience