Bab 47

Short Story Series 55082

Haikal memandu laju di jalan raya yang lenggang tanpa sebarang kenderaan. Telefonnya dikerling beberapa kali apabila panggilan telefonnya tidak berjawab. Dia melepaskan kemarahannya dengan memukul stereng kereta beberapa kali sehingga tangannya berasa kebas. Dia menarik nafas yang dalam sebelum menelefon Areen semula. Dia begitu berharap yang Areen akan menjawab panggilannya kerana dia mahu memastikan berita yang baru didengarinya daripada Rina sebentar tadi.
Dia berasa kepalanya seperti dihempap batu yang besar. Ini kali kedua perasaan seperti itu dirasakannya. Pertama saat dia terpaksa berkahwin dengan Rina dan kedua adalah ketika mengetahui bahawa Areen mengandung anaknya.

“Sial!!!” Haikal mencarut apabila panggilannya tetap tidak diangkat oleh Areen. Haikal terus memecut sehingga dia melewati kawasi masjid. Haikal masih tidak berputus asa dia masih mencuba menelefon Areen sehingga dia hilang fokus mengenderai keretanya.

Tiba-tiba Haikal melihat seorang lelaki tua yang berjubah putih dan berserban melintas di hadapan keretanya. Haikal membelokkan sterengnya dengan cepat agar tidak terlanggar lelaki tua itu tetapi akibatnya kenderaannya hilang kawalan. Kereta sedan hitam milik Haikal berpusing beberapa kali sebelum melanggar tebing jalan dan terhempas secara terbalik.

Haikal mengadu kesakitan apabila dia merasakan seluruh tubuhnya kaku. Darah yang mengalir di kepala mula membasahi wajahnya. Dia cuba untuk meminta pertolongan tetapi mulutnya seakan terkunci. Haikal teringat orang-orang yang dia sakiti di dalam hidupnya. Semua orang itu seakan mentertawakan keadaannya ketika itu.

Sebelum mata Haikal tertutup Haikal sempat melihat lelaki tua yang melintas di hadapan keretanya itu berdiri disebelah kereta. Tiba-tiba Haikal terimbas kembali lelaki tua yang dia marahi di masjid sewaktu menghantar Rina dahulu. Lelaki tua itu lelaki yang sama.

“Tolong aku…” Haikal tidak sedarkan diri.

Subuh Jumaat itu Rina membaca surah Al Kahfi selepas selesai menunaikan solat fardu. Membaca surah Kahfi adalah salah satu sunat yang diharuskan di penghulu segala hari itu. Rina membaca dengan tertib dengan lantunan suaranya yang sedikit kuat. Tiba-tiba Aqilah mengetuk pintu biliknya dengan wajah yang cemas sehingga Rina memberhentikan bacaannya.

“Kenapa?” Rina bertanya.

“Bukan ini kereta suami kau ke?” Aqilah menunjukkan telefon pintarnya yang memaparkan berita yang dibacanya sebentar tadi.

Rina yang mendengar kata-kata Aqilah segera mendekati Aqilah dan melihat sendiri berita itu. Rina terkejut dan hampir saja dia terjatuh tetapi bandannya sempat di sambut oleh Aqilah. Air mata Rina mengalir laju. Walaupun Haikal sudah memperlakukan dirinya dengan buruk tetapi dia masih bersedih dengan kemalangan yang menimpa Haikal itu.

“Di mana hospital yang merawat Haikal sekarang?” Rina bertanya kepada Aqilah.

“Hospital yang sama tempat aku bawa kau hari tu.” Aqilah memberitahu hospital yang merawat Haikal selepas membaca berita penuh.

“Bawa aku ke sana Aqilah.” Rina menarik tangan Aqilah meminta wanita itu membantunya untuk ke hospital tempat merawat Haikal.

Aqilah mengalah dan membawa Rina dan Qalifh pergi ke hospital tersebut. Selepas bertanya di kaunter kecemasan keberadaan Haikal mereka segera berlari ke arah bilik pemedahan yang ditunjukkan.
Disana Rina melihat Tan Sri Mansur dan Mak Minah sedang menangis di hadapan bilik pemedahan itu.

“Papa…” Rina menyeru nama Tan Sri Mansur dan serentak lelaki itu menoleh. Rina berlari memeluk Tan Sri Mansur kerana berasa kasihan melihat air mata tua itu mengalir. Rina cuba memujuk agar bapa mertuanya itu tidak lagi menangis.

Lama mereka menanti di luar bilik pemedahan tetapi masih belum ada tanda-tanda doktor yang merawat Haikal akan keluar. Rina meminta diri untuk ke tandas mengambil wuduk. Dia tidak mahu meninggalkan Tan Sri Mansur sendirian di situ jadi dia akan menunaikan solat dhuha dan hajat di hadapan bilik pemedahan itu.

Selesai berwuduk, Rina menghadap kiblat dan solat memulakan solatnya diperhatikan yang lain. Rina mengangkat kedua tangannya lalu berdoa dengan air mata yang berlinangan.

“Ya Rahman, Yang Maha Penyayang. Ya Rahim, Ya Maha Pengasih. Hamba menadah kedua tangan hamba untuk mengadu keluh kesah ku. Ya Allah selamatkanlah suamiku yang sedang bertarung nyawa di dalam bilik pemedahan itu. Hamba bermohon kepada-Mu. Hamba masih belum meminta kemaafannya sepanjang menjadi isteri kepadanya. Berikanlah hamba kesempatan untuk meminta maaf kerana hamba-Mu ini tidak mahu menjadi orang yang rugi. Ya Allah, sungguh dia seorang bapa yang baik yang begitu mencintai anaknya. Maka dengan kebaikan itu maka selamatkan ayah dari anakku dan demi bapa mertuaku yang begitu baik terhadap diriku dan anakku. Maka balaslah kebaikannya dengan menyelamatkan anak yang dicintainya.

Hamba bermohon bersungguh-sungguh kepada-Mu. Tiada tempat untuk hamba mengadu kecuali kepada-Mu. Tiada tempat untuk hamba meminta kecuali hanya kepada-Mu. Ya Malik, demi kebesaran-Mu maka sembuhkanlah suamiku. Ampunilah dosa-dosanya dan kembalikanlah dia ke pangkuan kami agar dia mengenali-Mu. Sungguh hamba ikhlas memaafkan kesalahannya terhadap diriku.” Rina bersujud selepas berdoa dengan sujud yang lama ditemani air mata.

Aqilah yang mendengar doa Rina memalingkan wajahnya kerana air matanya turut mengalir mendengar doa yang tulus dan ikhlas itu.

‘Sungguh mulia hatimu wahai sahabatku. Walau sudah banyak perbuatan jahat yang dilakukan Haikal kepada kau tetapi kau memaafkannya dengan ikhlas. Ya Allah, selamatkan Haikal.” Aqilah berdoa di dalam hati.

Tan Sri Mansur yang mendengar doa Rina segera mendekati Rina dan dipeluk menantunya itu dengan erat. Dia menangis semahu-mahunya melihat betapa mulianya Rina kerana masih mendoakan anaknya yang selama ini sudah jahat terhadapnya. Selama ini dia ego kerana memaksa kehendaknya untuk mengikat Rina menjadi isteri Haikal yang jelas tidak layak.

“Maafkan papa, anakku. Papa benar-benar menyesal kerana tidak dapat menjaga kamu dengan baik. Ya Allah, dosaku yang selama ini terlalu tamak sehingga menyakiti hati anak Rina dan Aqil.” Tan Sri Mansur meraung lagi menangis sambil saling berpelukan dengan Rina.

Pintu bilik pemedahan terbuka. Segera mereka yang berada di situ bangun tetapi tidak Rina. Rina masih di dalam posisi duduk diantara dua sujudnya.

“Bagaimana dengan keadaan anak saya?” Tan Sri Mansur bertanya tidak sabar mendengar jawaban daripada doktor itu.

“Bersyukurlah kepada Allah kerana menyelamatkan anak encik.” Doktor itu berkata sambil tersenyum kerana dia juga bersyukur dapat menyelamatkan nyawa orang lain.

Bergema ucapan takbir dan syukur daripada mereka semua mendengar khabar baik itu. Rina juga menutup matanya melepaskan nafas berat yang bermukim di dadanya. Rina bangun sekali lagi dan mengangkat takbir sebelum bersujud mensyukuri nikmat yang Allah berikan.

‘Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah.’ Hati Rina berbisik di dalam sujudnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience