BAB 6

Drama Completed 21201

Sepanjang main tu, baru aku tersedar daripada fantasi. Aku dan dia mana boleh pegang tangan! Dia hanya bagi aku arahan macam mana nak main. Hmm.. Maknanya angan-angan aku jelah kalau nak suruh dia main sambil pegang tangan aku.

“Okey, awak kena pandai imbangkan badan. Haa, macam tu! Eh? Alamak, awak jatuh lagi? Okey, bangun cepat! Hari ini saya akan pastikan awak pandai juga main!”

Apa-apa pun, aku tetap seronok. Pengalaman ni takkan aku lupakan sampai bila-bila. Bestnya dapat pergi tempat idaman dengan… Apa eh nak panggil dia? Buah hati? Hihi. Berangan jelah!

Selepas penat bermain, kami makan di Pizza Hut. Itu pun kegemaran aku! Hari ini hari jadi aku ke? Kenapa macam special sangat je?

“Boleh saya tanya sesuatu?” Alif memulakan perbualan. Aku hanya mengangguk.

“Awak dan Haikal.. kenal sejak bila?”

“Oh, Haikal.. Kami kenal sewaktu universiti. Saya cerita lebih ya? Dulu waktu sekolah menengah, saya ada memori yang pahit sangat sampai kalau orang tanya saya pasal tu, saya akan jawab yang saya lupa. Jadi waktu universiti, saya seorang yang sangat pendiam sebab ada masalah kemurungan. Haikal selalu gembirakan saya. Jadi sampai sekarang kitorang belum terpisah sampai kerja pun sama.”

“Oh.. Awak pasti sukakan Haikal.”

Uhuk! Tersedak air coke yang aku minum. Aku sukakan Haikal? Sikit pun tidak!
“Sorry, hehe. Minum air masak ni. Nasib baik saya order air masak.” Alif menyerahkan kepada aku air masaknya. Lalu aku meneguk air masak tersebut sehingga aku berasa tenang.

“Haha, awak nak tahu sesuatu? Awak minum dekat tempat saya minum. Tu orang panggil indirect kiss.” Boleh pula Alif buat lawak.

Ahhh!!! Malunya…. Mana aku nak letak muka. Rasa panas je pipi ni. Mesti dah merah muka aku! Dahlah tadi tersedak macam orang yang tak tahu malu!

“Relaks, relaks. Dari tadi lagi awak senyap. Awak tak iyakan atau nafikan lagi pernyataan saya tau!”

“Tak. Saya dengan Haikal just kawan. Saya tak suka pun kat dia.” Aku cuba sedaya upaya untuk mengawal riak mukaku.

“Awak pula, macam mana awak kenal saya? Tahu ni tempat idaman saya?” Aku tak boleh kalah! Aku cuba lontarkan soalan kepada dia pula.

“Takkan awak langsung tak ingat saya?”

“Hm, awak jawablah dulu soalan saya…” Aku mendesaknya.

“Saya tak nak beritahu sekarang. Saya takut nanti kalau awak nak jauhkan diri daripada saya, dan saya akan rindu..”

Erk? Rindu aku? Lawaknya! Pernyataannya membuatkan aku tergelak lalu aku tidak jadi untuk mendesaknya lagi. Buat apa nak rosakkan kegembiraan ni?

“Lain kali kita pergi satu lagi tempat istimewa. Kali ni sebab nak penuhi impian saya pula!”

“Awak ni banyak surprise lah, Alif. Apa-apa jelah.” Yang pasti, aku sangat gembira hari ni. Janganlah ada sesiapa rampas balik kegembiraan tu. Aku dah serik.

***

“Allyn!” Aku yang tengah buat latihan matematik tambahan agak terkejut dengan sergahan Hana. Siap dengan pakej tepuk meja lagi!

Aku mendongak ke arahnya. “Kenapa?”

“Boleh pula tanya kenapa?! Kawan-kawanku semua, mulai hari ni, tak payah bagi muka dah dekat si Allyn ni! Semua senior dan junior pun aku dah inform. Berani kau buat macam ni? Apa ni?!!” Hana melemparkan sehelai kertas ke arahku.

Ya Allah, teruknya dugaan ni. Selama tiga tahun aku belajar kat sini, ok je. Kenapa naik Tingkatan 4 aku kena ujian yang teruk macam ni?

Kertas itu tertulis, ‘AKU ALLYN AMANI. KORANG SAPE? LAYAK DUDUK BAWAH KAKI AKU JE. SEMUA ORANG SUKA KAT AKU. KORANG CEMBURUKAN AKU?…’ dan banyak lagi yang tak mampu aku baca.

“Ni bukan aku buat. Mesti ada orang yang dengkikan aku ni. Aku tak pernah buat macam ni!”

“Haa, tengok. Dah riak lagi budak tu! Ada orang dengkikan kau? Dengki hotak kaulah!” Jerit Fikri.

“Sorry, kertas kau tu aku dah fotostat dan tampal kat seluruh noticeboard asrama. Semoga kau bahagia tinggal kat sekolah ni ya. SPM buat elok-elok. Hahahahaha.” Sindir Mawar lalu tergelak besar.

Bagi aku, ni perkara kecil yang boleh diselesaikan tapi aku tak tahulah kenapa semua orang macam tak boleh berfikir dengan matang. 2 TAHUN! 2 Tahun aku merana. Kena buli fizikal, mental… Dipulaukan, tidak dipedulikan..

Bayangkan, aku belajar SPM tanpa kawan. Tiada study group. Kalau dalam kelas, sewaktu aktiviti berkumpulan, aku dikerahkan buat semua tugasan. Yang paling aku sedih, para kepimpinan pengawas pun macam kena pukau, benci aku. Di hadapan guru, mereka berpura-pura baik denganku. Belakang guru, perangai pun macam syaitan!

Kawan-kawan baik aku pun semua dah tinggalkan aku. Kalau aku terdesak sangat minta pertolongan daripada mereka, mereka melakukannya dalam keadaan terpaksa. Paling sadis, dapat hadiah jelingan maut. Paling tidakpun, kena bagi balasan buat mereka.

Kawan-kawan yang aku kenal sepanjang 3 tahun dah berubah terus! Kalau ada yang berhati baik pun, mereka takut nak tunjuk sebab nanti akan kena macam aku.

Kenapa aku mesti ingat semua ni? Tak boleh ke ingatan ni padam terus je? Aku menangis teresak-esak. Trauma aku datang lagi. Setiap kali aku teringatkan peristiwa pahit tu, aku tidak sedarkan diri. Rasa macam tak berpijak di bumi nyata. Nasib baik hanya dalam beberapa minit sahaja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience