" dhia bangun sayang dah subuh ni. " mak leha mengejutkan anak daranya untuk melaksanakan kewajipan sebagai umat islam.
" okay mak." dia duduk sebentar sebelum bangun untuk membersihkan diri serta menunaikan solat subuh. sudah menjadi rutin kehidupan dhia, dia akan mengaji selepas solat subuh dan maghrib.
" morning mak! ada anything yang dhia boleh tolong tak?" dhia bertanya kepada mak leha yang sedang menyediakan nasi goreng sebagai juadah sarapan mereka dua beranak.
"morning dhia. tu pergi kemas meja makan dulu. Sekejap lagi kak nia sampai. Katanya rindu dhia lama tak jumpa kan." mak leha menepuk seketika pipi dhia sebelum kembali mengacau sambal ikan bilis.
"ohh kak nia nak datang. mak, petang nanti dhia nak pergi kubur arwah ayah boleh tak?" kata dhia sambil mengemas meja makan.
"boleh sayang." senyum mak leha kepada anak bongsunya. Sejujurnya kehidupan mereka tidak lah semewah mana selepas pemergian suaminya tiga tahun lalu. Dengan hasil jualan nasi lemak, mak leha gunakan untuk menampung kehidupan mereka dua beranak. Kak nia juga ada memberikan duit belanja kepada mak leha setiap bulan dengan hasil kerjanya sebagai cikgu sekolah. Sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban ibu dan adiknya di kampung.
"assalamualaikum, nia dah sampai ni !" laung kak nia di muka pintu sebelum disambut oleh mak.
"waalaikumussalam. Haaa lambat sampai jammed ke tadi?" mak leha memeluk anak sulungnya sebelum menjemput masuk ke dalam rumah dengan senyuman yang lebar.
"haah jammed ada accident tadi. Ni dhia mana mak? Senyap je ni tidur lagi ke budak tu?" pelik kak nia apabila rumah dalam keadaan senyap, kebiasaannya rumah mak leha akan riuh dengan adanya suara bising dari adiknya.
"ada tengah sidai baju kat belakang. Pergi lah tengok adik tu. Rindu sangat kat nia ni lama tak jumpa."
"iyeke lama tak jumpa? Rasanya minggu lepas nia ada call dhia tau mak." kata kak nia sebelum bergerak ke ampaian belakang rumah untuk melihat adiknya.
"BAHHHHHH!!!!" datang lah akal nia untuk mengacau adiknya yang sedang menjemur pakaian.
"AGHHHH!!! kau ni kak terkejut dhia lahhh !!" marah dhia kepada kakaknya sebelum menyalam tangan kakaknya.
"hehehehehe jangan garang sangat lah adikku sayang. Tak jadi dah muka tu AHHAHAHAHAH"
"akak dah makan belum ni? Kalau belum pergi makan kat dapur ambik sendiri ehhh. Jangan mimpi aku nak ambikkan kau." jeling dhia kepada kakaknya yang masih menggelakkannya.
"apa salahnya ambikkan akak."
"kau kalau balik rumah ni tak pernah tak kacau aku kan kak. dah pergi sana aku nak sidai lagi sikit ni. shuhh shuhh." halau dhia pada kakaknya.
*PETANG
"assalamualaikum ayah. Dhia datang ni lawat ayah." kata dhia ketika menjejaki kubur arwah ayahnya. Setiap minggu dhia akan melawat kubur arwah ayahnya. Dhia seorang yang manja dan sangat rapat dengan arwah ayahnya. Apabila ayahnya pergi meninggalkan dhia sekeluarga, dhia berubah menjadi seorang yang sangat lemah. Hampir dua minggu dhia tidak pergi ke sekolah kerana demam yang dialaminya akibat menangis terlalu lama. Tetapi dengan adanya sokongan dari kak nia dan mak leha dhia semakin menerima pemergian ayahnya.
"sadaqallahulazim. Ayah, dhia rindu ayah. Dhia banyak story nak cerita dengan ayah tapi hari nak hujan dah ni. Nanti dhia datang lagi tengok ayah ye. Dhia sayang ayah." dhia mengucup batu nisan arwah ayahnya sebelum bangun dan bergerak pulang ke rumah.
"Dhia."
Dhia menoleh ke belakang seketika sebelum kembali meneruskan langkahnya.
"Dhia, please tunggu dulu." lelaki itu mengejar langkah dhia lalu menarik pergelangan tangan dhia. Tanpa dia sedari perbuatannya itu semakin menambah api kebencian dhia kepadanya.
"Jangan sentuh aku lah Iqram! Kau nak apa lagi hahh! tak puas lagi kau tengok aku menderita! Tak puas lagi ayah aku dah meninggal! Tak puas lagi ke hahh!!" jerit dhia melepaskan kemarahannya kepada iqram.
Iqram ialah lelaki yang menyebabkan kematian ayah dhia. Dia menolak ayah dhia jatuh di tangga sekolah dhia dan mengakibatkan kecederaan yang teruk kepada ayah dhia.
" Dhia aku minta maaf. Ye aku tahu semua tu salah aku tolong maafkan aku dhia."
"kalau dengan maaf kau tu boleh ke kembalikan ayah aku semula? Boleh ke kembalikan kebahagiaan aku yang dah hilang tiga tahun ni? hehhh kau jangan ingat aku ni lemah ye iqram. Aku benci tengok muka kau. Jangan kata muka, nama suara pun aku benci!" dhia kembali meneruskan langkahnya untuk ke rumah.
" dhia adlina... Aku takkan lepaskan kau. " sebut iqram setelah melihat dhia melangkah pergi.
Ketika dhia ingin melintas jalan, terdapat sebuah kereta mewah berhenti di hadapannya. Dhia agak terkejut tetapi tiada gentar atau takut dalam dirinya kerana dhia pernah mempelajari ilmu pertahankan diri dari arwah ayahnya. Sejurus selepas itu, kelihatan seorang lelaki berbaju kot hitam bersama cermin mata hitam keluar daripada kenderaan tersebut dan mendekati dhia.
"assalamualaikum cik, gerai mak leha kat mana ye?" tanya lelaki itu dengan suara garaunya yang mampu mencairkan hati semua wanita tetapi tidak kepada dhia yang sememangnya hatinya keras seperti batu.
"waalaikumussalam, ohh itu gerai mak saya. Kenapa encik tanya ye?" pelik dhia kerana seorang lelaki kaya bertanyakan soalan ini kepadanya.
"ohh awak anak mak leha ye. Saya nak beli nasi lemak mak awak sebab pekerja saya semua sukakan nasi lemak mak awak." kata lelaki itu dengan senyuman yang tak lekang di bibirnya.
"ohh tapi harini mak tak berniaga."
"hmm kalau macam tu boleh tak saya nak jumpa mak leha?" tanya lelaki itu kepada dhia yang sedikit sebanyak telah mencuri hatinya.
"okay boleh jom awak follow je saya." balas dhia lalu memulakan langkahnya.
"ehh cik, kalau tak keberatan jomlah naik sekali kereta saya. Takkan awak nak jalan kaki je then saya naik kereta. Tak sesuai macam tu. Awak jangan risau saya bukan orang jahat pun nak culik awak."
"errr takpelah susahkan awak pulak nanti." seloroh dhia. Sebenarnya dhia takut jika lelaki itu ada muslihat lain kepadanya.
"saya janji tak buat apa apa pada awak. Saya bukan macam lelaki lain yang ada peluang je sebat. Saya bukan macam tu. Saya masih tahu batas saya dengan mahram saya."
"hmmm okay lah."
Sepanjang perjalanan dhia hanya memberi arahan sahaja untuk pergi ke arah rumahnya. Setibanya mereka di rumah dhia, mereka keluar untuk bertemu mak leha.
"assalamualaikum mak."
"waalaikumussalam dhia. ehh encik zafril kan ni?" tanya mak leha sebaik melihat kelibat lelaki yang sangat dikenalinya. Dhia memandang maknya dan lelaki itu sangat pelik sebelum melangkah masuk untuk menyediakan minuman buat tetamu yang pelik baginya.
"ye saya mak leha. Mak leha sihat?" tanya zafril selepas menyalami tangan mak leha.
"sihat alhamdulillah. Jom masuk dalam panas ni kat luar." jemput mak leha kepada lelaki itu.
" zafril duduk dulu ye. Mak leha pergi dapur sekejap tengok dhia buat apa." senyum mak leha kepada lelaki itu.
"mak, mak kenal ke lelaki tu??" tanya dhia kepada maknya yang baru menjejakkan kakinya ke dapur.
"itulah customer tetap mak. Setiap kali dia ada meeting selalu order nasi lemak banyak banyak." jawab mak leha sambil meletakkan air teh yang telah dibuatkan oleh dhia keatas dulang yang sudah tersedia segelas cawan.
"ohhh nama dia apa tadi mak?" tanya dhia lagi.
"encik zafril asyraf. Dhia pergi lah ke depan bawak air ni berbual sekejap dengan dia. Mak nak goreng bihun sikit ni." arah mak leha kepada dhia.
"okay mak. Jangan lama sangat mak."
"nah jemput minum air teh." pelawa dhia kepada lelaki itu sambil menghadiahkan senyuman manis.
"terima kasih."
Suasana menjadi kekok kepada mereka. Dhia yang tidak biasa dengan kesunyian mula bersuara.
"encik dari mana?"
"saya dari KL." jawab lelaki itu sambil menghirup air teh buatan dhia.
"so encik baru habis kerja ke? Saya tengok pakaian encik ni nampak macam dari office je." kata dhia kepada lelaki itu.
"ye baru habis kerja then terus datang sini. ohh lupa saya nak perkenalkan diri. Saya zafril asyraf bin dato' hisham. Awak pula?" dikesempatan yang ada lebih baik dia berkenalan dengan gadis yang sopan baginya ini.
"ohh encik zafril. Saya dhia adlina binti rahman. Panggil saya dhia je." jawab dhia dengan senyuman.
"dhia, just call me zafril. Dhia umur berapa? Nampak muda lagi je ni."
"20 tahun."
"so you still a student right?"
"err saya sampai spm je. Mak takde duit nak tampung saya study so saya decide nak tolong mak jual nasi lemak." Sejujurnya dhia merasa sangat rendah diri apabila memikirkan dirinya yang tidak berpendidikan seperti orang lain.
"sorry saya takde niat nak buat awak terasa." zafril berasa kasihan melihat kehidupan dhia.
"ehh takpe saya okay je. Zafril, sorry tau rumah saya ni tak seberapa biasa lah rumah kampung kan."
"it's okay dhia." senyum zafril memandang dhia.
"zafril, ni mak cik buatkan mihun goreng. Jemput lah makan." pelawa mak leha kepada zafril setelah meletakkan mangkuk minhyun goreng dihadapan zafril.
"terima kasih mak leha. Susahkan mak leha je masakkan untuk saya ni." serba salah mula hadir dalam diri zafril.
"takde apa yang susah pun. Zafril ni dah macam anak mak leha dah." senyum mak leha memandang zafril.
"mak leha, zaf ingat nak order nasi lemak dekat mak leha. Boleh ke?" tanya zafril sambil memandang wajah mak leha yang dianggap sebagai ibunya sendiri.
"ehh boleh je. Bila nak tu zafril?"
"minggu depan sebab ada meeting pagi. Nanti zaf suruh adik zaf tolong ambil kan kat sini."
"boleh insyaallah. Lagipun bukan mak leha buat sorang. Ni dhia pun tolong buatkan jugak."
Senyum zafril memandang wajah dhia dan mak leha.
"mak, zaf err dhia minta diri dulu ye nak ke dapur." seloroh dhia meminta diri ke dapur kerana malu dengan zafril yang senyum kepadanya.
"okay sayang." jawab mak seraya zafril menganggukkan kepala kepada dhia.
"zaf, dhia tu pemalu sikit. Tapi kalau dah kenal nanti terus hilang malunya tu." kata mak leha kepada zafril.
"mak leha, boleh tak saya nak tolong mak leha?" tanya zafril mengundang kekeliruan kepada mak leha.
"tolong apa pulak ni zaf?"
"mak leha jangan salah faham ye. Zaf nak tolong renovate rumah mak leha supaya mak leha dengan dhia selesa nanti. Lagi satu, zaf nak tawarkan kerja dekat dhia. Sedikit sebanyak boleh ringankan beban mak leha sekeluarga."
"ishh tak payah lah zaf. Kami selesa dah macam ni."
"mak leha, zaf dah anggap mak leha macam ibu kandung zaf. Boleh ye mak leha?" tanya zafril lagi.
"yang pasal rumah ni nanti mak leha pikir. Yang tawaran kerja tu mak leha tak pasti tapi nanti mak leha bincang dengan dhia. InsyaAllah."
wait for the next chapter !
Share this novel