lima puluh tiga

Romance Series 207196

"Lish? Kau dah kenapa? Okay tak..gelisah semacam je aku tengok." Azri bertanya pada Khalish di sebelahnya.

Lelaki itu terlalu berkala berpaling ke arah pintu di tepi dewan dan tak fokus langsung pada perbualan mereka.

Something is wrong.

"Ak-aku okay. Aku rasa.. aku kene kelua kejap. Maaf." tak menjawab soalan Azri, Khalish bangun lalu keluar ke pintu yang dilalui Shira tadi.

Beberapa panggilan dan pesanan ringkas telah dihantar kepada wanita itu tetapi satu pun tidak berangkat mahupun berbalas.

Khalish gusar. Walaupun tidak sampai 10 minit Shira meninggalkannya, hatinya sesak memikirkan pelbagai perkara negatif yang mungkin berlaku.

"Pick up the phone." gumamnya sendirian. Panggilan dibuat lagi sambil mundar-mandir di koridor itu dengan bercekak pinggang.

Sesekali orang yang lalu-lalang akan memandangnya pelik. Khalish memerhati lagi sekeliling, dari hujung koridor, ke hujung lagi koridor.

'Mungkin Shira keluar..' pintu keluar di hujung koridor dihampiri pantas. Keluar saja dari pintu itu, Khalish melihat sekeliling yang lenggang.

Kedua pengawal di hadapan pintu utama dewan dihampiri. Skrin phone dibuka dan ditunjukkan gambar si isteri.

"Maaf menganggu tapi encik berdua ada terlihatkan wanita ini?" kedua lelaki berumur sekitar 30an itu melihat teliti pada photo di phone Khalish.

Sempat lelaki itu menangkap gambar Shira secara candid pada awal majlis tadi.

"Ye.. kami ade lihat dia. Baru je sebentar tadi. Dia keluar dari sana." salah seorang dari mereka mengiyakan dan mengangguk bersama si rakan.

Pintu yang dilalui Khalish tadi ditunjuk sekilas.

"Dia ke mana ye selepas tu?" tanyanya gusar.

"Dia ke tingkat parking di bawah." laluan kereta ke bawah itu ditunjukkan si rakan pula, menjawab.

"Baik. Terima kasih ya." diucap sekali dan tak membuang masa, Khalish terus berlari ke tingkat bawah.

Jika Shira ke sana, mengapa? Keretanya diletakkan pada lot di hadapan dewan, bukan di sana. Ataupun ada sesiapa yang mahu ditemui Shira?

Pelbagai persoalan bermain di benak fikirannya. Khalish berlari turun ke bahagian keluar kereta daripada tingkat parking di bawah.

Sebuah kereta melepasinya agak laju dan Khalish perasan akan hal itu tetapi Shira perlu ditemuinya.

Sekeliling bahagian bawah itu dipusingnya berkali-kali sambil melaung nama si isteri. Hampa.

Nafasnya tercungap-cungap, dadanya naik turun sambil memandang sekeliling bagai orang kurang waras.

"Bertenang Khalish.. bertenang.. aku akan jumpa dia. Kau akan jumpa dia.." Khalish berbicara sendirian sambil mencekak pinggang.

Kaki mundar-mandir dengan kepala didongakkan ke atas. Tertekan!

Wajahnya serta-merta memerah kerana tekanan yang dirasai.

'I need to find her.' phone dibuka kembali dan nombor Yusa didailnya. Tak sampai beberapa ketika, panggilan dijawab.

"Hello?"

"Yus.. kau kene tolong aku. Sekarang jugak."

~~~~~~~~~~~~~~

Kepala yang berpusing cuba dihilangkan dengan menggeleng beberapa kali. Matanya yang berat cuba digagahkan juga bukaannya. Melihat sekeliling.

Gelap. Hanya beberapa lampu samar saja di dalam bilik itu. Bersepah dengan pelbagai benda seperti baru dilanda badai.

'Aku dekat mana ni?' Shira ingin bangun tetapi sesuatu menghalangnya.

"Apa yang-" kepala ditoleh melihat ke belakang, kedua tangannya diikat di bahagian belakang kerusi. Tak mampu bergerak.

Shira kalut. Kedua tangannya cuba digerakkan kasar dengan harapan agar tali tersebut regang tetapi hampa, langsung tidak membuahkan hasil.

"Hish! Cepatlah!" bentaknya garang sambil merentap tangannya kasar.

Tiba-tiba pintu bilik itu dibuka dari luar. Pantas saja Shira memandang ke hadapan semula.

Bayangan seorang lelaki memasuki bilik dan menutup pintu. Dapat dia dengari lelaki itu mengunci pintu terlebih dahulu.

"Kau siapa? Kenapa culik aku? Lepaskan akulah!" Shira cuba memberanikan diri walaupun dia tahu siapa lelaki itu.

Dia mesti orang yang sama cuba merogolnya dulu. Orang yang sama memerangkap Qistina dan menghantarkan padanya segala bunga-bungaan dan hadiah.

Tapi siapa?

"Shhh... jangan bising-bising. Aku tak suka." suara garau itu didengari Shira, tak dapat dia kenalpasti siapa.

Darien melangkah perlahan ke arah Shira sambil tersenyum sinis. Wanita itu cuba mengamati wajahnya dan sebaik saja wajah Darien kelihatan, Shira tercengang.

"Kau.." mengapa dia tak pernah mengesyaki lelaki ini?

Segala masa lalu pantas diimbas kembali. Tergamam.

"Ya sayang.. ni aku. Kau kenal tak? Kita selalu je jumpa." ujarnya ramah.

Satu kerusi lagi diambil dan diletakkan di hadapan Shira sebelum punggung dilabuhkan.

Mereka berdua diam beberapa saat sehinggalah Darien mengeluh perlahan dengan senyuman angau.

"Haih.. kau lagi cantik bila tengok dekat-dekatlah. Aku suka sangat dengan kau. Kau baik.. ramah.. cantik.." pujian demi pujian diberikan Darien sambil tersenyum.

Dalam tidak sedar mata itu membogelkan tubuhnya menakutkan Shira.

"..sexy.. wangi.." dari wajah turun ke dada mengunjur ke bawah hingga ke hujung kaki.

Dia tak mahu lepaskan peluang ini untuk menatap Shira. Hatinya puas.. lega.. apabila wanita itu berada rapat dengannya.

"Kenapa kau buat macam ni pada aku? Apa salah aku? Tolonglah jangan buat macam ni.. lepaskanlah aku.." Shira mula merayu.

Air mata mula bertakung apabila lelaki itu langsung tak mengalihkan pandangan pada tubuhnya. Dia dapat rasakan sesuatu yang buruk bakal terjadi.

Tidak! Dia tak akan benarkan ianya terjadi. Tidak sama sekali.

"Kau tak salah.. aku yang salah. Aku sukakan kau dan aku tak dapat bendung perasaan aku lagi. Aku nakkan kau Shirahani. Tapi kenapa kau tak pernah nampak aku?"

Darien mengusap lembut air mata di pipi Shira sebelum wanita itu merengus tak suka sambil memaling kasar. Jijik!

"Janganlah macam ni.. Aku tak sukalah kau berkasar dengan aku. Selama ni kau baik je.. tak pernah tinggikan suara dengan aku. Kenapa ni?" tuturnya lembut. Wajah Shira cuba diusapnya lagi

Tetapi wanita itu mengelak dan membalas kasar,

"Jangan sentuh akulah! Aku tak akan pandang kau! Aku dah kawinlah gila! Jadi lepaskan aku!" bentaknya kasar sambil meronta ingin dilepaskan.

Wajah Darien berubah serta-merta. Kelembutan dan polos wajah tadi mula hilang diganti dengan kedinginan dan pandangan tajam padanya.

Sekelip mata, sebelah tangan kekar itu mula mencengkam rahangnya kuat, mendongakkannya memandang si tuan yang sudah berdiri rapat dengannya.

"Aku dah kata yang aku tak suka kau berkasar macam ni Shira... kenapa kau degil sangat? Sekarang kau yang paksa aku berkasar dengan kau.." tuturnya perlahan.

Rahang itu dikuatkan pegangan membuatkan tangisan Shira bergema.

"Sshhh.. janganlah menangis. Aku akan lepaskan kau okay?" menerima anggukan sukar dari Shira, Darien melepaskan pegangannya dan mula mengusap kedua rahang dan pipi itu.

Shira yang masih menangis cuba membuka matanya dan alangkah terkejutnya dia apabila wajah Darien sangat hampir dengannya.

Lelaki itu leka memandang sesuatu pada dirinya.

"Tolonglah jangan.. aku merayu.." ujarnya perlahan, tersangkut-sangkut dek tangisan.

"Aku tak akan lama.. sekejap je okay?" Darien bertutur tanpa mengalihkan pandangannya. Tudung di kepala mula dibuka kasar sebelum wajah itu mula merapatinya.

"Jangan! Tolonglah jangan! Lepaskan aku.." rontaan Shira dipegang kejap si dia agar memudahkan urusannya.

'Kau akan tidur lena malam ni..' desis hatinya melihat santapan indah di hadapannya kini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience