BAB 12

Romance Completed 4317

“Percaya sepenuhnya dengan janji Allah, kan?” Dahlia mengangguk lagi. Dia yakin dan dia percaya.

“Kalau kau percaya, kau tak payah risau. Janji Allah tu pasti.” Menitis lagi sang air mata. Dahlia mengeratkan pelukannya pada tubuh Rohani.

“Lin, dah masuk waktu zuhur ni. Aku nak pergi solat dulu,” beritahu Dahlia sambil menunjukkan jam tangannya kepada Rohani.

“Okey. Kau pergilah, aku pergi jalan-jalan kat sana,” balas Rohani. Dia sedang ‘bercuti’ jadi tak mahu mengikut Dahlia mencari surau dalam pusat membeli-belah itu.

“Okey.” Dahlia mengangguk dan mula bergerak mencari surau. Agak ramai juga orang yang menggunakan surau itu tapi itu bukan penghalang untuk tidak solat. Satu yang

Dahlia tetapkan dalam diri semenjak dia memeluk Islam, apa saja yang terjadi, solat tetap perlu ditunaikan. Bukankah solat itu tiang agama? Selesai mengerjakan solat, Dahlia keluar dari surau.

Entah apa kebetulannya, di situ dia terserempak pula dengan Yusra yang hanya bersendiri. Dahlia terdiam di situ sementara Yusra terpaku memandang dirinya. Betullah mata tidak boleh menipu. Memandang Dahlia tanpa sebarang solekan selepas solat sangat menenangkan hatinya.

“Sorang?” Yusra berbasa-basi.

“Tak, dengan Lin,” jawab Dahlia. Dia mula bergerak menjauhi kawasan surau sementara Yusra pula berusaha menyaingi langkahnya.

“Alang-alang kita jumpa kat sini, apa kata kalau kita pergi minum? Saya belanja,” cadang Yusra.

“Tak bolehlah. Lagipun saya datang dengan Lin. Takkan nak biar dia sorang-sorang.” Dahlia menolak cara baik. Selebihnya, dia cuma berusaha untuk mengelak dari Yusra.

“Ajak dia sekali.” Bukan semudah itu untuk Yusra mengalah. Dahlia menggigit-gigit bibir bawahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience