Bab 7

Short Story Completed 13053

Ashraff mengetap bibir dan mengepal tangannya. Terasa hatinya dicucuk – cucuk dengan pisau.

‘Siapa gerangan lelaki itu? Berani dia pegang tangan isteri aku! Siapa dia?’ bertubi – tubi soalan yang berlegar di dalam fikirannya . Ashraff mendekati Raina. Raina tersentak. Ashraff hanya senyum dan membuat selamba. Seolah – olah dia tidak melihat adegan ‘panas’ sebentar tadi. Aiskrim perisa vanilla dihulur .

“ Errr …Terima kasih.” teragak – agak Raina menyambut. Dia tersenyum hambar. Perlukah dia memberitahu Ashraff?

“Sedap kan?” Ashraff merenung Raina. Kalau ikutkan hatinya yang tengah mendidih ini, ingin sahaja dia bertanya akan gerangan lelaki yang memegang tangan Raina. Tapi disabarkan hati juga.

“Ahh? Owh, erm……Sedap!” kemudian mereka tidak bersuara lagi. Setelah habis makan aiskrim, Ashraff bangun melangkah ke hotel. Raina mengikut dari belakang.

Bukk !

Mujur sahaja Raina sempat menstabilkan badannya. Kalau tidak tentu sahaja dia jatuh terlentang kebelakang.

‘Haish! Laki aku ni...Kalau nak berhenti tu pun bagi lah signal dulu! Nasib baik aku tak jatuh.’ Raina menjeling suaminya. Ashraff mencapai tangan Raina sebelum meneruskan langkahnya.

Terkial – kial Raina mengikut langkah Ashraff. Dia memandang tangannya yang berada dalam genggaman Ashraff kemudian di alih pula pandangan ke belakang badan suaminya. Dan spontan bibir Raina mengukir senyuman.

Ashraff mengalih kedudukannya. Sekejap ke kiri, sekejap ke kanan. Lepas tu menelentang. Malam itu dia tidak dapat melelapkan mata. Dia resah. Ashraff memandang Raina di sebelahnya.

‘Siapa lelaki tu, Raina? Adakah dia bekas kekasih awak?’ Ashraff bangun dan menuju ke dalam bilik mandi. Paip air dibuka dan dia membasuh mukanya dengan kasar. Cermin dihadapannya dipandang. Taatkala itu dia terbayang lelaki petang tadi memegang tangan isterinya.

“Aaaargh !” Raina terbangun dari tidurnya. Terkejut dia dengan jeritan dari bilik mandi itu. Cepat – cepat Raina melangkah ke bilik mandi apabila Ashraff tiada disebelahnya.

“Ash! Awak ke kat dalam? Awak kenapa?” takut – takut Raina bertanya sambil mengetuk pintu bilik mandi. Senyap. Sekali lagi Raina memanggil dan Ashraff membuka pintu. Berdiri tegak di hadapan Raina dengan muka tegang.

“Ash…… Awak okey?” takut dibuatnya Raina. Raina menundukkan kepala, takut dengan muka tegang Ashraff. Seketika kemudian Raina menekup mulut.

“Ash! Tangan awak berdarah lah!” Raina terjerit kecil. Tangan Ashraff dicapai.

“Macam mana boleh jadi macam ni Ash?” Ashraff menarik tangannya perlahan dan masuk ke dalam bilik mandi, pintu dibiarkan terbuka.

 Raina ternganga apabila ternampak cermin bilik mandi sudah retak dan sedikit pecah. Dia meluru ke Ashraff yang sedang membasuh luka ditangan. Lengan Ashraff ditarik keluar dan menyuruh Ashraff duduk di atas sofa . Ashraff hanya menurut cuma muka masih tegang.

Raina berlalu ke bilik mandi dan kembali semula dengan bekas air, kain dan kotak first aid kit. Dia duduk bersila di hadapan Ashraff dan tangan suaminya yang cedera itu dibersihkan terdahulu sebelum membalut dengan pembalut luka.

“ Kenapa awak pergi tumbuk cermin dalam bilik mandi tu ?” Raina menggangkat muka apabila tiada sebarang jawapan. Mereka bertatapan seketika sebelum Raina menunduk semula.

“Raina Elisya.” Raina tersentak. Dia memandang pelik ke arah Ashraff. Ashraff mengambil bekas air,kain dan kotak first aid kit dan diletakkan di atas meja. Tangan Raina ditarik supaya duduk di sebelahnya.

“ Duduk sini.” setelah Raina duduk…Ashraff memegang bahu Raina.

“Saya nak tanya awak dan tolong jujur dengan saya.”

“Siapa lelaki yang pegang tangan awak petang tadi ?”Raina terkejut dengan soalan Ashraff. Tidak menyangka yang Ashraff nampak Farhan memegang tangannya.

“Jawap Raina Elisya!”

“ Errr…Dia, dia Farhan..”

“Bekas kekasih?” Raina hanya diam. Angguk pun tidak, geleng pun tidak.

“Macam mana dia boleh ada kat sini?Kenapa dia pegang tangan awak tadi? Apa yang dia nak?” bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulut Ashraff. Dia dah tak boleh tahan, dia kena tanya juga Raina.

“Saya tak tahu.”jawab Raina perlahan. Tak kan dia nak cakap Farhan mahu berkahwin dengannya. Sekarang ni pun muka laki dia tegang semacam…

“Betul?”Ashraff pandang Raina meminta kepastian. Raina mengangguk. Ashraff terdiam seketika.

‘Tak kan Raina tak tahu? Aku nampak Raina berbual-bual dengan mamat tu. Pasti Raina tahu apa yang bekas kekasih dia nak. Tapi… Apa ?’fikir Ashraff. Bahu Raina dilepaskan dan dia mula merebahkan badannya di atas katil yang empuk itu.

“Saya penat. Nak tidur. Awak pun tidur lah…Dah tengah malam ni.” Raina memandang belakang Ashraff yang sudah berbaring membelakanginya. Perlahan – lahan dia memanjat katil dan baring mengadap belakang Ashraff.

“Terima kasih..”ucap Ashraff. Raina memeluk Ashraff dari arah belakang. Tidak tahu kenapa, dia terasa nak sejuk kan hati suaminya dengan memeluk badan Ashraff.

“Maaf sebab buat awak marah….”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience