“Encik ni, cari Hanis ke?” soal Mariam. Dari tadi lagi melihat lelaki itu menoleh ke sana-sini, seolah-olah mencari seseorang di dalam Cafe tersebut. Kebetulan pula, wajah lelaki ini masih diingati, ketika lelaki itu berjumpa dengan Hanis sebelum ini. Jadi, Mariam memberanikan diri untuk menegur. Senyuman diukir tatkala terpandang wanita berumur separuh abad di sebelah lelaki itu.
“Ya, betul. Dia dekat mana? Dari tadi saya tunggu dia munculkan diri. Saya nak jumpa dengan dia sekejap, boleh?” balas lelaki itu.
Air muka Mariam berubah saat itu. “Maaf, kalau boleh saya tahu, Encik nak cakap apa dengan dia?” soal Mariam kembali.
“Sebenarnya, Ibu saya nak jumpa dengan Hanis. Ada hal sikit nak cakap dengan dia. Biasalah, hal keluarga...” jelas Aidil dengan ramah.
“Keluarga? Encik dan Puan ni, keluarga Hanis?” tanya Mariam sedikit tidak percaya. Maklumlah, semenjak dia berkawan dengan wanita itu, tidak pernah lagi dia melihat ahli keluarga Hanis, termasuk kedua insan dihadapannya saat ini.
“Ya, betul. Saya ibu saudara dia,” celah puan Kartini dengan secalit senyuman manis dibibir. Sebenarnya, tujuan dirinya kesini adalah untuk meminta maaf kepada anak saudaranya itu. Dia sedar, banyak kesalahan yang pernah dilakukan selama ini. Entah dapat dimaafkan atau tidak oleh Hanis, dia redha.
“Oh, nasib baiklah encik dan puan datang. Saya betul-betul tak tahu nak hubungi siapa sebab saya tak kenal saudara-mara Hanis. Boleh saya duduk sekejap? ada perkara yang perlu saya sampaikan tentang Hanis,” ujar Mariam panjang lebar. Wanita muda itu terus melabuhkan punggungnya selepas mendapat kebenaran daripada lelaki tersebut. Kedua wajah dihadapannya dipandang silih berganti.
“Kenapa dengan Hanis?” soal Aidil tidak sabar mahu mendengar perkara tersebut.
“Semalam Hanis masuk hospital dan doktor kata, Hanis mengalami tekanan darah rendah. Tu yang menyebabkan dia pengsan semalam. Masalah sekarang ni, Hanis langsung tak nak bercakap, biarpun dengan saya sendiri,”
“Saya risau dengan keadaan dia. Mesti dia terlalu fikir pasal masalah tu. Takutnya, dia buat perkara yang negatif. Saya bersyukur sangat sebab Encik dan Puan datang pada masa yang tepat. Tolong jenguk Hanis, ya. Dia perlukan semangat kita semua, terutama daripada keluarga dia,” Tambah Mariam lagi.
“Masalah? Dia ada masalah apa?” tanya Aidil lagi.
“Encik kenal dengan Nurul Atiqah?” soal Mariam kembali.
“Atiqah? Kawan baik Hanis? isteri Jayden, kan? kalau yang tu, saya kenal. Kenapa?”
Mariam terangguk-angguk, mengiyakan kata-kata lelaki tersebut. “Baru-baru ni, Atiqah terjumpa satu benda semacam orang hantar sihir tu dekat halaman rumah dia. Lepas tu, dia syak Hanis yang buat semua tu. Padahal, Hanis tak buat pun semua tu. Walaupun, saya baru kenal Hanis, saya yakin, dia tak akan buat benda tu.”
“Kejap. Apa sebab Atiqah boleh tuduh Hanis macam tu? Saya pun yakin, Hanis orangnya tak macam tu. Dia dengan Atiqah, dah lama berkawan. Ish, tak masuk akal betullah!” ujar Aidil sedikit sakit hati mendengar perkara tersebut. Puan Kartini hanya berdiam diri dan menjadi pendengar.
“Atiqah kata dia tengok dalam CCTV. Tapi, saya rasa ada orang sengaja buat macam tu. Maybe ada yang dengki dengan Hanis. Sampai sekarang, satu family tuan Jason pandang hina dekat Hanis,” kata Mariam berserta keluhan yang dikeluarkan diakhir ayat.
“Jason dekat mana, sekarang? Dia tahu pasal benda ni? ”
“Tuan Jason ada di luar negara, tapi InsyaAllah hari ni dia akan balik. Pasal perkara ni, saya dah maklumkan. Saya harap sangat dia dapat bantu Hanis. Dia je satu-satunya harapan untuk selesaikan masalah ni,” terang Mariam lagi.
“Eh, dah lama sangat saya duduk dekat sini. Saya minta diri dulu,” kata Mariam sebelum mengundurkan diri meninggalkan Puan Kartini dan Aidil disitu.
Langkah wanita tadi dihantar dengan pandangan kosong. Aidil meraup wajahnya sedikit kasar. Kesal dengan perangai Atiqah kerana terlalu mudah mempercayai perkara yang belum disiasat terlebih dahulu. Akibatnya, Hanis pula yang menanggung derita. Jauh dari sudut hati, mendoakan agar Hanis kekal tabah dan tidak pernah putus asa.
“Ibu nak kamu tanya si Neldia tu,” Puan Kartini akhirnya bersuara setelah lama berdiam.
“Ibu rasa, perkara ni ada sangkut-paut dengan Neldia ke?” Soal Aidil. Dari tadi lagi, fikirannya hanya menuduh isterinya itu. Hanya Neldia saja yang cukup dengki dengan Putri Hanis.
“Kamu tanya aje dia tu!” tegas Puan Kartini.
Sampai sahaja di rumah, Aidil menuju ke bilik di mana Neldia berada. Sepanjang kehadiran Faresha di dalam rumah itu, Neldia lebih memilih untuk duduk berdiam dibilik. Hanya ketika lapar sahaja, dia akan keluar menuju dapur mencari makanan untuk mengisi perut. Sesuah itu, dia kembali berkurung semula.
“Neldia, buka pintu ni! I nak tanya you something,” ujar Aidil setelah berada di hadapan pintu bilik. Dia mengetuk beberapa kali. Tidak lama kemudian, pintu tersebut dibuka. Terjengul wajah murung Neldia saat itu. Wajah suaminya ditatap kosong.
“Jujur dengan I, apa you dah buat dengan Atiqah? You upah orang supaya Hanis kena tuduh, macam tu?!” tajam mata Aidil mencerlung wajah isterinya. Jika kelembutan tidak memainkan peranan, maka secara terpaksa Aidil akan berkeras untuk mendapatkan kebenaran.
Wajah yang tadi murung dan penuh kekosongan itu berubah sedikit terkejut. “I ta-tak faham. Ma-maksud you apa ni? I buat apa?”
“Atiqah jumpa benda semacam sihir dan dia tuduh Hanis yang buat. Tapi, I tak rasa Hanis buat semua tu. Ini mesti ada kena-mengena dengan You. Jujur dengan I, Neldia!” Nada Aidil semakin ditekan.
“What? You tuduh I buat benda macam tu? Apa kena dengan you ni, Aidil? Jangan tuduh I yang bukan-bukan! Entah-entah, Hanis memang berniat buat macam tu,” balas Neldia sedaya-upaya mempertahankan pendiriannya.
“Kau tak payah menipu, Neldia. Aku kenal kau siapa. Kau manusia paling dengki dengan Hanis! Disebabkan perbuatan kau ni, anak saudara aku tu menanggung derita sampai masuk hospital, kau tahu tak?!” tiba-tiba suara Puan Kartini menusuk gegendang mereka berdua.
Neldia mengalihkan pandangan ke arah ibu mentuanya. Sakit pula hatinya dituduh yang bukan-bukan. Diri penuh kekosongan tadi, kini di ambang emosi yang mendidih. “Sumpah, Neldia tak buat apa-apa. Jangan tuduh Neldia yang bukan-bukan, boleh tak? Stresslah macam ni!”
“Kau tuduh orang, boleh pula. Kau tak pernah fikir ke keadaan Hanis macam mana? Menyesal aku terima kau sebagai menantu!”
“Eh, ibu suka Neldia atau tidak, itu ibu punya hal! Sekarang ni, Neldia tak tahu apa-apa pun pasal masalah Hanis, faham?!”
“You jangan nak kurang ajar dengan ibu! I tanya baik-baik, kenapa you buat macam tu pada Atiqah?”
“I tak buat semua tu! Berapa kali I nak bagitahu?! Okay, I memang tak suka Hanis. Sebabnya. I tak nak dia rapat balik dengan you. Sejak dia muncul, I risau kalau you jatuh hati dengan dia semula. Sebab tu, apa yang terjadi dalam rumah tangga kita, I mesti libatkan Hanis.”
“Tapi, I salah orang. I mati-mati ingatkan you selingkuh dengan Hanis. Rupanya, tak! You diam-diam kahwin dengan perempuan lain!”
“Disebabkan tu, you sengaja upah orang letak benda tu dekat rumah Atiqah, dan berfikir dia akan jatuhkan tuduhan tersebut pada Hanis, kan? I tahu, you dendam dengan Hanis, sebab I jumpa dia tanpa pengetahuan you, betul?” ujar Aidil.
“Sebenci-benci I pada Hanis, I tak akan buat buat benda bodoh tu! Lainlah, kalau...” Ayat sengaja digantungkan lalu memandang tepat ke arah ibu mentuanya. Kelihatan wanita separuh abad itu sedang membalas pandangannya.
“Never mind. I akan cari bukti yang I tak kaitan dalam masalah ni. Tak sabar pula nak tengok wajah pelaku yang biadab nak mampus tu! Tunggu aje lah!” sambungnya lagi sebelum menghempas pintu bilik dengan sekuat tenaga. Sempat dia menjeling ke arah Aidil sebentar tadi.
Aidil mengeluh perlahan. Semakin sulit untuk mencari kebenaran. Namun, dia masih berwaspada dengan isteri sendiri. Dia tidak mahu tertipu dengan Ria Neldia meskipun wanita itu berkata-kata, seolah tidak terlibat dalam masalah itu. Barangkali, itu merupakan satu tipu daya untuk menghindar. Aidil memutuskan untuk terus mencari bukti. Cepat atau lambat, pelakunya tetap didapat.
“Tak kan kamu biarkan perempuan tu? Ibu yakinlah dia pelakunya! Dia tu, busuk hati!” suara Puan Kartini memetir saat Aidil hanya membiarkan Neldia masuk bilik begitu sahaja.
“Ibu, sabarlah dulu. Benda ni, biar Aidil siasat. Ibu jangan fikir pasal ni, okay? Ibu kena rehat. Sayang, awak bawa ibu masuk bilik, ya.” pinta Aidil kepada Faresha yang tadi lagi hanya menjadi pemerhati. Wanita itu sekadar mengangguk akur sebelum memujuk Puan Kartini untuk masuk ke dalam bilik.
Pada masa yanga sama, Neldia sudah pun menangis semahunya. Lagi-lagi, dirinya ditimpa masalah. Luka yang baru saja tergores, belum sembuh lagi. Ditambah pula, dengan tuduhan yang dirinya sendiri tidak tahu hujung pangkalnya. Memanglah perkara itu sudah diketahui terlebih dahulu ketika dia berada di Cafe tempoh hari, namun dia bukanlah pelakunya. Mesti ada seseorang yang sengaja membuat dirinya menjadi mangsa. Sasaran utamanya, hanya Puan Kartini sahaja.
****
Happy reading everyone <33
Share this novel