Bab 11

Romance Series 113890

"Sedar tak sedar sudah hampir dua minggu Tuan Syed dan keluarganya berada di tanah suci. Tak silap lagi dua tiga hari, sampai la tu di tanah air." ucap Aniq pada Syam.

"Ye lah, rasa macam kejap je. Eh, nanti kau ikut tak nak ambil diaorang balik nanti?" soal Syam.

"In sha Allah. Ikut rasanya. Macam tak manis la pulak kalau tak ambil diaorang di air port" ujar Aniq sambil mendaki tangga diekori Syam dari belakang.

"Lagipun rasanya dekat dua minggu orang tu tak jumpa abang kunyit dia kan" ucap Syam sambil terkekek ketawa.

Aniq menoleh ke tepi melihat wajah Syam. Ee.. Dia ni, kecik besar kecik besar je aku tengok. Aniq mempamerkan muka geram dengan matanya dikecilkan.

"Hahahahaha... Jangan la marah. Gurau sikit pun tak boleh" Syam terus sambung ketawa. Lucu sangat rasanya.

Setiba di pejabat tingkat 3, Aniq terus berlalu masuk ke pejabatnya manakala Syam pula menuju ke Bilik Operasi untuk mendapatkan apa-apa info terbaru dari anggota team.

Aniq melabuhkan punggungnya di atas sofa kulit warna hitam sambil badan di sandarkan agar lebih selesa. Sedang kepalanya berehat tiba-tiba dia teringatkan sesuatu lantas Aniq bangun menujuk ke meja kerja dan duduk di kerusi. Laci si sebelah kiri paling bawah dibuka. Aniq mengambil fail kes ugut Tuan Syed. Satu persatu helaian kertas di aturkan di atas meja mencari hubung kait kes 7 bulan lepas. Jari mengetuk perlahan dagunya yang terbelah sambil memerah otak.

"Huh! Aku dah agak. Ni mesti kerja dia. Tak guna!" marah Aniq sambil menepuk meja dengan kuat.

Telefon dicapai lalu nombor di dail.

"Syam, panggil team jumpa 15 minit dari sekarang di Bilik Mesyuarat". Arah Aniq dengan suara yang tegas. Jika betul perkiraannya, suspek yang diburu akan dapat dijejak malam ini.

Syam yang pada ketika itu berada di Bilik Operasi dengan pantas mengarahkan Koperal Azman untuk menghubungi anggota team untuk hadir 15 minit dari sekarang. Koperal Azman telah berjaya menghungi rakan-rakan team yang kebetulan kesemua mereka berada di cafe sedang minum.

"Assalamualaikum dan selamat petang semua. Malam ni satu operasi khas akan dilakukan jam 2000hrs berkaitan kes ugut bunuh yang diterima oleh Tuan Syed Alauddin Syed Altamis CEO Syarikat Altamis Holdings. Di sini saya edarkan gambar suspek yang disyaki menjadi dalang dalam kes ini." ujar Aniq sambil mengedarkan wajah suspek yang diburu dan Aniq yakin memang ini orang yang terlibat.

"Nama penuh Mohd Karim Bin Bujang, dikenali dengan nama Karim Janggut atau Mat Tinting, berumur 36 tahun, berkahwin tetapi tidak pasti kesahihannya kerana tiada rekod di Jabatan Pendaftaran Negara atau pun mana-mana jabatan agama di Malaysia.

Suspek pernah bekerja sebagai kerani di Syarikat Dato" Ihsan lebih kurang 3 tahun tetapi setelah pihak syarikat dapat tahu bahawa suspek telah menyalahgunakan bahan syarikat dan menjualnya untuk kegunaan sendiri, pihak syarikat telah memberhentikan suspek hujung tahun lepas.

Disebabkan rasa marah dan tidak puas hati suspek telah menggugut mahu membunuh dan membakar stor milik syarikat tersebut. Suspek sempat membakar stor di bahagian belakang kilang tetapi kerosakan minima.

Walaupun begitu laporan polis terhadap suspek ditarik balik mengenangkan punca suspek melakukan perkara tersebut kerana memerlukan wang bagi menampung pembedahan anaknya. Suspek hanya diberhentikan dan diberi amaran sahaja oleh pihak syarikat." terang Aniq dengan panjang lebar.

"Maaf Tuan saya bertanya, kenapa kita tak ambil tindakan pada suspek. Ugut bunuh dan ugut dengan api hukuman penjara boleh dikenakan. Orang macam ni tak patut dibiarkan macam tu?" soal salah seorang anggota team.

"Bukan kita tak nak ambil tindakan tetapi kes ini telah ditarik balik oleh pengadu sendiri iaitu CEO syarikat ini. Jadi kita terpaksa tutup kertas siasatan kerana pengadu tidak mahu meneruskan kes. Ini yang menjadi masalah pada kita, pihak polis untuk jalankan siasatan bila kes ditarik balik". Syam pula yang memberi penerangan.

"Jadi sekarang ni apa kaitan pulak dengan CEO syarikat Altamis ni Tuan?" soal anggota team yang lain.

"Orang yang memberi maklumat perbuatan suspek pada Dato" Ihsan adalah anak Tuan Syed, CEO Syarikat Altamis, Yusriyah Afya. Maklumat tersebut disampaikan oleh Tuan Syed kepada Dato" Ihsan sendiri."

"Ini adalah berpunca dari dendam" sambung Syam pula.

"Saya rasa dah panjang lebar penerangan yang saya berikan pada kamu semua. Ada soalan lagi? Sebelum kita bersurai?" soal Aniq sambil satu-satu wajah anggota team diperhatikan.

"Tak ada Tuan" jawab mereka hampir serentak.

"Kalau begitu, jam 1945hrs saya nak semua dah siap dengan kelengkapan. Simpan dalam kepala wajah suspek. Saya tak nak suspek terlepas. Apa yang penting keselamatan diri dan senjatapi mesti diutamakan dan jangan bertindak sendirian, mesti ada back-up. Faham semua?" soal Aniq dengan suara yang tegas.

"Faham Tuan" serentak dijawab oleh anggota team.

"Kalau macam tu, boleh bersurai. Masih ada 2 jam sebelum gerak. Siapa yang belum makan, pergi makan dulu. Kerja-kerja jugak, perut kena isi. Itu saja. Terima kasih". Ucap Aniq lalu berdiri dan bersedia untuk beredar dari Bilik Metting.

"Terima kasih Tuan" jawab anggota team dengan berdiri tegak sebagai tanda hormat.

Aniq hanya mengganguk sedikit dan terus keluar dan menuju ke pejabatnya diekori oleh Syam di belakang.

Aniq melabuhkan punggungnya di kerusi manakala Syam pula duduk di sofa kulit dalam pejabat Aniq.

"Hm.. Kau yakin ke suspek ada di lokasi malam ni?" soal Syam.

"In sha Allah, sebab tadi aku dah conferm dengan informer aku. Biasanya suspek akan balik ke rumah dalam pukul 8.30 malam." terang Aniq.

"Eh, aku belum maklum pada Tuan Yunus mengenai serbuan malam ni. Jom lah ikut sekali. Lambat nanti Tuan Yunus balik pulak, jadi hal nak call dia pulak nanti" ajak Aniq lalu mengambil fail yang mengandungi butiran suspek untuk dibawa berjumpa Tuan Yunus bagi taklimat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience