PROLOG

Romance Completed 383313

"Nia,buat apa dekat luar tu.Dah malam ni.Hujan lebat dekat luar tu.Mari masuk."

Tok Mah menepuk-nepuk bantalnya yang kelihatan lusuh.Tilam yang sudah nipis menjadi alas untuk tubuh tuanya.Sesekali mulutnya menguap menahan kantuk.

Nia Nisrina berjalan ke arah Tok Mah.Punggungnya dilabuhkan di lantai papan rumah lalu kakinya disimpuhkan.Matanya redup memandang neneknya.

"Kalau nenek dah mengantuk,nenek tidurlah dulu.Nia masih belum mengantuk."

Rambut Nia Nisrina yang panjang hingga ke pinggang diurut lembut.Mata tuanya merenung anak mata cucunya.Jatuh kasihan melihat keadaan cucunya.Sudahlah yatim piatu.Kini dalam sekelip mata sudah menjadi janda pula.Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga.Begitulah perumpamaan yang sinonim dengan kehidupan gadis bernama Nia Nisrina.

"Kenapa nenek pandang Nia macam tu?Nia ada buat salah ke,nek?"

Air jernih yang bertakung di tubir mata tuanya diseka.Takut dilihat oleh cucunya.Banyak pula nanti soalannya.

"Tak ada apa.Nenek sayang cucu nenek ni.Apalah nasib kamu kalau nenek tiada suatu hari nanti."

"Nek,kenapa cakap macam tu?Nia dah besar.InsyaAllah Nia boleh jaga diri Nia."

Segaris senyuman terukir di bibir Tok Mah.

"Kamu teringatkan arwah ke?Rindu?"

Nia Nisrina hanya tersenyum tawar.

"Rindu juga,nek.Dia suami Nia,nek.Dia yang jaga Nia dan nenek.Cuma jodoh kami tak panjang.Allah lebih sayangkan dia.Orang yang baik ni Allah sayangkan,nek."

Tok Mah mengangguk.Benar apa yang dikatakan cucunya itu.

"Kalau teringat dekat dia,Nia sedekahkan Al-Fatihah untuk suami kamu.Semoga rohnya tenang di sana."

Nasihat Tok Mah.Nia Nisrina hanya mengangguk sambil tersenyum.

"Baik,nek.Nia faham.Dah,nenek tidur.Mesti nenek letih seharian tolong Nia buat kuih,pergi berjual lagi.Nenek rehat tau."

"Baiklah.Nia,jangan lupa kunci pintu dan semua tingkap.Nenek dah mengantuk ni.Nenek tidur dulu."

Tok Mah membaringkan tubuhnya.Matanya yang kian mengantuk kian terpejam.Akhirnya Tok Mah lena dibuai mimpi.

Nia Nisrina bangun dan berjalan ke arah pintu.Pintu kayu ditutup lalu dikunci.Begitu juga dengan tingkap.Hujan lebat di luar rumah membuatkan tempias hujan masuk di celah-celah tingkap.Cuaca malam semakin dingin.Nia berbaring di sebelah Tok Mah.Selimut ditarik menutup dada.Akhirnya matanya terpejam menjemput lena.

********************

Helaan nafas dilepaskan.Pelipis yang berdenyut diurut lembut.Kata-kata bapanya masih berlegar-legar di fikiran.

Flashback....

"By hook or by crook you must find a wife immediately.No excuses!"

Punggungnya dihenyak di atas sofa.Matanya tajam merenung wajah si anak teruna.Tan Sri Hayyat merengus kasar.Tangannya dibawa memeluk tubuh sambil batang tubuhnya bersandar menenangkan hati.

"Papa,look I'm not ready yet.Perempuan tu semua menyusahkan.Kebanyakannya cuba rapat dengan Danish sebab harta semata.Please pa,find others solution."

Danish Harith cuba memujuk.Tangan kekarnya menepuk lembut lengan bapanya.

"No!Ini satu-satunya cara untuk syarikat ni kekal dengan kita.Papa tak nak syarikat ni jatuh ke tangan pak ngah kamu.Irfan tak lama lagi akan berkahwin.Soon they will have a kid.Tok ayah akan serahkan semuanya ni pada Irfan sebab itu syarat tok ayah.Please son,buang rasa benci pada perempuan.Bukan semua perempuan sama seperti arwah mama kamu."

"Tapi papa ingat nak cari perempuan yang bukan mata duitan tu senang ke?Macam cari ikan di pasar.Mana Danish nak cari perempuan yang boleh penuhi syarat-syarat Danish ni?"Jari jemarinya diramas menahan amarah.Benci rasanya membuat sesuatu perkara yang tidak disukai.

"Itu papa tak nak tahu.Apa cara sekali pun you must find the girl.Papa balik dulu.Ooh..By the way,papa lupa.Perempuan tu mesti dari keturunan baik-baik.Kaya atau tak itu tak penting."

Tan Sri Hayyat melangkah meninggalkan anak terunanya termanggu sendirian.Satu keluhan berat meniti di bibir Danish Harith.

End Flashback....

Rambutnya diramas kasar.Otaknya ligat mencari akal.

"Mana aku nak cari perempuan ni.Kusut!"

Pintu biliknya diketuk dari luar.Danish Harith mengarahkan gerangan yang mengetuk itu masuk.Pinggan berisi kuih dan air kopi dihidangkan di atas meja.

"Tuan,ni kuih yang tuan minta tu.Mak Jah keluar dulu."

Mak Jah berura-ura untuk melangkah keluar dari bilik.Namun ditahan oleh Danish Harith.

"Ada apa tuan?"

"Mana Mak Jah selalu beli kuih ni.Sedap,cukup rasa.Tak macam sebelum-sebelum ni."

Mak Jah tersenyum mendengar pujian dari majikannya itu.

"Mak Jah beli dekat pekan hujung bandar tu.Barang-barang dekat sana murah.Walaupun jauh sikit tapi banyak barang-barang basah yang segar.Sebab tu Mak Jah ajak Pat Mat ke sana.Maaf sebab tak beritahu tuan."

Danish Harith memandang wajah Mak Jah.Segaris senyuman diukir.Dalam hidupnya hanya Mak Jah dan arwah tok mama sahaja perempuan yang dipercayai.Dia sudah menganggap Mak Jah seperti keluarganya sendiri.Mana mungkin dia boleh marah pada wanita itu.

"Saya tak marah pun.Lain kali Mak Jah beli lagi,ya.Sedap.Kena dengan tekak saya."

"Boleh tuan.Lagi pun Mak Jah kesian tengok budak perempuan tu dengan nenek dia berniaga dekat situ.Tapi nasib baik ramai yang beli.Selalunya orang yang ikhlas ni rezeki dia berkat."

Danish Harith sekadar mendengar sahaja.Namun tiba-tiba hatinya terdetik sesuatu.

"Mak Jah,budak perempuan tu masih kecil ke?"

"Eh,taklah.Mungkin dalam dua puluh lebih kot usia dia.Mak Jah suka tengok wajah dia.Manis je.Cantik juga.Tapi kasihan..."

Kening Danish Harith bertaut.

"Kenapa?"

"Nenek dia cerita kat Mak Jah masa Mak jah borak-borak hari tu.Sebab dia rajin nampak Mak Jah beli kuih kat tempat dia.Nenek dia beritahu cucu dia janda.Tapi tak ada anak.Baru juga kahwin.Cuma jodoh tak panjang.Suami dia kemalangan."

Danish Harith mendengar dengan tekun.

"Dah lama ke dia menjanda."

Mak Jah mengetuk-ngetuk dagunya.Cuba mengingati perihal gadis itu.

"Kalau tak salah Mak Jah,dah nak hampir setahun.Dia anak yatim piatu.Nenek dia yang jaga dari kecil.Tapi tulah,pandai dia cari duit.Tak nak susahkan nenek dia.Mm...Ada apa-apa lagi ke tuan?"

"Tak ada Mak Jah.Nanti yang ni saya bawa ke dapur.Mak Jah boleh sambung kerja."

Mak Jah hanya menurut.Pintu bilik ditutup rapat.Danish Harith mula berkira-kira.Nampaknya misi barunya akan bermula.

"Siapa kau wahai gadis.Mari aku tengok.Betul ke sama macam mana yang Mak Jah ceritakan.Atau rekaan semata-mata.We will meet soon."

Matanya tajam memandang ke arah kuih yang berada di tangannya.Lalu kuih itu dimasukkan ke dalam mulut dan dikunyah perlahan-lahan.

" Not bad!Aku harap orangnya pun secantik kuihnya ini."

Segaris senyuman terlakar di bibirnya.Kopi yang masih panas disisip sedikit demi sedikit.Batang tubuhnya disandarkan di dada sofa.Matanya dibawa ke luar jendela.

Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi.Danish Harith hanya memerhati nama yang tertera di skrin dengan ekor matanya.Keluhan berat dilepaskan.Baru sahaja hendak bersenang ada sahaja yang cuba menganggu.

"Hello,ada apa?"

"Woi bro,jomlah keluar lepak.Bosanlah."

Danish Harith hanya tersenyum sinis.

"Kau ingat aku bodoh.Kalau kau nak ajak lepak menghadap perempuan-perempuan kau tu,lupakan sahaja.Aku tak berminat.Tapi kalau lepak mamak ke coffee house ke aku ok."

Aydan hanya ketawa mendengar kata-kata sahabatnya itu.

"Aku tahulah.Aku nak lepak mamak.Lama tak pekena roti canai.Jomlah teman aku."

Danish Harith berkira-kira untuk menerima pelawaan sahabatnya itu.

"Oklah.Kau tunggu dekat sana.Kejap lagi aku sampai."

Butang merah ditekan.Tangannya mengambil dulang yang berisi piring kosong dan cawan yang sudah kosong.Lalu dibawa turun ke dapur.

"Mak Jah saya nak keluar sekejap.Mak Jah tak payah tunggu saya.Kunci rumah saya ada bawa.Sebelum tidur Mak Jah kunci pintu ya."

Mak Jah hanya mengangguk.Danish Harith berlalu keluar.Keretanya dihidupkan lalu bergerak menyusuri jalan di dalam hujan yang semakin lebat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience