BAB 2

Romance Completed 77853

"APA yang awak tak percaya tu Azmeer?"

Suara yang datang tiba-tiba itu memeranjatkan Azmeer yang sedang memerhatikan gambar yang terletak kemas di atas meja. Laju dia menoleh melihat pemilik suara tersebut.

"Eh ibu. Err Azmeer tengok gambar ni, cam tak percaya yang anak-anak Makcik Hayati ni semua dah besar-besar. Makcik, yang perempuan muda dalam gambar ni anak makcik jugak ke?"

Soalan Azmeer mematikan senyuman Puan Hayati. Gadis di dalam gambar itu diperhatikan. Lambat-lambat dia membalas.

"Err ya anak makcik tapi dia dah duduk jauh, jarang balik. Arr jomlah Yam kita duduk kat luar, I tunjukkan mini garden I, macam-macam jenis bunga ada, I yakin mesti you suka.." ujar Puan Hayati sambil melirik ke arah Azmeer, dia berusaha menukar topik perbualan. Tangan Puan Mariam di tarik dan mereka berjalan beriringan ke halaman rumah.

"Hurm nak rahsia konon. Wait and see!" gumam Azmeer. Bibirnya mengukir senyuman sinis.

Azmeer berjalan membuntuti Puan Mariam dan Puan Hayati ke halaman rumah.

Di luar rumah, mereka mendekati Aqilah yang sedang asyik memotong ranting pokok bunga mawar yang di tanam oleh Puan Hayati sendiri.

"Ya Allah, cantiknya bunga you. Rajinnya you tanam. Siap ada mini garden lagi. I suka tau bunga rose ni.." puji Puan Mariam.

"Takdalah, biasa-biasa jer. I suka menanam, tapi yang menjaganya si Aqilah ni la. I kadang-kadang malas jugak. Haha.." ujar Puan Hayati.

"Untungnya you ada anak dara kan, boleh jugak tolong you apa yang patut. Anak dara I kalau tak tengahari, takdanya nak bangun. Terperuk jer dalam bilik tu.." kata Puan Mariam dengan wajah yang mencuka.

"Owh you ada anak dara lagi lah yer. I ingat Azmeer ni sorang jer anak you.."

"Ada yang bongsu tapi jarang melekat kat rumah. Selalu sangat melepak dengan kawannya. Lagipun dia tak stay dengan I, dia duduk sendiri.."

"Owh yer ker. Biasa lah tu, budak-budak kan suka kan privacy, asalkan dorang tak buat benda tak senonoh dah la.."

"Tu lah yang I risau, depan kita pijak semut pun tak mati tapi belakang kita, gajah pun boleh mati tau. Hehe."

Kata-kata Puan Mariam mencuit hati mereka. Kedengaran suara ketawa mereka bertiga. Taman mini tersebut di jelajah oleh Puan Mariam. Senyuman manis sentiasa meniti dia bibir Puan Mariam.

Azmeer memandang wajah ibunya dengan perasaan bercampur baur antara gembira dan sedih. Dia gembira kerana ibunya mula tersenyum lagi setelah empat tahun menghadapi tekanan yang melampau tetapi dia sedih kerana orang yang boleh menggembirakan ibunya ialah orang yang telah merampas kebahagiaan keluarga mereka.

Pandangan Azmeer terkalih kepada gadis yang bernama Aqilah iaitu adik kepada Maria yang telah menyebabkan abangnya Hafiz meninggal dunia. Melihat wajah Aqilah, perasaan bencinya semakin membuak-buak, ingin sahaja dia menghancurkan jasad yang berada di hadapannya ketika itu tetapi dia hanya mampu melihat daripada jauh buat masa ini.

Tidak sampai sehari, perasaan bencinya terhadap Aqilah semakin menebal. Bukan dia tidak redha dengan pemergian arwah Hafiz tetapi hanya kerana seorang wanita bernama Maria, abangnya sanggup meninggalkan keluarga mereka. Kejam kau Maria, bisik hati lelakinya.

"Aku bagi peluang untuk korang bahagia tapi percayalah, aku akan rampas kebahagiaan korang. Aku akan balas dendam bagi pihak arwah abang Hafiz," desis Azmeer.

Langkah demi langkah diatur dengan berhati-hati. Mata Azmeer meliar melihat sekeliling kawasan rumah. Aqilah yang sedang sibuk mencedok tanah itu di dekatinya.

"Awk yang tanam ke pokok bunga ni?"

"Astaghfirullahalazim.."

Suara Azmeer yang garau itu mengejutkan Aqilah yang sedang ralit mencedok tanah ke dalam pasu bunga.

"Sorry-sorry. Saya terkejutkan awk yer. Maaf la saya tak sengaja.."

"Takpa. Saya okay jer.." ujar Aqilah. Senyuman manis dihadiahkan kepada Azmeer.

Azmeer membalas senyuman Aqilah tetapi di dalam hatinya dia berniat ingin membuat gadis itu jatuh ke dalam tangannya. Kemarahan Azmeer semakin membuak-buak. Aku akan matikan senyuman kau nanti! Bisik hatinya.

Aqilah masih ralit mencedok tanah ke dalam pasu bunga, daripada satu bekas ke satu bekas. Dia mencampurkan tanah dengan baja organik supaya pokok bunga mawar dapat nutrisi daripada baja tersebut. Aqilah mengambil batang pokok bunga mawar yang telah direndam selama dua belas jam itu dan di tanam ke dalam tanah pada pasu bunga. Dia masih lagi tidak sedar segala tindak tanduknya diperhatikan Azmeer.

"Awak memang suka menanam ke?" tanya Azmeer tiba-tiba.

Wajah kacak Azmeer dipandang. "Suka, kalau takda kerja memang saya menanam jer lah. Awak nak ke?" soal Aqilah sambil menunjukkan bunga mawar yang mekar di dalam pasu bunga.

Bunyi telefon bimbit milik Azmeer mengganggu perbualan antara mereka. Skrin telefon di tatap, terpapar nama Damia. Sengaja Azmeer membiarkan panggilan itu tidak berjawab.

"Sorry yer. Ada gangguan. Sebenarnya saya tak suka menanam. Awak teruskan la kerja awak. Saya nak pergi sana," beritahu Azmeer, jari telunjuknya menunjuk ke arah Puan Mariam dan Puan Hayati.

Aqilah menggangguk dan mengukir senyuman kepada Azmeer, Azmeer membalas senyuman Aqilah tetapi tiada keikhlasan pada senyuman itu. Azmeer membesarkan langkahnya supaya tidak terpijak ranting bunga mawar yang di potong Aqilah sebentar tadi.

Azmeer mendekati ibunya dan Puan Hayati. Senyuman manis sentiasa meniti dibibir seksinya tetapi perasaan di dalam hatinya sedang bergelora. Hatinya sakit apabila berdepan dengan Puan Hayati. Ingin sahaja dia menyakiti hati wanita tua di hadapannya tetapi kerana rasa hormat kepada yang lebih tua, dia membiarkan bisikan negatif itu berlalu pergi.

"Ibu, Azmeer kena gerak dulu. Ada hal sikit," bisik Azmeer kepada ibunya.

"Oh okay-okay. Yati, I terpaksa balik dulu yer, insyaallah nanti I datang melawat lagi. Azmeer ada hal pulak. Nanti you datang la rumah I, kita borak-borak.." beritahu Puan Mariam kepada Puan Hayati yang sedang sibuk menyusun pasu bunga.

"Okay boleh. Nanti I singgah rumah you. Make sure you ada kat rumah tau.." ujar Puan Hayati.

"Yer, I standby kat rumah jer kalau you datang.."

Puan Hayati dan Puan Mariam ketawa tanpa menghiraukan Azmeer yang sedang memerhatikan mereka. Mereka bersalaman dan saling berpelukan.

"Jumpa lagi Yam, Azmeer. Assalamualaikum.."

"Waalaikumsalam" serentak Azmeer dan Puan Hayati menjawab salam.

Azmeer berjalan menuju ke keretanya, Puan Hayati membuntuti Azmeer daripada belakang. Selepas bersalam dengan Aqilah, Puan Hayati berjalan laju masuk ke dalam perut kereta jenama Honda itu. Kereta Azmeer meluncur laju meninggalkan perkarangan rumah Puan Hayati.

* * *

Azmeer memarkir keretanya di perkarangan rumah mereka. Belum sempat Puan Hayati turun daripada kereta, Azmeer terlebih dahulu keluar daripada perut kereta dan bergegas ke tingkat atas. Selepas 15 minit, Azmeer turun semula dan pakaiannya sudah di ganti dengan pakaian yang lebih bergaya, terserlah lah ketampanan Azmeer.

Puan Mariam yang melihat Azmeer tergesa-gesa terus memanggilnya.

"Azmeer.."

Azmeer memberhentikan langkah apabila namanya dipanggil. Dia berpusing ke arah ibunya yang sedang berjalan menghampirinya. Wajah tenang itu ditatap penuh rasa kasih dan sayang.

"Yer ibu.."

"Adik nak kemana ni?" tanya Puan Hayati.

"Adik nak keluar kejap. Nak jumpa kawan."

"Siapa?" tanya Puan Hayati lebih tegas.

"Err..Damia.." tersekat-sekat nafas Azmeer apabila ingin menyebut nama gadis yang telah menjadi sahabatnya sejak zaman universiti lagi.

"Damia? Pempuan tu?!'

Share this novel

Aida ibrahim98
2023-10-31 16:06:17 

confuse..mak azmeer sebenarnye puan mariam ke puan hayati..cm terbalik..


NovelPlus Premium

The best ads free experience