PUAN Aisyah mendekati cucu-cucunya yang sedang bersedih. Hati tuanya turut mengalunkan irama sedih. Dia memeluk erat tubuh-tubuh yang masih muda itu.
“Ari dengan Aqil ikut nenek balik ye? Tidur rumah nenek. Esok tidur rumah nanny pulak,” Pujuk Puan Aisyah.
“Both of us don’t mind, nenek. But I wanna stay here. Please nenek,”
Puan Aisyah tidak terkata apa. “Jom Aqil. Ikut nenek,” Dia menarik tangan anak itu. Aqil hanya mengikut. Sememangnya dia belum dapat merasai apa jua yang sedang dirasai oleh kakak kembarnya itu.
Arianna mengepal kecil-kecil tanah yang masih merah itu. Daripada seminggu yang lepas dia menangis sehingga tidak mampu lagi untuk dia mengeluarkan air jernih itu daripada kelopak matanya. Mengapa TUHAN menduga hidup dia dan juga Aqil sebegini berat pada usia mereka berdua baru mencecah 11 tahun?
Benar kata hatinya pada malam sebelum keberangkatan papa dan mamanya ke Paris. Kata-kata janji yang terbit daripada bibir mamanya merupakan yang terakhir kali didengarinya. Sebuah janji yang pertama kali tidak ditepati oleh kedua-dua orang tuanya.
Pesawat yang dinaiki papa dan mamanya ke Paris seminggu yang lalu, terhempas berdekatan dengan sempadan Thailand-Laos. Mengikut laporan awal, tiada seorang pun penumpang yang terselamat. Namun itu semua tidak mematahkan semangat Arianna. Di tetap berdoa agar papa dan mamanya ditemui dengan selamat. Siang dan malam dia menunggu dengan harapan yang menggunung dalam hatinya.
Namun panggilan telefon 4 hari lepas menubah segalanya. Pihak penyelamat menemui jasad papa dan mamanya yang saling berpelukan. Hancur hati Arianna. Meraung-raung dia memanggil papa dan mamanya. Sehinggakan Aqil sendiri takut melihat keadaan kakaknya itu.
Dan hari ini, apabila jenazah kedua-duanya tiba untuk dikebumikan dalam satu liang lahad, barulah Arianna beransur pulih. Hatinya sejuk melihat wajah tenang papa dan mamanya. Lama dia mencium dahi orang tuanya itu kerana tidak mungkin lagi dia berpeluang berbuat demikian.
“Pa, ma! I promised you this. I’ll take good care of Aqil, atok, nenek, tok pa and nanny. Aqil and I will study hard. We’ll try our best in life, papa, mama! This is my promise. We love you very much! Both Aqil and me,”
Arianna memegang kayu yang dilitupi kain putih itu. Dia teringat kata-kata mamanya dulu.
“How I wish that I’ll die with papa by myside. Not being selfish, but I know he can’t live without me and neither do I,”
Dan doa mamanya itu telah dikabulkan oleh ALLAH SWT.
***
BUNYI tangisan yang nyaring itu bergema memenuhi ruang kamar. Sedikit sebanyak turut menganggu lena si papa dan mama yang baru ingin hanyut kea lam mimpi.
Pejaman mata Melissa dipaksa celik. Dia tidak mahu tangisan yang nyaring itu mengejutkan seluruh isi rumah ataupun seluruh taman perumahan. Namun pelukan kemas lelaki itu menghentikan pergerakannya.
“Tak pe. Mel tidur. Biar abang yang tengok,” Hadif mencium rambut Melissa.
“Abangkan penat. Abang rehatlah,”
“Tak. Abang tak penat. Mel tidur ye?” Hadif bergegas turun.
“Ala sayang papa. Kenapa ni? Nak susu ke?” Hadif mendukung Kamil Eskandar. Dia mencium pipi montel Kamil. Botol susu di atas meja dicapai sebelum dia meninggalkan kamar itu.
Melissa kembali memejamkan matanya. Walaupun tangisan Kamil masih senyaring tadi tapi dia tahu suaminya ada cara tersendiri untuk menenangkan anak sulung mereka itu. Namun, bunyi muzik sentimental yang beralun tidak lama selepas itu menyedarkan Melisa daripada tidurnya semula.
Melissa menarik daun pintu. Terus pandangannya menangkap figura lelaki itu yang sedang mendodoikan Kamil. Kakinya dihayunkan ke arah kedua-dua lelaki yang penting dalam hidupnya itu.
“Tidur dah?” Dia memeluk suaminya dari belakng. Tangan kirinya bermain dengan jemari halus Kamil.
Share this novel