BAB 6

Horror & Thriller Completed 9981

-Jumaat, 28 Mac 2019-

"Haih, kes pembunuhan lagi," rungut Hazaki.

"Takleh buat kerja berhenti je," celah Joan.

"Natang beruk. Diamlah. Bagi aku fikir jap situasi ni," kata Hazaki.

"Hmm, ditikam di dahi juga...Kesan yang sama seakan-akan pisau tersebut dilontarkan." bisik Hazaki.

"Apa pendapat kau?" tanya Joan.

"Aku syak kau pembunuhnya," gurau Hazaki.

Joan menunjukkan satu jari yang panjang di tangan kanannya. Rasa-rasa jari apa yang paling panjang kat jari? Fikir-fikirkanlah.

"Carrol, siasat latar belakang diorang juga," arah Hazaki.

Carrol hanya mengangguk.

Hazaki sudah mengumpulkan beberapa maklumat tentang mangsa-mangsa terdahulu, Shark mangsa pertama merupakan penculik kanak-kanak dan bayi. Kemudian, lelaki bernama Muad, dia sering membuli orang lain dengan meminta sejumlah wang yang banyak, Syiti pula seorang wanita bisnes yang menjual barangan kosmetik. Tiada rekod jenayah tentangnya.

"Inspektor, kalau tak silap, ini lelaki yang terlepas hukuman gantung. Namanya Argujunia. Dia baru dilepaskan mahkamah semalam. Lagi sorang mungkin kawannya," terang Carrol.

"Apa kesalahan dia?" tanya Hazaki.

"Penculikan kanak-kanak juga,"

Hazaki mengangguk. Seperti biasa, tiada sebarang bukti yang ditinggalkan. Hilang tanpa dikesan!

"Kamu ada bawa senarai orang yang pernah masuk pertandingan melempar pisau tu?" tanya Hazaki.

"Ada, nah," Carrol menyerahkan fail kepada Hazaki.

"Tengoklah, Carrol lagi berguna dari orang tu," Hazaki memerli Joan.

"Aku dengarlah mangkuk," balas Joan.

Hazaki cepat-cepat membaca apa yang terkandung di dalam fail tersebut.

"Tempat pertama, Yukiko. Kedua, Tsukiko. Ketiga Yohan. Keempat Suix....Bla bla bla dan seterusnya."

"Siapa Tsukiko dan Yukiko ni? Ni tahun bila punya pertandingan ni?" tanya Joan.

"Oh diorang adalah kembar seiras. Dalam pertandingan tu diorang menang mudah ke atas lawan masing-masing. Ni tahun lepas punya," terang Carrol.

"Camna pertandingan tu? Main tikam olok-olok ke?" tanya Joan lagi.

"Tula, ilmu depan mata tak nak cari. Nak juga orang suapkan," ejek Hazaki.

"Kau pun samalah. Diam jela," marah Joan.

"Pertandingan melontar pisau je ni. Macam dart, tapi kali ni guna pisau. Aneh juga bunyinya," terang Carrol.

"Ouh," Joan dan Hazaki masing-masing tergamam. Bermaklumat sungguh si Carrol ni.

"Kalaulah partner aku bijak camni," puji Hazaki terhadap keilmuan Carrol.

"Kalaulah partner aku camni juga. Tak perlulah dia perbodohkan diri," Joan membalas semula.

"Dahlah tu kalian. Mari selesaikan kes ni. Kalau tidak, ramai lagi yang akan terkorban," celah Carrol.

"Betul tu, mari selesaikan," ajak Hazaki.

*****

"Tsukiko, memandangkan hotel sudah tidak busy macam dulu, bos ingat nak kasi kau cuti seminggu dulu. Kumpulkan energy bebanyak," kata supervisor Hajwa.

"Oh yeke? Oklah kalau gitu," jawab Tsukiko senang hati.

"Balik dah?" tanya Sumar.

"Baliklah Sumar oi. Malaslah nak OT hari ni," kata Tsukiko lagi.

Tsukiko berjalan perlahan-lahan untuk pulang ke rumahnya. Apabila Tsukiko ingin memasuki rumahnya, polis sudah ramai berkumpul di hadapannya. Tsukiko cepat-cepat menyembunyikan diri.

Identitinya sudah terbongkar? Gumam Tsukiko sedikit gelisah.

Nampaknya pihak polis sudah ramai menunggu Tsukiko di depan pintunya.

"Haa, menyorok," kata Hazaki dari belakang Tsukiko. Tsukiko terkejut.

"Eh siapa kau?" tanya Tsukiko.

"Kami pihak polis. Kami datang nak soal siasat puan sikit. Kalau puan sudi," terang Hazaki lagi.

"Oh soal siasat. Ingat saya dah buat apa-apa jenayah tadi," Tsukiko lega.

"Puan ada buat apa-apa jenayah ke?" tanya Hazaki sedikit curiga.

"Takdelah. Mari masuk," pelawa Tsukiko.

Tsukiko dan Hazaki kini duduk secara berhadapan.

"Ok macam ni puan. Saya nak tanya, puan reti guna pisau ke?" tanya Hazaki lagi.

"Ya, saya menang tempat kedua pertandingan melontar pisau tahun lepas," jawab Tsukiko.

"Nombor 1 adik awak?"

"Ya,"

"Puan pernah dengar tak kes tentang pembunuhan yang melibatkan pisau?"
"Ada"

"Mangsa-mangsa tersebut kebanyakannya dibunuh dengan cara pisau tersebut dilontar. Jadi saya ingin dapatkan alibi puan,"

"Alibi?"

"Ya, puan buat apa pada waktu malam hari Isnin 23 Mac?" tanya Hazaki sedikit serius.

"Saya kerja OT kat Hotel Indah sampai pukul 11,"

Soal siasat mereka berlanjutan selama 30 minit. Inspektor Hazaki akhirnya meminta untuk mengundurkan diri.

"Baiklah, selamat tinggal," kata Tsukiko.

Nampaknya Hazaki seperti sudah dapat menghidu sesuatu. Tsukiko perlu lebih berhati-hatu kali ini.

-Bersambung-

Share this novel

ctsyafinazz_
2021-10-09 12:42:41 

jari tengah ek


NovelPlus Premium

The best ads free experience