Rate

Bab 38 Terungkap

Romance Completed 278216

Setelah mereka sampai dekat R&R Genting Sempah, Adib dan Anis pun berhenti untuk singgah makan. Adib meletakkan keretanya bahagian letak kenderaan berdekatan dengan restaurant McDonald's.

"Mari Anis, kita turun makan. Anis nak makan apa?" Tanya Adib menatap Anis yang kelelahan.

"Mari!" Sahutnya sambil mengikuti langkah Adib dari belakang.

Adib berhenti seketika menunggu Anis agar mereka dapat jalan beriringan.

"Anis rasa penat sangat ke?" Ucapnya sambil memeluk bahu Anis.

Anis mengangguk perlahan. First time Anis Umairah berjalan seharian, selama ini Anis lebih banyak menghabiskan masanya di bilik untuk membaca buku atau novel online aplikasi novel plus atau .

Setelah mereka sampai bahagian kaunter McDonald's, mereka telah memesan 2 set spicy chicken Mcdeluxe dan 5pcs Ayam Goreng Mcd dan dessert Adib dan Anis memilih strawberry fudge brownie mcflurry. Setelah itu mereka mencari tempat duduk sementara menunggu makanan yang mereka order.

"Anis, tunggu abang kejap dekat sini ya...abang nak pergi toilet kejap!" Sahut Adib Umair sambil menghulurkan sling bagnya pada Anis.

"Okay abang." Anis menggangguk perlahan sambil menyambut huluran tangan Adib tanpa curiga.

Anis duduk termenung di meja restaurant McDonald's sambil menunggu Adib yang pergi membuang hajatnya. Tidak berapa lama kemudian, handphone Adib berdering namun Anis tak hiraukan kerana fikirnya itu adalah private Adib. Anis merasa tidak sopan menyelongkar barang-barang yang bukan miliknya. Sedang Anis membetulkan duduknya, tiba-tiba dompet Adib terjatuh ke lantai. Anis cepat-cepat menunduk memungut dompet Adib, risau kalau-kalau ada barang Adib yang tercicir tanpa dia sedari.

Anis ingin menyimpan semula dompet Adib, namun ia terselak. Tanpa sengaja Anis terlihat kad Adib yang terletak bahagian hadapan. Jantungnya berdegup kencang, dirinya membeku seperti tidak percaya apa yang dia lihat. Airmatanya tanpa dia sedari mengalir perlahan-lahan. Adakah yang dia lihat itu nyata atau sekadar khayalannya saja? Adakah takdir sudah mempermainkan dirinya. Terlalu banyak persoalan yang timbul di fikiran Anis, dia mesti bertanya pada Adib, apakah yang dia lihat itu nyata atau sekadar ilusinya saja. Anis seakan bermimpi, jika mimpi tolong sedarkan dirinya.

Dari kejauhan Adib melihat Anis yang sudah berjuraian airmata, dahinya berkerut berteka-teki kenapa Anis menangis?

"Kamu kenapa?" Adib cuba bertanya setelah mendekati Anis, namun Anis menepis tangan Adib.

Anis cuma menggeleng pelan.

Hatinya terasa sakit, kecewa dengan Adib. Boleh ke dia membenci Adib? Orang yang perlahan-lahan telah bertapak dihatinya. Yang telah mencuri ketenangannya beberapa hari ini. Selama beberapa hari ni dia merasa, dirinya telah di permainkan oleh takdir.

Haruskah dia bersyukur?

Atau haruskah dia marah?

"Ada orang cuba kacau Anis ke?" Soal Adib resah.

Anis menggeleng lagi sambil menangis tersedu-sedu.

"Kamu kenapa Anis? Jangan buat abang risau!" Tegur Adib, volume suaranya sedikit meninggi. Bingung.

Anis semakin terisak, dia tak tahu macam mana nak beritahu Adib. Dadanya terasa sesak.

Adib duduk di tepi Anis, dia buntu. Semakin Adib bertanya pada Anis, semakin kuat tangisan Anis.

"Kejap Anis, pesanan kita sudah selesai. Lepas ni kita makan dekat kereta saja. Abang tak sanggup lihat Anis begini." Ucap Adib bingung.

Kenapa wanita meresahkan?

Apa yang berlaku sebenarnya?

Setelah Adib mengambil semua pesanannya, mereka pun kembali ke kereta, Adib fikir ... Anis tidak selesa melihat keadaan Anis yang memprihatinkan.

"Anis, tolong beritahu abang apa yang telah terjadi?" Soal Adib setelah dia melihat Anis mulai tenang duduk dalam kereta.

Anis cuma terdiam memandang hadapan, tiada sepatah pun suara Anis yang terkeluar.

"Cuba Anis kongsi dengan abang ermmm!" Pujuk Adib sambil mengusap lembut pipi Anis menggunakan tangan kanannya.

Anis menatap Adib tanpa berkedip, lalu air matanya berlinangan semula seperti air terjun yang mengalir.

"Kalau Anis ada masalah, please jangan senyap. Kalau Anis begini abang jadi risau."

Anis menghulurkan kad kahwin ukuran kad pengenalan pada Adib. Adib menyambut huluran Anis dengan tangan yang bergetar.

Jantungnya berdegup kencang, tak sangka Anis boleh tahu secepat ini. Dia berkeringat dingin, macam mana dia nak terangkan pada Anis? Tentang perjanjian perjodohan antara kedua orang tua mereka?

"Anis, abang minta maaf!" Itu saja yang dapat Adib katanya. Dia tertunduk, tak sanggup melihat mata Anis yang membengkak.

"Kenapa baru hari ni Anis tahu abang?" Sahut Anis dengan suara yang bergetar.

"Abang minta maaf Anis, abang sayang dengan Anis Umairah." Sahut Adib, suara Adib kedengaran bergetar.

"Macam mana Anis boleh menjadi isteri abang? Anis bingung!" Sahut Anis yang mulai lemah kerana terlalu lama menangis.

"Anis tak sayang dengan abang ke? Anis tak cinta dengan abang ke?" Tanya Adib ingin tahu.

"Bukan begitu abang, tapi Anis keliru!" Sahutnya sambil mengusap airmatanya.

"Tolong Anis terima abang!" Adib memeluk Anis, dia tidak tahu macam mana mahu menenangkan Anis saat ini.

"Abang akui, abang terlibat dalam hal ni... tapi abang ikhlas menikahi Anis, abang sudah terlanjur sayang dan cinta dengan Anis." Ucap Adib sambil menyatukan dahi mereka.

"Abang berjanji akan memberi kebahagiaan pada Anis. Abang janji tidak akan melukai hati Anis dan sekali-kali tidak akan membiarkan Anis bersedih lagi."

Hati Anis Umairah menghangat, terasa bahagia mendengar pengakuan yang Adib ikrarkan.

"Anis Umairah, My Lovely Secret Wife!"

Anis melihat Adib dengan mata kuyunya. Dia tersenyum seketika. Anis membalas pelukan Adib, dia merasa tenang setelah berada dalam pelukan suaminya Adib Umair Al-Baihaqi.

Adib mengucup dahi, kedua mata dan terakhir bibir Anis. Dia tak sangka Anis mengetahui secepat ini. Semoga Anis dapat terima kenyataan mereka.

"Anis belum mahu makan ke?" Soal Adib setelah melihat Anis mula tersenyum.

Anis mengangguk perlahan.

"Nak makan di mana?" Soal Adib semula.

"Kita makan dekat pondok la abang, selesa sikit." Ucap Anis perlahan.

Adib menggangguk sambil mengikuti kemahuan Anis. Mereka pun keluar dari kereta semula mencari tempat yang sesuai untuk mereka berdua makan. Mereka duduk berhadapan sambil menyantap pesanan mereka tadi. Setelah habis santapan mereka, Adib bercadang untuk membawa Anis balik ke rumah.

Adib harus memberitahu kedua orang tuanya tentang kelalaiannya perihal pernikahan rahsianya dengan Anis, sudah ketahui oleh Anis. Adib tak kisah kalau dia akan di marahi nanti, namun Anis juga seharusnya tahu akan pernikahan yang telah dilakukan sebulan yang lalu.

"Anis, mari kita balik...!" Adib menggenggam tangan Anis dengan lembut.

"Anis tak marah dengan abangkan?" Setelah mereka telah berada di kereta semula.

Anis menggeleng pelan.

"Anis ikhlas abang, kalau ini sudah memang kehendak Allah." Sahut Anis dengan lembut.

"Terima kasih Anis, abang tidak akan bosan mengatakan yang abang sayang Anis sepenuh hati abang!" Ucap Adib sambil memeluk Anis erat.

Setelah itu, mereka pun balik rumah.

maaf kalau tidak berapa menggigit. semoga terhibur ya

Share this novel

husmafiq enterprise
2022-11-04 19:32:29 

lembutnya hati Anis...


NovelPlus Premium

The best ads free experience