JUWITA termenung. Sudah dua hari dia tidak nampak Zailani di pejabat. Malah rumah mereka juga sudah dua malam gelap gelita.
Entah kenapa dia terasa hidupnya sunyi tanya Si Kurita tu. Selalunya ada saja akal Zailani untuk mengusiknya tak kira masa.
Juwita hilang tumpuan. Entah rasa apa yang mencengkam jiwanya ketika itu. Yang pasti rasa itu terlalu sakit.
Juwita tersandar lesu. Matanya terpejam rapat. Hilang selera untuk makan tengah hari. Penyudahnya, dia meneruskan kerja yang tergendala.
Makin sakit kepala dengan isu penyelewengan duit syarikat. Paling dia tidak dapat terima, pelakunya adalah dari keturunan Tuan Zaleha.
Pelipisnya dipicit lembut. Semakin banyak bukti yang dikumpulkan. Semakin dia takut.
Pecah amanah bukanlah kesalahan yang kecil. Malah kerana adanya sikap pecah amanah inilah yang akan melingkupkan syarikat itu sendiri.
"Ju..." Mendengar namanya diseru. Juwita segera memandang ke depan. Berkerut dahinya ketika itu.
"Ada apa ye?" soal Juwita dingin. Itulah sikapnya dengan orang sekeliling. Jarang nak senyum. Apatah lagi beramah mesra.
Pengalaman cukup membuatkan dia takut untuk berkawan. Biarlah orang kata dia katak bawah tempurung. Dia tak kisah.
Prinsipnya hanya satu. Dia tak minta makan pun dengan mereka semua. Dia bekerja untuk sara kehidupan mereka sekeluarga.
"Ada orang cari Ju. Dia tunggu dekat depan." Hampir bercantum kening Juwita. Nana tahan ketawa. Lucu pula melihat wajah Juwita macam tu.
"Siapa?" soal Juwita seraya bangkit dari duduknya.
"Entah. Kak Nana tak pernah nampak pula." Makin berkerut wajah Juwita. Belum pernah ada sesiapa mencarinya sehingga ke pejabat.
"Terima kasih Kak Nana. Ju pergi sekarang." Nana hanya mengangguk dan memandang Juwita yang berlalu pergi.
Juwita tidak mahu terus bermain dengan teka-teki, dipercepatkan langkahnya.
Hampir terkeluar biji mata Juwita melihat figura yang sedang tersenyum manis padanya ketika itu. Juwita pandang sekeliling.
"Kau buat apa dekat sini, huh? Lebih baik kau berambus sebelum aku panggil security." Juwita kawal kemarahan.
Figura di depannya tersenyum sinis. Memandang Juwita dari atas ke bawah. Benar-benar mengoncang naluri kelakiannya.
Tangan kanan Juwita diraih namun sepantas kilat, Juwita merentapnya semula.
"Jangan berani nak pegang aku." Juwita cuba mengawal intonasi suaranya. Sedangkan tubuhnya mengeletar hebat menahan amarah. Figura di depannya tidak layak berada di situ.
"Ala... macamlah I tak pernah pegang you. Well, I datang sini sebab I nak bagitahu yang you kena ikut apa yang I nak. Atau..." Sekeping gambar dikeluarkan dari jacketnya lalu tayang depan muka Juwita.
Buntang mata Juwita dibuatnya. Terasa kering darah ketika itu. Segera dia memerhati sekeliling, bimbang mereka diperhatikan.
"Setan kau, Adrian! Apa lagi kau nak, huh? Aku tak report polis dah cukup baik." Adrian ketawa besar.
"Berani kau nak report polis? Aku ke dalam je, video tu akan tersebar satu dunia. Aku lelaki. Aku terima hukuman aku tapi kau perempuan. Tak ada lelaki nak terima perempuan yang dah rosak macam kau ni."
Juwita menahan rasa. Adrian memang melampau. Dia dah pergi dari hidup lelaki tu. Tapi kenapa kini masih nak ganggu dia.
"Ingat Ju... aku nak RM50,000 dalam akaun aku sebelum pukul enam petang ni." Adrian mengelus lembut pipi Juwita sebeluk berlalu pergi.
Juwita jatuh terduduk. Sesak nafasnya ketika itu. Setelah sekian lama, dia terasa aman. Kenapa kini Adrian mengganggu hidupnya kembali?
Tanpa Juwita sedar, perbualan dia dan Adrian telah didengari oleh seseorang.
Lama Juwita berkeadaan begitu sebelum Nana menegurnya.
"Ju... kenapa ni?" Nana kaget melihat Juwita dengan wajah yang basah dek air mata.
Juwita pantas menyeka air mata. Wajahnya sangat tegang. Bukan ini yang patut dilihat oleh orang lain.
"Saya takde apa-apa kak." Mendatar suara Juwita. Namun, masih ada nada sedih yang bergetar.
Nana geleng kepala. Entah kenapa dia jatuh kasihan kepada Juwita. Melihat Juwita yang melangkah ke tandas, Nana segera kembali ke tempatnya.
Juwita kegelisahan. Jarum jam sudah menunjukkan pukul 5 petang. sebentar lagi dia akan pulang ke rumah. Namun keresahan hatinya tidak mampu dibendung.
Sejam lagi pukul enam petang. Mana dia punya RM50,000.
Satu pesanan Whatsapp diterimanya. Tanpa berlengah, dia segera membukanya.
Kalau kau tak boleh bayar RM50,000 aku petang ni, kau kena ikut arahan aku.
Juwita mengeluh. Adrian tak sudah-sudah menyusahkan hidupnya. Dulu habis dikikis, sekarang mengugut pula.
Juwita sedar dia perlu lakukan sesuatu namun, dia buntu. Dia tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Dalam hati Juwita panjatkan doa. Semoga Allah membuka jalan buatnya.
Tanpa menunggu lama, Juwita bergegas pulang. Apa pun rancangan Adrian, dia perlu bijak untuk mengelak.
"WHAT? RM30,000? Kau nak buat apa?" Haris kelihatan terkejut ketika mereka bertemu. Juwita tak punya cara lain. Terpaksa ditebalkan muka.
"Kau kena tolong aku. Aku janji tiap bulan aku bayar. Ni soal hidup mati aku." Juwita kelihatan gelisah. Malu bila terpaksa meminta bantuan orang lain.
"Aku tak ada masalah. Aku boleh tolong. Tapi kau kena bagitahu aku untuk apa." Juwita serba salah.
Bagaimana harus dia menceritakan semuanya. Tak... tak mungkin dia menceritakan kepada Haris.
"Maaf Haris. Tapi aku tak boleh bagitahu. Aku balik dulu." Bergegas Juwita meninggalkan Haris sendirian.
Masuk dalam perut kereta, Juwita menghentak stering. Sakit hatinya dengan perangai Adrian.
"Argh..." Juwita melepaskan rasa. Berkali-kali dia menghentak stering. Akhirnya dia melepaskan segala rasa yang terbeban di dalam hati. Dia menangis semahunya.
Lama dia berkeadaan begitu sebelum tingkap keretanya diketuk. Terpinga-pinga Juwita melihat gerangan yang mengetuk.
"Zai..." Juwita segera membuka lock pintu. Tanpa berlengah, Zailani masuk ke dalam perut kereta.
"Nah..." Satu sampul surat diberikan kepada Juwita. Terpinga-pinga Juwita dibuatnya.
"Zai..." Sekali lagi Juwita menangis.
"Aku dengar semuanya Ju. Aku nak kau call jantan tak guna tu. Kalau dia nak duit dia, bagi segala softcopy dan hardcopy. Kalau tak, jangan mimpi dia nak dapat duit dia." Riak wajah Zailani sangat serius. Juwita kehilangan kata-kata.
"Call la Ju. Tak payah pandang aku macam tu. Dapat bakal tunang anak orang kaya pun tak guna kalau tak boleh membantu." Juwita telan air liur. Terkejut mendengar kata-kata Zailani.
"Kau salah faham Zai. Dia bukan bakal tunang aku. Dia nak tolong macam mana kalau aku sendiri tak mampu nak ceritakan apa yang berlaku." Juwita melepaskan nafas lega.
Lega bila status hubungan dia dan Haris dijelaskan. Zailani pula sudah melopong. Dalam hati menyumpah-nyumpah Junaidi. Tunggulah... tau apa dia nak buat dengan Junaidi nanti. Dua hari dia bawa diri sebab kecewa.
"Kau kena bagitahu aku apa sebenarnya yang berlaku." Juwita mengeluh. Bukan mudah untuk dia menceritakan. Perit pedih.
Belum pun buka mulut bercerita, Juwita menangis hiba. Semakin Zailani bingung.
"Ju, biar aku yang drive." Akur dengan kata-kata Zailani, Juwita turun lalu berpindah ke tempat peumpang. Manakala Zailani mengambil alih tempatnya.
Share this novel