BAB 2

Mystery & Detective Completed 2119

Usai mendirikan solat, aku kembali semula ke katil. Perasaan ingin tahu kuat bergendang. Aku toleh ke pintu, bimbang emak ada di luar bilik. Setelah memastikan keadaan selamat, perlahan-lahan aku mengintai ke bawah katil. Objek tadi masih ada di situ. Lama aku perhatikan. Setelah berkira-kira dengan perasaan sendiri, objek tersebut aku tarik keluar berhati-hati.

Kotak besi? Aku goncangkan kotak besi tersebut. Ada sesuatu yang keras di dalam. Apa isinya ni? Barang berharga ke? Aku bergumam sendiri. Tidak menanti lama, penutupnya aku tarik berhati-hati. Ada sesuatu yang berbalut dengan kain kuning di dalamnya. Lantas ikatan kain kuning aku leraikan. Terpaku kemas mataku pada objek di tangan. Ini kacip pinang!

Aku mengeluh hampa. Ingatkan ada barang berharga tadi. Tok Lepat ni sudah nyanyuk agaknya. Kacip lama dibungkus dalam kain kuning. Tergelak aku dalam hati. Kacip pinang tadi aku simpan semula.

Aku melangkah keluar dari bilik Tok Lepat dengan perasaan sebal.

“Buat apa lama sangat dalam bilik? Solat ke tidak?” Emak menyapa semasa aku melintasi dapur menuju ruang tamu. Aku toleh ke belakang. Tajam mata emak memandang aku.

“Dah mak. Lepas solat tadi Maisarah baring sekejap,” bohongku. Tidak mahu emak tahu yang aku telah terjumpa kotak besi tadi. Emak pernah menegah supaya aku tidak mengusik apa-apa barang di dalam bilik Tok Lepat itu.

“Maryam… Biarlah. Budak-budak memang macam itu,” tegur Tok Lepat kepada emak.

“Mak ni manjakan sangat si Maisarah tu. Makin naik lemaklah budak tu nanti.”

Tok Lepat diam saja. Tak membalas. Selang dua minit, Tok Lepat kembali bersuara.

“Yazid tu ke mana tak balik-balik lagi? Ke hutan, kan?” Wajah Tok Lepat terpamer kebimbangan. Dia risau andai terjadi sesuatu kepada ayah.

“Assalamualaikum…” Kedengaran suara ayah memberi salam di luar rumah. Panjang umur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience