BAB 1

Romance Completed 2110

Sesi persekolahan untuk hari ini sudahpun selesai.

Para pelajar meluru keluar daripada kelas dengan pelbagai cerita, wajah gembira dan lega menghiasi wajah mereka.

Ramai umpama semut yang keluar dari sarang bekerja mencari makanan.

Hari ini aku merasa malam untuk pulang ke rumah, entah syaitan malas manalah yang merasukku hari ini.

Atau mungkin juga sebenarnya aku cemburu pada kasih sayang ibu ku pada orang lain.

Ini bukan hal pilih kasih, ia bagiku sesuatu yang aneh dan sukar untukku terima.

Hampir setiap hari ibu akan menghabiskan masanya menguruskan anak saudara dari sebelah ayah hingga dia lupa akan kepentingan mengurus anak sendiri iaitu aku!

Aku anak ke dua dari dua beradik.

Tapia bang aku meninggal ketika usianya setahun kerana penyakit Kolera dan menjadikan aku satu-satunya anak untuk kedua orang tuaku.

Selalunya tamat sahaja sekolah aku akan bergegas pulang ke rumah kerana bagiku di rumahlah kunci kebahagiaan yang sebenar, tempat paling nyaman namun tidak lagi kini.

Aku akan menghabiskan masaku dengan menyendiri di sebuah taman di belakang sekolah.

Cukup luas, tenang dan nyaman, sesuati untuk orang yang dilemma krisis macam aku ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience