4

Romance Completed 95763

Mereka berjalan menyusuri laluan pejalan kaki yang dibina bersebelahan anak sungai. Pemandangannya cantik. Disekeliling sungai itu ditanam dengan pelbagai pokok dan bunga perhiasan. Ada bunga Madonna Lili, bunga matahari, bunga tulip ungu dan beberapa pokok-pokok perhiasan kecil. Ikram Benjamin memandang Anggun Dahlia. Nampaknya perempuan itu sedang ralit mengambil foto dan merakam video.

Tiba-tiba dia menarik sengih. Akalnya mendapat satu idea. Matanya memandang ke kanan. Kemudian, dia memandang ke kiri. Rasanya tiada satu manusia pun yang akan nampak kelakuannya sekejap lagi. Sekali lagi dia memandang ke arah perempuan itu. Dia masih ralit.

Ikram Benjamin menapak ke belakang beberapa langkah. Walhal, sedikit bunyi tapak kasut pun tidak didengari. Dia merendahkan sedikit badannya. Setelah pasti benda itu sudah berada ditangannya, dia memandang benda yang diambilnya tadi. Dia menarik senyum kepuasan.
Ditangannya ketika itu ada tiga kuntum bunga Madonna lili bewarna putih. Ditengah bunga itu terdapat warna kuning. Dia membawa bunga itu ke hidungnya.

Hatchuu!

Dia terbersin. Hidungnya digosok. Bunga itu juga dijauhkan dari hidungnya. Dalam masa yang sama Anggun Dahlia menoleh ke arahnya. Cepat saja dia menyorokkan tangan kanannya ke belakang. Sengih ditarik tanpa rasa bersalah. Kemudian, Anggun Dahlia menyambung semula aktivitinya tadi.

Fuh! Ikram Benjamin mengurut dadanya. Baru saja dia mahu mengangkat kaki ke arah perempuan itu, dia merasakan bahawa ada mata yang sedang memerhatikannya sekarang. Dia membatalkan niatnya untuk mengejar Anggun Dahlia. Dia menoleh ke kiri. Ada seorang budak perempuan Inggeris mungkin dalam lingkungan 11 tahun sedang duduk disebuah bangku kayu panjang.

Matanya merenung ke arah budak itu. Mereka berbalas pandangan. Kemudian, budak perempuan itu mengeluarkan jari telunjuk kanannya. Jari itu digoyangkan ke kanan dan ke kiri. Ikram Benjamin mengangkat keningnya meminta kepastian. Kemudian, budak itu bangun menuju ke arahnya. Tangan kanan Ikram Benjamin dicapai.

Dia memerhati tingakah laku budak perempuan tersebut. Budak perempuan itu menunjuk ke arah bunga Madonna Lili yang berada ditangannya. Ops, kantoi! Ikram Benjamin bagaikan mengerti dengan maksud itu. Kemudian, dia melutut dihadapan budak perempuan itu.

“Syyy!” Dia mengeluarkan jari telunjuknya dan diletakkan dibibir. Itu menandakan dia meminta budak perempuan itu agar senyap dan tidak memberitahu tahu dengan orang lain. Bibirnya menarik senyum sinis. Menyibuk saja! Dia berlalu pergi meninggalkan budak perempuan itu.

Tidak berapa lama kemudian, dia kembali semula kepada Anggun Dahlia. Perempuan itu sedang duduk dibangku panjang yang terletak dibawah sebuah pokok maple. Dia turut melabuhkan punggungnya disebelah Anggun Dahlia.

“Nah, untuk bidadari abang.” Dia menghulurkan tangannya dihadapan Anggun Dahlia. Bibirnya menarik senyum. Anggun Dahlia hanya memerhati bunga yang berada ditangan Ikram Benjamin. Kemudian, timbul kerutan didahinya.

“Bunga mana yang abang curi?” Keningnya dijungkitkan sedikit.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience