Bab 17 : Bantuan Tiba !

Adventure Completed 1375

BAB 17 - BANTUAN TIBA

Di Aras 2 (Musim Panas)

“Jika ‘mereka’ boleh dijinakkan, adakah ‘penjaga’ lain turut begitu?” fikir Ismail Razak.

Mereka yang dimaksudkan ialah ‘penjaga’ di aras dua.

“Ed teringin nak berjumpa dengan Akitty dan Bbetty. Begitu juga dengan Gama dan Coolaf. Agak-agaknya, mereka pun jadi macam ni ke?” luah Shasya Edrina.

Tangannya sedang mengusap tubuh serigala berkepala tiga yang dibuai mimpi.

“Terima kasih kerana masih mengingati kami, wahai manusia,”

Terbeliak mata Ismail Razak dan Shasya Edrina apabila mendengar suara yang gerun. Tangan Shasya Edrina berhenti bergerak manakala Ismail Razak terus bangun dan menarik isterinya supaya berdiri di belakangnya.

Mereka perlu berhati-hati. Jarak dijauhkan sedikit dari pemilik suara gerun tadi. Mata mereka menatap mata Comel 1 yang turut memandang mereka.

“Jangan risau. Saya tidak terkena racun itu. Saya hanya berpura-pura supaya mereka tidak akan mengapa-apakan kalian, termasuklah dua manusia yang berada di dalam lubang pokok tadi,”

Terkesima mereka berdua. Maksudnya, Comel 1 sudah menyedari kehadiran Siti Syazanah dan Nik Akhil?

“Adakah kamu tahu punca sehingga menyebabkan Comel 2 dan Comel 3 hilang kawalan?” soal Ismail Razak sambil mengubah posisi tubuhnya menjadi lebih tenang.

“Semasa kami mengawasi tempat ni, secara tiba-tiba ada lembaga putih menghulurkan sekuntum bunga yang berwarna merah tua pada wajah kami. Secara tiba-tiba, mereka menjadi hilang kawalan. Disebabkan enggan menjadi begitu, saya berpura-pura turut hilang kawalan. Tidak lama selepas itu, tubuh kami pula semakin mengecil dan selalu berasa penat,” cerita Comel 1 sambil memandang ‘adik-beradik’nya yang masih tidur.

“Mana lembaga putih tu, Comel 1?” gelisah Shasya Edrina.

“Saya pun tak pasti. Selepas melihat kami hilang kawalan, ‘mereka’ pun menghilang di lubang pokok yang kalian berjumpa dengan kami tadi,”

“’Mereka’?!” serentak Ismail Razak dan Shasya Edrina.

“Ye. Lembaga putih tu ada tiga…,” percakapan Comel 1 terhenti apabila Comel 2 dan Comel 3 terjaga.

Secara tiba-tiba, Comel 2 dan Comel 3 menyerang Shasya Edrina dengan berniat untuk memakannya. Tindakan pantas Ismail Razak yang menarik lengan isterinya berjaya mengelakkan gadis itu menjadi mangsa.

‘Penjaga’ itu cuba untuk bangun namun seperti ada sesuatu yang menghalang pergerakan mereka. Serentak mereka menoleh ke arah Comel 1. Ternyata, Comel 1 sedang mengawal kaki dan tangan tersebut.

Leher dan telinga Comel 1 digigit mereka tanpa belas kasihan.

“Argh !” meraung kesakitan Comel 1.

“Jangann !!” menjerit Shasya Edrina sambil mengalirkan air matanya.

Pasangan itu sudah jauh dari makhluk gerun tersebut.

“Raz, lepaskan Ed! Comel perlukan bantuan kita,” meronta Shasya Edrina apabila tubuhnya dipeluk erat oleh suaminya.

“Bahaya kat sana, sayang,” pujuk Ismail Razak.

Matanya teralih pada belakang isterinya.

“Raz, Comel sedang panggil kita tu. Mari kita pergi bantu mereka,” teresak-esak gadis itu.

Mata masih melihat pergelutan ‘adik-beradik’ yang gerun. Ismail Razak melonggarkan pelukannya. Tindakan itu menyebabkan isterinya menoleh pada wajah tampan di hadapannya.

“Tunggu di sini,” pesan Ismail Razak sebelum berlari ke arah ‘penjaga’.

“Raz…,” terhenti kata-kata gadis itu apabila sesuatu yang laju melintasi di sebelahnya.

Matanya dikecilkan untuk melihat gerangan tersebut.

“Akil..?”

“Raz, awak hilangkan focus mereka. Saya akan paksa mereka menghidu ‘penawar’ ini,” ujar Nik Akhil sambil berlari bersebelahan dengan Ismail Razak.

“Baik!” akur Ismail Razak.

Ismail Razak yang sudah tiba di hadapan serigala itu mula menarik perhatian. Gigitan leher dan telinga Comel 1 dilepaskan. Mata mereka tepat memandang tajam ke arah Ismail Razak.

“Maaf Comel 1, pinjam tubuh kejap,” pinta Nik Akhil.

Comel 1 membalas dengan gelengan kepala beserta senyuman. Nik Akhil berjaya memanjat tubuh yang berbeza dari yang asal. Leher Comel 2 dipautnya sebelum mendekatkan bunga pada genggamannya ke hidung Comel 2.

Comel 2 mula berasa lemah. Beberapa saat kemudian, dia tertidur. Tubuh ‘penjaga’ aras 2 mula memberat.

Nik Akhil mengambil kesempatan dengan melompat ke leher Comel 3. Bunga terus didekatkan pada hidung Comel 3. Perkara yang sama berlaku pada Comel 3.

Akhirnya, Comel 2 dan Comel 3 terlena. Nik Akhil turun dari tubuh itu.

“Alhamdulillah. Satu aras sudah selesai,” syukur Ismail Razak.

“Mana Syaza, Akil?” soalan Shasya Edrina menyebabkan wajah Nik Akhil berubah.

“Dia perlu menemani Gama di atas. Raz, Ed, boleh kalian uruskan aras 1? Saya berasa tidak sedap hatilah jika membiarkan Syaza di sana seorang diri,” luah Nik Akhil.

“Tapi, kami perlu merawat Comel 1 terlebih dahulu. Demi melindungi kami, dia sanggup tercedera,” sebak Shasya Edrina sambil mengusap wajah Comel 3 yang tidak bermaya.

Ismail Razak berasa simpati terhadap sahabatnya itu.

“Kalau nak selesai tugasan ini dengan cepat, lebih baik Akil sendiri yang menghantar ‘penawar’ ini ke aras 1. Ed tak mampu untuk merawat kecederaan mereka seorang diri,” tutur Ismail Razak.

Bahu Nik Akhil dipegang. Jejaka itu membalas dengan keluhan yang berat.

**********

Di Aras 1 (Musim Luruh)

“..Ima..,” tersentak Nur Halimah apabila terdengar namanya dipanggil.

Matanya dilarikan memandang lubang pokok. Tubuhnya seperti dikawal. Dia mula mendekati ke pintu lubang pokok. Apabila tubuhnya berada di luar lubang, dia berjalan mendekati lembaga yang memanggilnya.

“Mari dekat sini. Saya sangat merindui kalian, wahai manusia,” nada yang gerun itu tidak melemahkan semangat Nur Halimah untuk meneruskan langkahnya.

Walaupun suasana yang malap, dia masih dapat melihat makhluk itu. Dulu, ‘makhluk’ itu tinggi seperti zirafah. Besarnya seperti beruang. Wajahnya pula seperti king kong dengan badannya yang penuh dengan bulu.

Kini, ‘makhluk’ itu mempunyai ketinggian seperti suaminya. Saiz tubuhnya sudah mengecil. Cuma, wajahnya masih seiras king kong dan badannya masih diliputi dengan bulu yang lebat.

Saat dia ingin memeluk ‘makhluk’ di hadapannya, secara tiba-tiba lengannya ditarik dengan kasar.

“Ima, jauhi dari dia!” tercunggap-cunggap Tengku Ehsan.

Selesai menggantikan balutan pada tubuh Shahril, dia mendapati isterinya sudah hilang. Terkejutnya apabila melihat Nur Halimah berjalan menghampiri ‘makhluk’ yang agak bengis baginya.

“Izan, jangan risau. Bbetty tak akan cederakan kita. Dia tidak terkena racun tu,” terkesima Tengku Ehsan.

“Betul tu, wahai manusia. Saya masih mempunyai kewarasan lagi,” jujur Bbetty dengan suaranya yang gerun.

Dia amat merindui manusia-manusia yang pernah menjadi kawannya. Oleh sebab itu, dia memerhatikan rumah pokok selepas melihat kelibat Ismail Razak, Nik Akhil, Tengku Ehsan dan Shahril.

“Saya tak percaya. Mana bukti kamu yang kamu ni tidak terkena racun tu?” bangkang Tengku Ehsan.

Selepas melihat Shahrl cedera, dia bimbang perkara yang sama berlaku pada isterinya. Lengan Nur Halimah masih berada digenggamannya.

Tidak sempat Bbetty bersuara apabila muncul suara gerun tidak jauh dari situ beserta dengan bunyi semak-samun yang kuat.

“Mana kau nak menyorok lagi, hah?”

Tergamam Nur Halimah dan Tengku Ehsan apabila makhluk seiras Bbetty datang menerpa ke arah mereka.

“Dum!”

Tubuh Bbetty bertemu dengan tubuh Akitty. Bbetty melindungi mereka? Tengku Ehsan mula runsing.

“Jangan kau apa-apakan ‘kawan’ kita!” tegas Bbetty.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience