(cinquantotto)

Other Series 152486

Zen memandu kereta audinya ke dalam sebuah gudang utama di situ. Kereta diberhentikan di dalam.

Pintu utama besi yang sudah berkarat tadi diselak dari dalam. Juga beberapa pintu besi di bahagian sekelilingnya.

Dia menunggu... menunggu mereka tiba.

Punggung dilabuhkan pada bumper hadapan kereta, menghadap ke arah pintu utama tadi.

Jam tangan pintarnya dikerling, 'Dia kata lagi 15minit...'

Jarak kawasan itu dengan rumah persinggahan Dom dan Aleena agak jauh. Dalam 300km jauhnya.

Zen tak gusar langsung memikirkan yang Dom akan lambat kerana lelaki itu tak pernah mungkiri janjinya. Ataupun..

tak pernah dia tunjukkan kesalahannya.

Zen mengeluarkan sepucuk revolver Beretta9 dan dibelek-belek sebentar. Manalah tahu dia juga perlu membunuh malam ini sekurang-kurangnya dia sudah bersedia.

Beberapa minit berlalu, Zen memeluk tubuh sambil memejam mata. Menunggu dalam kegelapan. Controlled Plasma Bomb (CPB) sudah dipasang pada bahagian dalam kereta sebagai langkah berjaga-jaga.

Pendengarannya tajam, menangkap bunyi enjin kenderaan agak jauh dari situ.

'They're here. Looks like I've to kill them first perhaps.'

~~~~~~~~~~~~~

"Let's go inside and remember to follow our plan." Joseph berdiri di hadapan pintu pagar dawai usang sebelum memasuki kawasan itu.

Arahan diberikan ringkas. Orang bawahannya seramai 8 orang mula mengikutinya masuk ke dalam kawasan terbiar itu termasuklah Charl dan Brad.

Silicone mask diwajah mereka telah dibuka lebih menyesuaikan diri mereka untuk membunuh.

Joseph tak mahu memasuki kawasan dengan kenderaan kerana akan mengundang pengetahuan musuh.

Disebabkan dia tak pernah berhadapan dengan Dom mahupun anak buah lelaki itu membuatkan dia mengambil keputusan bodoh sendirian tanpa memaklumkan pada Javier.

Fikirnya membunuh dan memerangkap sasaran mereka mudah saja baginya. Mereka berpecah dan merapati gudang yang ditunjukkan Brad dan Charl.

Gudang utama di tengah kawasan itu terkunci, tak dapat dibuka. Joseph yang merancang untuk mengepung kawasan itu mula menukar strateginya.

Pistol siag sauer ditangannya dipegang erat, 'I'll fucking kill you dumbass.'

Hanya ada satu pintu utama yang tidak berkunci. Joseph mengagak rancangannya telah diketahui musuh dan mereka cuba memerangkap dia dan orang bawahannya.

Lachrymator atau Tear Gas dibaling melalui tingkap berlubang di bahagian atas gudang dan pintu utama tadi tanpa mereka memasukinya.

Apabila pasti gas sudah memenuhi ruangan, beberapa light sticks dibaling ke dalam sebelum gas mask dipakai setiap seorang dari mereka.

Joseph menendang kuat pintu besi utama itu seraya mengarahkan pistol ke dalam sebelum orang bawahannya turut masuk. Mereka mula mengelilingi gudang.

Kosong..

Sunyi..

Tiada sebarang tanda manusia melainkan kereta audi hitam di tengah-tengah gudang. Joseph memberikan arahan tangan supaya beberapa orang dari mereka memeriksa sekitar.

Tiga orang lelaki berjalan perlahan merapati kereta tersebut sambil tangan yang sedia terarah untuk menembak.

Kereta bercermin hitam itu diperhati dari luar, melihat jika ada seseorang di dalam. Zen di bahagian pemandu hanya memeluk tubuh, menantikan saat-saat kematian mereka.

'What a fools..' Zen menggeleng kepalanya perlahan, dia melihat jam pintar di tangan.

'You all going to die in a few seconds.'

Salah seorang dari mereka merapatkan diri dengan kereta dan cuba membuka pintunya tapi terkunci. Cermin kereta cuba dipecahkan menggunakan pistol yang telah dipasang trigger silent di bahagian muncungnya.

Baru beberapa tembakan dilepaskan di bahagian cermin kereta hadapan, Joseph sekumpulan dikejutkan dengan tembakan dari belakang Joseph.

Semua mata mereka yang tertumpu pada kereta tadi menyebabkam mereka lalai memerhatikan sekeliling dan pada masa itulah munculnya dia.

Dom Mikhail.

Tembakan tak mengenai Joseph kerana dia sempat mengelak dan melarikan diri ke kotak kayu berdekatan. Dua orang bawahannya yang tak sempat mengelak ditembak di bahagia belakang tubuh oleh das-das tembakan yang berterusan.

Tubuh mereka bergetar menerima tembakan yang tak berhenti, cahaya samar-samar memperlihatkan darah-darah yang tersembur keluar bersama das tembakan yang menembusi tubuh badan.

Joseph merengus kasar sebelum menjenguk keluar sesekali dari belakang tempat persembunyiannya untuk menembak ke arah lawan, begitu juga orang bawahannya yang lain.

Dom berpakaian kasual dengan bandanna hitam diikat pada bawah wajah menutupi separuh darinya. 50 caliber desert eagle handgun di tangan kanan menembak tepat pada sasaran di hadapan.

Tanpa memakai sebarang protection suit, Dom perlu mengelak peluru yang ada. Salah seorang dari mereka merapatinya dan cuba menembak dari jarak dekat.

Badannya mengenai dua tembakan dan calar kecil, tapi diabaikan.

Dom meluru ke arahnya sebelum pistol di tangan yang menghala ke arahnya ditendang silang dan ditembak di bahagian kepala lelaki itu.

Beberapa orang lagi yang masih menembaknya dibunuh oleh Zen yang turut membantu dalam menembak musuh.

Setelah hampir mati semuanya, Dom memandang Zen serius. Suara erangan dua orang lelaki yang masih hidup dari tembakan mereka hanya didengari sayup-sayup.

Dom merapati salah seorang darinya yang cuba meraih pistol yang tercampak di sebelahnya sewaktu di tempat tadi.

"Well well.." lembut suaranya bertutur, tapi tak sama dengan perlakuannya.

Lengan si lelaki di pijak dengan kuat beberapa kali, menghentak. Membuatkan si dia meraung kesakitan.

"Ouh.. look at this shit. Is it hurt so much?" Dom bertutur biasa lagi sebelum lengan tadi diangkat dan dipusingkan, mengeluarkan bunyi tulang patah.

Jeritan si lelaki tadi memenuhi ruangan gudang, Dom membiarkan si dia seraya membuang pandangan ke arah Zen.

"Kill them." arahan diterima. Zen tanpa ragu-ragu menembak musuh-musuh yang masih hidup.

Joseph yang panik dengan keadaan itu cuba menghubungi Javier, tangannya bergetar hebat.

Tapi sekelip mata, tanpa dia sedari.. seseorang ada di belakangnya. Memerhati.

"Hi there.. how long you been hiding here?" ramah suara itu bertutur, baru saja kepalanya menoleh.. satu tumbukan padu mengenai wajahnya membuatkan Joseph mencium simen lantai. Gas mask yang dipakainya bercabut dari wajah.

Dia terbatuk mengeluarkan darah dari mulutnya yang serta merta pecah. Baru kepala diangkat kembali, dia dibelasah teruk oleh Dom.

Tangan yang luka menumbuk Joseph tadi tak langsung dihiraukan Dom.

Ditampar dan ditumbuk wajah lelaki itu, ditendang..disepak segenap tubuh itu tanpa menghiraukan jeritan kesakitan Joseph.

"Huh! Ikat dan bawa dia balik sekali." arah Dom dingin pada Zen yang hanya memerhati di belakang.

"Si Dom and what about all this corpes?" Zen bertanya pula sambil memerhati mayat-mayat di sekelilingnya.

"You've your bomb with you? What kind of?" Tanya Dom polos seraya mengikat tangan Joseph yang tak bermaya ke belakang tubuh menggunakan tali pinggang kulitnya.

"Yes Dom. It is CPB." balasnya ringkas.

Sehabis mengikat Joseph, Dom mengalihkan pandangan padanya pula. Manis senyumannya.

"Aleena is waiting for me at home right now.. so don't waste time. Use that bomb to clear this suck place." tanpa menunggu lama, Dom melangkah keluar.

Dia berpaling sebentar pada Joseph yang terkulai di atas lantai. Memerhati tajam sebelum mula melangkah semula tanpa menoleh lagi.

Helmet motosikal berkuasa tinggi kawasakinya dipakai sebelum motorsikal dihidupkan. Tak menunggu lama, dia memulas minyak dan berlalu pergi dengan sejuta satu masalahnya kini.

'That bastardo.. why can't they just left me in peace? And now.. Javier is here with his men. I need to do something about this whether to fight him or escape again..'

Motosikalnya membelah laju saja lebuhraya dan menyelit lincah tanpa kesukaran.

Kamera AES yang ada di sepanjang lebuhraya diabaikan. Sudah seperti cahaya bergemelapan saja ianya menangkap had laju motosikal Dom yang berlebihan.

'That fucking old man really make me piss off.. But it's okay, just wait for me Martin. I'll make sure you'll die in the most horrifying condition.'

'Before that.. there's a mouse to catch first.'
________________

Zen mengalihkan kereta dari dalam gudang ke luar. Joseph diseret keluar dan dicampakkan ke seat belakang.

Apabila dia cuba melawan, Zen menumbuk kuat wajahnya yang sedia pecah dibelasah Dom tadi membuatkan Joseph terbaring kaku.

CPB di dalam kereta tadi diambil dan dicampakkan ke dalam gudang bersama mayat-mayat. Pintu besi ditutup dan diselak dari luar.

Dia tak risaukan sebarang bukti hatta cap jari sekalipun kerana dia tahu, bom buatan Dom itu akan memusnahkan segalanya mengikut meterial dalam lingkungan 10 meter persegi.

Zen masuk ke dalam kereta dan mula memandu keluar. Sesekali dia mendengar erangan kesakitan Joseph di belakang, merayu ingin dilepaskan.

Dan setiap kali dia bersuara, Zen akan menumbuk kasar tubuh itu dari hadapan, tak kisahlah di mana-mana bahagian sekalipun asalkan lelaki itu kesakitan dan diam.

Kereta dipandu pulang, dia mula mengira masa kedatangan Dom tadi. 300KM dalam 15minit.. bersamaan..

333.33 km/j.

Unbelievable.

'I wish I were you Dom.' Zen amat mengagumi lelaki itu, dialah idolanya.

Tapi Zen tahu.. sejauh mana dia mencuba untuk menjadi seperti Dom, dia tak akan mampu.

Tak kisahlah selama mana sekalipun, Dom tuannya dan dia hambanya.

'I'll follow and be loyal to you signore..forever.'

Tak seberapa jauh dia memandu keluar, telefonnya yang telah disetkan sambungan bersama CPB tadi diaktifkan.

Di gudang, letupan besar berlaku. Memusnahkan gudang utama di situ. Memandangkan kawasan terbiar itu agak luas, letupan tak mencederakan sesiapa pun di kawasan luar.

Orang ramai hanya dikejutkan dengan bunyi dan cahaya letupan itu saja dari kejauahan. Dan keesokan harinya, ia menjadi berita utama di Malaysia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience