BAB 5

Horror & Thriller Completed 175

Mereka semua berkumpul di pantai selepas bersarapan. Semuanya mengenakan
baju T-shirt dengan jeans sendat. Digayakan dengan topi yang baru dibeli
di kedai cendrahati chalet.

“Amboi mak-mak ni. Bergaya sakan!!” Amira yang mula-mula menegur.

“Tak ada laki berani la dressing macam ni. Kalau Azli tengok aku pakai
macam ni, mampusss aku dileternya.” Iffah menjawab sambil berselfie.

“Korang jangan pandai-pandai post dalam FB ke, Insta ke, mampus aku
nanti” Hanna pun turut suarakan kebimbangan.

“jangan takut la. Kita sama-sama kat sini. Pandai buat pandai simpan.”

Mereka tertawa serentak.

“Eh, tengok tu?” Amira menunjukkan tangan kearah orang ramai yang sedang
bersantai di pantai.

“Apa yang kau tengok?”

“lelaki berjambang tu la..Yang Laila pernah cakap stalk dia dulu. Dia
ada kat sini!!”

“Hah..Ye ke?..Mana?”

“Aku nampak tadi. Sebijik macam …. yang Laila pernah tunjuk kat aku?”

“Entahlah. Aku tak nampak pun. Pelanduk dua serupa kot” tingkah Iffah.
Dia sedikit sensetif bila mendengar nama Laila.

“ Dah bertahun aku tak dengar nama tu. Macammana nasib dia aku pun tak
tahu. Entah kemana agaknya dia” Lutfya pula menyambung.

Mereka berjalan menuju ke khemah-khemah dan grai-gerai penjaja yang
didirikan berhampiran. Amira yang asyik melihat kanak-kanak bermain
layang-layang hampir melanggar seorang lelaki yang lalu-lalang.

"Maaf" Sapanya. Lelaki itu hanya tersenyum sebelum berlalu.

"Mujurlah hati ini sudah dimiliki" Ujar Amira melihatkan sahaja pemuda
tadi hilang dicelah-celah orang ramai.

Bau sos barbeku menusuk hidung mereka. Orang ramai masih beratur panjang
di gerai yang paling hujung.

“Jual apa tu? Bau sedap betul” Tanya Hanna kepada perempuan bertudung di
hadapannya.

“Barbeku rusa. Murah betul Kak. Kat tempat lain tak dapat harga macam
ni. Kalau Pak Cik tu bukak kedai, gerenti dalam sejam jer habis semua
daging dia tu” Terang remaja itu bersungguh-sungguh. Mulutnya pun
bergerak-gerak seakan terliur sangat.

“Korang dengar budak tu cakap apa kan. Nak try tak?”. Masing masing
mengangguk.

“Kau dan Feeya beratur sini. Aku dan Hanna pergi beli air” Arah Iffah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience