Empat Puluh

Other Completed 44787

Luthfi yang selepas pulang dari Sabah dikejarkan ke hospital akibat pengsan didalam perjalanan pulang bersama Aidil.

"Dia selalu memanggil Kakak Ipar." Kata Aidil pada Layla uang baru saja menemui mereka di hospital.

"Hebat pukulan yang diterima Luth sekarang. Belum ada khabar ke dari Pangkalan?" Tanya Layla.

"Saya tak tahu kak. Tapiasa kat Sabah Peguam Fitri bagitahu Abang Luth dah mula menunjukkan sikap aneh. Makan taknak. Bawa berbual dia senyap je." Kata Aidil.

"Kerja dia?" Tanya Layla.

Kerja dia selesai. Abang Luth takkan Campur adukkan masalah peribadi dia dengan kerja." Kata Aidil.

"Budak tu macam mana?" Tanya Layla.

"Dia lepas setelah Abang Luth dapat membuktikan dia tidak bersalah dan Ayah tiri budak tu yang mempunyai silam masuk keluar penjara dan masa dia bertindak membunuh ayah tiri dia, ada saksi melihat budak tu cuba melindungi ibunya dari dipukul oleh pesalah." Kata Aidil.

"Syukur lah kalau dia lepas. Tapi ni yang susah sikit. Luth ni pun satu. Belum ada bukti lagi mengatakan Cinta terkorban dalam Misi tu. Lagipun masa tu Akak call Thariq, Misi berjaya diselesaikan." Kata Layla.

"Bermaksud?" Tanya Aidil.

"Misi selesai tanpa ada pegawai yang terbunuh." Kata Layla.

"Maknanya?" Tanya Aidil lagi.

"Haihhh kenapalah kau ni Dil lembab sangat. Maknanya Cinta masih hidup cuma masih belum ditemui."Kata Layla.

"Puan Layla?" Panggil Jururawat itu.

"Kenapa nurse?" Tanya Layla.

"Encik Luthfi boleh discharge hari ni. Ini bill yang harus dibayar." Kata Jururawat itu.

"Baiklah. Terima kasih." Kata Layla.

Jururawat itu meninggalkan mereka disana.

"Dah bantu Luth kemas pakaian dia. Akak bayar bill ni." Kata Layla.

"Baiklah." Kata Aidil

Lalu mereka menuju ketempat masibg masing.

Thariq bersama dengan Panglima Ghaffar dan Eddie serta beberapa pegawai tentera dan Medis menantiereka dilapangan.

"Nasib menyebelahi mereka." Kata Eddie.

"Habis tu lelaki yang mereka selamatkan tu macam mana?" Tanya Ghaffar.

"Masih dalam siasatan." Kata Eddie.

"Cobra dah dapat ditumpaskan bukan." Kata Ghaffar.

"Sudah Panglima cuma perempuan yang bersama dengannya adalah..." Kata Eddie terhenti.

"Siapa?" Tanya Thariq.

"Marlinah. Adik HyQarl." Kata Eddie.

"Biar betul?" Soal Thariq.

"Tu yang saya pun tak percaya." Kata Eddie.

"Aku tak tahu apa reaksi HyQarl dan kakaknya bila tahu adiknya salah seorang dari Kumpulan Cobra dan mencetuskan rusuhan tu." Kata Ghaffar.

"Mereka masih tak tahu. Kita tunggu dan lihat je." Kata Eddie.

Heli mendarat selepas 2 jam perjalanan. Al dan Umairah keluar dengan tangan berbalut dan kain terikat dileher bagi menampung tangan yang berbalut agar tidak sakit.

Manakala Cinta yang keluar dengan balutan dikepalanya. Thariq berlari mendekati Cinta dan memeluknya erat.

"Ya Allah Loveee. Kenapa korang buat Aksi bebahaya tu." Kata Thariq.

"Mana ada bahaya. Abang Thariq ni. Risau tak bertempat." Kata Cinta bergurau.

Thariq melepaskan pelukannya dan menarik telinga Cinta.

"Abang abang ok ok. Sakit Abang." Kata Cinta.

Eddie mendekati team Cinta. Dia memeluk Al erat.

"Aku ingat kau dah Arwah." Kata Eddie.

"Amboii Kau doakan aku arwah ye." Kata Al.

"Umai??" Panggil seseorang dari sisi Ghaffar.

Umar muncul dari sisi Ghaffar yang melihat Adiknya selamat tiba.

"Abang Umar." Umairah berlari memeluk Abangnya.

"Umai tak apa apakan?" Tanya Umar.

"Tak. Umai ok. Team Saka Biru ok." Kata Umai.

"Banyak lah Ok. Team Saka Biru, Satu team yang sanggup Mati katak!!" Herdik Ghaffar.

"Cinta Jasmin!! Al-Huq!! Umairah!!" Nama mereka disebut tegas.

"Panglima." Lemah auara ketiganya.

"Tahniah. Misi berjaya kerana kamu bertiga. Sanggup gadaikan nyawa demi membantu lelaki tu melepaskan bom dibadan dia. Dan disebabkan letupan tu jugaklah Cobra keluar dari persembunyiannya." Kata Ghaffar.

"Kami nak Claim ni." Gurau Al.

"Nak claim apa?" Tanya Eddie.

"Nak claim ni lah." Al menunjukkan kecederaan yang mereka alami.

"Mana tahu dapat claim, Dapat minang adik si Umar ni." Kata Al berterus terang depan Umar.

Mereoa ketawa sambil berjalan keluar dari Airport di Pangkalan.

"Cinta nak baliklah Bang. Berdenyut kepala Cinta ni." Kata Cinta.

"Hmm Ok. Abang hantar Love balik." Kata Thariq.

Dia memberitahu Ghaffar dan lain dia akan hantar Cinta balik dan barulah dia pulang semula kePangkalan.

Dalam perjalanan, Cinta merasa mual. Namun dia taknak melihatkan pada Abangnya rasa ingin memuntahkan isi dalam perutnya.

"Love taknak buat Claim ke?" Tanya Thariq.

"Cinta nak claim juga tapi lihatlah. Kalau Cinta ok dalam 2 ke 3 hari ni Cinta akan masuk Ofis urus." Kata Cinta.

"Akak Dinda dah bersalin dah seminggu lepas." Kata Thariq.

"Hah yeke? Sekarang akak kat mana?" Tanya Cinta.

"Dah ada dekat rumah." Kata Thariq.

"Baby apa?" Tanya Cinta lagi.

"Team Akak Dinda." Kata Thariq.

"Dah dua girl. Ada masa lagi mana tahu yang ketiga Boy." Kata Cinta.

"Herm mana tahu yang girl ni jadi macam Mama Cinta dia." Kata Thariq.

"Sanggup ke?" Tanya Cinta.

"Jagan Harap." Balas Thariq dan Cinta ketawa lepas.

"Takut ke?" Tanya Cinta.

"Gila tak takut. Love yang adik Abang ni pun dah buat Jantung Abang nak jatuh, ni kan Pulak anak abang." Kata Thariq.

"Ok apa." Kata Cinta.

"Simpang Malaikat 44. Kata Thariq taknak anaknya jadi macam Cinta.

Thariq meninggalkan Cinta di Villa Luthfi dan pulang semula ke Lapangan.

"Aduhhh Kunci Villa takde pulak." Kata Cinta.

Rasa pening buatkan dia duduk bersandar dipintu Villa. Tak sedar dia terlena menahan denyutan dan pening dikepala.

Layla yang menekan remote pagar Villa Luthfi terkejut melihat Cinta didepan pintu Villa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience