PROLOG

Romance Completed 164599

Mya berhenti sekejap,memejam mata. Cuba menahan perasaan sebak yang semakin kuat menyucuk tangkai hatinya. Kolam mata yang berkaca sedari yadi sudah bertakung cuba ditahan sebaik mungkin. Tidak mahu ia mengalir untuk menjadi tatapan si cinta yang belum tentu ada perasaan belas melihat keadaannya sekarang ini.
“Sayang….i nak minta maaf. I dah terlalu banyak berdosa pada you. I tahu setiap patah yang I cakap,you takkan percaya tapi I tak salahkan you. I bukan perempuan dan oisteri yang baik,yang you idamkan. Apatah lagi nak jadi seorang ibu yang baik untuk anak ki……”

Mya mengigit bibir. Rasa sakit semakit kuat mencengkam jiwa setiap kali berkait rapat dengan bayi di dalam kandungannya ini, yang menunggu masa saja untuk melihat dunia.


“Anak i. Mungkin ada betulnya you cakap dekat I dulu…I tak layak nak jadi seorang isteri apatah lagi nak jadi seorang ibu yang baik. Sampai you sendiri cakap yang…”Mya menunduk, mengetap bibir kerana tidak sanggup menyebut akan satu kenyataan itu. Ditarik nafas panjang sebelum dia menyambung.


“ I cuba perbaiki diri i..i harap Allah ampunkan semua dosa I dan you pun…ampunkan salah dan dosa I pada you sepanjang menjadi isteri you ya? I tahu you menyesal kenal, bercinta dan bernikah dengan I tapi percayalah…you kenangan yang paling indah yang I akan kenang sepanjang hidup i. I taknak hubungan kita menjadi memori,Eddy tapi I redha. Redha kalau setakat ni jodoh kita. I dah kosongkan dah barang-barang I dekat rumah you atas permintaan you. Ini semua hadiah yang you bagi dekat I, I pulangkan ya?”

Dengan bersusah payah Mya bangun mengatur langkah menghampiri almari mereka. Mya sudah mengemas semua pakaian dan barang peribadi miliknya. Kotak yang berisi hadiah pemberian Eddy sepanjang mereka berkenalan sehingga bernikah dicapai sebelum kembali duduk di birai katil,menghadap kamera yang sedia terpasang. Mungkin ini rakaman terakhirnya untuk menjadi kenangan walhal dia tahu sampai bila-bila pun Eddy tak akan mungkin mahu melihatnya. Tengok muka Mya pun Eddy sudah tidak sudi apatah lagi mahu mendengar suaranya.

“Lagi satu…I pulangkan duit nafkah yang you bagi pada I sepanjang menjadi isteri you. Sebab hari tu you ada beritahu yang you tak segala benda yang you dah bagi pada i. Jadi I rasa termasuklah nafkah ni, Ed, kalau you nak tahu…I tak pernah guna lagi duit yang you bagi I setiap bulan sampai hari ni. Tapi I bgi dalam bentuk cek ya. Jangan risau, I tak bagi you cek tendang” Mya ketawa sendiri sambal kenyit mata ke arah skrin yang terpapar seolah - olah Eddy berada di situ. Merenungnya dengan tatapan penuh cinta dan kasih, yang tidak lagi menjadi miliknya.

“I dah nak pergi dah ni. Due I lagi dua hari. Err, Ed…I ada satu permintaan untuk you. Anggap je ni permintaan I yang terakhir. I janji I takkan minta apa - apa lagi dari you. Lagi pun I pegang janji I pada you lepas I bersalin nanti Boleh tak kalau….kalau I nak minta you azankan anak I nanti? Tak apa kalau you tak ada niat nak datang jenguk I pun tapi I nak mintak tolong you azankan anak i. Itu aja. I merayu sangat you sudi penuhi permintaan i. Boleh ya, Ed?”Suara Mya bergetar untuk kesekian kalinya.

Pandangan penuh harapan Mya lemparkan kerana dia mahu Eddy yang mengazankan anak kami nanti.

“ I harap sangat Allah sudi nak ampunkan dosa-dosa I selama ni. I risau kalau - kalau I pergi. I harap you pun sudi maafkan I ya? Ampunkan segala salah silap I pada you sepanjang menjadi isteri you. Apa yang berlaku dalam hubungan kita sekarang, semuanya salah i. I tahu kalau I jelaskan pada you, you takkan percaya dan semuanya dah terlambat tapi I merayu sangat you ampunkan I dan dalam pada masa yang sama, you doakan I semoga Allah permudahkan I untuk bersalin nanti. Kejap lagi I mummy datang nak ambil I lepas tu bawak I terus ke hospital.
“I am going to miss you…and i am always love you,Eddy. Walaupun kita berdua mungkin tiada jodoh di dunai, tapi I berdoa semoga Allah jodohkan kita di akhirat kelak . Assalamualaikum”

Dua jari diletakkan di bibir sebelum meletakkan di paparan skrin kamera Bersama senyuman manis kerana ini merupakan rakaman terakhirnya dan juga hari terakhirnya berada di mahligai mereka berdua selama ini.

Seluruh sudut dan isi bilik ini dipandang penuh sayu. Terlalu banyak kenangan disini..di rumah ini. Mya sama sekali tidak menyangka dia tidak dapat menghabiskan sisa hidupnya di sini Bersama suami yang tercinta. Tidak menyangka begini lah pengakhiran hubungan mereka berdua.

Bingkai gambar kahwin yang bersaiz besar terpampang indah di kamar mereka berdua di renung lama. Betapa bahagianya momen itu seolah - olah dunia ini milik mereka berdua. Penyatuan dua hati yang sudah pasti menarik banyak perhatian dan juga…iri hati. Perkataan itu merupakan salah satu virus yang memasuki kehidupan mereka berdua.

Boom! Boom! Boom!

Bahu Mya terangkat kerana terkejut. Terus hilang perbualannya bersama Alia beberapa hari yang lepas Begitu kuat sekali pintu rumah diketuk oleh seseorang.

Siapa yang datang? Takkan mamanya yang datang sedangkan baru 5 minit yang lepas mama mengatakan dia baru gerak. Baru Mya mahu mengangkat kaki, telefonnya berdering. Tertera nama Eddy di situ. Serta merta wajahnya berubah ceria. Agaknya Eddy yang datang kot.

“Assalamualaikum…Ed! You ke yang….”

“You dah kemas barang you?”

Wajah Mya terus berubah serratus peratus sebaik mendengar soalan pertama yang keluar daripada mulut suaminya.

“I dah kemas semua barang I dari hari tu lagi. Tinggal satu luggage je yang ada”Suara Mya lemah. Ketika itu juga an bayinya di dalam sudah bergerak sana sini sehingga dahi Mya berkerut menahan senak. Seolah - olah mendengar suara daddynya sekarang ini. Mya mengusap perutnya lembut cuba menenangkan bayinya.

‘Sayang seronok eh dengar suara daddy?

“Good. I tak nak you tinggalkan satu barang pun dalam rumah tu. I hrap you faham dan hormat keputusan I”

“I faham. You jangan risau. Hari ni hari terakhir I dalam rumah you. Ed, lusa nanti you datang tak?”

Eddy mendengus. “Untuk?”?

Kolam mata Mya kembali berkaca. Hati yang sudah lama hancur berderai sudah tidak tahu apa lagi sisa yang tinggal.

“Tak….tak ada apa-apa. Abaikan je apa I tanya tadi”

“Okay lah kalau macam tu. Ni I call pun Cuma nak make sure you tak tinggalkan satu barang pun dalam rumah tu. I tak nak ada kenangan antara kita yang you sengaja nak tinggalkan. I ingatkan you dah pergi rupanya you still ada lagi. Tak apalah esok je baru I datang. Assalamualaikum”

“Ed…i…”

Panggilan terus ditamatkan tanpa sempat Mya berkata-kata lagi. Sungguh Mya betul-betul merindui suaraya. Tubuh yang terasa lemah terjelopok di atas katil. Cuba menenangkan jiwa dan hati yang berkecamuk ketika ini walhal dia perlu mengawal mental dan fizikal untuk memudahkan urusannya bersalin nanti. Sepatutnya dia perlu mengawal emosi di waktu kritikal seperti ini tapi sungguh…dia sudah penat. Dia sudah tidak mampu lagi.

BOOM!

Sekali lagi pintu rumah diketuk. Kali ini lebih kuat seakan - akan sudah hilang sabar kerana tidak siapa mahu menyahut.

“Betul kot mama dah sampai. Jom baby kita jumpa nenek. Dia dah tak sabar agaknya nak tengok baby”Pujuk Mya sambal mengusap lagi perut yang membulat besar. Tidak sabar mahu melihat permata hatinya lahir melihat dunia.

Buat masa ini Mya sedar, dia perlu kuatkan diri untuk melupakan persengketaannya dengan Eddy.

Mya mencapai tas tangan dan juga luggage berwarna pink miliknya. Sekali lagi dia melemparkan pandangan terakhir di segenap sudut di kamar indah mereka berdua.

“Kenapa you suka sangat dengan warna hitam?”Mya mengimbas kembali saat Eddy bertanyakan soalan itu.

“Because it looks hot and at the same time…sexy!”

“I know. Sebab tu you punya….”

Mya cepat menutup mulut suaminya dengan wajah yang merah padam. Tahu apa Eddy Cuba nak beritahu. Eddy memang nakal !

Mya senyum. “Selamat tinggal kenangan. Selamat tinggal”

Mya membuka pintu bersama senyuman lebar namun tatkala melihat siapa gerangan yang berada didepannya ketika ini, dia tergamam. Genggaman pada bagasi langsung terlepas. Sebelum makhluk Tuhan didepannya ini mencapai dan terus masuk ke dalam tanpa izinnya.


“Hadirin yang berbahagia, Allah SWT berfiran dalam surah Al-asr yang bermaksud, Demi masa! Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian. Melainkan (mereka) yang berpesan dngan kebenaran, dan (mereka) yang berpesan dengan kesabaran.

“Maksud fitnah adalah sesuatu ujian, huru – hara , bencana atau sesuatu yang membawa makna kufur. Hari ini fitnah akhir aman melanda kehidupan kita daripada segenap penjuru dan ruang. Fitnah tidak membezakan orang jahilatau ilmuan, Fitnah tidak pernah mengira lelaki atau perempuanm tua atau muda, kufur atau bertaqwa. Ia datang dan cuba menggugat uman agar tergelincirm menghasut umat agar kucar – kacir”

Eddy mendengar khutbah Jumaat itu dengan perasaan yang sukar ditafksirkan. Terasa sesak dadanya setiap kali mendengar dan menghayati setiap bait kata yang keluar daripada imam masjid ini. Habis saja, dia terus masuk ke kereta dengan langkah yang longlai, menarik nafas dalam. Untuk menghelanya juga, terasa perit.

“Untuk apa aku rasa bersalah sedangkan dia yang tidak berlaku jujur? Azankan anak dia? Heh!

Eddy bersuara sendiri bersama tawa sinis sebelum menekan pedal minyak keluar dari perkarangan masjid.
Sejak dia keluar dari rumah itu, ini kali pertama dia menunaikan solat Jumaat di masjid yang berkaitan dengan rumah mereka.

‘Rumah mereka? Ah, masih pantaskah lagi untuk dipanggil sebagai rumah mereka jika tiada lagi sinar bahagia yang mewarnai?’

Teringat perbualan mereka beberapa bulan yang lepas ketika Mya datang ke pejabatnya.

“Ed, I nak tanya you satu soalan. I nak dengar sendiri daripada mulut you”

“What?”

“You menyesal mengahwini i?”

“You boleh tanya lagi I soalan tu, Mya? You nak sangat dengar apa yang I nak jawab kan??! Fine! I menyesal kenal dengan you. I menyesal mencintai you dan I menyesal mengahwini you! Puas??!”
Bunyi siren dan ambulan dari arah belakang mencantas lamunan Eddy. Terus dia menghalakan keretanya ketepi untuk memberi laluan . ketika itu juga matanya terpandang akan lorong yang menuju ke rumahya.

Hatinya terdetik mahu singgah sekejap jika Mya sudah pergi mengenangkan perbualan terakhir mereka sebelum dia menunaikan solat Jumaat tadi. Terus Eddy membuat pusingan U-Turn dan belok ke lorong tersebut. Dan ketika itu juga, hatinya berdetak kencang tanpa sebab. Dada dipegang.

“Ya Allah…dah kenapa ni?”

Pedal minyak yang ditekan mulai perlahan saat melihat kereta polis dan ambulan yang dilihatnya tadi kini berada di hadapan rumahnya. Sekeliling kawasan luar rumahnya bukan sahaja disita dengan pita kuning, tetapi juga dipenuhi oleh jiran mereka.

Seakan sukar otaknya untuk memproses apa yang sedang berlaku sebelum Eddy tergamam melihat satu susuk tubuh di iringi oleh dua anggota polis. Terus Eddy berlari keluar dan menolak orang ramau yang berhimpun disitu. Eddy menunduk mahu melepasi kawasan rumahnya yang telah disita itu sebelum tubuhnya dihalang oleh salah seorang anggota polis.

“Maaf encik, ni kawasan larangan. Encik tidak dibenarkan masuk ke sini tanpa kebenaran. Sila beredar”

Eddy menggeleng laju. Matanya tertacap pada tubuh yang sedang diringi itu. Malah sepasang mata itu juga tergamam melihatnya sebelum bibirnya mengukir senyuman lebar,
“Ini rumah saya! Saya kenal dia! Tolong bagi saya masuk!”
Polis itu berkerut dahi tidak percaya sehinggalah seorang wanita yang berumur dalam lingkungan 50-an berteriak mengatakan itu rumahnya, jirannya.
Eddy tidak menunggu lama bila anggota polis itu mengangguk, dia berlari menuju ke kereta polis dimana seseorang yang sudah bergari tangannya berdiri tegak menantinya.
“Kau….apa…apa yang kau dah….”
“Dia dah tak ada, Eddy. Dia dah pergi! Aku dah hantar dia jauh sampai dia takkan balik ke sini lagi!”
DUM!
Tangan yang bergari itu terus menyentuh tangan Eddy dan Eddy tersentak bila melihat tangan itu penuh dengan darah. Malah, baju yang dipakai turut berlumuran dengan darah. Jantung Eddy kembali berdetak laju. Dia terus merentap dan berganjak ke belakang dengan tangan yang menggigil kuat.
“Honey,please !!! Please, hold on! You’re going to be fine, trust me!”

Jeritan bersama raungan itu memecah bunyi bising yang melanda. Eddy melangkah masuk ke halaman rumahnya dan melihat seorang wanita yang sedang sarat hamil dibawa keluar oleh pasukan paramedik dan ditemani seorang wanita lain disisinya. Jantung Eddy bagai mahu pecah saat mendekati stretcher itu.
Allah…Allah…Allah…
Songkok dikepala ditanggalkan. Kakinya seakan-akan lembilk melihat tubuh itu terbaring lemah di stretcher itu dalam keadaan berlumuran darah di sana sini. Untuk mengatakan pun dia tidak sanggup apatah lagi melihatnya.
“Eddy! Dia tidak mungkin dapat bertahan…”
Eddy tergamam….


“Mama…ma”

“Ya sayang..Mama kat sini. Mya tahan sikit ya nak. Kita dah nak sampai ke hospital”
Mya mengerdipkan kelopak matanya beberapa kali. Cuba mencari arah di mana suara mamanya. Terasa Puan Julie menggengam kuat tangan kirinya. Bunyi mesin dan siren silih berganti singgah di cuping telinga.

“Anak Mya…”

“You selamat…baby pun selamat. Just hold on, please! You going to be fine…trust me!”

Deras kepala Mya berpaling ke sebelah kanannya sebaik suara yang bergetar itu menyapa telinganya. Seakan tidak percaya sebaik mendengar suara itu. Suara cintanya. Namun benarkan atau semuanya sekadar mimpi?

“Eddy?”

Tangan Eddy menggengam kuat tangan kanan Mya. Dia membongkokkan sedikit tubuhya, betul - betul hampir dengan tubuh Mya yang berada di atas stretcher. Tubir matanya bergenang sedari tadi melihat isterinya dalam keadaan lemah dan berlumuran darah di sana sini.

“Hei..sayang…I…I ada dekat sini. I janji takkan tinggalkan you lagi.”

Air mata Mya kembali mengalir deras. Yakin memang Eddy yang berada didepannya ini. Terkial - kial Mya cuba mengambil sesuatu yang disimpan di poket bajunya sebelum menyerahkan dua keeping kertas yang terdapat kesan darah kepada suaminya dengan tangan yang terketar - ketar.

“Ni untuk you,Ed. I tahu you tak percaya tapi ni je bukti terakhir yang I boleh bagi pada you. Tapi…tapi I faham kalau you tak nak percaya. I faham”Ujar Mya Bersama senyuman tawar.

Sesekali dahinya berkerut menahan sakit kontraksi dan juga kesan luka di tubuhnya.

Kelopak mata Eddy terus mengalirkan mutiara jernih dengan laju. Terasa sesak dadanya melihat kertas berwarna putih itu dan akhir sekali di sekeping gambar berwarna hitam putih. Jantungnya seakan berhenti berdegup. Dipandang wajah isterinya yang semakin tidak bermaya.. walau kepala Mya sudah berbalut, terdapat jelas kesan darah yang sudah memenuhi balutan putih daripada attentan hospital.

“Betul ke, sayang?”

Mya mengangguk beberapa kali sambil tergelak kecil. Walau matanya sudah kabur, dia yakin terselit perasaan bahagia daripada nada suara suaminya. Apatah lagi terasa tangannya semakin kuat digenggam oleh Eddy. Jari jemarinya dikucup bertalu - talu bersama tangisan.

Mya tidak menyangka begini keadaan pertemuan mereka setelah sekian lama. Terubat jua rindu yang ditanggung sejak beberapa bulan yang lepas. Mungkin ini juga pertemuan yang terakhir.

“Maafkan I sayang. Please maafkan i. You tahan sikit ya. Kejap lagi kita dah nak sampai. Tolong laju sikit,bro…tolong isteri aku. Tolong”

Mya menggeleng sambil jari jemarinya mengusap wajah Eddy yang sudah basah lecun dengan air mata. Malah turut jatuh menitik ke wajahnya. Diusap satu persatu anggota diwajah suaminya. Rambut, kening, mata, hidung,bibir dan akhir sekali di pipi. Dielus lembut bersama kasih yang tidak berbelah bahagi. Mya berasa dia sudah tidak berdaya untuk bertahan lagi. Jantungnya semakin berdetak pantas. Terasa sesak dan pedih.

“I nak you janji sesuatu dengan i.”

“Mya…don’t’…”

Tangan Eddy digoncang kuat. “Please,Ed! Janji dengan I dulu?”

Mya dapat merasakan betapa sukar Eddy mahu menuturkannya. “I janji”

“Kalau…kalau satu keputusan perlu dibuat…sama ada I atau baby. Selamat kan anak kita dulu, okay?”

Pecah tangisan Puan Julie sebaik mendengar kata-kata Mya. Dahi Mya dikucup lembut oleh Puan Julie. Basah wajahnya dengan deraian air mata.

“Mya…”

“Janji,Eddy! Janji dengan I, please?”

Makin deras air mata lelakinya mengalir sebaik mengerti apa yang cuba disampaikan oleh isterinya. Sekali lagi jari jemari halus Mya dikucup. Kali ini lebih syahdu dan…lama.

“I janji”

Dalam keadaan begini, Mya sedaya upaya cuba mengukir senyuman. Genggaman Eddy Dileraikan. Kali ini dia pula yang mengucup jari jemari kasar suaminya. Lama dia tidak menatap sepasang mata yang sering memandangnya redup sebelum pandangannya kembali berbalam-balam seperti tadi. Nafasnya semakin terasa pendek dan sesak. Dia sudah berasa letih dan penat. Sudah tidak mampu untuk bertahan lagi.
“Maaf mata I dah kabur…dah tak nampak muka you., muka mama. Eddy..ampun..ampunkan dosa dan salah silap I sepanjang menjadi isteri you. I…”Mya tidak dapat menghabiskan kata-katanya. Genggamannya pada tangan Eddy terus terlerai dan terkulai layu.
“Mya…!!!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience