BAB 2

Romance Completed 65433

"Thia please.Only three months.Ok?" Datin Fauzana masih memujuk.Fathia mengeluh.Kalau dia bagi alasan pun belum tentu di terima.

Lagi-lagi kalau papa masuk campur.Huh,datang sini berhajat nak kerja dengan papa.Last-last terpaksa jadi PA anak bujang orang pulak.Haish,takdir!

"Oklah ma.Thia setuju tapi lepas 3 bulan,Thia rehat kat rumah selama satu bulan baru Thia kerja balik."Fathia meletakkan syarat.

Datin Fauzana tersenyum lega.Fazreen hanya tersengih sambil memandang adiknya.Sempat dia berbisik.

"Tak apa Thia.2 hari awak kerja dengan dia confirm melting Thia.Kakak pernah tengok dia.Aduhai handsome gila.Dah lah handsome,baik,sopan santun lagi.Kalau kakak tak kahwin lagi memang dia jadi suami kakak tu."

Beria-ia Fazreen bercerita untuk membuatkan adiknya berasa teruja dengan lelaki itu.Dia kenal adiknya yang sorang tu.Tak pernah bercinta dan tidak gemar keluar dengan lelaki.

Bukan tiada yang berkenan dengan Fathia,ramai sangat!Tapi tiada seorang pun dia layan.Macam tak ade perasaan dengan lelaki.

"Eleh,betullah tu.Tak minat lah Thia melting-melting bagai.Kerja pun tak dah nak couple-couple bagai.Eee,not my style keyh!"Fathia buat muka geli-geleman.

Mata Fazreen dah naik juling tapi sempat dia berkata. "Sekarang memang tak meting lagi Thia.Nanti awak jumpa dia,alamat mama dan papa dapat menantu lah."

Terjegil mata Fathia saat kakaknya menuturkan perkataan 'menantu'.Ceh,tak adanya aku nak melting!

"Sudah-sudahlah tu Reen,Thia.Reen,awak pun satu,suka sakat adik dia.Haish.Ni Fawaaz bila balik?"Datin Fauzana bertanyakan khabar menantu sulungnya.

Fathia tidak mengambil peduli dengan topik tu.Terus dia bangun melanglah ke arah biliknya yang terletak di tingkat atas bersebelahan dengan bilik adik bongsunya.

Sampai sahaja di bilik,terus Fathia merebahkan badan ke atas katil bersaiz King berwarna putih itu.

Tiba-tiba terdetik di dalam hati Fathia."Handsome sangat ke anak Aunty Farah tu sampai Kakak cakap macam tu?Ishh,pahal pulak hati aku berdebar-debar ni.Ahh,mengarut!"

Terus Fathia memejamkan mata.Malas memikirkan jejaka yang akan menjadi bosnya.Hai kakak,awak punya pasallah ni.Fathia memarahi Fazreen.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience